Memaparkan catatan dengan label QoLbi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label QoLbi. Papar semua catatan

Selasa, 13 Mac 2012

Bacalah


Alhamdulillah! Maseh diberi peluang menikmati nikmat Allah iaitu nikmat masa lapang dan nikmat sihat. Walaupun batuk tak henti-henti lagi ni,. ok je nak berchenta dengan hobi kala lapang neh. Ditemani angin berangin dari kipas kat living room neh.. Sambil sambil dengar lagu "kau kekaseh awal dan akhir" neh kan.. Syok layan lappy mak sendiri. hohoho..

Ok pause kat situ sebelum merepek ceritakan suasane nak membelogging neh. Ok. Tak tau lah warga Kuantan ni sedar tak dengan kehadiran karnival buku kat SASICC sane tu. Rase baner da teletak comel dekat tiang tiang lampu sekitar Kuantan. Kalau tak sedar jugak taktau lah. Nak di sampaikan kat sini.. cuti cuti sekolah neh elok mak ayah cikgu akak abang bawak adek adek anak murid anak anak angkat anak sendiri pergi karnival tu. Heaven kot masuk masuk nampak buku melambai lambai ke arah kite. heheehe,.. Melainkan korang nampak buku tu macam nampak roti bekulat! Haaaa eh tak suke membace ke??? Ke nikmat membace da kene tarik??
Dari pemerhatian .. golongan yang suke dalam kalangan orang orang di Kuantan adalah amat rendah :P hohohoho..

Ok cerita global pulak.. Terlalu sikit dalam kalangan umat umat manusia kini yang giat membaca. Daripada sedikit yang membaca tu, terlalu sikit pula yang memahaminya. Daripada sedikit yang memahami ni, lebih la sedikit lagi yang beramal dengannya kan??. Inilah realiti sebenar umat Islam masa kini biarpun ianya adalah sebuah realiti yang pahit untuk ditelan kita semua.

Umat Islam sekarang ni dilemaskan dengan kehidupan yang melalaikan serta hiburan yang tak mendidik jiwa sehinggalah minda dan intelektual yang merupakan senjata ampuh umat ni telah semakin tumpul untuk digunakan bagi membangunkan diri, keluarga dan telah menyebabkan umat kini semakin ketinggalan di arus kehidupan yang deras ini. Sedarkah kalian semua??

INFO:

Tahukah anda, berapa buah buku yang dibaca oleh rakyat negara lin jika dibandingkan dengan masyarakat kita dalam setahun ?

Jepun – 40 buah buku setahun
Eropah – 10 buah buku setahun
Arab – 20 muka surat setahun
'Malaysia – 2 muka surat setahun'

Nah.., sebab tulah seorang tokoh Yahudi pernah berkata bahawa,"Kita tidak perlu takut dengan orang Islam kerana mereka bukanlah umat yang membaca."

Membaca ni adalah suatu keperluan yang diibaratkan sebagai oksigen kepada sistem pernafasan kepada kehidupan umat Islam. Ia adalah satu keperluan dan tuntutan kepada umat ini bagi membangunkan kembali umat ini yang telah lama terleka.

Wahyu yang pertama dengan roh iqra' umat terdahulu mesti dibangunkan dan dengan roh itu jugalah umat Islam kini akan dibangunkan untuk kali keduanya.

Apakah rahsia kepada kejayaan umat kini ? Rahsianya ialah pada membaca dan terus membaca , belajar dan terus belajar, beramal dan terus beramal.

Harga atau nilai kehidupan yang sebenar bagi kita dan umat ini secara keseluruhannya hanyalah dengan kehidupan yang berpaksikan bimbingan al Qur'an dan bukan bersumberkan kepada nafsu atau aqal semata-mata.


Apakah kaedah yang boleh menyuburkan minat membaca?

Berniat membaca kerana Allah akan menghasilkan pahala yang banyak, dapat menguasai ilmu dan berpeluang untuk menyampaikannya kepada yang lain. Merancang bacaan samada bahan yang di baca dan bersesuaian dengan target pembacanya. Tak kesah lah buku motivasi or buku buku ilmiah yang lain:) And then mengatur hidup yang berjadual serta menetapkan waktu yang sesuai untuk terus konsisten membaca dan meneruskan pembacaan serius secara bertahap agar tidak hanya 'hangat-hangat tahi kambeng'. Macam uolls bace buku sejarah la kan :P

Membudayakan 'hidup membaca' kepada anak-anak kecil..

Sebagai ibu bapa atau orang yang lebih tua ke.. sediakan perbelanjaan bulanan untuk buku-buku dan biasakan membawa anak-anak seisi keluarga menyertai pameran-pameran atau ke kedai-kedai buku secara berkala. Macam kat Kuantan sekarang ni ade karnival kan.. so ambil peluang sekarang !!! Walaupun baru-baru neh habes la dalam nak dekat seratus untuk 5 buku sahaje :P Dah belikan buku tu kenalah beri penumpuan untuk membaca dan mengujudkan suasana sekeliling yang kondusif untuk berlumba-lumba membaca. Catatkan isi-isi penting daripada bahan yang dibaca agar lekat dalam ingatan dan boleh dikongsikan. Macam yang selalu den buat, warnakan point penting gune artline gteww.. :) Kalau kat rumah tu buat perpustakaan mini untuk diri dan anak-anak yang diatur kemas setiap masa. Syukur famili berkongsi minat yang sama. Alhamdulillah..

Antara novel yang nak dihabeskan cuti neh :) *novel chenta??*


Antara 1/5 novel:P


Rak penyimpan novel..


Sumbat buku dalam neh..


Sampaikanlah apa yang dibaca di laman sosial seperti facebook dan blog, bercerita kepada kawan-kawan atau ahli keluarga atau memberi tazkiran bila berpeluang. Ni tidak.. post kadang kadang tentang benda yang tak perlu kot. Ok fine walaupun diri ni pernah buat macam tu.. tak de lah over sangat kot sampai nak pergi toilet pon nak bagitau kat orang .. Satu dunia bace.. tak malu eh ??


Budaya yang belum wujud di Malaysia...

Bantu sahabat dan kenalan anda dengan 'membudayakan hidup membaca' dengan saling memotivasikan di antara satu sama lain atau boleh juga diwujudkan kelab membaca.

Dekatilah para ulama dan galilah ilmu daripada ilmuan ini serta mencontohi kehidupan mereka yang menjadikan al Quran sebagai pembimbingnya.Marilah kita ingati firman Allah swt yang bermaksud,

"Allah telah mengangkat orang-orang yang beriman dari golongan kamu, dan begitu pula orang-orang yang dikurniakan ilmu beberapa darjat."(Surah al Mujadalah ayat 11)

p/s: Jom ! Tingkatkan pembacaan dan selamat beramal....

