Sabtu, 13 Ogos 2011

Iftar @ Padang Masjid Negeri:)

Assalamualaikum. Apekabar Iman kita? Moga dalam keadaan yang terjaga Insya Allah.. Alhamdulillah hari ni dapat berbuka puasa dengan sahabat-sahabat.. Sekadar berkongsi:) Miss our moment lohh!!!! :)



p/s: Ramadan merapatkan ukhuwah bersaudara!

Iftar


Assalamualaikum.. Apekabar Iman?? Alhamdulillah bertamabah-tambah bulan Ramadan ni kan? Insya Allah:) Hah. Berbuka apa Maghrib tadi?? Sampai guling-guling senang perot tu...:)
Alhamdulilah tak kisah lah apa jugak juadah berbuka kita, kita tetap perlu besyukur. Alhamdulillah..

Hari ni (12/8) iftar di Swiss Garden Resort & Spa. Rezeki Ramadan ada orang belanja kami sekeluarga:) Terima Kasih! Moga rezeki kalian bertambah-tambah. Ameen.. Hasilnya bertambah-tambah lah berat badanku. Oh!!! Maklumlah makan ikut nafsu ni.. ahhaha.. Mujur tak membazir je tadi.. Tapi takde pic makanan sebab tengah kusyuk! haha..


Swiss Garden Resort & Spa


Kupon! Ambek sorang satu baru masuk ok:)


Dah macam masuk majlis kenduri kawen je rase.. huhuhu..


Meja kami:)


Suasana dewan ala-ala turkish! I loike!!!


Deco meja yang cantek.


Oh rasa macam ada kat Istanbul :P


Konon feelin-feelin nak buat meja makan kat rumah macam ni lah!


Bawak balik letak dalam bilik lawa jugak ni kan.


Sape punya unta terlepas ni????



p/s: Sape nak jemput saye iftar kat rumah die sila bagitahu:P

Khamis, 11 Ogos 2011

Caraku Dan Caramu Berbeza!


Assalamualaikum .. Apekabar iman kita? Moga sentiasa dalam keadaan terpelihara.. Yes sila lihat post kali ni ditulis pada pukul berapa:) Ahak. Sambil-sambil melayan mata yang tak boleh nak lelap ni, ade baiknya teruslah saya melayan hati yang sedang bergelora ini.. Bergelora? Oh sorry.. no mood jiwang-jiwang & lagha di sini plez.. hak3. (koya) Adakalanya mood jiwang itu terlalu dilayan sehingga hati rasa semakin hanyut dek perasaan yang kadang-kadang membawa ke arah kelalaian. So plez beware! Walaupun syaitan dah di gari & di kurung, maseh ada lagi nafsu yang bebas dan ikut dan die je nak buat apa jika akal tak mendahului. Agree?

So hari ni kita akan bercakap mengenai SIKAP atau SIFAT yang tidak patut ada dalam diri kita! Oh mengapa? Yes soalan yang baik. Bak kate orang-orang JPJ lah kan. Kalo kita teror sekali manepon bawak kereta, drift ke, wekang or sebagainye.. Kalau sikap kita di tahap yang rendah.. oh tidak kemana lah orang itu. Agree with orang JPJ itu (:P). Mungkin ini pula dari sudut hatiku yang kecil melihat orang tentang sikap. Sikap ini diambil dari orang-orang sekeliling:) Sama-sama bermuhasabah diri dan sambil-sambil ingatkan diri ini juga:)


1. Pemarah
Sifat yang paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia sekarang. Orang macam ni jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. Pantang nye lah orang lain silap sikit, disemburnya tanpa belas kasihan,, sekaligus memalukan orang itu dikhalayak ramai.. haihh.. Hindarilah sifat ini kerana perbuatan ini hanyalah sia-sia. Marilah kita tingkatkan nilai kesabaran di dalam diri, bersabar juga membolehkan kita bertindak dengan rasional. Kalau dah marah, ape pun tak boleh! Agree? :) Dan apila kita marah, cubalah mengambil wuduk atau pun pergi ketempat-tempat yang tenang.. Insya Allah, Allah akan bantu.. Ingat! Sifat marah itu datang nya dari syaitan.. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak- bawaklah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam
Oh sifat ini sangat tersembunyi macam mengumpul lahar di dalam dada gitu. And then meletup dengan tiba-tiba beserta tindakan yang sangat lah tak rasional . Orang seperti ni sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau mecak (macam memberontak atau pun seangkatan dengan nye lah..) terhadap orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung kot.. (Ini kes dendam kesumat lahh nie..) Hehe.. Marilah kita mengubat hati yang bersifat pedendam ini dengan sifat pemaaf.. Oh sangat mulia bagi sesiapa yang mempunyai sifat pemaaf ini. Sedangkan Allah itu Maha Pengampun terhadap hambaNya dengan dosa-dosa yang besar, Inikan pula kita yang menumpang di atas muka bumi Allah dan suke-suke hati je ambik alih hak Allah ni dengan tidak memaafkan sesama manusia.. Malu lah dengan Allah:)

