Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan

Selasa, 28 Februari 2012

"Ringan-Ringan"


Allahu Akbar 3x.. Alhamdulillah Maha suci Allah yang berkehendak diatas segala sesuatu.. Sekali lagi dipinjamkan jejari jejari lincah menaip perkongsian ilmu :) Tiap kali hari baru menjelma, pohonlah kepada Nya agar iman kian bertambah konkrit.. ameen..

Alhamdulillah 2 hari lepas menghadiri suatu pejumpaan ukhuwah yang di beri nama Perhimpunan Hijau 2.0 bertempat di Padang MPK 4. Bukanlah sebuah perhimpunan politik bagi sesetengah orang yang bertanggapan bergitu, tetapi sebuah perhimpunan memprotes kehancuran bumi Allah . Sebagai suatu usaha insya Allah :) Banyak manfaatnye. Tapi bukan pasal perhimpunan tu yang kita nak utarakan kali neh,, hehe saje je nak bagitau yang saye cintakan alam . hehe..

Okeh. Ringan-ringan.. Pekebende lah ringan-ringan tuh kan.. Oke ringan-ringan neh ialah mukaddimah kepad maksiat atau pun bunga-bunga kepada terjadinya maksiat.. Tak kisah la bermula macam mane. Even terbit la rase-rase ke teringin ke.. haaa kene jage tuh.. Salah siape?

Seiring dengan usaha kite nak membina kekuatan iman bersulam taqwa, wujud lah penghasut paling bahaya iaitu syaitan. Yang bersifat tak pernah berputus asa membisikkan keraguan ke dalam hati kite. Di samping mengaburi mata kita dengan tipu dayanya. Untuk itu, kite perlu kenal pasti laluan syaitan ketika memperdayakan akidah, kepercayaan, pegangan dan keyakinan kita.

Apabila kite amati puncanya, dapatlah diketahui bahawa hasutan syaitan itu banyak menyusup melalui pandangan dan renungan mata!

Kenapa pula pandangan mata perlu dipersalahkan?

Bahaya Panahan Mata Syaitan..

Sesungguhnya pengaruh penglihatan itu sangat kuat.

Kuat sangat ke?
Memang kuat!

Kerana ia dikaitkan dengan desakan nafsu. Sebab itulah Rasulullah mengumpamakan pandangan mata seperti anak panah beracun iblis untuk menggoda manusia. Setiap masa pandangan mata mesti dijaga. Sama ada terhadap mereka yang menutup aurat mahupun yang tidak menutup aurat.

Telah berlaku di zaman Rasulullah, ketika Al-Fadhl bin Abas menunggang unta Rasulullah dalam perjalanan dari Muzdhalifah ke Mina, mereka bertembung dengan beberapa wanita yang menaiki unta. Al-Fadhl memandang ke arah wanita itu lalu Rasulullah memegang kepala Al-Fadhl dan memalingkannya ke arah lain.

Begitu sekali larangan yang Rasulullah maksudkan. Jika pandangan itu dibolehkan tanpa batasan, sudah tentu Rasulullah biarkan saja perlakuan Al-Fadhl.

Rasulullah juga pernah bersabda kepada Saidina Ali :

"Wahai Ali, janganlah engkau susuli satu pandangan dengan satu pandangan lagi, kerana yang pertama menjadi bahagianmu dan yang kedua bukan lagi menjadi bahagianmu (dosa atasmu)." (HR Ahmad, Al-Tirmidzi dan Abu Daud)

Jadi?

"Jika mata sentiasa dikawal, sudah tentu hati akan jadi tenang. Mudahlah melaksanakan ketaatan dan beribadah kepada Allah. Sebaliknya, mata yang dibiarkan MELIAR dan tidak dijaga akan mengotori jiwa dan merosakkan hati hingga menjerumuskan kepada kemungkaran."

Urusan mengawal pandangan ini tidak hanya di kalangan lelaki sahaja. Dituntut sama sahaja buat perempuan juga. Malahan perlu berlaku kerjasama kedua-dua pihak. Tidak satu pihak menjaga tatatusila, sedangkan satu pihak lagi menggoda. Perkara ini mesti diberi perhatian serius!

Ibnu Abas pernah berkata :

"Kedudukan syaitan dalam diri orang laki-laki itu ada tiga tempat iaitu, pada pandangannya, pada hatinya dan pada ingatannya. Manakala kedudukan syaitan dalam diri wanita juga ada tiga iaitu pada lirikan matanya, pada hatinya dan pada kelemahannya."


Pandangan Yang Tidak Sengaja Bagaimana Pula?

Rasulullah ketika ditanya mengenai pandangan yang tidak disengajakan atau secara tiba-tiba, baginda memerintahkan supaya mengalih pandangan dan mengelak daripada mengulanginya lagi. Kesan pandangan kedua akan lebih buruk kerana iblis mengambil kesempatan menambahkan racun hasutannya.

Rasulullah juga ada bersabda :

"Pandangan mata itu laksana anak panah iblis. Barang siapa menahan pandangannya dari keindahan wanita, maka Allah mewariskan kelazatan di dalam hatinya yang dia dapat rasakan hingga dia bertemu Allah."

