Ahad, 14 September 2008

Jom tOnton.. A bug life..




ha.. malam ni tengok cerita A Bug Life pulak.. da lame tak ulang cerita ni.. banyak nilai moral dalam cerita ni.. ske2.. kadang2 tu ase susah nak apply dalam realiti hidup kite sendiri,, huhu.. Nak seribu daya.. tak gitu?? heheh.. Actually tulis ni da nak tidur da pon,, tub2 ada line dalam bilik,, apa lagi, segar bugar mata mengadap screen,, sambil2 layan cerita katun..
Dalam bilik ni payah sikit dapat line.. siapa dudok depan pintu je selalu dapat.. (trah la tu..) so,, siapa nak on9.. mai la dudok depan pintu.. senang sikit,, tak payah turun CC nak buat kerja.. especially assignment,, nak cari bahan lagi,, kemudahan dah ade ni,, tak baik tak guna,. kufur nikmat nama nye.. kwang3x..
Alhamdulillah,. setakat dudok kat hostel poli ni,, tak rasa ada yang kurang lagi..
member2 pon wah! baik2 semua nye... suke2.. nak2 waktu Ramadan ni,, member2 pon makin baik hati.. hehe.. al maklum lah makanan tak habis,, suroh kite yang habiskan,, tak ke baik tu,, wa3,,.
ahak, hari khamis hari tu,, baru pas PTPTN nyer loan.. wah.. sikit punya lama nak tunggu.. mujur semua lancar belaka,, siap solat hajat lagi malam tu.. ahak2..(duit punya hal).. hehe..
em,, mata pon da separa kuyu da ni.. ngantok plak rase..akhir kalam penutup kate,, terima lah 2 rangkap pantun dari trah,,


Tidur ayam si anak bahadur..
tidur2,, esok nak sahur!! (merepek je,, ske3)


Rabu, 10 September 2008

Resipi Ramadan.. (berjinak2 memasak)

TEPUNG PELITA..

Bahan :

1 bungkus tepung beras

1 cawan gula halus

2 1/2 cawan santan pekat

5 cawan air panas

1/2 cawan jus pandan

garam secukup rasa

daun pisang - potong empat segi

Cara2:
1. Bancuh satu cawan tepung beras bersama pati santan serta garam secukup rasa. Ketepikan adunan A ini.

2. Bancuh tepung selebihnya dengan air panas, jus pandan dan kacau hingga cair. ( Adunan B)

3. Bentukkan daun pisang jadi empat segi. Jerangkan air kukusan. Apabila mendidih, aturkan acuan dan pisang di atas dulang.

4. Masukkan satu sudu teh gula ke dalam setiap acuan. Setelah itu, bolehlah dikukus. Bila adunan B telah beku, tuangkan adunan A ke atasnya.

5. Setelah itu, kukus lagi sehingga masak.

Ramadan makin Sibuk nih,,

Hari ke 9 puasa.. seronok sangat2,, tapi terawikh tak penuh pon,, mane tak nye,, assingnment melambai2 dalam bilik.. (katil pon sama).. hehe.. Tak sabar nak tunggu Lailatul Qadr,, nak sangat dapat malam tu.. ee..
Hari Khamis ni ada Majlis berbuka puasa untuk AJK kamsis (hostel),, Trah salah sorang.. so,, member da tolong letak nama,, mujur makan free,, kalau tak,, tak pergi jugak,, hehe.. (save budget) ..
Malam Jumaat pulak ada majlis lagi.. sibuk sangat gaya nye kan?? hehhe.. kena lah aktif,, sem depan boleh dudok hostel lagi.. ha.. tapi majlis ni tak pergi kot,, sebab ada hal sikit kat umah.. nak balek,, hehe,, suke2,, majlis ni bawah silat ,, so,, tak pe lakot.. em..

Ahad, 7 September 2008

Mawar Berduri..

Terasa..
Hatiku ingin Menyayangi..
Disayangi..

