Rabu, 3 Jun 2009

Kuantan-Klang-Kuantan

Alhamdulillah masih berkesempatan nak tulis untuk hari ini .. Tapi hari ini punya cerita adalah yang semalam punye cerita.. hehe.. Semalam penat sangat sampai tak sempat nak coret sikit-sikit.. aha.. Semalam adik baru balik dari Klang, tu yang pergi ikut ayah ambil adik dekat sana. Orang lain dah cuti 4 hari, dia pulak baru nak start cuti,, hohok.. layan je lah kan.. Kami bertolak dalam pukul 8 lah jugak.. Dalam pukul 10.30 tu,, kami singgah kat hutan lipur otw nak ke KL tu.. singgah minum-minum, nak makan rasa perut ni tak boleh nak terima, macam dah masuk angin... huhu.. Kesian saya.. Dekat hutan lipur tu ada sungai,, Cantik sangat-sangat. tapi tak sempat nak snap gambar nye.. camera tak ada.. ada pada adik.. huhu.. terlepas nak rakam salah satu ciptaan Allah yang tersangat indah ni.. Lepas berehat sekejap, teruskan perjalanan ke Kl-Klang.. Dalam 12.30 adik pun dah siap-siap, kami terus bertolak ke Kuantan. Cari juga tempat nak berhenti makan dan solat, akhirnya, kami pilih Ulu Bendul dekat Negeri Sembilan nun.. (saje nak balik ikut jalan ni.. hehhe).. Tempat ni cantik sangat-sangat. Ecah pun sempat pulak dia berendam .. Saye ni terlalu besar nak berendam jugak.. hohok.. Tak dapat lah nak merasa.. huhu.. Dan sempat saye snap gambar-gambar ni..

Indah Permai jauh dari huru hara kota...

Teringin sangat saye nak mandi .. :(

Ape kata saye terjun je?? : )

Ayah & Ecah

Saye & adik-adik

Ini tidak adil.. saye nak mandi juga..

Hehe.. Lepas je rehat-rehat,, terus berlalu ke bandar tercinta.. Kuantan:) Alhamdulillah dalam pukul 6.15.. kami sampai.. ;)


p/s: Ahad ni ayah nak bawa pergi Air Terjun.. saye suke!!:)

Isnin, 1 Jun 2009

Wabak Selesema Suatu Ujian Kepada Manusia..


YarhamKillah..

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai satu virus yang berbahaya, yang sekali lagi menyerang penduduk dunia. Virus tersebut ialah selesema khinzir. Virus atau wabak ini sempat membuatkan manusia cemas dan hidup dalam ketakutan. Mana tidaknya, virus ini boleh menyebabkan kematian yang tidak dijangka-jangka. Dan duhulunya ia dikenali sebagai selesema burung.

Kini, virus itu menyerang sekali lagi. Kali ini, khinzir merupakan alat penyebar virus tersebut. Alhamdulillah, kita sebagai umat Islam diharamkan daripada memakan daging babi dan mengambil manfaat daripadanya. Tidakkah kita terfikir makna yang tersirat daripada pengharaman tersebut? Manusia pada zaman dahulu tidak dapat mengkaji keburukan daripada memakan daging khinzir. Akan tetapi, teknologi kini semakin canggih.

Teknologi sains pada zaman kini telah membuktikan dan membongkar rahsia pada daging khinzir. Ternyata, daging khinzir sememangnya membawa keburukan kepada si pemakan. Dan ianya boleh membawa pelbagai penyakit yang berbahaya pada jangka masa yang panjang. Benarlah apa yang dikatakan di dalam Al-Quran selama ini. Saban hari angka kematian semakin meningkat akibat virus pada khinzir ini. Tidakkan kita berfikir bahawa kita umat yang paling beruntung?

Ketika mana virus ini menyerang penduduk di Eropah, seorang tokoh di Malaysia dengan begitu yakin menyatakan bahawa virus ini tidak akan masuk ke Malaysia. Tidak lama kemudian virus tersebut telah mula menyerang penduduk negara jiran kita Thailand. Bagaimana anda boleh sebegitu yakin berkata sedemikian? Sedarlah, virus ini merupakan sebahagian daripada tentera-tentera Allah S.W.T yang akan menyerang manusia dengan perintah Allah ketika mana manusia lalai dengan kehidupan di dunia.

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Fath ayat ke 4 yang bermaksud:

"Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

Ya, virus ini merupakan tentera daripada Allah yang ditugaskan untuk memberi peringatan kepada manusia agar tidak leka dengan kehidupan di dunia. Pernahkah kita mendengar kisah Namrud? Seorang raja yang angkuh dan takbur tetapi akhirnya ditewaskan dan mati di tangan seekor nyamuk! Seekor nyamuk yang kecil sahaja sudah cukup untuk membunuh seseorang.

Semua ini dengan perintah Allah yang maha kuasa. Ingatlah, setiap yang hidup pasti akan merasai mati apabila tiba masanya. Dan mati tidak sesekali akan menunggu kita. Dan mati juga tidak akan dilewatkan walaupun sesaat bila tiba masanya.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Anbiyaa' ayat ke 35 yang bermaksud:

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). dan hanya kepada kamilah kamu dikembalikan."

Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri, adakah kita sudah sedia untuk menghadapi mati?

Mencegah Lebih Baik Dari Mengubat..



p/s: Jagalah kesihatan anda kerana antara nikmat-nikmat yang terbesar yang telah dikurniakan kepada kita adalah nikmat sihat dan nikmat waktu lapang.. :)

Ahad, 31 Mei 2009

CINTA Antara Kita..




sejak dari dulu
ku menyintaimu
kau tahu begitu namun kau berpura
ku masih teringat kau peluk diriku
yg telah membuat ku menyintai mu

sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rinduimu

cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg....

setelah kau pergi jauh dari sisi
tiada ku cinta selain dirimu
ku ingin bersama dgnmu selamanya
walaupun sehingga ke akhir nyawa
mungkin kau tak mengerti
maksud ku dulu pada dirimu
kiniku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu

cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg....

sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu

mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rindumu

cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu

hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg....

cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg....



p/s : Saye Suke Die :)

Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..