Khamis, 8 Disember 2011

Outing day!

Assalamualaikum! Moga iman yang turun naik itu sedia dikawal oleh kita tiap2 hari :D !!

Wokeh!! Musim-musim cuti sekolah ni memang seronok lah kalau beraktiviti outdoor kan? :D Ahak sebelum tu, ingin ambo coret status pekerjaan ambo sekarang.. (ambo???) Okeh2. Sekarang saye bekerja sebagai guru hafazan & lughah di Kelas Bahasa Arab dan Hafazan anjuran ISMA di rumah wakaf*sementara* di Indera Mahkota 8. Al bermulalah kisah menjadi guru yang tak berapa bertauliah ni.. akekkee... Bermula cuti sekolah teruih ja kelas dibuka sehingga tamat cuti sekolah Insya Allah.. Alhamdulillah 18 orang pelajar (12thun kebawah shj) ready belajar! ahak. Hari-hari depa ni hafal Quran. Memang baguslah. Sesekali bawak depa ni keluar syok jugak! Ahak!

Hari ni , seperti yang dirancang seramai 25 orang murid termasuk guru pengiring, telah pergi melawatkan diri ke pameran Playsmart Petrosains di bangunan Yayasan Pahang! Alhamdulillah semuanye berjalan dengan lancar..


Yeahh macam biase saye memang tekun bab-bab nyusun kotak :P


Oh Allah! tak sanggp nak makan hidangan ni!!!


Beautifuuuul bola!


p/s: Seronok jalan2 :D

Ahad, 27 November 2011

Siapa Cantik?


Assalamualaikum there! Alhamdulillah maseh diberi kesempatan membuat perkongsian:) Harap iman hari ini semakin konkrit insya Allah.. :D

Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?

Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Kajol yang tercantik, atau di Hollywood, Selena Gomez adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Siti Saleha yang tercantik.

Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?

Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.

Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.

Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.

Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.

Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.

Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.

Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.

Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!

Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.

Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.

Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.

Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.

Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery, Botox, liposuction, gastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.

Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.

Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.

Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.

Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.

Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.

Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.

Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.

Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.

Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.

Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.

Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.

Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.

Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.

Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.

Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah..


p/s: cantik hanya pada sekeping kulit yang menyaluti tubuh dan muka.. andai terkoyak kulit ituu... ahak!

Jumaat, 25 November 2011

Syamim Humaidi

Assalamualaikum!

11.11.2011/2.45p.m/3.48kg/49cm

Nama saya Syamim Humaidi B Saifudin.
Call me baby Didi..


p/s: Che De rindu didi... :(

Ahad, 20 November 2011

Tragedi 20112011 :D

APE DAH JADI NI??

Potong!


Birthday Girls on November :D


ngap2:)









Alhamdulillah.. Moge sihat iman kite :)

YEAHHH!! Pueh hati den perkeno dak2 ni:)
v
v
v
v
HAPPY BIRTHDAY!!!!
to

MAI

NURIL

ME!!! (ATHIRAH)


Menggila jap hari ni.. yang tak dirancang tetibe terlintas kat benak ni nak kenakan dak2 ni.. Bab2 ngenakan orang panggil saje saye yer :p Sejarah kaki berdarah terulang kembali.. Tapi pueh hati dapat balas balik ape yang dak2 ni buat semester lepas ke atas diri ku:D
Adegan kejor mengejar berlaku kire-kire sekitar 45 minit.. lokasi di polisas... tak ade keje kejor-krjor keliling poli?? tak penah kot dibuat orang:) Btw,,, happy parak.. thanx korang.. :)



p/s will miss them...

Kenangan SRAI

Alhamdulillah.. Kembali mengisi masa menaip secebis rasa merungkai isi hati nan tersumbat oleh kealpaan dunia.. Mohon Ya-Rabb.. Bukakan pintu hatiku .. penuhkan jiwaku lebih kepadaMu saat jari rancak menyusun kata.. Ameen! :D Awalkan perbuatan dengan doa-doa yang tulus ye adek2 :D.. Insya Allah segala yang di coret tidak sia-sia..

Oke2.. Last day di Irsyad.. Ku tepek kan kenangan sebagai peneman kala hati kesepian:) Enjoy!!!..











p/s: Dan akhirnye kembali... bercuti! :D Mulekan pekerjaan baru sebagai pendidik:D

Isnin, 24 Oktober 2011

Zulaikha Qistina

Assalamualaikum there! Ahak maseh gagah mau share kisah hidup dengan membelogging gteww. Moge iman sentiasa disimen menjadi lebih konkrit walau onar dan badai melanda Insya Allah:)

YES! aku memang pencinta bayi yang tegar! hahaha.. Ni anak sape pulak da ni maen colek je ni?? :D Zulaikha Qistina~ My anak angkat. *perasan* Actually anak jurulatih:) Ziarah ibu & bayi di perkarangan Tanah Putih Kuantan. ALHAMDULILLAH mereka sihat-sihat aje ..


Baby Zulaikha tak mau bukak mata die ^_^


See.. ade gaye ibu mithali kan :P


Baby comey still takmau bukak mata tuh!


With Lulu. Thanx dear layan kerenah akak mu ini :D


p/s: Tak sabaw wehh

Sabtu, 22 Oktober 2011

Can't Wait..