Jelingan dan kenyitan mata akan mempelawa hati mendorong perlakuan lebih berani.

Bagaimana ye?

Bersentuhan berlapik, menginjak kepada tidak berlapik. Kemudian berpegangan tangan dan berdua-duaan di tempat terang dan juga sunyi boleh mengundang berlakunya maksiat. Sentiasalah memelihara diri kita daripada melakukan perbuatan yang dimurkai Allah.

Pastikan orang lain tidak menanggung dosa atau terdorong untuk turut melakukan dosa. Jika kamu tidak menggoda, pasti orang lain tidak ternoda. Jagalah pakaian ketat dan cara pergaulan kamu. Tepati maksud firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 2 :

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa. Dan janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah sesungguhnya Allah sangat berat seksa-Nya."


Pergaulan Yang Tidak Dijaga

Dengan batas-batas pergaulan itu kita dapat mengawal diri daripada perlakuan yang memalukan dan membahayakan kehormatan. Pergaulan yang tidak dijaga akan menimbulkan fitnah seperti pandangan buruk dan rasa cemburu orang yang memandang.

Kemesraan bergurau senda dan bergelak ketawa antara lelaki dan wanita bukan muhrim akan diambil peluang oleh syaitan untuk menjerumuskan kita kepada perbuatan yang tidak disukai oleh Allah. Jika keluar berdua-duaan lebih-lebih lagi di tempat sunyi dan tersembunyi akan mengundang pihak ketiga iaitu syaitan. Di sini syaitan berpeluang membisikkan kata-kata jahat.

Islam sama sekali tidak mengongkong umatnya! Bahkan Islam adalah agama yang paling selamat. Justeru Islam telah mengatur sebaik-baik batasan supaya jangan timbul bibit-bibit yang mendorong kepada perlakuan sumbang dan zina.

Dari itu, ingatilah amaran Nabi Muhammad kepada wanita dan lelaki bukan muhrim yang tidak menjaga batas pergaulan.

"Sesungguhnya Allah telah menetapkan atas diri anak Adam bahagiannya daripada zina. Dia mengetahui yang demikian itu dan tanpa dimungkiri :

  • Mata itu berupaya berzina dan zinanya adalah pandangan.
  • Lidah itu berupaya berzina dan zinanya adalah perkataan.
  • Kaki itu berupaya berzina dan zina adalah ayunan langkah.
  • Tangan itu mampu berzina dan zinanya adalah tangkapan keras.
  • Hati itu berupaya berkeinginan dan berangan-angan.
  • Sedangkan kemaluan membenarkan atau mendustakan yang demikian itu."
(HR Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa'i dan Abu Daud)

Berhati-Hatilah Sahabatku!

Laraskan hati kalian di landasan kebenaran. Sesungguhnya hati yang terpelihara dari menjurus kepada sebarang keburukan sentiasa mendorong pemiliknya kepada keredhaan Ilahi. Akhirnya layak beroleh kebahagiaan hakiki lagi abadi.

Tidak ada istilah "ringan-ringan" dalam soal dosa. Dan tidak ada istilah "ringan-ringan" dalam berzina. Setiap perbuatan dosa adalah berat di sisi Allah. Dosa kecil yang diulang-ulang akan bertompok menjadi besar.

Wahai kedua mata, kau nikmati pandangan lalu kau susupkan kepahitan ke dalam hati. Hatilah yang memaksakan kehendaknya, kerana hati dan mata tidak tunduk kepada Pencipta.




p/s: i love politic .. eh?? tetibe.. hik3 :P

Ahad, 26 Februari 2012

Sabtu, 25 Februari 2012

Perhimpunan Hijau 2.0

TOMORROW!!!
..
STOP LYNAS!
SAVE KUANTAN!
SAVE MALAYSIA!

Khamis, 23 Februari 2012

Warga Neautral


Assalamualaikum everibodi :P Alhamdulillah tetibe terkomited untuk bagi komitmen nak menulih kat belog neh. Syukur Allah maseh meminjamkan jejari jejari runcingku ini bagi menekan nekan punat punat keyboard yang ade. Actually lappy ACER ku yang berusia 3 tahun 1/2 baru saje meninggal. Sekarang tibelah masenye meragut lappy mommy dan buat macam rete sendiri :)

Oke.. Kembali kepada tajuk di atas. Apakah yang dimaksudkan dengan warga neutral?? Ade masalah ph ke dalam badan kah? Kandungan asid dan alkali korang same kah?? Oh sudah tentu tidak. hehe istilah warga neutral ni khas dicipta oleh saye bagi mereka yang berpolitik tidak lebih dan tidak kurang. Contoh: "Oh i tak berpihak pade mane-mane pihak.. i neutral.." .. " mengundi?? oh macam buang mase je.. beratur pastu panas2 dan sesak2.. malas!"... "aku mane-mane aku tak kisah, yang baik aku amek.. yang buruk aku tinggal..".. ok pause it right there. SEE?? Yang tu lah saye maksudkan di sini warga neutral:)

Oke fine anda nak berfikiran macam mane.. Berpihak belah sini atau sane.. Tapi keadaan korang yang di atas pagar tu macam tak membawa apa-apa pada negara.. Merelakan itu.. Membiarkan ini.. Ade ke korang fikir pasai tanggungjawab?? Ape makne tanggungjawab bagi anda?? Oke memang bukan korang yang mentadbir negara ni sebagai menteri or what ever.. Tapi sekurang-kurang nya hak anda sebagai pemilih dan penentu tu perlulah korang laksanekan.. orait??

