Jumaat, 4 Jun 2010

Kubur Berkata-kata..,


Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antaranya :-

1. Ali bin Abi Talib (suami kepadaFatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur, maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."


Maka berkatalah kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."
_______________________________________________________________


Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1.
Hendaklah ia menjaga solatnya


2. Hendaklah dia bersedekah


3. Hendaklah dia membaca al-Quran


4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.



Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta


2. Jangan mengkhianat


3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)


4. Jangan kencing sambil berdiri



Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya." Oh bukan semudah itu..
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.


p/s: Kebersihan itu sebahagian dripada iman:)

Khamis, 3 Jun 2010

Sempurnakan Sujudmu!

Dari Anas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:
Sempurnakanlah sujud mu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur).”

Tahukah anda wahai saudaraku? Sujud ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika berada dalam keadaan sujud, otak (fikiran) berada lebih rendah dari hati. Ulama’ mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT. Sebenarnya ketika seseorang manusia itu mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis akan datang menggoda. "Ayuh temanku!! Mari bermain!! Mari membuat maksiat!!! "- Kata Iblis mungkin..


Iblis tak pernah berhenti menggoda membuat maksiat


Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas, was- was, terlupa bilangan rakaat (biasa terjadi.. saya pun.. huhuhu), bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat, hilang khusyuk dengan mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan , atas dan bawah, telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyian yang lain. Malah ada juga iblis yang bertenggek di belakang badan orang yang bersolat itu supaya ia tidak dapat sujud lama kerana penat atau sebagainya. Begitu sekali Iblis-iblis ini mahu menggoda kita meninggalkan kebaikan.. Ya Allah , Lindungilah aku dari godaan iblis-iblis ini.. ameen..

Ketika sujud kita semua digalakkan bertafakur beberapa ketika. Dari segi kesihatan bersujud, ia boleh mengelak dari penyakit pening atau migrain. Betul tak doktor-doktor?? Hehehe.. Betul!!! Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ha! Ahli-ahli sains telah menemui bahawa terdapat beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Makanya dengan bersujud, darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

Dalam solat, cara sujud mestilah mengikut kaedah yang paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut. Ingatlah kita dilarang meniru cara unta duduk iaitu cara duduk dengan lutut dahulu. Hendaklah jadikan tapak tangan sama aras dengan kedua bahu. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing. Meletakkan hidung dan dahi di atas tanah bumi. Begitu juga dengan lutut. serta perut jari kaki. Menegakkan kaki dengan tumit berdiri tegak selari. Semua anggota yang disebutkan tadi dipanggil sebagai anggota sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya sujud seseorang yang sedang solat iaitu sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW. Sempurnakanlah sujudmu...


Cara sujud yang betul



p/s: taraf diriku dengan tanah adalah sama.

Rabu, 2 Jun 2010

Nilai seorang manusia


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.”


Setiap manusia yang hidup di muak bumi ini nilainya yang paling utama terletak pada amal perbuatan yang dilakukannya bukanlah pada rupa parasnya. Cantik atau tidak, bergaya atau comot.. Jika baik tingkahlakunya maka baiklah dia pada pandangan kita, begitulah sebaliknya. Tetapi mengapa sering kali yang baik fizikalnya dan rupa parasnya itu sudah dilabel baik? Fikirkan wahai teman.. Apakah nilai fizikal mereka setimpal dengan amalan baik mereka?


Namun pada pandangan Allah S.W.T selain daripada tingkahlaku dan amalan, nilai yang terpenting adalah pada niat orang yang melakukan sesuatu amal perbuatan itu sendiri. Dimana sesuatu perbuatan itu dilakukan atas sebab apa. Baik niatnya, Insya Allah mengundang pahala dan berkat.


Maksud niat di sini adalah tujuan sesuatu perkara dilakukan iaitu sejauh mana keikhlasannya kerana sesuatu kebaikan yang ada ‘udang di sebalik batu’ tidak boleh dikategorikan sebagai ikhlas di mana maksud ikhlas tersebut ialah membuat sesuatu kebaikan semata-mata kerana kebaikan itu sendiri dan tidak mengharapkan balasan selain daripada balasan Allah S.W.T.


Lawan ikhlas adalah riya’ iaitu membuat sesuatu kebaikan dengan tujuan (niat) untuk menunjuk-nunjuk (mengampu atau membodek / mengipas). Sifat ini akan menolak pahala daripada Allah S.W.T.


Seorang yang ikhlas dalam kerjanya bererti dia tidak akan melaksanakan kerja yang diamanahkan itu sekadar melepaskan batuk di tangga atau bukan semata-mata kerana upah yang diterimanya setiap bulan bahkan dia menganggap kerjanya itu sebagai satu ibadah di mana wajib ke atasnya melaksanakan tanggungjawabnya itu dengan sempurna dan memuaskan.


Bekerja dengan niat yang ikhlas akan meningkatkan produktiviti dan dapat menghasilkan kerja-kerja yang bermutu di mana keikhlasan akan dapat menjamin kehidupan yang mulia di dunia dan akhirat. ..



p/s: ikhlaskan hati.. INSYA ALLAH.. ade ganjarannya:)

Selasa, 1 Jun 2010

Doa Untuk Palestin


Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.


Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami para mujahidin di Palestin dan di semua tempat.


Ya Allah, bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.


Ya Allah, bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.


Ya Allah, berilah mereka (cara membuat) makar untuk menghadapi musuh-musuhnya dan janganlah Engkau memberi makar kepada mereka.


Ya Allah, tepatkanlah bidikan mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.


Ya Allah, satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.


Ya Allah, jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.


Ya Allah, tolonglah kaum muslimin yang terdhalimi di Iraq dan semua tempat.


Ya Allah, tolonglah mereka (kaum muslimin) dan perbaikilah hubungan mereka.


Ya Allah, binasakanlah Amaerika dan sekutunya yang zalim, goncangkanlah dan hancurkan mereka.


Ya Allah, cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka.


Ya Allah, janganlah Engkau memberikan kedudukani yang baik bagi mereka di muka bumi ini.
Ya Allah, lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka.


Ya Allah, hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka


-ihsan qunutnazilah.blogspot.com


p/s : Love Freedom

Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..