3. Hasad dengki
Kau santau aku, aku santau kau balik! Yes! Abeh crita kan? Punya lah bedengki dengan jiran sebelah yang hidup aman damai, kita suka-suka hati hantar santau bagai kat rumah nye... Yang jeles sangat dengan jiran sebelah tu kenapa? Allah bentangkan punya lah luas bumi ni untuk kita cari rezeki masing-masing, Oh rezeki jiran sebelah jugak nak bedengki.. Jawapan nye.. Amalannya kita akan hangus akibat hasad dengkinya itu. (tak elok dengki mendengki nih..) Oh marilah berusaha bersama-sama untuk memajukan lagi diri. Allah akan tolong hambaNya yang kuat berusaha ni.. Tak Perlu kacau orang oke:)

4. Bakhil
Hok ni pulak , sentiasa naw merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya lah kan, sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk. Apa kata tukaq lah sifat ini kepada pemurah. Oh memberi sedekah, membantu orang dengan wang.. Sekaligus saham akhirat melambung tinggi.. Subhanallah:)

5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut. Walau berapa banyak yang diminum tetap tak abis jugak. lagipun org tamak selalu rugi.. Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. Fikir-fikirkan lah orang yang disekeliling kita juga:)

6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. Dengan tidak sabar ini jugak lah membuatkan kita selalu buat kesilapan. Apakata fikir dulu.. relax-relax dulu.. And then bertindak. Ahak! Itu yang lebih baik. Oleh itu banyak-banyak kanlah bersabar bila hadapi dugaan, ujian .. Ucaplah innalillah..(cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego
Ibu segala sifat mazmummah! Jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yang nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut. Cuma tak salah kita rendahkan ego kita ni.. Malah orang akan lebih pandang tinggi jika kita rendahkan ego kita. Seriously akan nampak sifat gentleman dengan sendiri nye! Dan juga apalah salahnya bertujuan untuk buat kebaikan, kita rendahkan ego kita yang macam KLCC tu.. Oh apabila berhadapan dengan Allah,, takkan lah ego sang hamba mengatasi kuasa Allah kan? Agree? :)

8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak oke..Takabbur dengan aper yang kita ada sedangkan semua hanyalah pinjaman. Oh you muka cantek? Oh pinjaman.. Oh you kaya raya?? Oh pinjaman juga.. Oh you sihat?? Oh pinjaman di dunia..:) Bila-bila je Allah kata nak balik.. Zupp! Hilanglah semuanya pinjaman itu.. Ingat ye..:) Syukurlah dengan apa yang ada, bukan suruh riak-riak ni..

9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain-lainnya.


p/s: Mengenali hati budi orang.. Namu orang tahukah hati budiku?

Isnin, 8 Ogos 2011

Mengapa Kau Pergi


Mengapa kau pergi.. Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi..Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi.. Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta..

Assalamualaikum! Cop2!!! Sebelum korang tanye kenapa post kali jiwang parak or bunga-bunga plastik or bagai-bagai lagi.. Let me know,,, apekabar iman & puasa kita hari ini? Ahak. moga diberi keizinan untuk menyempurnakan puasa pada hari ini dengan cemerlangnya Insya Allah.. Oh Iman juga turut gembira andai puasa sempurna hingga berbuka! Alhamdulillah Seminggu sudah berpuasa:)

Ok back to the top. Ayakk.. Actually post jiwang-jiwang ni tak berapa sesusai kot kat sini. Mohon keampunan Ya Allah andai hamba-Mu ini terlalai atau terleka dek menulis post kali ini.. Andai anda tak ingin membaca seterusnya pun tak apa kerana post kali ni khas buat insan yang bergelar SANG ADEK kepadaku sejak 19 tahun yang lalu.. Atas permintaanmu, ku gagahkan juga menulis entry jiwang karat ni oke. Moga terhibur di sana.


Cinta itu memberi... memberi tanpa mengharapkan apapun. Cinta itu adalah saat kita dapat memberi separuh jiwa kita untuk kebahagiaan orang yang kita cintai dan dapat bertahan dengan separuh jiwa tersisa. Cinta itu tak harus memiliki karena cinta itu jauh lebih luas dan lebih dalam melebihi ikatan apapun.


Walaweh sejak bila pulak pandai nak kaunseling-kaunseling orang ni kan? hahaha.. Tu je aku mampu cakap kat kau dik. Yeah perjalanan kau sebagai seorang student maseh jauh lagi. Tenang-tenang saja. Percaya tu penting.Andai kepercayaan salah satu pihak dikhianati, maka hubungan akan terus dalam kepura-puraan..

Yes kekadang terpaksa pekakkan telinga, butakan mata, bisukan mulut kan? Memang aku tak ada dalam kondisi kau. Tapi aku juga seorang perempuan yang mana aku tahu bila hati disakiti,. ( cewahh!) Andai yang kita berikan perhatian , namun si dia bersahaja & buat tak faham. Oh dear itu terlalu menyakitkan walaupun nampak simple je masalah tu kan? Hahaha..

