Selasa, 13 April 2010

Daku Sayang Mereka

Petang-petang begini seronok juga kalau duduk-duduk dengan keluarga menonton Tasbih Cinta di tv3 sambil "mengeteh" dan pekena keropok lekor panas(^^), malangnya saya masih di pejabat menghabiskan sisa-sisa waktu setelah selesai menyiapkan kerja-kerja yang bertimbun ni . Blog dicoret lagi.

Sebelum itu, mestilah kena buka "bukumuka" terlebih dahulu kan? Tiba-tiba salah seorang teman menyapa ku melalui chat box, sapaan dijawab mesra oleh ku. Malang nya dia mengusikku dengan cobaan menyembelih kesemua arnab-arnabku. Hehe.. Kelakar pun ada. Rakan bukumuka menggelarku Pencinta Rabit. Mereka lali sungguh dengan perangaiku yang mudah sensitif dengan penyembelihan rabit ini:) Pantang sungguh diusik teman dengan rabit-rabit ni. Disebabkan malas melayan, saya iakan saja(^^) Biarkan mereka..

Mari kita berbicarakan tentang adab terhadap haiwan. Sayangi haiwan(^^)

Secara umumnya, Islam bukan saja melarang membunuh dan menganiaya makhluk sama ada manusia atau haiwan malah tumbuhan dan alam sekitar kita juga.

Info: Fatwa Jabatan Mufti Brunei menyatakan, membunuh binatang ini dilarang, melainkan yang ditetapkan atau diharuskan syarak boleh dibunuh atau ada sebab lain yang mengharuskan sahaja.

"Jika binatang itu membahayakan atau memudaratkan sama ada tabiat semula jadi seperti binatang buas, singa dan serigala atau memang tabiat semula jadinya tidak membahayakan tetapi kadangkala sesuatu membahayakan dan menjadi ganas seperti anjing pengigit atau anjing gila".


Dalam hal ini, boleh dicegah bahayanya itu menurut kesesuaian termasuk membunuhnya. (^^)

Banyak cerita yang saya baca mengenai balasan Allah terhadap orang menyeksa binatang sehingga mati seperti di dalam hadis di mana seorang wanita diseksa pada hari kiamat kerana mengurung seekor kucing sehingga mati. Masya Allah..

Disebabkan perbuatan wanita itu mengurung kucing tersebut tanpa memberi makanan dan minuman, Allah memasukkannya ke neraka.

Imam Muslim juga menceritakan Rasulullah s.a.w melaknat sesiapa yang meyeksa binatang.

Menurutnya, Allah menegur perbuatan seorang nabi yang menyuruh membakar semut, semata-mata kerana seekor semut daripada serangga itu menggigit baginda.

Lalu Allah mewahyukan kepada nabi terbabit: "Hanya disebabkan seekor semut mengigitnya, dia memusnahkan suatu umat yang selalu bertasbih."

Lihat? Semut-semut bertasbih kepada Allah. Sebelum kita bertindak melulu, eloklah kita berfikir dahulu. Kasihan semut-semut. Tapi di rumah kita, banyak semutkan? Macam mana kita nak atasi yer?? jawapannya.. Kurangkan GULA!!!! hehhe(^^)

Di sini juga Imam Muslim juga menceritakan mengenai seorang yang memberi minum air kepada seekor anjing yang kehausan. Bagi menghargai jasa orang itu, Allah mengucapkan syukur dan mengampunkan dosanya. Masya Allah, begitu tinggi darjat orang-orang yang berihsan kepada haiwan. Mengapa kita sekarang, dilihat anjing kurap, kucing kurap pun dah mengutuk-ngutuk mereka.. Padahal, kalau diberi makan, manalah tau,, mereka mendoakan untuk kita juga(^^)

Bahkan apabila sahabat Rasulullah bertanya: "Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan-haiwan ini? Jawab Rasulullah s.a.w: "Menyayangi setiap makhluk hidup itu adalah berpahala." (Riwayat Muslim)

Hanya dengan menyayangi haiwan juga kita akan dapat pahala. Tak susahkan? Islam itu mudah(^^) Kemudian, tindakan membakar binatang adalah dilarang kerana ada hadis, antaranya daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tiada seorang pun seharusnya menghukum dengan api kecuali Allah." (Riwayat al-Bukhaari)

Makanya, jika ibu bapa yang terlihat anak-anak bermain serangga dan membakarnya, cegahlah(^^) Fatwa terbabit menyatakan, ada juga hadis yang menunjukkan boleh membunuh binatang seperti cicak, bahkan membunuhnya pula mendapat pahala. Binatang terbabit boleh dibunuh di tanah halal dan haram.