Assalamualaikum there! Alhamdulillah sempat mengapdate belogku.Hope iman kita semua sentiase terjage:D

Rasenye ade yang dah tau yang aku bakal jadi makcik kan:D So kepade sesiape yang taktahu lagi tu, nak ulang lagi ni, Oh aku bakal jadi makcik! Sangat2 ketidaksabaran menunggu kelahiran budak tecik itu. Doktor kate boboy.. same2 kite nantikan. Oh aku nak budak kecik itu panggil aku Cik De / Ude .. Don call me "mak ude" .. Mak? Takmau!! Tak vogue.. hahah (poyo) hahaha aku kan mak cik zaman millenium.

So u pulak macam mane feeq ? U nak budak kecik tu panggil u ape? haahaa.. :P


p/s: ...Menanti....

Selasa, 18 Oktober 2011

Sahabat!


Assalamualaikum. Sihatkah iman kita hari ini? Mudah-mudahan molek semuanya:D

Em.. Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri..

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah..

Persahabatan sering dihadiri beberapa cubaan, tetapi persahabatan sejati boleh mengatasi cubaan itu bahkan tumbuh bersama kerananya...

Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya..

Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur - disakiti, diperhatikan - dikecewakan, didengar - diabaikan, dibantu - ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian..

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, justeru kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya.

Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mau berubah.

Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita membutuhkan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi justeru ia berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya.

Kerinduannya adalah menjadi bahagian dari kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap ego!! :D

Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur karena dikhianati sahabatnya.

Ingatlah bila agaknye kali terakhir anda berada dalam kesulitan. Siapa yang berada di samping anda ???

Siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai ??

Siapa yang ingin bersama anda saat anda tak bisa memberikan apa-apa ??

MEREKALAH SAHABAT ANDA

Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka. .




p/s:Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita *senyum lebaw-lebaw :D

Isnin, 17 Oktober 2011

Konvo SCUH 2011 :)

Assalamualaikum.. Moga iman betambah konkrit eah semua. Alhamdulillah dah konvo dah .. :)

Alhamdulillah :D


Pose dulu..


Dewan konvo!


Tetibe ras emacam nak muntah.. maklumlah tak sarapan :P


My name yaww!


Akhirnye!

p/s: jgn sedeh2 lagi:)

Sabtu, 8 Oktober 2011

Penggila Novel Hilal Asyraf

Assalamualaikum.. Moga hari ini lebih baik dari semalam.. Insya Allah.

PENGGILA NOVEL TARBIAH KARYA HILAL ASYRAF!!

Siapa Hilal Asyraf?

Muhammad Hilal Asyraf bin ABDUL razak yang lahir pada 16 Januari 1989.
Anak sulung daripada 4 orang adik beradik.
Berasal dari Johor darul Takzim.
Kini menuntut di University of Yarmouk, Jordan.
Telah menulis 7 buah novel Islami dan 4 buah buku motivasi.
Tulisan beliau bersama-sama sahabat-sahabat seperjuangannya boleh diikiut di laman sarang labah-labahnya langitilahi.com & page facebook beliau di Hilal Asyraf(Official)

Alhamdulillah baru sahaja selesai menamatkan sesi pembacaan salah satu novel Hilal Asyraf beejudul Sinergi & Hero. Seterunya adala Takdir.. Dalam asyik menghiburkan pembaca, karya beliau tak pernah kering dengan pengisian tarbiyyah islam yang semakin lama dipandang enteng oleh masyarakat lo ni. Indah bahasa dan penyusunan cerita yang sangatlah menambat hati. Like3!! Uolls bace sendiri ok. Baru feel bace karya si anak muda yang tua setahun dari aku ni. Tabik spring la kat die bejaya memikat hati ku untuk setia bersama karya-karya beliau!!! Takbir!

Selesai Dibaca! Konsep persahabatn bertunjangkan keimanan.


Selesai Dibaca! Si hero akhirnya temui keimanan! Nama Athirah ada dalam novel ni. Thanx Hilal!! *tetibe* hehhe..


Baru mula baca!! Kulit novel yang menggetarkan jiwa..


Bakal dibeli! Kedamaian ..




p/s: Bacalah dengan nama Tuhanmu!

Bagaimana Acuan Begitulah Kuehnye..



Assalamualaikum:) Helo Ummah! May Allah permudahkan segala urusan harian kita hari ini dan hari mendatang. Moga iman sentiasa diasah supaya tidaK tumPul dengan kekaratan dosa beserta maksiat dan kekhilafan menggunung, Insya Allah. Sabtu indah dengan pemakaian yang serba kuning sambil menghirup susu segar bertemankan lagu indah Bruno Mars 'Marry You'. Hehe.. Memikirkan hari-hari yang semakin sukar sebagai seorang guru. Pejam celik sudah 3 minggu bergelar pendidik untuk si khalifah kecil bakal pemimpin dunia satu ketika nanti..