Khamis, 23 Februari 2012

Warga Neautral


Assalamualaikum everibodi :P Alhamdulillah tetibe terkomited untuk bagi komitmen nak menulih kat belog neh. Syukur Allah maseh meminjamkan jejari jejari runcingku ini bagi menekan nekan punat punat keyboard yang ade. Actually lappy ACER ku yang berusia 3 tahun 1/2 baru saje meninggal. Sekarang tibelah masenye meragut lappy mommy dan buat macam rete sendiri :)

Oke.. Kembali kepada tajuk di atas. Apakah yang dimaksudkan dengan warga neutral?? Ade masalah ph ke dalam badan kah? Kandungan asid dan alkali korang same kah?? Oh sudah tentu tidak. hehe istilah warga neutral ni khas dicipta oleh saye bagi mereka yang berpolitik tidak lebih dan tidak kurang. Contoh: "Oh i tak berpihak pade mane-mane pihak.. i neutral.." .. " mengundi?? oh macam buang mase je.. beratur pastu panas2 dan sesak2.. malas!"... "aku mane-mane aku tak kisah, yang baik aku amek.. yang buruk aku tinggal..".. ok pause it right there. SEE?? Yang tu lah saye maksudkan di sini warga neutral:)

Oke fine anda nak berfikiran macam mane.. Berpihak belah sini atau sane.. Tapi keadaan korang yang di atas pagar tu macam tak membawa apa-apa pada negara.. Merelakan itu.. Membiarkan ini.. Ade ke korang fikir pasai tanggungjawab?? Ape makne tanggungjawab bagi anda?? Oke memang bukan korang yang mentadbir negara ni sebagai menteri or what ever.. Tapi sekurang-kurang nya hak anda sebagai pemilih dan penentu tu perlulah korang laksanekan.. orait??

Satu lagi keadaan, di mana sesetengah pihak yang lebat kate-kate dibelog.. di media media.. tentang pihak itu dan ini.. bangkang itu kritik ini.. tapi hanya lah sekadar di media. Lebat kate tak selebat tindakan.. Masalah2.. Pastu mula lah cakap belakang.. :) haihh..

Oke sekarang marilah kita bercakap soal tanggungjawab dalam berpolitik oke :)..

Politik didefinisikan sebagai Hiraasah al-Deen wa Siyaasah al-Dunya bihi atau maksud melayu nye "memelihara agama dan mengurustadbirkan dunia dengan agama". Kehidupan berpeaturan, terpelihara antara peranan dan hak masing masing, adalah kehidupan yang mengangkat darjat manusia sebagai makhluk penghulu yang tinggi.

Inilah asas politik. Mendidik manusia hidup berperaturan, mencegah manusia daripada kehidupan anarki. Tapi le ni.. Ramai yang makin tidak peduli. kan2?? :P

Akan tetapi, bile ade perbincangan tentang solat, semua orang mendengarnya tanpa rasa terganggu. Bila dibicarakan tentang zakat, aman jep manusia berfikir mengenainya.. Tapi bila seseorang berbicara tentang politik, semua jadi panik! Apesal eh??

Ibu bapa boleh je tenang tengok anak anak diorang mendungukan diri di depan PLAYSTATION, tapi dengan segera tersampuk dengan igauan besaw jika anaknya tibe tibe berbicara pasai politik. Makin lembap dengan ideologi AKU TIDAK PEDULISME dianggap cerdik, berbicara dalam bahasa kepedulian tentang persoalan "memelihara agama dan meurustadbirkan dunia dengan agama" dianggap sebagai kebodohan yang mengundang padah dan perlu dijauhi.. Aigoo~!

Beranggapanlah POLITIK itu sebahagian dari diri kita sendiri. Politik itu salah satu cabang seni. Ia memerlukan kualiti pemikiran dan kebijaksanaan kepimpinan untuk menggarapnya. Soal mahu menjadi AHLI POLITIK atau tidak, adalah soal kedua. Tetapi manusia tidak boleh memencilkan diri daripada politik. Memang betui kate salah seorang ahli politik dari parti demokrat US, "You may not be interested in politics but politics are interested in you".

Muslim tidak mampu untuk tidak pedulik pada politik! Politik tu satu seni yang mengatur kehidupan manusia, dan ia adalah salah satu juzuk terpenting dalam agamanye -ISLAM. Memencilkan diri daripade politik bermakne korang meniggalkan cabang besar amar makruf nahi mungkar. Tak mungkin tanggungjawab neh terbiar, melainkan pasti ade dosa dan fitnah yan mengiringinye .

Muslim boleh je amek sikap non-partisan sebagai satu bentuk pendirian politik diorang. Diorang melaksanekan urus tadbir kehidupan diorang melalui badan badan NGO / pertubuhan masing masing. Tapi muslim tak boleh la amek sikap tidak amek peduli kepada politik hanya sebab tidak mahu peduli kepade parti.

Dengan membiaknye spesies muslim yang alergik naw dengan politik neh.. akan adelah wabaks wabaks yang mengundang kehancuran.

Dalam sopan diorang jadi oportunis, dalam diam diorang jadi kaum yang manipulatif. Semuanye gara gara mahu aman, tapi tidak mahu memperbaiki keadaan. Lantang kau mengkritik polisi polisi yang menjadi beban, tapi terlalu malas nak bertindak lebih dari sekadar mengkritik. Diorang neh menikmati keamanan hasil penat lelah orang lain je.. Tak malu kan? Haishh..

So usaha melahirkan generasi yang peka dan celik politik itu adalah penting. Semasa anak anak dibangku pengajian universiti, mereka neh harus belajar untuk faham tentang politik. Keterlibatan mereka dalam persatuan persatuan, bercakap dan bertindak terhadap apa yang berlaku di sekeliling diri, semua itu mesti didedah, dilatih dan seterusnya ditempa masuk ke dalam jiwa. Bukan nye dihalang. Hey.. kita bukan lah hidup selamanya... Kasi can diorang belajar mentadbir negara.. Kenapa nak halang??

Mereka peerlu kepada kemahiran berpolitik untuk mentadbir syarikat mereka bekerja nanti. Mereka perlu kepada kemahiran berpolitik untuk menguruskan jabatan tempat mereka berkerjaya nanti juga mentadbir keluarga yang mereka bina nanti..

Politik diperlukan di semua peringkat hidup oke!

Soal kepartian, itu tidak lagi menjadi kekeliruan atau kebingungan dalam membuat pilihan. Andai politik sudah dikenali dari akar, menjalar ke batang dan pucunya dijulang.

Idea politik sebagai ibadah, amanah, tanggungjawab, amar makruf nahi munkar, pasti saje wadah politik yang dipilih adalah yang beribadah, amanah, bertanggungjawab dan jauh dari korupsi dan orientasi kepentingan diri.

Didik saje anak anak cintakan keadilan, bencikan kezaliman, berlumba lumba memelihara amanah, bekerjasama menentang khianat. Didik anak dengan kebebasan memberikan pandangan dan bersuara, punyai keberanian menyuarakan pendapat tanpa tergadai budi pekerti semasa setuju atau sebaliknya.

Itulah teras berpolitik di gelanggan pada suatu hari nanti,.

Makanya tunaikan tanggungkjawab kite sebagai penentu masa depan negara, Bukan menunggu sahaja berpeluk tubuh mengaut hasil orang lain. Orang lain penat lelah berusaha.. Kita molek lenggang lenggok tuai hasil. Sungguh memalukan. Jadikan lah politik sebagai medium dakwah, bukan sebagai pemusnah akidah perangi ukhuwah sesama kite.. Jangan jadi warga neutral yang dungu!

Allahurabbi..


p/s: Dah daftar undi ke belom?? hahahah:P


Isnin, 20 Februari 2012

Cinta?? Diamkanlah..


Diam itu lebih baik. Itu yang ingin saya kongsikan pada post kali ini. Topik 'cinta' sangat famous dalam kalangan remaja. Jadi, saya mengambil peluang untuk berkongsi serba sedikit tentang cinta dan bagi saya, andai kita mencintai seseorang maka, diamkanlah. Serahkan segala-galanya kepada Allah S.W.T.

Jika dirimu jatuh cinta, maka diamkanlah. Ini kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu. Jika dirinya, bukan untukmu, redhailah kerana Allah S.W.T pasti menyediakan seseorang yang lebih beriman untukmu.

DIAM ITU LEBIH BAIK.

Diamku, bukan kerana membenci kehadirannya tetapi ingin menjaga kesuciannya. Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui.