Satu lagi keadaan, di mana sesetengah pihak yang lebat kate-kate dibelog.. di media media.. tentang pihak itu dan ini.. bangkang itu kritik ini.. tapi hanya lah sekadar di media. Lebat kate tak selebat tindakan.. Masalah2.. Pastu mula lah cakap belakang.. :) haihh..

Oke sekarang marilah kita bercakap soal tanggungjawab dalam berpolitik oke :)..

Politik didefinisikan sebagai Hiraasah al-Deen wa Siyaasah al-Dunya bihi atau maksud melayu nye "memelihara agama dan mengurustadbirkan dunia dengan agama". Kehidupan berpeaturan, terpelihara antara peranan dan hak masing masing, adalah kehidupan yang mengangkat darjat manusia sebagai makhluk penghulu yang tinggi.

Inilah asas politik. Mendidik manusia hidup berperaturan, mencegah manusia daripada kehidupan anarki. Tapi le ni.. Ramai yang makin tidak peduli. kan2?? :P

Akan tetapi, bile ade perbincangan tentang solat, semua orang mendengarnya tanpa rasa terganggu. Bila dibicarakan tentang zakat, aman jep manusia berfikir mengenainya.. Tapi bila seseorang berbicara tentang politik, semua jadi panik! Apesal eh??

Ibu bapa boleh je tenang tengok anak anak diorang mendungukan diri di depan PLAYSTATION, tapi dengan segera tersampuk dengan igauan besaw jika anaknya tibe tibe berbicara pasai politik. Makin lembap dengan ideologi AKU TIDAK PEDULISME dianggap cerdik, berbicara dalam bahasa kepedulian tentang persoalan "memelihara agama dan meurustadbirkan dunia dengan agama" dianggap sebagai kebodohan yang mengundang padah dan perlu dijauhi.. Aigoo~!

Beranggapanlah POLITIK itu sebahagian dari diri kita sendiri. Politik itu salah satu cabang seni. Ia memerlukan kualiti pemikiran dan kebijaksanaan kepimpinan untuk menggarapnya. Soal mahu menjadi AHLI POLITIK atau tidak, adalah soal kedua. Tetapi manusia tidak boleh memencilkan diri daripada politik. Memang betui kate salah seorang ahli politik dari parti demokrat US, "You may not be interested in politics but politics are interested in you".

Muslim tidak mampu untuk tidak pedulik pada politik! Politik tu satu seni yang mengatur kehidupan manusia, dan ia adalah salah satu juzuk terpenting dalam agamanye -ISLAM. Memencilkan diri daripade politik bermakne korang meniggalkan cabang besar amar makruf nahi mungkar. Tak mungkin tanggungjawab neh terbiar, melainkan pasti ade dosa dan fitnah yan mengiringinye .

Muslim boleh je amek sikap non-partisan sebagai satu bentuk pendirian politik diorang. Diorang melaksanekan urus tadbir kehidupan diorang melalui badan badan NGO / pertubuhan masing masing. Tapi muslim tak boleh la amek sikap tidak amek peduli kepada politik hanya sebab tidak mahu peduli kepade parti.

Dengan membiaknye spesies muslim yang alergik naw dengan politik neh.. akan adelah wabaks wabaks yang mengundang kehancuran.

Dalam sopan diorang jadi oportunis, dalam diam diorang jadi kaum yang manipulatif. Semuanye gara gara mahu aman, tapi tidak mahu memperbaiki keadaan. Lantang kau mengkritik polisi polisi yang menjadi beban, tapi terlalu malas nak bertindak lebih dari sekadar mengkritik. Diorang neh menikmati keamanan hasil penat lelah orang lain je.. Tak malu kan? Haishh..

So usaha melahirkan generasi yang peka dan celik politik itu adalah penting. Semasa anak anak dibangku pengajian universiti, mereka neh harus belajar untuk faham tentang politik. Keterlibatan mereka dalam persatuan persatuan, bercakap dan bertindak terhadap apa yang berlaku di sekeliling diri, semua itu mesti didedah, dilatih dan seterusnya ditempa masuk ke dalam jiwa. Bukan nye dihalang. Hey.. kita bukan lah hidup selamanya... Kasi can diorang belajar mentadbir negara.. Kenapa nak halang??

Mereka peerlu kepada kemahiran berpolitik untuk mentadbir syarikat mereka bekerja nanti. Mereka perlu kepada kemahiran berpolitik untuk menguruskan jabatan tempat mereka berkerjaya nanti juga mentadbir keluarga yang mereka bina nanti..