Fuhh! Oke2! Stop kat sini. Ape pasal ayat macam penulis profesional dalam novel?? Why eh?? HAHA.. Saja-saje ubah angin la.. Oke tak? ngeh3.. Alhamdulillah berkesempatan lagi untuk mencoret warkah berupa perkongsian tentang hati bersama pembaca yang kadang wujud di depan mata kadang pulak hanya di alam siber..:) DSC kali ni menyentuh aspek pembentukan diri Insya Allah.

Ok. Aku bukanlah penilai orang yang terbaik, tetapi untuk mendengar masalah dari mulut yang lain aku adelah seorang yang setia. Setia mendengar luahan hati dari semua yang bergelar manusia. Dari masalah mereka terbit perasaan ingin muhasabah diri dan perbaiki diri. Dari situ aku belajar tentang menjadi lebih baik. Aku pernah menulis tentang menjadi lebih baik. Kali ni aku timbulkan balik. Menjadi lebih baik dalam sahsiah pembentukan diri.

Kepimpinan terutamanya. Alhamdulillah aku tak lepas dari memegang tanggungjawab sebagai pemimpin suatu ketika dulu. Waktu aku masih merangkak mengejar segulung diploma. Masa mengajarku erti sebuah kepimpinan. Adakalanya kita dibawah dan ada kalanya kita diatas. Ketika diatas, ia bukan lah peluang terbaik kita untuk mengarah orang bawahan sesuka hati. Dan apabila kedudukan kita dibawah, bukan masanya untuk kita menunjukkan kepala sendiri..

Demikian yang kita maklum,
Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Baginda telah bersabda: 'Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya.."

Banyak yang aku lihat dan banyak juga yang aku pelajari sebagai seorang pemimpin..

Ketua pemimpin.
Yup memang betul kita semua adalah pemimpin.. Tetapi bagi aku, kita memerlukan ketua untuk mengepalai semua pemimpin. As a guide ape yang harus kita lakukan. Ketua pemimpin yang zahir batin nya mempunyai sifat elok dan molek akan menghasilkan anak-anak buah yang mantap insya Allah.

Tetapi jika pokok mempunyai baka yang elok namu dibajai dengan baja-baja perosak lama kelamaan pokok akan layu dan menghasilkan buah yang kurang enak. Contoh dalam mana-mana organisasi yang mempunyai ketua yang hebat, lantang bersuara dan hebat gayanya, namun masih mengekalkan sifat-sifat mazmumah seperti sombong, ego, mengamalkan rasuah dan mementingkan diri. Tak kemana juga akhirnya.. Hasil? Anak buah akan membuat haluan dan perancangan sendiri untuk menentang ketua pemimpin. Lihat sendiri. Akan makan diri juga akhirnya..

Kebiasaan yang aku lihat, sifat ketua amat mempengaruhi anak-anak buah. Jika A pilihan ketua, maka A lah ikutan anak buahnya.. Maka penting dalam hati si pemimpin untuk membuat suatu perubahan kepada yang lebih baik untuk menjadikan organisasi mereka menjadi lebih lebih lebih baik! :) tak gitu?

Rahsia kekuatan yang perlu ada pada pemimpin bagi aku :-

1. Beriman
Jantung segala sifat mahmudah. Apa-apa juga urusan kita juga hendaklah berlandaskan syarak. Bagi aku pemimpin yang menjaga hatinya dengan Allah, secara automatik akan menjaga hubungannya dengan manusia. Segala perbuatan dan pertuturan seolah-olah amat terjaga kerana terlebih dahulu menjaga hati dan bermuhasabah diri. Maka jika mahu memilih ketua pemimpin bukan lah dari paras rupanya. malah kekuatan hati amat penting dan lihatlah hubungan mereka dengan Allah :) Dan itu adalah pilihan terbaik.

2. Adil
Adil dari segala segi. Adil dalam menyelesaikan masalah. Tidak membebankan mana-mana pihak untuk menyelesaikan masalah, malahan menyelesaikannya bersama-sama. Adil dalam mendengar pendapat serta masalah dan tidak berat sebelah dalam segala macam hal. Adil dalam pembahagian tugas walhal kerja. Adil dalam melayan stiap kerenah dan perangai. Adil dalam pembahagian waktu dengan Allah dan hal dunia. Adil dalam semuanya! Oh betapa indahnya hari-hari mendatang dengan adanya seorang pemimpin sebegini.

3. Jujur
Pemimpin bagi aku seharuslah jujur pada diri sendiri dan kepada anak-anak buahnya. Pemimpin yang perkataan dengan perbuatannya senantiasa seiring dan sejalan. Disitu kepercayaan akan timbul dalam kalangan anak-anak buah malahan orang luar juga senang bekerja dengan kita:)

4. Cool
Seorang pengikut akan merasakan 'aman' jika pemimpinnya membawanya pada rasa nyaman dan menimbulkan rasa optimis seburuk apa pun situasi yang sedang dihadapi. Walau sesusah manapun masalah yang dihadapi tetap tidak menunjukkan riak wajah seperti dalam kesusahan malahan masih mampu tersenyum lebar. Alhamdulillah:) Sejuk hati.

