Selasa, 13 Mac 2012

Bacalah


Alhamdulillah! Maseh diberi peluang menikmati nikmat Allah iaitu nikmat masa lapang dan nikmat sihat. Walaupun batuk tak henti-henti lagi ni,. ok je nak berchenta dengan hobi kala lapang neh. Ditemani angin berangin dari kipas kat living room neh.. Sambil sambil dengar lagu "kau kekaseh awal dan akhir" neh kan.. Syok layan lappy mak sendiri. hohoho..

Ok pause kat situ sebelum merepek ceritakan suasane nak membelogging neh. Ok. Tak tau lah warga Kuantan ni sedar tak dengan kehadiran karnival buku kat SASICC sane tu. Rase baner da teletak comel dekat tiang tiang lampu sekitar Kuantan. Kalau tak sedar jugak taktau lah. Nak di sampaikan kat sini.. cuti cuti sekolah neh elok mak ayah cikgu akak abang bawak adek adek anak murid anak anak angkat anak sendiri pergi karnival tu. Heaven kot masuk masuk nampak buku melambai lambai ke arah kite. heheehe,.. Melainkan korang nampak buku tu macam nampak roti bekulat! Haaaa eh tak suke membace ke??? Ke nikmat membace da kene tarik??
Dari pemerhatian .. golongan yang suke dalam kalangan orang orang di Kuantan adalah amat rendah :P hohohoho..

Ok cerita global pulak.. Terlalu sikit dalam kalangan umat umat manusia kini yang giat membaca. Daripada sedikit yang membaca tu, terlalu sikit pula yang memahaminya. Daripada sedikit yang memahami ni, lebih la sedikit lagi yang beramal dengannya kan??. Inilah realiti sebenar umat Islam masa kini biarpun ianya adalah sebuah realiti yang pahit untuk ditelan kita semua.

Umat Islam sekarang ni dilemaskan dengan kehidupan yang melalaikan serta hiburan yang tak mendidik jiwa sehinggalah minda dan intelektual yang merupakan senjata ampuh umat ni telah semakin tumpul untuk digunakan bagi membangunkan diri, keluarga dan telah menyebabkan umat kini semakin ketinggalan di arus kehidupan yang deras ini. Sedarkah kalian semua??

INFO:

Tahukah anda, berapa buah buku yang dibaca oleh rakyat negara lin jika dibandingkan dengan masyarakat kita dalam setahun ?

Jepun – 40 buah buku setahun
Eropah – 10 buah buku setahun
Arab – 20 muka surat setahun
'Malaysia – 2 muka surat setahun'

Nah.., sebab tulah seorang tokoh Yahudi pernah berkata bahawa,"Kita tidak perlu takut dengan orang Islam kerana mereka bukanlah umat yang membaca."

Membaca ni adalah suatu keperluan yang diibaratkan sebagai oksigen kepada sistem pernafasan kepada kehidupan umat Islam. Ia adalah satu keperluan dan tuntutan kepada umat ini bagi membangunkan kembali umat ini yang telah lama terleka.

Wahyu yang pertama dengan roh iqra' umat terdahulu mesti dibangunkan dan dengan roh itu jugalah umat Islam kini akan dibangunkan untuk kali keduanya.

Apakah rahsia kepada kejayaan umat kini ? Rahsianya ialah pada membaca dan terus membaca , belajar dan terus belajar, beramal dan terus beramal.

Harga atau nilai kehidupan yang sebenar bagi kita dan umat ini secara keseluruhannya hanyalah dengan kehidupan yang berpaksikan bimbingan al Qur'an dan bukan bersumberkan kepada nafsu atau aqal semata-mata.


Apakah kaedah yang boleh menyuburkan minat membaca?

Berniat membaca kerana Allah akan menghasilkan pahala yang banyak, dapat menguasai ilmu dan berpeluang untuk menyampaikannya kepada yang lain. Merancang bacaan samada bahan yang di baca dan bersesuaian dengan target pembacanya. Tak kesah lah buku motivasi or buku buku ilmiah yang lain:) And then mengatur hidup yang berjadual serta menetapkan waktu yang sesuai untuk terus konsisten membaca dan meneruskan pembacaan serius secara bertahap agar tidak hanya 'hangat-hangat tahi kambeng'. Macam uolls bace buku sejarah la kan :P

Membudayakan 'hidup membaca' kepada anak-anak kecil..

Sebagai ibu bapa atau orang yang lebih tua ke.. sediakan perbelanjaan bulanan untuk buku-buku dan biasakan membawa anak-anak seisi keluarga menyertai pameran-pameran atau ke kedai-kedai buku secara berkala. Macam kat Kuantan sekarang ni ade karnival kan.. so ambil peluang sekarang !!! Walaupun baru-baru neh habes la dalam nak dekat seratus untuk 5 buku sahaje :P Dah belikan buku tu kenalah beri penumpuan untuk membaca dan mengujudkan suasana sekeliling yang kondusif untuk berlumba-lumba membaca. Catatkan isi-isi penting daripada bahan yang dibaca agar lekat dalam ingatan dan boleh dikongsikan. Macam yang selalu den buat, warnakan point penting gune artline gteww.. :) Kalau kat rumah tu buat perpustakaan mini untuk diri dan anak-anak yang diatur kemas setiap masa. Syukur famili berkongsi minat yang sama. Alhamdulillah..

Antara novel yang nak dihabeskan cuti neh :) *novel chenta??*


Antara 1/5 novel:P


Rak penyimpan novel..


Sumbat buku dalam neh..


Sampaikanlah apa yang dibaca di laman sosial seperti facebook dan blog, bercerita kepada kawan-kawan atau ahli keluarga atau memberi tazkiran bila berpeluang. Ni tidak.. post kadang kadang tentang benda yang tak perlu kot. Ok fine walaupun diri ni pernah buat macam tu.. tak de lah over sangat kot sampai nak pergi toilet pon nak bagitau kat orang .. Satu dunia bace.. tak malu eh ??


Budaya yang belum wujud di Malaysia...

Bantu sahabat dan kenalan anda dengan 'membudayakan hidup membaca' dengan saling memotivasikan di antara satu sama lain atau boleh juga diwujudkan kelab membaca.

Dekatilah para ulama dan galilah ilmu daripada ilmuan ini serta mencontohi kehidupan mereka yang menjadikan al Quran sebagai pembimbingnya.Marilah kita ingati firman Allah swt yang bermaksud,

"Allah telah mengangkat orang-orang yang beriman dari golongan kamu, dan begitu pula orang-orang yang dikurniakan ilmu beberapa darjat."(Surah al Mujadalah ayat 11)

p/s: Jom ! Tingkatkan pembacaan dan selamat beramal....

Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..