Politik diperlukan di semua peringkat hidup oke!

Soal kepartian, itu tidak lagi menjadi kekeliruan atau kebingungan dalam membuat pilihan. Andai politik sudah dikenali dari akar, menjalar ke batang dan pucunya dijulang.

Idea politik sebagai ibadah, amanah, tanggungjawab, amar makruf nahi munkar, pasti saje wadah politik yang dipilih adalah yang beribadah, amanah, bertanggungjawab dan jauh dari korupsi dan orientasi kepentingan diri.

Didik saje anak anak cintakan keadilan, bencikan kezaliman, berlumba lumba memelihara amanah, bekerjasama menentang khianat. Didik anak dengan kebebasan memberikan pandangan dan bersuara, punyai keberanian menyuarakan pendapat tanpa tergadai budi pekerti semasa setuju atau sebaliknya.

Itulah teras berpolitik di gelanggan pada suatu hari nanti,.

Makanya tunaikan tanggungkjawab kite sebagai penentu masa depan negara, Bukan menunggu sahaja berpeluk tubuh mengaut hasil orang lain. Orang lain penat lelah berusaha.. Kita molek lenggang lenggok tuai hasil. Sungguh memalukan. Jadikan lah politik sebagai medium dakwah, bukan sebagai pemusnah akidah perangi ukhuwah sesama kite.. Jangan jadi warga neutral yang dungu!

Allahurabbi..


p/s: Dah daftar undi ke belom?? hahahah:P


Oh Muslimah!!!


. . . .









PROUD TO BE A MUSLIMAH!! REAL MUSLIMAH INSYA ALLAH :)

Khamis, 23 Jun 2011

STOP LYNAS!


Join us in a solidarity walk around Stadium Darul Makmur (PENDING) this coming Sunday to kick-start the National NGO Seminar happening on the very same day! Bring your family members and let us make it a day to remember! Together we shall march in unison and send a resounding message that we do not welcome the Lynas Advanced Materials Plant in our beloved hometown!

Meeting point: PENDING-Please visit this section again over the next few days for confirmtion. Date: 26 June, 2011. Time: 7am (Remember to wear your Save Malaysia, Stop Lynas t-shirt!)


THIS SEMINAR IS OPEN TO THE PUBLIC & THE ADMISSION IS FREE!

*For participants who will be having lunch with the NGO members, please come to Swiss Garden Resort at 12pm. For all other participants who are just attending the seminar, please come at 1pm. Thank you.

As we brace ourselves for IAEA's report on LAMP, civil societies & non government oragnizations (NGOs) from all over Malaysia will converge in Kuantan to discuss & strategize the next move to Stop Lynas from going ahead with its dry run in September. This show of solidarity among environmental, human rights & concerned citizens groups will help unite our cause and strengthen our understanding. Come & join us and be a part of this historic event. We all live in hope that our children will inherit a toxic-free future. Save Malaysia, Stop Lynas!
NOTE: There will be a lunch session with the members of the National NGO @ Swiss Garden Resort. Anyone who is interested in joining please contact Grace Lee for booking: 012-9873993. A minimum contribution of RM40 per person will be required for the lunch.

SCHEDULE FOR THE 26th of JUNE 2011:

7.30am-8.30am: Stop Lynas! Solidarity Walk by Save Malaysia
11.00am : Registration of National NGO Seminar participants
12pm-1.10pm : Lunch with the National NGO & Save Malaysia members
1.10pm-2.10pm: Start of the seminar; Talk by Dr. Lee Chee Hung on Rare Earth
Processing, titled: 'WHY WE CARE'
2.10pm-3.00pm: Talk by EPSM advisor Dr Gurmit Singh on Environmental Issues,
titled: ‘FROM PAPAN TO BUKIT MERAH TO GEBENG –
ENVIRONMENTAL WORRIES’
3.00pm-3.30pm: Tea Break
3.30pm-4.20pm: Talk on Good Governance & Public Participation
by Harris Ibrahim of MCLM, titled: 'GOING FORWARD'
4.30pm : Press Conference
5.00pm : End of seminar

ehsan dari www.savemalaysia-stoplynas.blogspot.com


p/s: Bersihkan KL pulak nanti!!!

Rabu, 22 Jun 2011

Cerita Tudung Lagi


Assalamualaikum. Apa kabar iman kita? Moga sentiasa dalam jagaan Insya Allah. What A boring parak day! huhu.. Hari-hari duduk ngadap laptop tunggu samapi bulan 9 oke? haha.. Sape nak offer saye kerja or saye terlalu memilih or my mom suruh buat lesen dulu.. haish.. sume betul kot! hehe..

Oke2. Hari ni nak cakap pasai tudung lagi! Al-maklum lah duduk rumah bukan saje-saje yer. Ni dok perati la dalam tv guane fesyen tudung loni.. dalam Facebook dok canang style tudung suruh like pic diorang.. Ade mase lak korang buat mende-mende gitu eah? Tak tepikir lak saye nak buat mende-mende gitu kan.. hihik..