Kita diam bukan bermakna kita membenci sesuatu, tetapi mungkin kita ingin menjadikan ia lebih baik. Pernahkah kita terfikir, jika kita hanyut dalam cinta tanpa ikatan yang sah, ia bakal menjadi satu masalah untuk kita kerana kita sentiasa bergelumang dengan dosa.

Apakah yang akan berlaku pada rumahtangga kita? Anak-anak kita?

Adakah kalian masih ingat tentang kisah cinta antara Saidina Ali & Saiditina Fatimah Az-Zahra?

Kedua-dua mereka menyimpan perasaan antara satu sama lain, tetapi mereka lebih memilih untuk mendiamkan hal ini dari pengetahuan orang lain. Dengan izin Allah S.W.T, mereka berdua telah di satukan dengan ikatan yang sah.

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

"Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya."

Ramai yang berkata, jika kita diam, bagaimana si dia hendak tahu tentang perasaan kita?

Ingat, setiap apa yang berlaku di dunia ini, semuanya telah di aturkan oleh Allah S.W.T. Jangan risau jika mereka tidak tahu tentang perasaan kalian, tetapi risaulah andai dirimu tidak berupaya untuk menepis dan mengawal perasaan tersebut terhadap seseorang yang tidak halal bagi dirimu.

Jika benar cinta itu kerana Allah S.W.T, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah S.W.T kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah S.W.T maka ia pun berhilir hanya kepada Allah S.W.T.

Tetapi, ingatlah..Cinta Allah, adalah cinta yang kekal abadi. Kejarlah cinta Allah S.W.T dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai Allah S.W.T dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.

Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara.

Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul-betul sudah bersedia maka kahwinlah.

Post ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini. Semoga kita semua sentiasa di lindungi oleh Allah S.W.T. Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tetapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan Allah S.W.T bukan di pandangan manusia.

Untuk Hawa..

Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga.

Untuk Adam..

Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah di tetapkan di dalam Islam.

Bisik hatiku:

"Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku."

"Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan kesolehahanmu. Janji Allah pastiku pegang dalam misi mencari diri 'Lelaki yang baik untuk wanita yang baik."

Ya Allah...

Seandainya rindu ini suci maka kuatkanlah...

Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah...

Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah...

Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah...

....

Ahad, 27 November 2011

Siapa Cantik?


Assalamualaikum there! Alhamdulillah maseh diberi kesempatan membuat perkongsian:) Harap iman hari ini semakin konkrit insya Allah.. :D

Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?

Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Kajol yang tercantik, atau di Hollywood, Selena Gomez adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Siti Saleha yang tercantik.

Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?

Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.

Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.

Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.

Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.

Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.

Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.

Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.

Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!

Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.

Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.

Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.

Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.

Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery, Botox, liposuction, gastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.

Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.

Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.

Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.

Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.

Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.

Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.

Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.

Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.

Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.

Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.

Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.

Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.

Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.

Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.

Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah..


p/s: cantik hanya pada sekeping kulit yang menyaluti tubuh dan muka.. andai terkoyak kulit ituu... ahak!

Ahad, 20 November 2011

Kenangan SRAI

Alhamdulillah.. Kembali mengisi masa menaip secebis rasa merungkai isi hati nan tersumbat oleh kealpaan dunia.. Mohon Ya-Rabb.. Bukakan pintu hatiku .. penuhkan jiwaku lebih kepadaMu saat jari rancak menyusun kata.. Ameen! :D Awalkan perbuatan dengan doa-doa yang tulus ye adek2 :D.. Insya Allah segala yang di coret tidak sia-sia..

Oke2.. Last day di Irsyad.. Ku tepek kan kenangan sebagai peneman kala hati kesepian:) Enjoy!!!..











p/s: Dan akhirnye kembali... bercuti! :D Mulekan pekerjaan baru sebagai pendidik:D

Selasa, 18 Oktober 2011

Sahabat!


Assalamualaikum. Sihatkah iman kita hari ini? Mudah-mudahan molek semuanya:D

Em.. Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri..

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah..

Persahabatan sering dihadiri beberapa cubaan, tetapi persahabatan sejati boleh mengatasi cubaan itu bahkan tumbuh bersama kerananya...

Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya..

Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur - disakiti, diperhatikan - dikecewakan, didengar - diabaikan, dibantu - ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian..

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, justeru kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya.

Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mau berubah.

Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita membutuhkan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi justeru ia berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya.

Kerinduannya adalah menjadi bahagian dari kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap ego!! :D

Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur karena dikhianati sahabatnya.

Ingatlah bila agaknye kali terakhir anda berada dalam kesulitan. Siapa yang berada di samping anda ???

Siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai ??

Siapa yang ingin bersama anda saat anda tak bisa memberikan apa-apa ??

MEREKALAH SAHABAT ANDA

Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka. .




p/s:Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita *senyum lebaw-lebaw :D

Sabtu, 8 Oktober 2011

Bagaimana Acuan Begitulah Kuehnye..



Assalamualaikum:) Helo Ummah! May Allah permudahkan segala urusan harian kita hari ini dan hari mendatang. Moga iman sentiasa diasah supaya tidaK tumPul dengan kekaratan dosa beserta maksiat dan kekhilafan menggunung, Insya Allah. Sabtu indah dengan pemakaian yang serba kuning sambil menghirup susu segar bertemankan lagu indah Bruno Mars 'Marry You'. Hehe.. Memikirkan hari-hari yang semakin sukar sebagai seorang guru. Pejam celik sudah 3 minggu bergelar pendidik untuk si khalifah kecil bakal pemimpin dunia satu ketika nanti..

Fuhh! Oke2! Stop kat sini. Ape pasal ayat macam penulis profesional dalam novel?? Why eh?? HAHA.. Saja-saje ubah angin la.. Oke tak? ngeh3.. Alhamdulillah berkesempatan lagi untuk mencoret warkah berupa perkongsian tentang hati bersama pembaca yang kadang wujud di depan mata kadang pulak hanya di alam siber..:) DSC kali ni menyentuh aspek pembentukan diri Insya Allah.

Ok. Aku bukanlah penilai orang yang terbaik, tetapi untuk mendengar masalah dari mulut yang lain aku adelah seorang yang setia. Setia mendengar luahan hati dari semua yang bergelar manusia. Dari masalah mereka terbit perasaan ingin muhasabah diri dan perbaiki diri. Dari situ aku belajar tentang menjadi lebih baik. Aku pernah menulis tentang menjadi lebih baik. Kali ni aku timbulkan balik. Menjadi lebih baik dalam sahsiah pembentukan diri.

Kepimpinan terutamanya. Alhamdulillah aku tak lepas dari memegang tanggungjawab sebagai pemimpin suatu ketika dulu. Waktu aku masih merangkak mengejar segulung diploma. Masa mengajarku erti sebuah kepimpinan. Adakalanya kita dibawah dan ada kalanya kita diatas. Ketika diatas, ia bukan lah peluang terbaik kita untuk mengarah orang bawahan sesuka hati. Dan apabila kedudukan kita dibawah, bukan masanya untuk kita menunjukkan kepala sendiri..

Demikian yang kita maklum,
Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Baginda telah bersabda: 'Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya.."

Banyak yang aku lihat dan banyak juga yang aku pelajari sebagai seorang pemimpin..

Ketua pemimpin.
Yup memang betul kita semua adalah pemimpin.. Tetapi bagi aku, kita memerlukan ketua untuk mengepalai semua pemimpin. As a guide ape yang harus kita lakukan. Ketua pemimpin yang zahir batin nya mempunyai sifat elok dan molek akan menghasilkan anak-anak buah yang mantap insya Allah.

