Sabtu, 8 Oktober 2011

Bagaimana Acuan Begitulah Kuehnye..



Assalamualaikum:) Helo Ummah! May Allah permudahkan segala urusan harian kita hari ini dan hari mendatang. Moga iman sentiasa diasah supaya tidaK tumPul dengan kekaratan dosa beserta maksiat dan kekhilafan menggunung, Insya Allah. Sabtu indah dengan pemakaian yang serba kuning sambil menghirup susu segar bertemankan lagu indah Bruno Mars 'Marry You'. Hehe.. Memikirkan hari-hari yang semakin sukar sebagai seorang guru. Pejam celik sudah 3 minggu bergelar pendidik untuk si khalifah kecil bakal pemimpin dunia satu ketika nanti..

Fuhh! Oke2! Stop kat sini. Ape pasal ayat macam penulis profesional dalam novel?? Why eh?? HAHA.. Saja-saje ubah angin la.. Oke tak? ngeh3.. Alhamdulillah berkesempatan lagi untuk mencoret warkah berupa perkongsian tentang hati bersama pembaca yang kadang wujud di depan mata kadang pulak hanya di alam siber..:) DSC kali ni menyentuh aspek pembentukan diri Insya Allah.

Ok. Aku bukanlah penilai orang yang terbaik, tetapi untuk mendengar masalah dari mulut yang lain aku adelah seorang yang setia. Setia mendengar luahan hati dari semua yang bergelar manusia. Dari masalah mereka terbit perasaan ingin muhasabah diri dan perbaiki diri. Dari situ aku belajar tentang menjadi lebih baik. Aku pernah menulis tentang menjadi lebih baik. Kali ni aku timbulkan balik. Menjadi lebih baik dalam sahsiah pembentukan diri.

Kepimpinan terutamanya. Alhamdulillah aku tak lepas dari memegang tanggungjawab sebagai pemimpin suatu ketika dulu. Waktu aku masih merangkak mengejar segulung diploma. Masa mengajarku erti sebuah kepimpinan. Adakalanya kita dibawah dan ada kalanya kita diatas. Ketika diatas, ia bukan lah peluang terbaik kita untuk mengarah orang bawahan sesuka hati. Dan apabila kedudukan kita dibawah, bukan masanya untuk kita menunjukkan kepala sendiri..

Demikian yang kita maklum,
Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Baginda telah bersabda: 'Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya.."

Banyak yang aku lihat dan banyak juga yang aku pelajari sebagai seorang pemimpin..

Ketua pemimpin.
Yup memang betul kita semua adalah pemimpin.. Tetapi bagi aku, kita memerlukan ketua untuk mengepalai semua pemimpin. As a guide ape yang harus kita lakukan. Ketua pemimpin yang zahir batin nya mempunyai sifat elok dan molek akan menghasilkan anak-anak buah yang mantap insya Allah.

Tetapi jika pokok mempunyai baka yang elok namu dibajai dengan baja-baja perosak lama kelamaan pokok akan layu dan menghasilkan buah yang kurang enak. Contoh dalam mana-mana organisasi yang mempunyai ketua yang hebat, lantang bersuara dan hebat gayanya, namun masih mengekalkan sifat-sifat mazmumah seperti sombong, ego, mengamalkan rasuah dan mementingkan diri. Tak kemana juga akhirnya.. Hasil? Anak buah akan membuat haluan dan perancangan sendiri untuk menentang ketua pemimpin. Lihat sendiri. Akan makan diri juga akhirnya..

Kebiasaan yang aku lihat, sifat ketua amat mempengaruhi anak-anak buah. Jika A pilihan ketua, maka A lah ikutan anak buahnya.. Maka penting dalam hati si pemimpin untuk membuat suatu perubahan kepada yang lebih baik untuk menjadikan organisasi mereka menjadi lebih lebih lebih baik! :) tak gitu?

Rahsia kekuatan yang perlu ada pada pemimpin bagi aku :-

1. Beriman
Jantung segala sifat mahmudah. Apa-apa juga urusan kita juga hendaklah berlandaskan syarak. Bagi aku pemimpin yang menjaga hatinya dengan Allah, secara automatik akan menjaga hubungannya dengan manusia. Segala perbuatan dan pertuturan seolah-olah amat terjaga kerana terlebih dahulu menjaga hati dan bermuhasabah diri. Maka jika mahu memilih ketua pemimpin bukan lah dari paras rupanya. malah kekuatan hati amat penting dan lihatlah hubungan mereka dengan Allah :) Dan itu adalah pilihan terbaik.