Oke lah. Kat sini nak sentuh tentang pemakaian tudung kaum hawa masa kini sebagai renung2an bagi wanita Islam di luar sane.Oke. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.! Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hinggalah ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti emas or diamond, ia dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Tak kire dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher yang jinjang, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Pening tengok!

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang bling-bling. Labuci warna hok meriah dijahit pulak kat atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkabo fesyen untuk tudung. Rekaan tu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.. Haishh

Sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamane wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Ni tudung saji ke ap ni??

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Biarlah orang tengok wanita muslimah ini dengan kekaguman bukan dengan renungan yang macam nak makan orang yer!

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

::wassalam
::walllahu



p/s: Allah Suka Akan Kecantikan:)

Isnin, 9 Mei 2011

Harus Memilih Kawan



“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)


Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”


Banyak sekali hadis-hadis tentang kawan/sahabat ini. Ada pula pepatah Melayu mengatakan, “Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.” Lebih selesa rasanye dengan berkawan biar berpada jumlahnya, lihat kualiti, bukan kuantiti. Dan berkasih jangan cuma satu saja, kalau mampu, biar ramai. Kasihkan Allah, Rasul-Nya, pasangan (suami/isteri) , anak-anak, keluarga, kaum kerabat, jiran dan juga kawan atau sahabat. Baru betul! Tak gitu?

Allah SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049] ayat 13)

Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititik-beratkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” (Surah at-Taubah, ayat 119)

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadis Rasululah SAW yang bermaksud, “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya) .

3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Setelah kita dewasa, kita juga perlu berhati-hati memilih kawan kerana kita tidak mahu kawan-kawan yang melalaikan kita terhadap Maha Pencipta. Kawan yang baik membantu kita ke arah pencapaian matlamat, iaitu kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Kawan yang tidak baik hanya membantutkan usaha kita ke arah itu.

Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, “Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”

Sufyan Astsaury berkata, “Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:

1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.

4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, “Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”

Kemungkinan engkau berbuat kekeliruan (dosa), maka ditampakkan kepadamu segala kebaikan, oleh kerana persahabatanmu kepada orang yang jauh lebih rendah akhlak (iman) daripadamu.

Sebaik-baik sahabat

Dan sekiranya engkau berkawan seorang bodoh yang tidak menurutkan hawa nafsunya, lebih baik daripada berkawan dengan orang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya. Maka ilmu apakah yang dapat digelarkan bagi seorang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya itu, sebaliknya kebodohan apakah yang dapat disebutkan bagi seorang yang sudah dapat mengekang (menahan) hawa nafsunya.

Bagaimana akan dinamakan bodoh, seorang yang telah dapat menahan dan mengekang hawa nafsunya, sehingga membuktikan bahawa semua amal perbuatannya hanya semata-mata untuk keredhaan Allah SWT dan bersih dari dorongan hawa nafsu. Sebaliknya, apakah erti suatu ilmu yang tidak dapat menahan atau memimpin hawa nafsu dari sifat kebinatangan dan kejahatannya.

Dalam sebuah hadis ada keterangan : “Seorang itu akan mengikuti pendirian sahabat karibnya, kerana itu hendaknya seseorang itu memperhatikan, siapakah yang harus dijadikan kawan.”

Menurut ahli syair pula : “Sesiapa bergaul dengan orang-orang yang baik, akan hidup mulia. Dan yang bergaul dengan orang-orang rendah akhlaknya, pasti tidak mulia.”

Bersahabat dengan yang lebih rendah budi dan imannya sangat berbahaya, sebab persahabatan itu saling pengaruh-mempengaru hi, percaya-mempercayai sehingga dengan demikian sukar sekali untuk dapat melihat datu memperbaiki kesalahan sahabat yang kita sayangi, bahkan kesetiaan sahabat akan membela kita dalam kesalahan dosa kekeliruan itu, yang dengan itu kita pasti akan binasa kerananya.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya.

Renung-renungkan!





p/s: Berkawanlah dengan sesiape saje yg kamu nk selagi ade kebaikannye dan membawa pade kebaikan!! :P

Ahad, 8 Mei 2011

Cheritera Chenta


Mengapa tentang cinta juga sering di ulang?? Kerana cinta sentiasa di hati.. Sentiasa menemani.. Tanpa cinta, tak mungkin kita bersaudara, tanpa cinta mungkin kita juga tidak kenal sesiapa.. Mungkin juga kita tiada di dunia tanpanya.. YESS!! Cinta! Perlunya Cinta!

Jangan salah faham. Cinta yang diungkapkan ini bukan tentang cinta terlarang, bahkan cinta ini terlalu tulus dan mulus bak kapas yang baru diproses.. hahha.. Cinta yang terlarang pastinye terlarang juga hukumnya. Cinta yang ingin di luahkan ini adalah cinta terhadap manusia juga tetapi bukan lah cinta ternoda antara adam dan hawa macam remaja zaman sekarang ni.