Tetapi jika pokok mempunyai baka yang elok namu dibajai dengan baja-baja perosak lama kelamaan pokok akan layu dan menghasilkan buah yang kurang enak. Contoh dalam mana-mana organisasi yang mempunyai ketua yang hebat, lantang bersuara dan hebat gayanya, namun masih mengekalkan sifat-sifat mazmumah seperti sombong, ego, mengamalkan rasuah dan mementingkan diri. Tak kemana juga akhirnya.. Hasil? Anak buah akan membuat haluan dan perancangan sendiri untuk menentang ketua pemimpin. Lihat sendiri. Akan makan diri juga akhirnya..

Kebiasaan yang aku lihat, sifat ketua amat mempengaruhi anak-anak buah. Jika A pilihan ketua, maka A lah ikutan anak buahnya.. Maka penting dalam hati si pemimpin untuk membuat suatu perubahan kepada yang lebih baik untuk menjadikan organisasi mereka menjadi lebih lebih lebih baik! :) tak gitu?

Rahsia kekuatan yang perlu ada pada pemimpin bagi aku :-

1. Beriman
Jantung segala sifat mahmudah. Apa-apa juga urusan kita juga hendaklah berlandaskan syarak. Bagi aku pemimpin yang menjaga hatinya dengan Allah, secara automatik akan menjaga hubungannya dengan manusia. Segala perbuatan dan pertuturan seolah-olah amat terjaga kerana terlebih dahulu menjaga hati dan bermuhasabah diri. Maka jika mahu memilih ketua pemimpin bukan lah dari paras rupanya. malah kekuatan hati amat penting dan lihatlah hubungan mereka dengan Allah :) Dan itu adalah pilihan terbaik.

2. Adil
Adil dari segala segi. Adil dalam menyelesaikan masalah. Tidak membebankan mana-mana pihak untuk menyelesaikan masalah, malahan menyelesaikannya bersama-sama. Adil dalam mendengar pendapat serta masalah dan tidak berat sebelah dalam segala macam hal. Adil dalam pembahagian tugas walhal kerja. Adil dalam melayan stiap kerenah dan perangai. Adil dalam pembahagian waktu dengan Allah dan hal dunia. Adil dalam semuanya! Oh betapa indahnya hari-hari mendatang dengan adanya seorang pemimpin sebegini.

3. Jujur
Pemimpin bagi aku seharuslah jujur pada diri sendiri dan kepada anak-anak buahnya. Pemimpin yang perkataan dengan perbuatannya senantiasa seiring dan sejalan. Disitu kepercayaan akan timbul dalam kalangan anak-anak buah malahan orang luar juga senang bekerja dengan kita:)

4. Cool
Seorang pengikut akan merasakan 'aman' jika pemimpinnya membawanya pada rasa nyaman dan menimbulkan rasa optimis seburuk apa pun situasi yang sedang dihadapi. Walau sesusah manapun masalah yang dihadapi tetap tidak menunjukkan riak wajah seperti dalam kesusahan malahan masih mampu tersenyum lebar. Alhamdulillah:) Sejuk hati.

5. Sabar
Pemimpin contoh haruslah sabar dalam menghadapi segala macam persoalan dan keterbatasan, serta tidak bertindak tergesa-gesa dalam mengambil keputusan. Tak bertindak mengikut nafsu dan amarah, bahkan bersama-sama duduk memikirkan jalan penyelesaian. Sedikit sebanyak anak-anak buah akan terdidik lebih tenang dan besabar dalam apa jua situasi kan? :)

6. Rendah hati
Seorang pemimpin hendaklah memiliki sikap rendah hati. Tidak suka menampakkan kelebihannya (riak) serta tidak merendahkan orang lain. Seboleh-bolehnya tidak menampakkan kelebihan yang ada pada diri. Tidak juga mengeji dan manghina kekurangan yang lain. Lengkap melengkapi antara kekurangan dan kelebihan itu dalah lebih baik. Tetapi jangan sampai perkara tersebut menjadi salah satu sebab jatuh nya organisasi disebabkan niat yang salah.

7. Musyawarah
Dalam menghadapi setiap persoalan, seorang pemimpin haruslah menempuh jalan musyawarah serta tidak menentukan keputusan sendiri. Pendapat dan pandangan yang lain wajiblah diambil kira. Mendengar dan meneliti tiap bait bicara mereka sebagai salah seorang pemegang hak dalam organisasi untuk bersuara.

Asy-Syaikh Abdurrahman As-Sa'di rahimahullah mengatakan, "Jika Allah mengatakan kepada Rasul-Nya, padahal beliau adalah orang yang paling sempurna akalnya, paling banyak ilmunya dan paling banyak idenya, "Maka bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu."

Walaupun anak buah, mereka mempunyai hak yang setaraf dengan ketua untuk bersuara dan berkongsi pendapat. Ingat lah wahai pemimpin, pemimpin yang baik adalah apabila mereka duduk searas dengan rakyatnya. Ambillah contoh Khalifah kedua kita iaitu Umar Al-khatab. Baca kisahnya. Pasti diri terasa kerdil dibnadingkan dengan Umar! Pemimpin yang rendah hatinya.

8. Mampu berkomunikasi dengan orang bawahan.
Komunikasi yang baik kepada orang bawahannya bukanlah sekadar kemampuan retorika yang baik, tetapi juga kemampuan memilih hal yang akan dilempar kepada publik serta timing yang tepat dalam melemparkannya.

Kematangan seorang pemimpin akan membuatnya mampu berkomunikasi yang jauh dari sikap emosional. Dan yang terpenting dari semua itu adalah sang pemimpin akhirnya mampu mengambil sebuah kebijakan yang tepat dalam sebuah keadaan yang memang diperlukan oleh mereka yang dipimpinnya. Duduklah semeja, tanya apa masalah mereka, apa yang ereka perlukan. Bukan hanya mendiamkan diri dan buat tak tahu saja. "Masalah kau, kau punye pasal lah.. Masalah aku, aku handle sendiri.." Oh marilah merubah ke arah kebaikan yang disenangi:)

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku rasa perkara-perkara di atas cukup membantu dalam menjadi seorang pemimpin yang baik. Aku juga telah melaluinya suatu ketika dahulu. Tetapi tak semua kau dapat impak yang baik setelah berusaha menjalankan tugas aku sebagai khalifah yang memimpin. Ye memang banyak orang tidak senang dengan perkara kebaikan yang kita lakukan. Tetapi kenapa perlu dengar cakap mereka ? Kalu kita betul-betul ikhlas melakukan kebaikan, perkara-perkara remeh tersebut takkan menggoyahkan kita Insya Allah.

Bukan ke Syaitan telah berjanji dengan Allah untuk menyesatkan manusia sehingga kiamat? Pikir-pikirkan lah. Segala ujian yang tiba bukanlah sebagai suatu yang menghalang kita dari terus bangkit menjadi pemimpin yang sioleh dan solehah. Anggaplah ia sebagai suatu tarbiyyah yang mematangkan kita:) Maka jadilah pemimpin yang sentiasa dekat dengan Allah.:)



Gagal merancang beerti merancang untuk kegagalan..


p/s: siapa pemimpin hatiku ? Oh Allah..

Selasa, 4 Oktober 2011

Kamen Rider Kabuto & Hikmahnya.


Assalamualaikum! Nah.. Alhamdulillah berkesempatan mengupdate belog lagi! Syukur ya Rabb maseh meminjamkan oksigen, maseh mehamparkan nikmat sihat dan maseh tidak berkira-kira dengan hambaMu yang lemah ini mencari rezeki di atas muka bumiMu . Moga iman kita dapat diperbaiki dari hari ke hari :)

"Hikmah ini ibarat cahaya lantera dalam hidup. Mengumpulkan cahaya itu ibarat mengumpul nasihat serta pengajaran sebagai tauladan untuk menerangi jalan dalam mencapai redha-Nya di dunia dan di akhirat."