5. Sabar
Pemimpin contoh haruslah sabar dalam menghadapi segala macam persoalan dan keterbatasan, serta tidak bertindak tergesa-gesa dalam mengambil keputusan. Tak bertindak mengikut nafsu dan amarah, bahkan bersama-sama duduk memikirkan jalan penyelesaian. Sedikit sebanyak anak-anak buah akan terdidik lebih tenang dan besabar dalam apa jua situasi kan? :)

6. Rendah hati
Seorang pemimpin hendaklah memiliki sikap rendah hati. Tidak suka menampakkan kelebihannya (riak) serta tidak merendahkan orang lain. Seboleh-bolehnya tidak menampakkan kelebihan yang ada pada diri. Tidak juga mengeji dan manghina kekurangan yang lain. Lengkap melengkapi antara kekurangan dan kelebihan itu dalah lebih baik. Tetapi jangan sampai perkara tersebut menjadi salah satu sebab jatuh nya organisasi disebabkan niat yang salah.

7. Musyawarah
Dalam menghadapi setiap persoalan, seorang pemimpin haruslah menempuh jalan musyawarah serta tidak menentukan keputusan sendiri. Pendapat dan pandangan yang lain wajiblah diambil kira. Mendengar dan meneliti tiap bait bicara mereka sebagai salah seorang pemegang hak dalam organisasi untuk bersuara.

Asy-Syaikh Abdurrahman As-Sa'di rahimahullah mengatakan, "Jika Allah mengatakan kepada Rasul-Nya, padahal beliau adalah orang yang paling sempurna akalnya, paling banyak ilmunya dan paling banyak idenya, "Maka bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu."

Walaupun anak buah, mereka mempunyai hak yang setaraf dengan ketua untuk bersuara dan berkongsi pendapat. Ingat lah wahai pemimpin, pemimpin yang baik adalah apabila mereka duduk searas dengan rakyatnya. Ambillah contoh Khalifah kedua kita iaitu Umar Al-khatab. Baca kisahnya. Pasti diri terasa kerdil dibnadingkan dengan Umar! Pemimpin yang rendah hatinya.

8. Mampu berkomunikasi dengan orang bawahan.
Komunikasi yang baik kepada orang bawahannya bukanlah sekadar kemampuan retorika yang baik, tetapi juga kemampuan memilih hal yang akan dilempar kepada publik serta timing yang tepat dalam melemparkannya.

Kematangan seorang pemimpin akan membuatnya mampu berkomunikasi yang jauh dari sikap emosional. Dan yang terpenting dari semua itu adalah sang pemimpin akhirnya mampu mengambil sebuah kebijakan yang tepat dalam sebuah keadaan yang memang diperlukan oleh mereka yang dipimpinnya. Duduklah semeja, tanya apa masalah mereka, apa yang ereka perlukan. Bukan hanya mendiamkan diri dan buat tak tahu saja. "Masalah kau, kau punye pasal lah.. Masalah aku, aku handle sendiri.." Oh marilah merubah ke arah kebaikan yang disenangi:)

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku rasa perkara-perkara di atas cukup membantu dalam menjadi seorang pemimpin yang baik. Aku juga telah melaluinya suatu ketika dahulu. Tetapi tak semua kau dapat impak yang baik setelah berusaha menjalankan tugas aku sebagai khalifah yang memimpin. Ye memang banyak orang tidak senang dengan perkara kebaikan yang kita lakukan. Tetapi kenapa perlu dengar cakap mereka ? Kalu kita betul-betul ikhlas melakukan kebaikan, perkara-perkara remeh tersebut takkan menggoyahkan kita Insya Allah.

Bukan ke Syaitan telah berjanji dengan Allah untuk menyesatkan manusia sehingga kiamat? Pikir-pikirkan lah. Segala ujian yang tiba bukanlah sebagai suatu yang menghalang kita dari terus bangkit menjadi pemimpin yang sioleh dan solehah. Anggaplah ia sebagai suatu tarbiyyah yang mematangkan kita:) Maka jadilah pemimpin yang sentiasa dekat dengan Allah.:)



Gagal merancang beerti merancang untuk kegagalan..


p/s: siapa pemimpin hatiku ? Oh Allah..

Selasa, 4 Oktober 2011

Kamen Rider Kabuto & Hikmahnya.


Assalamualaikum! Nah.. Alhamdulillah berkesempatan mengupdate belog lagi! Syukur ya Rabb maseh meminjamkan oksigen, maseh mehamparkan nikmat sihat dan maseh tidak berkira-kira dengan hambaMu yang lemah ini mencari rezeki di atas muka bumiMu . Moga iman kita dapat diperbaiki dari hari ke hari :)

"Hikmah ini ibarat cahaya lantera dalam hidup. Mengumpulkan cahaya itu ibarat mengumpul nasihat serta pengajaran sebagai tauladan untuk menerangi jalan dalam mencapai redha-Nya di dunia dan di akhirat."

Okeh! Kehidupan akhir zaman penuh ranjau dan onak duri. Kalau leka sikit, sape-sape je boleh karam kat lautan dalam. Kita semua same je, hanyalah musafir di muka bumi Allah ini. Walopon duduk duduk tempat yang lain, jauh merentasi benua lautan. Tapi kita masih berkongsi satu langit yang sama, bulan dan matahari yang sama.