Yer betul sifat ithar itu perlu ade. Tapi andai hati kau sering disakiti tanpa si dia sedar? Oh perlukah aku ulang yang hati kau juga perlu mendapat sifat ithar darinya juga? Aku jugak tahu yang si dia bukan lah seorang yang jahat yang perlu diasingkan, bahkan kau ada peluang sebagaimana kehendak kau untuk membimbingnya.. Andai kata juga habes madu sepah dibuang?? Andai kata si dia tidak lagi berada di jalan yang kau suluh?? Oh bagaimana dengan hatimu??

Sabar sebagaimana kau sabar dik, aku pun tak mampu nak sesabar kau.. Oh bilamana kesabaran kau lansung tak dipedulikan.. lansung tak dihiraukan.. Oh dimana kesabaranmu dimatanya?.. Maseh bersabar.. Bagus adek aku. :)

Andai kata masa yang si dia inginkan menjadikan kau resah, andai kata pada akhirnya ia adalah kisah yang sedih.. Oh kembalilah memburu cinta hakiki.. Kau lebeh tahu itu semua satu ujian & semuanya telah tertulis hikmahnya.. Kembalilah bersujud kepadaNya dengan penuh kesungguhan membuka jalan untukmu mencari jalan Penyelesaian.. Moga dimudahkan.. Yes aku sentiasa mendoakan..:)


Adekku
Andai kau katakan kau lemah..
Oh dimanakah kelemahan mu itu?
Biarkan aku tahu dimana kelemahan mu ..
Agar dapat ku pinjamkan kekuatanku untukmu..

Andai kau kata kau gagah..
Oh dimanakah kegagahan mu itu?
Biarkan aku tahu dimana kegagahan mu..
Agar dapat kau pinjamkan kegagahanmu kepadaku..

Oh kita saling mengerti andai kata salah seorang dirudum resah..
Oh kita saling memerlukan untuk saling meningati hati yang gundah..




p/s: Oh! berdebar-debar...

Ahad, 7 Ogos 2011

Apam Kak Jaja!

Assalamualaikum! Dah2 nye la tertungging-tungging tu.. Hey! Ramadan kot! Cergas lah sikit:) Jangan lembik-lembik.. Ahak! Alhamdulillah 7 Ramadan sudah.. Apekabar agaknye iman dan puase hari ni? Mudah-mudahan makin kukuh. Setakat jiran sebelah tumis bawang untuk masakkan anak kecil dia.. Siap bunyi lage-lage sudip ngan kuali lagi.. Bau plak menusuk hidung kita.. apelah sangat kan? Hehe.. Sabar..:)

Okeh-okeh hari ni konon-konon nak promote Apam! Apam ape? Apam siape buat? Cube tengok kat bawah ni..



MEMPERKENALKAN..

Apam Ladybird!

Cun kan mereka?? :)


Sayang nak makan or takut nak makan?


(Nak buat bunyi ladybird, tapi tak reti.. Hentam je lah..) PUI..PUI..PUI.. -Bunyi Ladybird


Yes! Apam Ladybird ini telah dibuat oleh Kak Jaja . Anda semua bolehlah melayari laman sarang labah-labah nye / blogspot beliau di blog kak jaja .. atau pun Facebook beliau Facebook Kak Jaja untuk melihat-lihat aktiviti apam beliau. (klik-klik jangan tak klik)
.. hohoh.. Tempahan boleh dibuat. Jika anda dudok disekitar Kuantan, penghantaran ke rumah adalah percuma:) Kalau dudok area yang jauh-jauh tu kena cas la ek:) hihihi..


Kenapa saya promote apam ini?

-Sebabnye saya sudah menempah, Dan merasa.. Oh harga pulak berpatutan, Dan saye mengenali dirinya (Kak Jaja)..(^^)

Harga: 30 biji - RM 9
50 biji - RM 15
100 biji - RM 30

Flavour: chocolate, blueberry, strawberry, peanut, kaya, kiwi, & pineapple


Contoh penghantaran Jarak Jauh:

Tadaa..(^^)


Ni apam pokedot! Dah macam mushroom ready nk kena gigit je..haha

Apam dah tenganga.. Korang pon tenganga kan3?? :P


Untuk pengetahuan kamu-kamu semua, Bukan takat apam ladypird je.. apam pokadot pon ade, coklat, cupcakes.. ahak! Maka kalau teringin, cepat-cepat tempah yer. Nanti Kak Jaja sibuk pulak time nak dekat-dekat raya.. hihihi.. OKEH!



p/s:Tau makan saje! lalallalalalaaaa... Sape rase-rase pintu nye diketuk, Cuba tengok kat luar.. Kot-kot apam ladybird sampai ke rumah? HEHEHE..

Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..