CINTA IBU BAPA.. yer.. cinta mereka terhadap kita dan cinta kita terhadap mereka. Bagaimanakah ia diluahkan? Ataupun korang malu nak luahkan? Haaa.. cinta pakwe makwe hari-hari boleh luah.. Ni cinta untuk ibu bapa sendiri tak boleh nak luah ape kes?? Ce jawab ce jawab.. aiyo.. oke2..

Apa ertinya cinta ibu bapa pada kita yer??

CINTA Ibu Bapa.. satu ayat yang sangat- sangatlah indah untuk di amati. Melalui ibu bapalah kita hadir di dunia ini. Melalui ibu bapa juga lah kita di manja dan di sayangi. Terima kasih kerana melayan kerenah kami :) Kerana Ibu bapa kita semua dapat didikan ilmu dunia dan akhirat. Terima kasih hantar kami ke sekolah agama :) Daripada Ibu bapa kita semua ni dapat pekerjaan yang elok insya Allah. Terima kasih Ya Allah kerana kurniakan kepada kami adik beradik ibu bapa yang penyayang. Begitu besarnya pengorbanan ibu bapa kepada kita semua tau tak. Tak terbalas walau nak ukur dari timur ke barat.. huu..

Oh anak-anak.. bersyukurlah dengan Ibu Bapa kita. Cintailah mereka kerana dengan mereka kita mendapat menghirup udara di dunia ini. Sayangilah mereka kerana kasih sayang ALLAH terletak pada kasih sayang mereka. Betapa besarnya makna ibu bapa kepada mereka yang memahami. Fahamilah kegembiraan, kesedihan, diri mereka.




رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”


Yer! Keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan IBU BAPA manakala kemurkaan ALLAH terletak pada kemurkaan IBU BAPA! Ingat tu!!

Riwayat Al-Tirmizi :

Teringat akan kisah seorang pemuda abid zuhud yang sentiasa mengabdikan diri dia hanya kepada ALLAH. Sentiasa berzikir, solat, menghabiskan masa di tempat ibadah. Ibunya merasa sunyi dan rindu kepada anaknya si pemuda abid ini. Dipanggil anaknya untuk melepaskan kerinduan di hati asalkan dapat berjumpa. Si pemuda tetap tidak menghiraukan panggilan dan permintaan ibunya. Sedih ibunya sehinggakan berdoa kepada ALLAH untuk berikan petunjuk kepada anaknya. Suatu hari si pemuda di fitnah sehinggakan tiada siapa yang mampu membantu dan di potong tangan dan kakinya. Setelah mendengar berita itu, sedih di hati si ibu dan memohon keampunan kepada ALLAH untuk anaknya. Menjagalah si ibu anaknya itu dengan sepenuh perhatian dan perginya mereka bersama-sama.

Jom tengok perkara realiti yang berlaku sekarang ni. Macam-macam gaya dan tingkah laku anak-anak muda zaman sekarang ditonjolkan tak kira kat mana saja diorang ni berada. Kata-kata dan nasihat ibu bapa tak diendahkan lansung. Malah ditempelak bila ditegur ‘ini salah, jangan di buat’, dimarahi merajuk sampai tak balik ke rumah. Aishhh.. Sedarilah wahai anak-anak sekalian, teguran mereka tu teguran seorang ‘penjaga’. Penjaga yang mahukan terbaik untuk kita, penjaga yang mahu melindungi kita dari tersesat. Itulah IBU BAPA.




"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). "

Al- Ahqar: 15


Tidak terkira banyaknya di dalam Al-Quran menyatakan firman ALLAH mengenai ibu bapa dan tingkah laku kita yang sebenar-benarnya kepada ibu bapa. Cintailah ibu bapa kita sebagaimana dia menyintai dan memelihara kita sejak dari kecil. Inilah perkataan yang sering digunakan bila mengatakan mengenai ibu bapa, iaitu beralih kepada anak- anak itu sendiri.

Jika di amati ayat surah Al-Ahqar kat atas ni betapa besarnya pengorbanan ibu bapa. Pelbagai susah payah yang perlu di lakukan. Tak di kira lagi kerenah kita semasa kecil. Kita, sebagai anak-anak wajiblah mendoakan untuk ibu bapa kita sebagai tanda kita mencintai mereka. Tunjukkanlah akhlak yang terbaik untuk mereka. Jadilah kita anak-anak yang beriman yang selalu mendoakan ibu bapa.

Nah, CINTAILAH ibu bapa mu. Ibu yang mengabdungkan kita. Susah payah menjaga kita sedari kandungan lagi. Susah payang yang denganb tabah diharungi oleh seorang insan bergelar ibu. Iaitu penjaga yang di amanahkan oleh ALLAH untuk kita. Bagi Ibu bapa,InsyaAllah setiap dari kita akan menjadi ibu bapa, tunaikanlah amanah dari ALLAH iaitu anak-anak. Janganlah diabaikan dan menyeksa mereka. Berilah didikan agama yang sebaik-baiknya mengikut landasan dan syariah ALLAH. Jadikanlah anak-anak kita hamba ALLAH yang sentiasa beramal soleh dan menjadi peneman kita, doanya, di alam kita bersendiri. InsyaAllah anak-anak akan menjadi penyelamat kita.