Orang kate perbezaan pendapat itu adalah hikmah. Tapi kita perlu ingat, perkara macam tu hanya boleh dicapai kalau perbezaan pendapat tu berpaksikan Iman dan usaha untuk ilmu. Hikmah tak akan tercapai oleh mereka yang hanya mementingkan menang kalah berhujah je.

Mungkin pelbagai persoalan timbul di benak hati uolls. Mengapa cerita seumpama ni menjadi pilihan Dalam Sujud Cintaku :) ? Tapi bukan cerita realiti yang berpijak di Bumi nyata? (Ayat ala-ala guru)

Oh depa jauh lebih bertapak-tapak maju daripada kita. Jauh dua tahun lagi maju daripada kita. Sedang negara kita popular dengan cerita-cerita karut dan tahyul kurafat keparat yang hanya memundurkan pemikiran masyarakat, cerita mereka sudah jauh melangkau teknologi sains moden. Sedang masyarakat kita asyik naw dengan isu gosip artis sini sinun dan konspirasi dunia, masyarakat mereka sibuk dengan penciptaan inovasi sains dan pembangunan.

So , adekah uolls masih hairan dengan pilihan aku? Mereka yang aku maksudkan adelah masyarakat Jepun. Mungkin bukanlah 1 pilihan yang tepat untuk memilih cerita ini sebagai pembicara hikmah dunia. Tetapi pilihan yang sangat tepat! hehe..

Alhamdulillah Kamen Rider Kabuto ade hikmah yang unik. Terpikirkah? Sememangnya ilham tu maghi dari Ilahi juga. Menyusuri jalan ceritanye yang membukak minda serta mengembalikan kita kepada budaya orang Timur yang sebenor.

Hikmah yang dicari dalam cerita ni semakin terpancar-pancar dengan kata-kata watak utama. Tendou Souji mengambil madah pujangga daripada neneknya dulu-dulu. Bagi setiap episod akan dimuatkan dengan kata-kata hikmah neneknya, MasyaAllah... :)

1. Kepimpinan

*He who walks the path of heaven will rule over everything.
*Force the world to revolve around you. It's more fun to think that way.


Hikmah kepimpinan, hal ini ajar kita untuk menjadi mereka yang hebat dalam apa jua bidang sekalipun seperti yang ditunjukkan oleh watak. Ape je halangan, kitalah wira yang mampu mengatasinya. Seperti kata-kata neneknya, *memaksa dunia berputar sekeliling anda. Yeahh!

Yes, kita osah kalah kepada dunia. Dunia hanya persinggahan bagi perjalanan kita menuju-Nya. So jangan biarkan sangat la dunia tu yang memutarkan kite. Kita ini Khalifah, yang memegang amanah Allah dan mewarisi dunia ini. Jadi kenapa pula kita perlu kalah kepada dunia yang penuh dengan tipu daya ini? Oh pikirkanlah..


2. Perjuangan

*People become stronger through adventures.
*Life is a long path to a goal. Drop your heavy luggage and enjoy walking with your hands empty.
*Even in a world full only with enemies, there will always be someone you must protect.

Yes, seseorang tu akan jadi lebih kuat dengan mengembara. Jika anda nak tau, kebanyakan permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat Jepun memiliki watak yang perlu menjalani pengembaraan yang jauh. Watak itu ada level tertentu dan pengalaman berlawanlah yang menaikkan level watak itu. Menarik ork:)

mende ni sama macam kita. Manusia semakin lama makan garam semakin matanglah dia. Semakin banyak perkara yang dipelajari, semakin hari semakin hebat. So, kita sebagai pembela agama-Nya ini perlulah berani dalam menghadapi cabaran kerana cabaran itu yang akan menguatkan lagi diri kita.

Ingat!, walopun ketika permusafiran kita, dunia ini dipenuhi dengan musuh. Tak de siapa ingin membela. Kebatilan pula yang tertegak. Kita masih mempunyai mereka yang perlu dilindungi. Siapa? Semestinya umat Islam sedunia. Mengejar syahid itu lebih mulia. :)


3. Kebenaran

*One that drowns in oneself will eventually fall to darkness.
*Once you know the real thing... you won't be fooled by an imitation.
*Even the devil's whispers can sometimes sound like an angel's voice.
*Imitating others is not bad, for it's how we recognize ourselves.

Apabila kite tahu perkara yang sebenor, kite tak akan dipermainkan oleh sape-sape lagi. Kembara ilmu itu merupakan kunci kepada suatu kebenaran. Ilmu juga yang membezakan kita. Oleh sebab itu Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu.

Masalah pulak yang timbul pada zaman kini apabila suatu ilmu itu diselewengkan. Ye, aku mengakui sendiri, begitu banyak percanggahan pendapat. Alhamdulillah, Imam Mazhab Fiqah yang empat itu telah memudahkan kita.

Tetapi masalah pula apabila ada yang mengatakan dengan mengikut mazhab Fiqah ini tanpa tariqat, hakikat dan makrifat adalah taqlid semata-mata. Pemikiran kita semakin ditindas, susah untuk mencari kebenaran. Di elam tak jejak ke dasar, ditimba tak luak setitis.