7SEpt08.. Hepi Birthday Ecah..

hadiah ni.. hadiah Aisyah,, wah.. kte kecik2 dlu ane2 ade mende2 alah gni..
zaman da brubah.. hehe.. dr pagi beli sampai ke tido malam,, tak bukak2 boot nyer..
suke sangat.. ahak2. adiah ni beli semalam.. omei kn..?? ske2

Aii.. da beaor Aisyah Athilah.. 5thun da.. kantoi x puase.. smbut birthday waktu pagi.. die sorg je yg makan kek.. wawa.. xsabor2 nak makn.. ish2.. xpe la,,

nk wat cmne,, srupe je kite waktu mude2 dulu.. hihi..

heppi besday to Aisyah..





Sabtu, 6 September 2008

tazkirah Ramadan~~


JIKA seorang teman yang anda kasihi dan menghubungi anda menyatakan hasratnya ingin berkunjung ke rumah anda serta singgah untuk beberapa hari, apakah yang akan anda lakukan sempena kedatangannya dan apakah perasaan anda?

Tentunya anda gembira, menyediakan persediaan bagi menerima kunjungannya dengan mengemas rumah dan mengadakan keperluan yang sepatutnya bagi tetamu tersebut.Bukankah begitu yang selayaknya anda dan teman-teman lakukan?

Jika demikian, bagaimana pula jika yang akan datang menjenguk anda bukan sahaja dikasihi oleh diri sendiri, bahkan ia dikasihi oleh Allah SWT, Nabi Muhammad SAW dan sekelian orang yang beriman?Tetamu yang akan berkunjung ini membawa bersamanya sepanjang siang dan malamnya kebaikan dan keberkatan daripada Allah.

Ia adalah bulan Ramadan yang mulia, bulan berpuasa dan bertilawah al-Quran, bulan tahajud dan qiamullail, bulan kesabaran dan ketakwaan, bulan keampunan dan kebebasan daripada api neraka.


Padanya terdapat suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan pemasungan syaitan, penutupan pintu-pintu neraka dan pembukaan pintu-pintu syurga. Bulan gandaan pahala dan berkat untuk segala ketaatan dan kebaikan yang dilakukan.Itulah sifatnya tetamu mulia ini, kerana itu amat wajarlah bagi kita - orang yang mengetahui kehebatannya, menyambutnya dengan cara terbaik, bersedia untuknya dengan menyiapkan dan membiasakan diri kita beramal padanya, moga-moga kita mendapat faedah daripada kunjungannya dan apabila ia pulang, jiwa raga kita telah bersih dan suci dengan limpahan rahmat Allah.Oleh kerana itulah para ulama terdahulu menghargai tetamu ini dan diceritakan bahawa mereka memohon Allah melanjutkan usia mereka supaya dapat bersama bulan Ramadan sepanjang enam bulan sebelumnya, apabila ia berakhir mereka menangis sayu di atas pemergiannya dan berdoa agar Allah menerima amalan mereka bagi bulan Ramadan sepanjang beberapa bulan selepas itu.

Malangnya, sebahagian umat Islam menyambutnya dengan pelbagai kegiatan yang menyalahi hukum Allah SWT. Ada yang menyambutnya dengan berpesta, nyanyian, tarian dan muzik.

Sebahagian lagi menyediakan filem-filem yang menyeronokkan sepanjang malam bulan Ramadan yang dipenuhi dengan adegan yang memenuhi tuntutan nafsu.


Ramai yang menyambutnya dengan mengunjungi pasar-pasar, berasak-asak dengan orang ramai untuk membeli pelbagai jenis makanan dan minuman; seolah-olah bulan tersebut adalah bulan makan-minum, tidur pada waktu siang, berjaga pada malamnya dengan aneka hiburan.Cara yang dianjurkan oleh Islam secara ringkas adalah sebagaimana berikut:


1. Berdoa semoga Allah melanjutkan usia kita dan dapat menyambut bulan Ramadan sebagaimana yang diamalkan oleh ulama silam, di samping memohon pertolongan-agar dapat berpuasa, qiamullail dan beramal soleh padanya.