Okeh! Kehidupan akhir zaman penuh ranjau dan onak duri. Kalau leka sikit, sape-sape je boleh karam kat lautan dalam. Kita semua same je, hanyalah musafir di muka bumi Allah ini. Walopon duduk duduk tempat yang lain, jauh merentasi benua lautan. Tapi kita masih berkongsi satu langit yang sama, bulan dan matahari yang sama.

Orang kate perbezaan pendapat itu adalah hikmah. Tapi kita perlu ingat, perkara macam tu hanya boleh dicapai kalau perbezaan pendapat tu berpaksikan Iman dan usaha untuk ilmu. Hikmah tak akan tercapai oleh mereka yang hanya mementingkan menang kalah berhujah je.

Mungkin pelbagai persoalan timbul di benak hati uolls. Mengapa cerita seumpama ni menjadi pilihan Dalam Sujud Cintaku :) ? Tapi bukan cerita realiti yang berpijak di Bumi nyata? (Ayat ala-ala guru)

Oh depa jauh lebih bertapak-tapak maju daripada kita. Jauh dua tahun lagi maju daripada kita. Sedang negara kita popular dengan cerita-cerita karut dan tahyul kurafat keparat yang hanya memundurkan pemikiran masyarakat, cerita mereka sudah jauh melangkau teknologi sains moden. Sedang masyarakat kita asyik naw dengan isu gosip artis sini sinun dan konspirasi dunia, masyarakat mereka sibuk dengan penciptaan inovasi sains dan pembangunan.

So , adekah uolls masih hairan dengan pilihan aku? Mereka yang aku maksudkan adelah masyarakat Jepun. Mungkin bukanlah 1 pilihan yang tepat untuk memilih cerita ini sebagai pembicara hikmah dunia. Tetapi pilihan yang sangat tepat! hehe..

Alhamdulillah Kamen Rider Kabuto ade hikmah yang unik. Terpikirkah? Sememangnya ilham tu maghi dari Ilahi juga. Menyusuri jalan ceritanye yang membukak minda serta mengembalikan kita kepada budaya orang Timur yang sebenor.

Hikmah yang dicari dalam cerita ni semakin terpancar-pancar dengan kata-kata watak utama. Tendou Souji mengambil madah pujangga daripada neneknya dulu-dulu. Bagi setiap episod akan dimuatkan dengan kata-kata hikmah neneknya, MasyaAllah... :)

1. Kepimpinan

*He who walks the path of heaven will rule over everything.
*Force the world to revolve around you. It's more fun to think that way.


Hikmah kepimpinan, hal ini ajar kita untuk menjadi mereka yang hebat dalam apa jua bidang sekalipun seperti yang ditunjukkan oleh watak. Ape je halangan, kitalah wira yang mampu mengatasinya. Seperti kata-kata neneknya, *memaksa dunia berputar sekeliling anda. Yeahh!

Yes, kita osah kalah kepada dunia. Dunia hanya persinggahan bagi perjalanan kita menuju-Nya. So jangan biarkan sangat la dunia tu yang memutarkan kite. Kita ini Khalifah, yang memegang amanah Allah dan mewarisi dunia ini. Jadi kenapa pula kita perlu kalah kepada dunia yang penuh dengan tipu daya ini? Oh pikirkanlah..


2. Perjuangan

*People become stronger through adventures.
*Life is a long path to a goal. Drop your heavy luggage and enjoy walking with your hands empty.
*Even in a world full only with enemies, there will always be someone you must protect.

Yes, seseorang tu akan jadi lebih kuat dengan mengembara. Jika anda nak tau, kebanyakan permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat Jepun memiliki watak yang perlu menjalani pengembaraan yang jauh. Watak itu ada level tertentu dan pengalaman berlawanlah yang menaikkan level watak itu. Menarik ork:)

mende ni sama macam kita. Manusia semakin lama makan garam semakin matanglah dia. Semakin banyak perkara yang dipelajari, semakin hari semakin hebat. So, kita sebagai pembela agama-Nya ini perlulah berani dalam menghadapi cabaran kerana cabaran itu yang akan menguatkan lagi diri kita.

Ingat!, walopun ketika permusafiran kita, dunia ini dipenuhi dengan musuh. Tak de siapa ingin membela. Kebatilan pula yang tertegak. Kita masih mempunyai mereka yang perlu dilindungi. Siapa? Semestinya umat Islam sedunia. Mengejar syahid itu lebih mulia. :)


3. Kebenaran

*One that drowns in oneself will eventually fall to darkness.
*Once you know the real thing... you won't be fooled by an imitation.
*Even the devil's whispers can sometimes sound like an angel's voice.
*Imitating others is not bad, for it's how we recognize ourselves.

Apabila kite tahu perkara yang sebenor, kite tak akan dipermainkan oleh sape-sape lagi. Kembara ilmu itu merupakan kunci kepada suatu kebenaran. Ilmu juga yang membezakan kita. Oleh sebab itu Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu.

Masalah pulak yang timbul pada zaman kini apabila suatu ilmu itu diselewengkan. Ye, aku mengakui sendiri, begitu banyak percanggahan pendapat. Alhamdulillah, Imam Mazhab Fiqah yang empat itu telah memudahkan kita.

Tetapi masalah pula apabila ada yang mengatakan dengan mengikut mazhab Fiqah ini tanpa tariqat, hakikat dan makrifat adalah taqlid semata-mata. Pemikiran kita semakin ditindas, susah untuk mencari kebenaran. Di elam tak jejak ke dasar, ditimba tak luak setitis.

Benarlah hikmah yang dibawa dalam cerita ini. *Imitating others is not bad, for it's how we recognize ourselves. Bertaqlid dengan ilmu yang sementara itu tak mengapa kerana kita sedang mencari kebenarannya. Masa kecil dulu pun kita bertaqlid sahaja apabila disuruh solat. Kemudiannya baru kita faham kenapa kita disuruh solat kan.? :)


4. Kemanusiaan

*If you wish it to be so, luck will always be on your side.
*Flowers can make any girl glow.
*All girls are equally beautiful.
*If you receive a little kindness, give them a large serving.
*There are two things a man must never do. One is to not make girls cry...The other is to not handle food so crudely!
*Men must be cool. Boiling water is only vapourised.


Aku setuju, semua perempuan itu sama cantiknya jika kita pandang dengan pandangan Iman. Semuanya ciptaan Allah juga. Kunci hikmah dibuka apabila kita terima suatu kebaikan, maka kita perlu membalasnya dengan kebaikan yang berganda. Perkara ini perlu kepada manusia lagi-lagi Pencipta.

Kunci Hikmah juga terbuka apabila Tendou kabo, lelaki perlulah selalu tenang kerana air yang mendidih hanya akan tersejat. Sememangnya lelaki perlu menjadi seorang yang tenang. Jauhkan daripada sifat panas baran. Sifat suka marah ini tak membawa ke mana pun, lagi merugikan adelah. Orang pun benci.


5.Kasih Sayang

When people love others, they grow weaker, though it's nothing to be ashamed of. True weakness lies elsewhere.
When not close by, one is even closer.
Chase two birds, and you catch two birds.
People who steal things, lose something even more important.
Children are treasures. The greatest sin in this world is to damage those treasures.
The wishes of the children are the future's reality... Adults that laugh at such dreams are no longer human.
A bond is a deep connection that can never be broken. Even if apart, heart and heart are still connected.