Benarlah hikmah yang dibawa dalam cerita ini. *Imitating others is not bad, for it's how we recognize ourselves. Bertaqlid dengan ilmu yang sementara itu tak mengapa kerana kita sedang mencari kebenarannya. Masa kecil dulu pun kita bertaqlid sahaja apabila disuruh solat. Kemudiannya baru kita faham kenapa kita disuruh solat kan.? :)


4. Kemanusiaan

*If you wish it to be so, luck will always be on your side.
*Flowers can make any girl glow.
*All girls are equally beautiful.
*If you receive a little kindness, give them a large serving.
*There are two things a man must never do. One is to not make girls cry...The other is to not handle food so crudely!
*Men must be cool. Boiling water is only vapourised.


Aku setuju, semua perempuan itu sama cantiknya jika kita pandang dengan pandangan Iman. Semuanya ciptaan Allah juga. Kunci hikmah dibuka apabila kita terima suatu kebaikan, maka kita perlu membalasnya dengan kebaikan yang berganda. Perkara ini perlu kepada manusia lagi-lagi Pencipta.

Kunci Hikmah juga terbuka apabila Tendou kabo, lelaki perlulah selalu tenang kerana air yang mendidih hanya akan tersejat. Sememangnya lelaki perlu menjadi seorang yang tenang. Jauhkan daripada sifat panas baran. Sifat suka marah ini tak membawa ke mana pun, lagi merugikan adelah. Orang pun benci.


5.Kasih Sayang

When people love others, they grow weaker, though it's nothing to be ashamed of. True weakness lies elsewhere.
When not close by, one is even closer.
Chase two birds, and you catch two birds.
People who steal things, lose something even more important.
Children are treasures. The greatest sin in this world is to damage those treasures.
The wishes of the children are the future's reality... Adults that laugh at such dreams are no longer human.
A bond is a deep connection that can never be broken. Even if apart, heart and heart are still connected.

Nilai kasih sayang? Terlalu banyak diceritakan dalam kisah ini. Kali ini hikmah itu tidak akan terkunci kerana nilai kasih sayang itulah menjadi tunjang cerita ini.


6. Masakan

It is enjoyable to eat something delicious, but the greatest joy comes from the time spent waiting for it.
Delicious cooking is alive,you must be nonchalant about it.
No matter what condiment, no matter what ingredient, there is something greater and that's love of the person creating the food.
There are no bad restaurants or bad experiments in this world.
Fancy food does not taste good. No matter what truth you try to hide, you cannot hide it.
A knife can only bring happiness when used in cooking.
Fancy flavors cannot hide poor cooking.
It is fun to add a secret flavor so that no one knows. But... it's more fun to find it.

Haaa, bahagian inilah yang paling aku suka. Hikmah masakan ini amat terserlah jika kita mengikuti cerita ini. Watak utama sememangnya individu yang hebat memasak malah sentiasa membuat sarapan buat adiknya. Saya juga terjumpa kunci kesenian masakan itu bermula dengan menonton cerita ini. Hikmah kesenian masakan itu diceritakan dengan begitu jelas.

Memberi inspirasi kepada sesiapa juga yang menontonnya. Semua orang boleh memasak, intipatinya adalah kegembiraan. Hanya dengan masakan, barulah seseorang itu berasa gembira apabila menggunakan pisau.

The Justice Is Myself


Kita semua adalah sama,
Hanyalah seorang musafir yang sedang mencari jalan pulang
yang selamat untuk ke negeri asal kita,

Sambil membawa peta panduan perjalanan al-Qur'an dan as-Sunnah

Bersama lentera hikmah sebagai penerang jalan,

Perjalanan menuju negeri yang jauh,

Negeri yang menjadi langkah terhenti kita untuk selamanya,

Negeri yang menjadi jawapan terakhir semua persoalan kehidupan,..


Hikmahnya sebuah kembara itu....
Kembara Ilmu, mencari redha-Nya...


p/s: subhanallah.. hari ni lebih indah.

Isnin, 3 Oktober 2011

Kenang2 Mase Dulu..

Assalamualaikum! Kabare uolls? Ahak. Moge sihat iman kita disamping mengerjakan fardhu ain & kifayah dalam seharian.. Jage iman kite oke:) Alhamdulillah dalam sibuk-sibuk macam ni sempat lagilah nak ngupdate belog ni. Sibuk? (padahal sempat je update belog sibuk apenye.. haha) Hehehe.. Untuk pengetahuan, diri ini semakin sibuk dek kerja-kerja yang betimbun kat sekolah. Al-maklumlah "cikgu ganti" yang secara ekspress ditarik masuk semula ke alam sekolah untuk mengajar budak-budak. Tak menang tangan la... huhuhu. *feeling2 dapat gaji banyak konon..*