Begitu juga bagi anak-anak. Tunaikanlah perintah ibu bapa sepertimana yang telah diajarkan oleh ALLAH. Apa sahaja permintaan dan suruhan mereka yang tidak bertentangan dengan ajaran dan suruhan ALLAH, tunaikanlah. Bahkan jika disuruh perkara yang tidak elok pun berhujahlah dengan sebaik-baiknya. InsyaAllah mendapat berkat dari ALLAH. Perbetulkanlah mereka kerana mereka juga insan biasa yang mempunyai kelemahan tersendiri.


"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."

Al-Isra’: 23



Letaklah perasaan CINTA dan RINDU kita kepada ibu bapa kerana sesungguhnya kerana merekalah kita ada. ALLAH juaga telah perintahkan kita peliharalah diri kita untuk ibu bapa. Martabat mereka juga terletak pada martabat kita. Jangalah kita meletak perasaan CINTA kita kepada insan lain sebelum kita benar-benar CINTA kan ibu bapa kita. Itulah CINTA pertama kita di dunia kita selepas CINTA utama kita iaitu kepada ALLAH dan RASULULLAH Sallahualaihiwassalam.

Segala puji kepada ALLAH dan selawat kepada RASULULLAH kerana mengajar dan mengingatkan kita tentang kasih sayang ibu bapa. Telah dinyatakan bahawa keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan ibu bapa. Hendaklah kita selalu mengingatinya. Janganlah kita melukakan hati mereka. Hati mereka perlu dijaga dan dibelai. Pabila kita telah dewasa peliharalah mereka sebagaimana dia memelihara kita. Berilah kasih sayang kepada mereka dan jangan lah diabaikan dan menjadikan mereka ‘kain buruk’ yang disangka tiada gunanya lagi dan boleh dicampak di mana-mana sahaja. Sesungguhnya mereka tetap bersinar dan tetap kita perlukan selama-lamanya.

Ingatilah ibu bapa amat teristimewa untuk kita. Bersyukurlah dengan kehidupan kita. Ulangkanlah perasaan kasih dan CINTA kita kepada mereka. Gembirakanlah mereka dengan apa cara sekali pun. Kejayaan dan kehidupan kita dimulakan dengan tangisan yang diredakan dengan pelukan ibu dan laungan azan iqamah daripada ibu bapa. Itulah permulaan kita. Tangisan didengari dan kesyukuran dipanjatkan.

Ya ALLAH ampunilah mereka ibu bapaku dan peliharalah mereka sepertimana mereka memeliharaku sejak ku kecil.

Doakanlah mereka selalu. CINTAilah mereka selalu. Utamakan mereka dan bersyukurlah selalu.
Ukirkanlah senyuman di wajah mereka..Selalu..



Kita boleh luahkan cinta kita kepada ibu bapa seperti ini:)

v





















p/s: Selamat hari ibu mak!! To ayah.. Selamat hari ayah!!! Hari-hari adalah hari kalian... Sayang mak ayah sanagat2:)

Sabtu, 7 Mei 2011

Mengapa Masakan Ibu Paling Sedap??

Masakan ibu adalah masakan yang paling sedap. Begitu selalunya dikatakan orang. Realitinya pun begitu. Percayalah seorang anak akan sentiasa merindui masakan ibunya jika terpisah sekian lama. Rindu masakan ibu yang sukar ditandingi. Walaupun si anak mungkin pernah menjamah makanan yang lebih mahal, eksotik dan sebagainya tetapi manakan sama masakan ibu. Mengapa?

Kata orang, itulah penangan 'air tangan'. Memasak melalui pelbagai proses daripada menyiang, membasuh, menggaul, menguli dan lain-lain aktiviti yang kebanyakannya melibatkan sentuhan tangan secara langsung. Tangan tukang masaklah yang paling banyak menyentuh makanan. Jadi, dalam masakan ibu, air tangannyalah yang paling banyak 'terlarut' bersama bahan-bahan masakan.

Benarkah air tangan itu yang memberi kelazatan pada makanan yang dimasak. Benarkah begitu? Hakikatnya, itu bukan sebabnya. Air tangan yang dimaksudkan bukanlah 'air' dalam erti kata yang fizikal dan material. Air tangan sebenarnya ialah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang ibu yang memasak untuk anaknya. Hati itulah yang mengalirkan 'air tangan'. Jadi, air tangan pada hakikatnya ialah aliran kasih-sayang semasa ibu memasak untuk anaknya.

Pakar motivasi dan psikologi sepakat menegaskan bahawa orang yang melakukan satu kerja dengan penuh kasih-sayang, ceria dan tulus, hasil kerjanya akan berkualiti. Dorongan kerjanya bukan untuk 'mendapat' tetapi untuk 'memberi'. Seorang ibu yang memasak adalah didorong untuk 'memberi' kasih-sayang kepada anaknya, berbanding seorang 'chef' yang memasak atas dorongan ganjaran komersial.