Nilai kasih sayang? Terlalu banyak diceritakan dalam kisah ini. Kali ini hikmah itu tidak akan terkunci kerana nilai kasih sayang itulah menjadi tunjang cerita ini.


6. Masakan

It is enjoyable to eat something delicious, but the greatest joy comes from the time spent waiting for it.
Delicious cooking is alive,you must be nonchalant about it.
No matter what condiment, no matter what ingredient, there is something greater and that's love of the person creating the food.
There are no bad restaurants or bad experiments in this world.
Fancy food does not taste good. No matter what truth you try to hide, you cannot hide it.
A knife can only bring happiness when used in cooking.
Fancy flavors cannot hide poor cooking.
It is fun to add a secret flavor so that no one knows. But... it's more fun to find it.

Haaa, bahagian inilah yang paling aku suka. Hikmah masakan ini amat terserlah jika kita mengikuti cerita ini. Watak utama sememangnya individu yang hebat memasak malah sentiasa membuat sarapan buat adiknya. Saya juga terjumpa kunci kesenian masakan itu bermula dengan menonton cerita ini. Hikmah kesenian masakan itu diceritakan dengan begitu jelas.

Memberi inspirasi kepada sesiapa juga yang menontonnya. Semua orang boleh memasak, intipatinya adalah kegembiraan. Hanya dengan masakan, barulah seseorang itu berasa gembira apabila menggunakan pisau.

The Justice Is Myself


Kita semua adalah sama,
Hanyalah seorang musafir yang sedang mencari jalan pulang
yang selamat untuk ke negeri asal kita,

Sambil membawa peta panduan perjalanan al-Qur'an dan as-Sunnah

Bersama lentera hikmah sebagai penerang jalan,

Perjalanan menuju negeri yang jauh,

Negeri yang menjadi langkah terhenti kita untuk selamanya,

Negeri yang menjadi jawapan terakhir semua persoalan kehidupan,..


Hikmahnya sebuah kembara itu....
Kembara Ilmu, mencari redha-Nya...


p/s: subhanallah.. hari ni lebih indah.

Selasa, 27 September 2011

Kembali Ke Sekolah!

Assalamualaikum. *kelip2 mata mengade*. Alhamdulillah bekesempatan lagi mau mencoret isi hati yang melimpah sudah dalam hati ni. Moge iman kita sentiasa dalam jagaan Insya Allah. Tergerak hati nak menulis lagi walaupun rase tak teringin nak tulis belog lepastu macam teringin pulak nak update belog sebab tengok orang lain punye belog meriah sangat. Huhuhuhu..

Soal teringin tak teringin dah tolak tepi sebab dah pun setat menulis balik ni. Hehe.

Oke2.. Bermulanya tarikh 12/09/2011-23/09/2011, saye adelah guru ganti di Sekolah Rendah Agama Islam Al-Irsyad. Kire sirih pulang ke gagang gitu. Jauh-jauh merantau (padahal kuantan je) akhirnye balik ke tempat asal:) Actually sangat gumbira walaupun takde pengalaman mengajar, dapat lah jugak sikit-sikit kumpul pengalaman.

Terkejut bila diri ini menggantikan guru matematik. Merangkap guru kelas darjah 5...Suspen kot mula-mula diberitahu. .. Mujurlah matematik sekolah rendah ni boleh dikira kacang goreng la buat mereka-mereka yang ade lepasan diploma macam saye ni.. *riak sikit*..

Oke2. Sekarang tengah bercuti untuk sminggu mengambil mood untuk mengajar subjek lain . Ganti cikgu lain pulak untuk this october samapai lah cuti sekolah akhir tahun. Subjek ape?? YES! Arabic language gitu.. mampus gue! Serius dah tak ingat words in arabic. Segala nahu sorof qawaid bagai sume dah lupe. 3tahun meninggalkan mereka semua.. wuwuuwuw.. Dengan semangat yang diberikan oleh guru-guru kat SRAI. Akhirnye terime cabaran ini sehingga akhir tahun. Bermulalah kisah cikgu baru yang akan masuk meeting, jage budak-budak makan solat main, keluar meeting, usrah balik sampai petang.. Dan macam-macam lagi..

Semoga Allah menolong dalam setiap urusan ku..:)


p/s: Bukak kamus ! tinggalkan kalkulator!!!!

Sabtu, 24 September 2011

Dosa Gugur Apabila Suami & Isteri Bersalaman

Assalamualaikum:) Alhamdulillah diberi kesempatan lagi mencoret belog. Lame tak menaip ni :) Moge iman kita sentiasa dalam jagaan Insya Allah. Oke2. Hari ni bekenan pulak nak taip tentang hal-hal orang yang dah kawen. I bile lagi? :P *gatai*.. hahhaa..

Bersangkutan dengan tajuk diatas,,
RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud:

"Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."


Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan. Si suami seharusnya anda bersyukur disambut bergitu :)

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua. Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.


Rasulullah bersabda, yang bermaksud:

"Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."


Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami...


p/s: *senyum lebar-lebar* Bakpe ntah nye nulih pasai orang da kawen.. haishh.. hik3:P

Khamis, 11 Ogos 2011

Caraku Dan Caramu Berbeza!


Assalamualaikum .. Apekabar iman kita? Moga sentiasa dalam keadaan terpelihara.. Yes sila lihat post kali ni ditulis pada pukul berapa:) Ahak. Sambil-sambil melayan mata yang tak boleh nak lelap ni, ade baiknya teruslah saya melayan hati yang sedang bergelora ini.. Bergelora? Oh sorry.. no mood jiwang-jiwang & lagha di sini plez.. hak3. (koya) Adakalanya mood jiwang itu terlalu dilayan sehingga hati rasa semakin hanyut dek perasaan yang kadang-kadang membawa ke arah kelalaian. So plez beware! Walaupun syaitan dah di gari & di kurung, maseh ada lagi nafsu yang bebas dan ikut dan die je nak buat apa jika akal tak mendahului. Agree?

So hari ni kita akan bercakap mengenai SIKAP atau SIFAT yang tidak patut ada dalam diri kita! Oh mengapa? Yes soalan yang baik. Bak kate orang-orang JPJ lah kan. Kalo kita teror sekali manepon bawak kereta, drift ke, wekang or sebagainye.. Kalau sikap kita di tahap yang rendah.. oh tidak kemana lah orang itu. Agree with orang JPJ itu (:P). Mungkin ini pula dari sudut hatiku yang kecil melihat orang tentang sikap. Sikap ini diambil dari orang-orang sekeliling:) Sama-sama bermuhasabah diri dan sambil-sambil ingatkan diri ini juga:)


1. Pemarah
Sifat yang paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia sekarang. Orang macam ni jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. Pantang nye lah orang lain silap sikit, disemburnya tanpa belas kasihan,, sekaligus memalukan orang itu dikhalayak ramai.. haihh.. Hindarilah sifat ini kerana perbuatan ini hanyalah sia-sia. Marilah kita tingkatkan nilai kesabaran di dalam diri, bersabar juga membolehkan kita bertindak dengan rasional. Kalau dah marah, ape pun tak boleh! Agree? :) Dan apila kita marah, cubalah mengambil wuduk atau pun pergi ketempat-tempat yang tenang.. Insya Allah, Allah akan bantu.. Ingat! Sifat marah itu datang nya dari syaitan.. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak- bawaklah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam
Oh sifat ini sangat tersembunyi macam mengumpul lahar di dalam dada gitu. And then meletup dengan tiba-tiba beserta tindakan yang sangat lah tak rasional . Orang seperti ni sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau mecak (macam memberontak atau pun seangkatan dengan nye lah..) terhadap orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung kot.. (Ini kes dendam kesumat lahh nie..) Hehe.. Marilah kita mengubat hati yang bersifat pedendam ini dengan sifat pemaaf.. Oh sangat mulia bagi sesiapa yang mempunyai sifat pemaaf ini. Sedangkan Allah itu Maha Pengampun terhadap hambaNya dengan dosa-dosa yang besar, Inikan pula kita yang menumpang di atas muka bumi Allah dan suke-suke hati je ambik alih hak Allah ni dengan tidak memaafkan sesama manusia.. Malu lah dengan Allah:)