Syukurlah budak-budak tu happy cikgu "comel" (istilah dibodek sebelum budak-budak kene marah ni.. :P) diorang ni masuk sekolah tu balik dengan sukarela & senang hati nye mengajar diorang. Insya Allah kerana Allah. Hehehe. sebelum terpesong pulak niat ni kembali ke sekolah tu;P.. Oh aku disambut dengan sorakan penuh gembira yang terpancar diwajah mereka ( tak tau la kalau diorg buat-buat je kan. hehe).. Dengan semangat menagajar subjek baru dan kelas baru, ku gagahkan diri melangkah masuk ke dalam kelas mereka. haha.. Oh My Allah! Sesungguhnye tugas hamba Mu ini semakin berat. mohon dimudahkan.. ameen:)

Oke back to the top! Dalam sujud cintaku kali ni aih terkenanglah pulak kisah silam di sekolah tersebut tentang kenangan yang compom-compom la tak buleh dilupekan.. terkenangkan kekasih lame kah? skandalkah? ataupun cinta pandang pertama?? *hahaha* ( sambil teringat lagu sekolah pagi tadi....) Tentang ape yer?? ??

Tentang DENDA!!!

Name pun dulu-dulukan. So, kembali lah kite kepada zaman-zaman tepek bedak macam tepung gomak dulu..9 tahun lepas di SRAI.. Nak cerite pasai denda memang banyak parak kot denda-denda yang penah kena. Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini sangat buas tatkala maseh kecil dahulu kala, mudah mudahan ia nya tidak berulang kepada ku saat ku dewasa kini. hahaha.. Nak kate dulu-dulu jahat tak jugak, molek je main batu seremban ngan galah panjang tepi kelas. Tak usik orang pon oke:P Ahak. Tapi dalam jughuih2 muke aku ni ha.. Ade la buat silap salah sikit-sikit.. hehe. Keje sekolah banyak kot dulu-dulu, malas nye nak buat time tu.. so jangan salahkan anak murid sekarang la kalau perangai diorang same je ngan cikgu diorang time kecik-kecik dulu .. ahha.. Oke2..Meh crite pasai denda na..


Oke2.. ni pengalaman denda budak-budak Irsyad yang telah dikumpul selama 6 tahun ku disane.. Jawapan mereka.. (hahhaha) sumber oleh Alumni SRAI


Cube cerita kenangan denda anda: :)

Muhammad Hafiz : ketuk ketampi.

Han Hanan: kena cubit,marah,kena mcm2 hukuman yg ringan dan berat sikit :)

Bidadari Firdausi : time drjah 2,kne denda jalan sambil lompat2 cm pocong kt tepi2 kelas org len..waAA..malu sgt!!!

Nur Muhammad : stalap...haha (maseh mencari stalap tu ape. hehe)

Akram Soleh: Bediri kat luar kelas sbb xbwak bku time djah 4..hehe:-)

حميذة شافعي: ngan mualim dasuki.....hahaha...sape ingt kata2 nie...pukul sebelas, tutup lampu tido...pastu kawad mlm2 bute... (time qiamullail)

Wan Aishah : mlmh zainon pukul ngn ruler sbb wat bising..jgn bgtau mlmh tau..huhu

Akram Soleh: Haha..berdiri bwah jam sbb masbu' s0lat magrib:-)

Nurhayati Yusof : kena nyanyi lagu negaraku malam2 buta dan kne tawaf 1 sekolah....sebab wat bising mase asrama banat (perempuan) kt sebelah umah mlm dasuki...hehehe memori xdpt dilupakan di irsyad..

Nur Muhammad: usung tilam pusing padang..hahaha

Ridha Malek: Ketuk ketampi sampai patah tulang belakang :P

Syukran Saipuddin: denda paling kejam, cium dinding. hahaha

Wan Anwar Al-Bakry : kne masuk every class...sambil pegang cardboard "sy pemalas cz x buat keje skola" & berdiri luar kelas sambil junjung meja.. huhuhu.hafal quran sambil keliling pdg...cz fail hafal ngn mlm dasuki.. rambut botak sblh...kne gunting ngn mlm...sbb simpan rambut pjg...abes rambut simpan lame2...huhu

Zakiuddin Zulkifli: kne brdiri kt luar kelas...hehe

Akram Soleh : lewat msuk barisan kawad kne pamping....haa~

Nur Athirah Amiruddin (aku) : letak manila kad tulis " sy xsiap kerja sekolah" - pastu masuk dlm semua kelas tayang kad tu. *gantung di leher. hehhe‎ pahtu buat tangan style*cop*. pastu kne ketuk ngan duster. hehe

Hafeez Ridzuan: muka kena conteng kapur, sideburn kena tarik, kena rotan belakang jari :)

шйифд рфтша : kalau muallim Mimsodbaalif Emesbiay cubit lahh ,

Muhammad Farhan: kene lmpang sal x siap keje skulll

Sifuya Pia : kne diri bwh jam sal x g surau..huhu...jahatv rupanya...

Muhammad Hafiz: denda yg paling best dan yg paling manis..., bila mualim ckp cmni " sape yg x siap kerja sekolah..., mualim x akan masuk kelas dah " ofkoz bila denda mcm nie.., semua org mesti akan wat kerja sklh..., sbb x nk mualim x masuk kan..., hehe..., :)

Akmal Malek: denda x dapat hafaz surah dari tiang gol ke tiang gol lagi satu...