2.Membersih diri dan bersuci, iaitu membersihkan diri dan jiwa dengan taubat daripada segala dosa dan maksiat. Taubat ini adalah wajib pada setiap waktu. Taubat bukanlah sekadar meninggalkan perbuatan dosa. Bahkan ia memerlukan pengembalian seluruh jiwa raga kepada Allah s.w.t.


3. Menyediakan diri bagi menyambut kedatangan Ramadan dengan menunaikan ibadat puasa sunat pada bulan Syaaban serta amalan kebaikan lain.

Ia merupakan bulan diangkatkan segala amalan manusia kepada Allah s.w.t.


4. Antara perkara terpenting ialah mempelajari hukum-hakam puasa, mengetahui sunah Nabi SAW serta hukum hakam puasa sebelum menghampiri bulan tersebut.


5. Agenda seterusnya ialah menyediakan jadual ibadah untuk bulan yang mulia itu dengan program yang memenuhi waktu yang amat berharga bagi diri kita, keluarga, rakan-rakan dengan membaca al-Quran, tadarus, qiamullail, menyediakan juadah berbuka puasa untuk mereka, mengerjakan umrah, iktikaf, bersedekah, berzikir, membersihkan jiwa dan raga, dan seterusnya.Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu namanya ‘al-Rayyan’. Orang yang berpuasa masuk syurga melalui pintu itu. Orang lain tidak akan memasukinya. (riwayat Bukhari)Sebagai penutup bicara, marilah sama-sama kita hayati kata-kata ini:“Wahai mereka yang belum cukup baginya dosa pada bulan Rejab, sehingga menderhakai Tuhannya pada bulan Syaaban, telah datang kepadamu bulan puasa selepas kedua-duanya.Janganlah jadikannya juga bulan kemaksiatan, kerana ia adalah bulan al-Quran dan bulan tasbih.“Berapa ramai orang-orang terdahulu yang kamu kenal telah berpuasa di antara jiran tetangga dan sahabat handai?“Mereka telah meninggal dunia sedangkan kamu masih hidup.


Alangkah hampirnya masa mereka yang telah pergi dengan yang masih tinggal.

Ya Allah, sampaikan kami kepada bulan Ramadan, supaya kami dapat menunaikan ibadah puasa dan amalan soleh. Tetapkan pendirian kami di dalam ketaatan kepada-Mu sehingga kami menemui-Mu. Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Menyahut doa-doa kami”.

Ramadan Kembali,, Hati Heppi.. (^_^)!!


Ramadan,

Engkaulah bulan penghulu segala bulan,

Bulan yang dinantikan oleh semua umat Islam,

Ramadan,

Engkau membuka pintu,

Selawat itu memanggil-manggil daku,

Surau dan masjid meriah seluruh Negara,

Kanak-kanak riang bersuka ria,Janganlah di marahi mereka,

Walaupun datang tidak di suka,

Inilah masa membimbing mereka.

Ramadan,

Engkau membawa seribu kenangan,

Pahit manis yang pernah aku telan,

Di bulan inilah aku pernah melahirkan,

Anak kedua yang aku rindukan.

Ramadan,

Engkau meniup rasa berbeza,

Tidak sama dengan bulan-bulan lainnya,

Terkenang pada yang hilang,

Walaupun suaranya masih terngiang-ngiang,

Memerintah kami menyiapkan hidangan.

Ya Allah,

Semakin dekat aku padamu,

Inilah bulan paling syahdu,

Manis, rindu, sayu dan pilu,
Ketawa dan air mata berpadu.
cctn: wa.. second time dok ostel.. berpuase tanpe famili agi,, tapi small metter ajep,, umah trah dekat
ajew.. hehe,, ske2!!

Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..