3. Hasad dengki
Kau santau aku, aku santau kau balik! Yes! Abeh crita kan? Punya lah bedengki dengan jiran sebelah yang hidup aman damai, kita suka-suka hati hantar santau bagai kat rumah nye... Yang jeles sangat dengan jiran sebelah tu kenapa? Allah bentangkan punya lah luas bumi ni untuk kita cari rezeki masing-masing, Oh rezeki jiran sebelah jugak nak bedengki.. Jawapan nye.. Amalannya kita akan hangus akibat hasad dengkinya itu. (tak elok dengki mendengki nih..) Oh marilah berusaha bersama-sama untuk memajukan lagi diri. Allah akan tolong hambaNya yang kuat berusaha ni.. Tak Perlu kacau orang oke:)

4. Bakhil
Hok ni pulak , sentiasa naw merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya lah kan, sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk. Apa kata tukaq lah sifat ini kepada pemurah. Oh memberi sedekah, membantu orang dengan wang.. Sekaligus saham akhirat melambung tinggi.. Subhanallah:)

5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut. Walau berapa banyak yang diminum tetap tak abis jugak. lagipun org tamak selalu rugi.. Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. Fikir-fikirkan lah orang yang disekeliling kita juga:)

6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. Dengan tidak sabar ini jugak lah membuatkan kita selalu buat kesilapan. Apakata fikir dulu.. relax-relax dulu.. And then bertindak. Ahak! Itu yang lebih baik. Oleh itu banyak-banyak kanlah bersabar bila hadapi dugaan, ujian .. Ucaplah innalillah..(cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego
Ibu segala sifat mazmummah! Jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yang nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut. Cuma tak salah kita rendahkan ego kita ni.. Malah orang akan lebih pandang tinggi jika kita rendahkan ego kita. Seriously akan nampak sifat gentleman dengan sendiri nye! Dan juga apalah salahnya bertujuan untuk buat kebaikan, kita rendahkan ego kita yang macam KLCC tu.. Oh apabila berhadapan dengan Allah,, takkan lah ego sang hamba mengatasi kuasa Allah kan? Agree? :)

8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak oke..Takabbur dengan aper yang kita ada sedangkan semua hanyalah pinjaman. Oh you muka cantek? Oh pinjaman.. Oh you kaya raya?? Oh pinjaman juga.. Oh you sihat?? Oh pinjaman di dunia..:) Bila-bila je Allah kata nak balik.. Zupp! Hilanglah semuanya pinjaman itu.. Ingat ye..:) Syukurlah dengan apa yang ada, bukan suruh riak-riak ni..

9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain-lainnya.


p/s: Mengenali hati budi orang.. Namu orang tahukah hati budiku?

Isnin, 8 Ogos 2011

Mengapa Kau Pergi


Mengapa kau pergi.. Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi..Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi.. Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta..

Assalamualaikum! Cop2!!! Sebelum korang tanye kenapa post kali jiwang parak or bunga-bunga plastik or bagai-bagai lagi.. Let me know,,, apekabar iman & puasa kita hari ini? Ahak. moga diberi keizinan untuk menyempurnakan puasa pada hari ini dengan cemerlangnya Insya Allah.. Oh Iman juga turut gembira andai puasa sempurna hingga berbuka! Alhamdulillah Seminggu sudah berpuasa:)

Ok back to the top. Ayakk.. Actually post jiwang-jiwang ni tak berapa sesusai kot kat sini. Mohon keampunan Ya Allah andai hamba-Mu ini terlalai atau terleka dek menulis post kali ini.. Andai anda tak ingin membaca seterusnya pun tak apa kerana post kali ni khas buat insan yang bergelar SANG ADEK kepadaku sejak 19 tahun yang lalu.. Atas permintaanmu, ku gagahkan juga menulis entry jiwang karat ni oke. Moga terhibur di sana.


Cinta itu memberi... memberi tanpa mengharapkan apapun. Cinta itu adalah saat kita dapat memberi separuh jiwa kita untuk kebahagiaan orang yang kita cintai dan dapat bertahan dengan separuh jiwa tersisa. Cinta itu tak harus memiliki karena cinta itu jauh lebih luas dan lebih dalam melebihi ikatan apapun.


Walaweh sejak bila pulak pandai nak kaunseling-kaunseling orang ni kan? hahaha.. Tu je aku mampu cakap kat kau dik. Yeah perjalanan kau sebagai seorang student maseh jauh lagi. Tenang-tenang saja. Percaya tu penting.Andai kepercayaan salah satu pihak dikhianati, maka hubungan akan terus dalam kepura-puraan..

Yes kekadang terpaksa pekakkan telinga, butakan mata, bisukan mulut kan? Memang aku tak ada dalam kondisi kau. Tapi aku juga seorang perempuan yang mana aku tahu bila hati disakiti,. ( cewahh!) Andai yang kita berikan perhatian , namun si dia bersahaja & buat tak faham. Oh dear itu terlalu menyakitkan walaupun nampak simple je masalah tu kan? Hahaha..

Yer betul sifat ithar itu perlu ade. Tapi andai hati kau sering disakiti tanpa si dia sedar? Oh perlukah aku ulang yang hati kau juga perlu mendapat sifat ithar darinya juga? Aku jugak tahu yang si dia bukan lah seorang yang jahat yang perlu diasingkan, bahkan kau ada peluang sebagaimana kehendak kau untuk membimbingnya.. Andai kata juga habes madu sepah dibuang?? Andai kata si dia tidak lagi berada di jalan yang kau suluh?? Oh bagaimana dengan hatimu??

Sabar sebagaimana kau sabar dik, aku pun tak mampu nak sesabar kau.. Oh bilamana kesabaran kau lansung tak dipedulikan.. lansung tak dihiraukan.. Oh dimana kesabaranmu dimatanya?.. Maseh bersabar.. Bagus adek aku. :)

Andai kata masa yang si dia inginkan menjadikan kau resah, andai kata pada akhirnya ia adalah kisah yang sedih.. Oh kembalilah memburu cinta hakiki.. Kau lebeh tahu itu semua satu ujian & semuanya telah tertulis hikmahnya.. Kembalilah bersujud kepadaNya dengan penuh kesungguhan membuka jalan untukmu mencari jalan Penyelesaian.. Moga dimudahkan.. Yes aku sentiasa mendoakan..:)


Adekku
Andai kau katakan kau lemah..
Oh dimanakah kelemahan mu itu?
Biarkan aku tahu dimana kelemahan mu ..
Agar dapat ku pinjamkan kekuatanku untukmu..

Andai kau kata kau gagah..
Oh dimanakah kegagahan mu itu?
Biarkan aku tahu dimana kegagahan mu..
Agar dapat kau pinjamkan kegagahanmu kepadaku..

Oh kita saling mengerti andai kata salah seorang dirudum resah..
Oh kita saling memerlukan untuk saling meningati hati yang gundah..




p/s: Oh! berdebar-debar...

