Jumaat, 22 Julai 2011

Cara-cara Nak Hilangkan Boring Bile Naik Lif

Assalamualaikum:) Ape kabo iman kite semua? moga sihat hendak nye..

Ahak! Korang pernah naik lif tak..? Or jarang naik lif...? korang tahu tak lif tu apa? Apala, lif pun korang tak tahu... Hehehhe.. acah saje..Ce Korang google jap lif tu apa sena nye.. aha.. kekadang bosan gak naek lif ni.. Aku tengok kau , kau tengok aku.. hahaha..

Oke lah.. bawah ni ade tips camne korang nak hilangkan rase bosan bile dok dalam lif:) hehee

1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya!
Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..

2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam, semuanya diam!".

3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.

4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat appoinment?

5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik... tik... tik...

6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapalterbang.

7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang, jangan panik, jap lagi die bukak balik!".

8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah "Oksigen cukup tak kat situ?"

9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.

10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.

11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu "Ini adalah area SAYA"

OK..that all...peace yo..






p/s: Bukan selalu naik lif pon.. nak apply bile naik tangge oke? :P

Khamis, 21 Julai 2011

Wujud ke Cinta Islamik?

Assalamualaikum! Hola semua~ Lame sudah kita tak bersua. hehe.. apekabar iman kita hari ini? Moge bertambah InsyaAllah.. Rindu x? Rindu x? (hahaa poyo saje kan..) Oke lah Sena nye saye yang merindui mencoret blog ni.. ade habuk-habuk lah plak sini kan.. :)

Oke hari ni nak cakap pasal ape? Hah xpayah la korang susah-susah nak jawabkan sebab tajuj da ade kat atas oke:P.. haha.. Cinta Islamik (cinta manusia)! Haiyoo.. agak-agak cinta camni wujud tak?? Banyak dah ase nye kisah-kisah gini tayang kat tv.. Tapi korang setuju tak cerita Tahajjud Cinta adelah kisah paling merasekan hati ini sebal untuk ditonton! huh.. sekali tonton terus taknak tonton doh.. Becanggah sungguh la.. .. huuuu kan da ter emo plak kat sini.. Padahal nak cerita memnda lain. hohoho.. oke2.. Kembali pade topik kita oke!

Memang dah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai bukan??. Dah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ni menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan haram dalam Islam! Haishh.. Antara ayat-ayat yang kerap diucapkan kalau berkata tentang cinta adalah:

1. 'ala..aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..' (Berubah menda gokk... Macam la kite tak leh mintak tulun hok sejenis ubahkan die.. haish,..)

2.'saya cintakan awak kerana Allah..' (Dengan Allah cinta letak kat mane??)

3. 'Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..' (acecceee.. pasti ke..?)


Firman Allah S.W.T:

"Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)

Allah menurunkan ayat ni sebab iman manusia ada turun naik nya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu belakang rumah kita tapi mungkin esok iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang yang kita tanam kat depan rumah kita. Bagaimana kita boleh menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina????? Bercinta atau lebih tepat ber'couple' sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.

'macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!'

'kalau minta 'break', nanti dia sanggup tunggu aku ke?'
'
'tak apa kot, kami bukan macam pasangan lain,kami jaga pergaulan walaupun 'couple'

'kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..'

Oh Sahabat.., andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya?. Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.

Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.

Firman Allah di dalam Surah An-Nur:

"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)

Iyup, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi 'realiti kehidupan' ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud ;

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa" (Al-Furqan 25:74")

Ingatlah! percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan...



Rindu kat korang !!!


p/s: Tingkatkan jati diri!

Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..