Isnin, 2 Ogos 2010

Tragedi 30/07/10


Tembok pagar rumahku dilanggar 'todak'.. Innalillah.. Sebuah lori tanah telah ditakdirkan merempuh tembok pagar rumah kami. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa berlaku. Kejadian berlaku ketika kami semua tiada di rumah. Mujur Uncle Tan sebagai jiran kami telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan jayanye. TQ uncle.


Ketika ini saya berada di Kedah melaksanakan tanggungjawab sebagai sebahagian pesilat di Polisas. Jam 10 pg dikhabarkan kepada ayah , tembok rumah kami dilanggar lori tanah. Bergegas ayah dan yang lain-lain puang ke rumah. Ganti rugi di bayar tanpa sebarang masalah oleh pemandu.


Dikhabarkan, al kisah cerita kemalangan terjadi disebabkan lori tanah ini mengelak sebuah kancil yang menusup keluar dari simpang rumahku.. Mulanya lori tanah ni nak mengelak lori yang sedia ada di tepi jalan,, tub-tub kancil pula yang keluar.. Zass!! terus merempuh tembok rumah kami..


Semoga kalian dan kita-kita semua lebih berhati-hati dan mengambil iktibar dari setiap takdir.. Segalanya

Renungkan ..
"Hairan sungguh urusan orang mukmin iu, bahawa semua urusannya baik belaka; perkara ini tidak akan didapati dalam diri seseorang kecuali pada orang mukmin. Iaitu apabila ia mendapat kebahagiaan maka ia bersyukur dan bersyukur itu baik baginya; apabila ia tertimpa musibah maka ia bersabar dan bersabar itu adalah hal yang baik baginya." (Riwayat Ahmad)
p/s: Jadikan setiap ujian itu suatu tarbiyah membangun jiwa kita:)

Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..