Jumaat, 5 Ogos 2011

5 Bonus Ramadan


Assalamualaikum. Pekabo puasa hari ni? Maseh penuh or dah lompang-lompang?? hahaha... Hope semua dalam keadaan sihat walaupun sedang berpuasa. Iman kita juga mohon dikuatkan.. Insya Allah.. Nak dekat-dekat raya nanti, mesti yang dah bekerja tu dapat bonus raya kan??Terutama mak ayah kita kot. Hehe.. ha.. Mesti dah siap rancang nak beli macam-macam kan? Korang pon sibuk naw lah join nak beli itu ini. Tau da.. sebab perkara sama berlaku ke atas diri kita ye dear!! haha:P Oke2.. ape pulak bonus dalam bulan Ramadan ni eah? Bubur lambuk kah? Nasik beriyani kah? Ayam tempayan kah?? oh no no no no.. ha... nak tau? teruskan membaca! (^^)

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Umatku diberikan 5 perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat yang terdahulu ketika Ramadan iaitu:

Bonus 1 : Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kesturi di sisi Allah.
- So, tak payah lah korang payah-payah kan diri korang dok tenyeh-tenyeh gigi or
dalam mulut korang dengan colgate, darlie bagai di siang hari ketika berpuasa..
Kot-kot korang gi telan mende tu sume tak ke batal free-free je puasa tu.. ha..
Yang makhruh tu lah kita jauh-jauh kan yer.. Takot jatuh haram nanti susah:)


Bonus 2 : Para Malaikat beristighfar untuk mereka sehingga berbuka.
- See.. nilmat tak nikmat nye ketika berpuasa ada malaikat beristighfar untuk
kita:) Oh sangat bahagia. Sampai lah kita berbuka. Subhanallah..


Bonus 3 : Allah memperindahkan syurga -Nya setiap hari dan berfirman : " Hampir-hampir hamba-hamba-Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu. ( Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)

- Maka jikalau kita ditimpa kecelakaan atau kesusahan mahupun ujian, kembali
lah kepada-Nya, minta lah pertolongan dari-Nya. Jangan sesekali kita mengeluh,
mencaci atau memarahi dengan semua itu. Mohonlah apapun dari-Nya. Ucapkan
lah Innalillah..:)


Bonus 4 : Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadan.

- See.. Tak de sebab lah kita nak tinggal puasa & ibadah laen melainkan nafsu
menguasai diri kita. Syaitan dah kena ikat okee.. :P


Bonus 5 : Mereka mendapat keampunan pada akhir malam Ramadan.

- Mengenai lailatuqadar ini, ada sahabat bertanya kepada Rasulullah : " Ya
Rasulullah, apakah itu akan berlaku pada malam lailatulqadar?" Baginda
menjawab: " Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya
seusai menyelesaikan amalnya."



Ha tak terujakah kita dengan bonus-bonus tersebut? Subhanallah,, Tak mudah kita semua berada dalam nikmat ni dan tak susah pula kita nak dapatkan nya:) Jom sama-sama kita mengimarahkan Ramadan kita pada kali ni dengan pelbagai ibadah. Banyak kot ibadah yang kita boleh buat kan? Cuma malas dengan rajin je ni.. haa..:) Mudah-mudahan kita dipermudahkan untuk melakukan seberapa banyak amalan pada bulan ini. Opss bukan bulan ni je tau.. bulan-bulan lain juga, Cuma nikmat nya Ramadan tak dapat kita gambarkan..:)

Ha ! Jangan lupa jage kesihatan bulan puasa ni yer! Ni pesta ibadah, bukan pesta mentekedarah oke!


p/s: Oh penat nye Ramadan? - Jangan mengeluh! :)

Isnin, 1 Ogos 2011

Mesra PSSCPUH Polisas & Ramadan Kembali!!

Assalamualaikum semua! Alhamdulillah hari ni kita berpuasa! Kita sudah pun melangkah masuk bulan Ramadan untuk tahun ini.. Selamat Menyambut Ramadan Kareem!! Yeahh..Apekabar iman kita?? Alololooo kesian ade dah yang teguling-guling kepenatan.. Moga dalam berguling-guling kita tu, iman tetap kukuh dan dapat tahan godaan seharian.. Alah!! Takat adek makan aiskrim depan kita apelah sangat. kan3:) hehehe.. Sabar yer..

Ahak! Actually pada 30/07/11 yang lepas bersamaan dengan hari sabtu, saya telah pun dijemput (as a super senior - wahahhaa super la sangat :P agagaaa,, ) oleh PSSCPUH Polisas untuk menghadiri suatu majlis MESRA HANAFI di pantai Balok. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar. Tahniah kepada Zhafir & the geng kerana telah berjaya melansungkan program tersebut dengan jaya nya. Seriously I'm really happy to see all of you bersama komitmen yang baru, organisasi baru & adek-adek yang baru!!! Wahhh sangat meriah kot! Laen kali jemput lah lagi yer.. hehehe..

Jom tengok kenangan di sana:)

Ready nak bertolak ke Pantai Balok.


Sampai-sampai je amek pic dulu (Dah Rutin kot:P)


Aerobik


Memperkenalkan, Zhafir Azri (Kolar Oren): Presiden PSSCPUH Sesi Jun 2011 & Helmi Said AJK Program ni.


Aktivi dalam kumpulan : Kumpulan aku rupenye!


Yeahh Senior Helmi semangat bersama adik-adik..


Memperkenalkan, Maizatul Farhanah a.k.a Mai : Timbalan Presiden 2.. Menda lah yang die cakap tu..:)


Slot En Hasmizi : Bersama Super Senior:P agagaga.. (Aku kah??) jeng3.. Puas la aku merepek kat budak-budak ni. Korang sile percaye oke? hehe..


Group 4 : Oh my group!


Lunch Time!


Jemput makan yer:)


MENTEKEDARAH ke?


After Solah, Aktiviti Pantai. : Istana Takeshi!! Means.. Istana Pasir la..


Kek ke Istana ni?


Sampai tertungging-tungging la semangat nye pasal kan. hehe..


Korang korek pasir or timbus sesuatu??


Ade bakat bajak sawah ni..


Oh dear. Istana lah.. Bentukk er.. bentuk hati.. haha..


Perasan tak ahli baru sem ni comel-comel? hehe..


Ah sudah.. bejangkit dah bentuk hati ni.. ce citer.. ce citer.. But thanx to this person (Senior Hajar) because...
v
v
v
v

Hadiahkan Senior & Super Senior Heart Shape ni.. Touching time.. Oh..
Siap name bagai.. NICE!


Seriously,, Macam teharu sket la.. hak3


Oh!


Kenangan kite!


Siape setuju makhluk-makhluk di atas ni hensem?? ( erkk kipas jgn tak kipass)


Tarik Tali!!


Korang adek-adek kena terima sebab senior & super senior korang memang gile-gile nak kena kan korang, buktinye diatas! : Sedang merancang kenakan korang oke!


Moment yang indah!


Tarik!!!!!!!!!!!!


Sesi terakhir bersama Jurulatih Abg Wan:)


Sangat gembira bila bersama korang semua. Insya Allah laen hari, laen program kita jumpa lagi:) Kita tak pernah jemu untuk berjumpa kan?? Sweet parak seyhh.. Rindu..:)

Oke2. Habis touching-touching ni, Izinkan diri mengucapakan Selamat Menyambut Ramadan, Selamat berpuasa, Berbuka, Bermoreh , Bersahur & meningkatkan amalan dalam bulan ini Insya Allah:) Moga amalan kita diterima.. ameenn..

salam..:)


p/s: Oh sedang berpuasa rupanya. Jage hati:)

Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..