Sifuya Pia: solat isyak semula coz masbu'...kantoi ngn papa suki...hihihi

Syukran Saipuddin: mula2 curi straw kat koperasi, kena cubit kot.
pastu goda gadis, kena ketuk ketampi. hahaha

Mahfuzah Aminah: cium papan hitam time darjah 4.haha.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dan itulah macam-macam jenih la denda-denda waktu dulu kan:) Manis sungguh kenangan. Terime kaseh kepada guru-guru yang sudi meluangkan masa mendenda kami sehingga kami menjdai orang yang berguna sehingga kini:) Kami tahu semua denda-denda tu bertujuan untuk mendidik bukan lah untuk menyakiti.. Alhamdulillah..

Tapi amatlah kesal , zaman sekarang tiada lagi denda-denda sebegitu:( Kalau guru-guru denda sikit mak ayah mesti serang guru tu balik.. Ayak.. Hasilnya? Oh sebagai guru, dah nampak dah hasil dulu dengan hasil sekarang . Jauh berbeza.. sedeh2.. Nak buat macam mana.. Anak jadi oltromen kat sekolah pon guru-guru mampu tengok je.. Nak piak kang, mak ayah marah.. Manje sungguh la.. Moga Allah memudahkan urusan-urusan guru zaman sekarang.. Ameen..:)

Ha da abeh da citer denda dulu-dulu.. RINDU LOH!!! :)


p/s" ade budak tu kate suare aku pelik time aku marah diorang?? haishhh.. *muncung panjang*

Selasa, 27 September 2011

Kembali Ke Sekolah!

Assalamualaikum. *kelip2 mata mengade*. Alhamdulillah bekesempatan lagi mau mencoret isi hati yang melimpah sudah dalam hati ni. Moge iman kita sentiasa dalam jagaan Insya Allah. Tergerak hati nak menulis lagi walaupun rase tak teringin nak tulis belog lepastu macam teringin pulak nak update belog sebab tengok orang lain punye belog meriah sangat. Huhuhuhu..

Soal teringin tak teringin dah tolak tepi sebab dah pun setat menulis balik ni. Hehe.

Oke2.. Bermulanya tarikh 12/09/2011-23/09/2011, saye adelah guru ganti di Sekolah Rendah Agama Islam Al-Irsyad. Kire sirih pulang ke gagang gitu. Jauh-jauh merantau (padahal kuantan je) akhirnye balik ke tempat asal:) Actually sangat gumbira walaupun takde pengalaman mengajar, dapat lah jugak sikit-sikit kumpul pengalaman.

Terkejut bila diri ini menggantikan guru matematik. Merangkap guru kelas darjah 5...Suspen kot mula-mula diberitahu. .. Mujurlah matematik sekolah rendah ni boleh dikira kacang goreng la buat mereka-mereka yang ade lepasan diploma macam saye ni.. *riak sikit*..

Oke2. Sekarang tengah bercuti untuk sminggu mengambil mood untuk mengajar subjek lain . Ganti cikgu lain pulak untuk this october samapai lah cuti sekolah akhir tahun. Subjek ape?? YES! Arabic language gitu.. mampus gue! Serius dah tak ingat words in arabic. Segala nahu sorof qawaid bagai sume dah lupe. 3tahun meninggalkan mereka semua.. wuwuuwuw.. Dengan semangat yang diberikan oleh guru-guru kat SRAI. Akhirnye terime cabaran ini sehingga akhir tahun. Bermulalah kisah cikgu baru yang akan masuk meeting, jage budak-budak makan solat main, keluar meeting, usrah balik sampai petang.. Dan macam-macam lagi..

Semoga Allah menolong dalam setiap urusan ku..:)


p/s: Bukak kamus ! tinggalkan kalkulator!!!!

Sabtu, 24 September 2011

Dosa Gugur Apabila Suami & Isteri Bersalaman

Assalamualaikum:) Alhamdulillah diberi kesempatan lagi mencoret belog. Lame tak menaip ni :) Moge iman kita sentiasa dalam jagaan Insya Allah. Oke2. Hari ni bekenan pulak nak taip tentang hal-hal orang yang dah kawen. I bile lagi? :P *gatai*.. hahhaa..

Bersangkutan dengan tajuk diatas,,
RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud:

"Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."


Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan. Si suami seharusnya anda bersyukur disambut bergitu :)

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua. Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.


Rasulullah bersabda, yang bermaksud:

"Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."


Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami...


p/s: *senyum lebar-lebar* Bakpe ntah nye nulih pasai orang da kawen.. haishh.. hik3:P

Jumaat, 23 September 2011

Si kembar Wish & Nish !!

Rindu budak berdua ni.. Nati jumpe acik lagi oke:) Baby Darwish & Danish..

ape pandang2??


Control ensem lah saye ni.. hehe


Buat la muke gitu.. gigit kang..


Terlalu comeh uolls..


Danish kiri - Darwish kanan :)
(Acik Tira kenal korang lah ! ) hehhehe..


Baby Nish si adik..


practice nyanyi lagu.. lalallaaa...


gusti jom! yah2!!


Cik Abg kite ni.. Wish2..:)



p/s: Bile lah akak aku nak besalin:P hehhehe

Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..