Justeru semakin ikhlas, ceria dan kasih seseorang pada pekerjaannya dan kepada siapa dia tujukan atas kerjanya itu, maka semakin tinggilah kualiti kerja tersebut. Dan semakin kurang keikhlasan, keceriaan dan kasih seseorang semasa melakukan kerjanya, maka semakin rendahlah kualiti dan produktiviti kerja tersebut.

Realitinya, 'air tangan' bukan hanya ada pada kerja memasak. Ia ada dalam setiap jenis pekerjaan. Ia adalah aliran kasih sayang dan kecintaan yang seharusnya mengalir dalam setiap pekerja, pemimpin, guru, imam, jurutera, doktor, jururawat sehingga seorang buruh kasar. Setiap individu Muslim, wajar bekerja kerana Allah untuk berkhidmat sesama manusia. Seorang yang paling kasihkan Allah, dialah yang paling kasihkan manusia dan orang seperti inilah yang paling tinggi kualiti kerjanya.

Falsafah di sebalik 'air tangan' inilah saya kira dapat merealisasikan dorongan Rasulullah saw agar setiap kita memperelokkan kerja menerusi sabdanya:

"Bahawasanya Allah s.w.t suka apabila seseorang darikamu membuat sesuatu kerja, dia memperelokkan kerjanya."






p/s: Mak Terima Kaseh sediakan bekalan dari tadika sampai la tingkatan 5 - abg aku cakap :) -I love u mom.. much2!!

Selasa, 3 Mei 2011

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 @ PWTC + Derak KL

Bismillahirohmanirrohim.. Alhamdulillah berkesempatan lagi membebel di blog sendiri.. Ape khabar iman kita?? Moga sentiasa terpelihara dan sentiasa bertambah-tambah hendaknya..

Yess!! Alhamdulillah sangat bersyukur.. Kenapa?? ceteka ceteka... hihi.. Setelah susah payah 3 tahun menepuh alam diploma, akhirnya segalany berakhir insya Allah.. debor tunggu result pulak ni ha... Rasa tak sedap hati pun ade, asal?? Em.. Takut ade subjek yang tersangkut.. Oke2.. Jom lupekan jap pasal result tu.. Dah usaha. Tawakal dan doa pulak mengiringi. Moga Allah permudahkan segalanya Insya Allah..

Apa nak buat cuti-cuti gini?? ahak! Ape lagi.. Bejalan la weyh! First Target.. KL!!! yes! PBAKL!! Dunia buku yang kian lame ku tunggu.. Buku! buku! buku! tak nampak ape dah... Maklumlah tengah gila buku sikit..

Antara buku yng telah dishopping:

1. Hani ( NURLSHAM SAIDIN ZABIDI MOHAMED ) - Novel
2. Andai BAVARIA Takdirku ( NURULSHM SAIDIN & NIEDA LIENKE) -Novel
3. Di Sini Kami Berteduh ( NRULSHAM SAIDIN ) - Novel
4. travelog cinta abadi ( ROZA ROSLAN )
5. Labbaikallah ( HJ ZAINAL HJ BUJANG )
6. Terapi Solat Tahajud Bagi Penyembuhan Kanser ( PROF DR MOH SHOLEH )
7. Tafsir Al-Quran Al-Hidayah
8. Tanyalah Ustaz - tak ingat da ustaz apa..
9. Majalah Asuh - 4 naskah ( Best sale RM 10 je )- siap dapat beg lagi :P

Puas hati.. huhu. Ku abadikan kenangan di KL dibawah.. selamat menonton.. haha..



Ramai sangat manusianye.. - Pesta Buku




Sanggup berpusu-pusu meredah lautan manusia semata-ata nak beli buku :)


Petrosains untuk ke tiga kali nye!!!


Same tak macam mamat belakang tu?? huhu..




Antara Thor & Doraemon, mana jadi pilihan? - saya pilih Thor!! Gempak kot crite ni..


with kebanggaan MALAYA..


Layan Apple Juice


TOYS R US !! serius gempak seyh mainan dalam niyh!!!


Sesungguhnya solat itu tiang agama.. Zohor yuk!
-Masjid AS-SYAKIRIN KLCC


Tenang je suasana..

Masjid Air-cond .. BEST2..


Waiting for monorel.. nak sambung jalan-jalan lagi ni..



Lif ni menarik!



Diriwayatkan dari Ibn Abbas ra. : Rasulullah Saw pernah bersabda, "ada dua anugerah yang disia-siakan manusia; kesehatan dan waktu luang".


Sesungguhnya janganlah berbuat perkara yang sia - sia ..


( Gambar menunjuk sebilangan masyarakat Malaysia yang menghabiskan masa dengan memerhati, menonton, tak jemu-jemu berpenat melihat pelajar AF yang sedang "study".. baik korang jalan-jalan ngan famili or like me.. huhu.. )



Pokok made from mineral water bottlessss.. Menarik huh?? :)



Lets Pizza!!!



Shopping lagi! - JUSCO



Shopping last day~ THE MALL




p/s: Derak waktu cuti amat menyeronokkan...!! nak pi derak agi!!!!!!


Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..