Bunuh haiwan?? Begini,, menurut ulama, sebab syarak menyuruh membunuh cicak adalah kerana ia antara binatang yang meniupkan api untuk membakar Nabi Ibrahim a.s. Sirah Nabi ni tau(^^)

Sementara itu dalam hadis lain, Nabi Muhammad s.a.w menyuruh membunuh ular, burung gagak, rajawali, kala jengking dan anjing pengigit. Binatang ini boleh dibunuh di tanah haram. Cuba kita lihat, haiwan-haiwan ini diharuskan bunuh kerana membawa kerosakan. Jadi pandai-pandai lah kita membezakan yang mana boleh dibunuh, dan yang mana tidak boleh. Jangan main bunuh saja yer (^^)

Kesimpulannya, Islam mengharuskan sesetengah binatang dibunuh jika haiwan itu mendatangkan bahaya yang tidak boleh dielak kecuali membunuhnya..

Isnin, 12 April 2010

Anugerah & Amanah

Dari Aisyah r.a katanya:”Seorang wanita datang kepadaku membawa dua orang anaknya, meminta makanan. Tetapi tiada apa yang boleh didapatinya daripadaku ketika itu selain daripada sebiji kurma, lalu kuberikan kepadanya. Kurma itu dibahagi dua dan diberikannya kepada kedua anaknya itu, dan ia sendiri tidak memakannya. Kemudian ia berdiri dan terus pergi. Setelah nabi s.a.w datang, aku ceritakan hal itu kepada baginda. Sabda beginda s.a.w, “Sesiapa mendapat cubaan kerana beberapa anak daripadanya, maka semuanya itu akan menjadi dinding baginya daripada api neraka.”(Bukhari)

Subhanallah.. Pengorbanan ibu bapa tiada penghujungnya.. sentiasa bersusah payah demi anak-anak mereka.. Ku berterima kasih kepada emak & ayah ku yang juga telah bersusah payah untuk kami, sehingga kami membesar dengan penuh kasih sayang dan serba lengkap.. Moga ALLAH membalas penormananmu (^^).. Alhamdulillah.. Kami Anugerah untukkmu emak& ayah,, kami Amanah untukmu emak & ayah.. Syukur.. Emak&Ayah kita menganggap kita sebagai Anugerah & Amanah untuk mereka..

Teringat kisah semalam. kisah oleh Asmawi Ani.. di astro prima,, dimana anak sepasang suami isteri ini terjebak dengan dadah,, hidupnya kini rosak, punah.. tiada tujuan lagi.. tetapi si ayah tetap tabah .. si ibu tetap menahan keperitan melihat penderitaan si anak terjebak dengan gejala tersebut.. Pukullah emak... Sakitilah hati ayah sebagaimana pun,, ayah & emak tetap sayangi si anak.. tetap kasihkan anak.. kasihan melihat si anak tidur diluar,, walaupon baru saja semalam si anak mengambil duit ayah,, menerajang si emak,, dan mnjual motor ayah yang sejak dari kecil lagi menjadi sumber pendapatan si ayah untuk menyuap sesuap nasi untuk keluarga.. Begitu sekali pengorbanan si ayah & emak..

Terbalik pula dengan realiti kehidupan sekarang.. anak-anak yang baru sahaja lahir,, masih bertali pusat,, masih belumuran darah.. dibungkus dengan surat khabar,, kemudian dimasukkan ke dalam tong sampah.. IBU BAPA yang bagaimanakah itu?? Sudahlah dosa zina ditanggung,, dosa membuang anak pula sedang menghempap hidupnya.. Kalau anak tersebut hidup, mungkin juga lain cerita nya.. tetapi ini sudah tidak bernyawa,, makanya, dosa membunuh! menimpanya.. Masya ALLAH..




Kalau lah si anak mampu berkata-kata sejak di dalam rahim lagi.. mungkin kah ini mereka akan perkatakan??

" Wahai ibu.. sayangilah aku bila aku keluar nanti.."

"Wahai ibu.. didiklah aku menjadi anak soleh bila aku keluar nanti.."

"Wahai ibu.. ingin sekali aku bermain bersamamu bila aku keluar nanti.."

"Wahai ibu.. ingin juga aku berdoa untukmu agar kita bersama-sama menjejaki kaki ke syurga nanti.."


Mungkin juga ini?

"Wahai ibu.. adakah kau mahu membunuhku bila aku keluar nanti??"

"Wahai ibu.. aku malu untuk berdepan dengan alam.. aku malu ibu.."

"Wahai ibu.. dengan siapakah aku akan bermain nanti?"

"Wahai ibu.. bagaimanakah nasib kita nanti.. bagaimana ibu..??"



apa salahku ibu??

Apa puncanya??


Ya .. Zina yang berleluasa. Kemelut umah sekarang. Kononnya berusaha memeranginya, akhirnya kecundang menurut nafsu menggila. Terang lagikan bersuluh.. Tiada kata lagi yang mampu menerangkan semua ini lagi.. Hati kecewa melihat semua ini berlaku, anak-anak menjadi mangsa atas perbuatan "ibu&bapa" mereka..


Di dalam al-Quran, Allah Tabaraka Wa Taala berfirman: Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan yang buruk [Al Isra' 17: 32].


Ayat ini jelas menunjukkan kita wajib menjauhi jalan-jalan yang mendekatkan diri kepada zina. Hal-hal yang membawa kepada zina jelas diterangkan di dalam hadis berikut:


Ditetapkan atas anak Adam bahagiannya daripada zina, akan diperoleh hal itu, tidak dapat dihindarkan. Kedua mata berzina dan zinanya dengan memandang (yang haram). Kedua telinga berzina dan zinanya dengan mendengar(yang haram). Lisan itu berzina dan zinanya berbicara (yang diharamkan). Tangan itu berzina dan zinanya dengan memegang. Kaki itu berzina dan zinanya dengan melangkah (kepada apa yang diharamkan). Sementara hati itu berkeinginan dan berangan-angan, sedangkan kemaluan yang membenarkan semua itu atau mendustakannya. [Riwayat Muslim]


Attention!!!
1. Menundukkan pandangan. Allah berfirman: Katakanlah (ya Muhammad) kepada lelaki yang beriman; Hendaklah mereka menahan pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakkan. Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman; Hendaklah mereka menahan pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka [an-Nur: 30-31].


2. Menjaga tutur kata dan pendengaran. Ini termasuklah menjauhi berbicara dengan bukan mahram tanpa sebab yang munasabah. Apatah lagi untuk bergurau senda hingga membuat lawak-lawak lucah. Selain daripada itu, ia juga mengajar kita bahawa budaya bergayut telefon, sms, chatting dan sebagainya untuk melepaskan rindu kepada bukan mahram adalah sesuatu yang terlarang. ( Jauhi semua ini dariku Ya Allah..)


3. Menjauhi bersentuhan dengan bukan mahram. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam : Ditusuk kepala seorang lelaki dengan jarum besi itu lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya [Sahih al-Jami, Shaikh al-Albani menyatakan ia sahih].


4. Tidak keluar dengan bukan mahram. Umat Islam di zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam sangat menjaga hal ini hatta ketika di jalanan.


Jika pulang dari masjid pun dilarang untuk bercampur di jalanan, apatah lagi untuk keluar bersama-sama pergi membeli belah, bersiar-siar dan lain-lain. Sangat dikesali ramai ibu bapa tidak kisah anak perempuan mereka keluar dengan bukan mahram. Sebahagian lagi memberikan keizinan dengan alasan mereka hanya keluar sahaja dan bukan berzina. Realitinya, dengan keluar bersamalah berlakunya kes-kes rogol dan zina.


5. Tidak berdua-duaan. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam: Tidaklah berdua-duaan lelaki bersama perempuan kecuali yang ketiganya adalah syaitan [Sunan at-Tirmizi, hadis hasan sahih gharib].
Dalam hadis yang lain: Janganlah seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita kecuali bersama mahramnya [al-Bukhari dan Muslim].


Sayangilah diri anda(^^) renung-renungkan..



p/s: sayangilah anak-anak kita.. Kelak anak yang soleh akan mendoakan kita.. (^^) InsyaAllah.

- Kalau korang taknak bayi korang.. jangan suka-suka hati nak tambah dosa lagi!! (membunuh)
kok ye pon takyah lah bunuh.. kesian bayi-bayi tue(T.T).. bg kat orang yang lebeyh
memerlukan.. huhuhu.. Saya sayang bayi.. Tak sanggup tengok bayi-bayi dibunuh lagi..

Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..