2. Adil
Adil dari segala segi. Adil dalam menyelesaikan masalah. Tidak membebankan mana-mana pihak untuk menyelesaikan masalah, malahan menyelesaikannya bersama-sama. Adil dalam mendengar pendapat serta masalah dan tidak berat sebelah dalam segala macam hal. Adil dalam pembahagian tugas walhal kerja. Adil dalam melayan stiap kerenah dan perangai. Adil dalam pembahagian waktu dengan Allah dan hal dunia. Adil dalam semuanya! Oh betapa indahnya hari-hari mendatang dengan adanya seorang pemimpin sebegini.

3. Jujur
Pemimpin bagi aku seharuslah jujur pada diri sendiri dan kepada anak-anak buahnya. Pemimpin yang perkataan dengan perbuatannya senantiasa seiring dan sejalan. Disitu kepercayaan akan timbul dalam kalangan anak-anak buah malahan orang luar juga senang bekerja dengan kita:)

4. Cool
Seorang pengikut akan merasakan 'aman' jika pemimpinnya membawanya pada rasa nyaman dan menimbulkan rasa optimis seburuk apa pun situasi yang sedang dihadapi. Walau sesusah manapun masalah yang dihadapi tetap tidak menunjukkan riak wajah seperti dalam kesusahan malahan masih mampu tersenyum lebar. Alhamdulillah:) Sejuk hati.

5. Sabar
Pemimpin contoh haruslah sabar dalam menghadapi segala macam persoalan dan keterbatasan, serta tidak bertindak tergesa-gesa dalam mengambil keputusan. Tak bertindak mengikut nafsu dan amarah, bahkan bersama-sama duduk memikirkan jalan penyelesaian. Sedikit sebanyak anak-anak buah akan terdidik lebih tenang dan besabar dalam apa jua situasi kan? :)

6. Rendah hati
Seorang pemimpin hendaklah memiliki sikap rendah hati. Tidak suka menampakkan kelebihannya (riak) serta tidak merendahkan orang lain. Seboleh-bolehnya tidak menampakkan kelebihan yang ada pada diri. Tidak juga mengeji dan manghina kekurangan yang lain. Lengkap melengkapi antara kekurangan dan kelebihan itu dalah lebih baik. Tetapi jangan sampai perkara tersebut menjadi salah satu sebab jatuh nya organisasi disebabkan niat yang salah.

7. Musyawarah
Dalam menghadapi setiap persoalan, seorang pemimpin haruslah menempuh jalan musyawarah serta tidak menentukan keputusan sendiri. Pendapat dan pandangan yang lain wajiblah diambil kira. Mendengar dan meneliti tiap bait bicara mereka sebagai salah seorang pemegang hak dalam organisasi untuk bersuara.

Asy-Syaikh Abdurrahman As-Sa'di rahimahullah mengatakan, "Jika Allah mengatakan kepada Rasul-Nya, padahal beliau adalah orang yang paling sempurna akalnya, paling banyak ilmunya dan paling banyak idenya, "Maka bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu."

Walaupun anak buah, mereka mempunyai hak yang setaraf dengan ketua untuk bersuara dan berkongsi pendapat. Ingat lah wahai pemimpin, pemimpin yang baik adalah apabila mereka duduk searas dengan rakyatnya. Ambillah contoh Khalifah kedua kita iaitu Umar Al-khatab. Baca kisahnya. Pasti diri terasa kerdil dibnadingkan dengan Umar! Pemimpin yang rendah hatinya.

8. Mampu berkomunikasi dengan orang bawahan.
Komunikasi yang baik kepada orang bawahannya bukanlah sekadar kemampuan retorika yang baik, tetapi juga kemampuan memilih hal yang akan dilempar kepada publik serta timing yang tepat dalam melemparkannya.

Kematangan seorang pemimpin akan membuatnya mampu berkomunikasi yang jauh dari sikap emosional. Dan yang terpenting dari semua itu adalah sang pemimpin akhirnya mampu mengambil sebuah kebijakan yang tepat dalam sebuah keadaan yang memang diperlukan oleh mereka yang dipimpinnya. Duduklah semeja, tanya apa masalah mereka, apa yang ereka perlukan. Bukan hanya mendiamkan diri dan buat tak tahu saja. "Masalah kau, kau punye pasal lah.. Masalah aku, aku handle sendiri.." Oh marilah merubah ke arah kebaikan yang disenangi:)

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku rasa perkara-perkara di atas cukup membantu dalam menjadi seorang pemimpin yang baik. Aku juga telah melaluinya suatu ketika dahulu. Tetapi tak semua kau dapat impak yang baik setelah berusaha menjalankan tugas aku sebagai khalifah yang memimpin. Ye memang banyak orang tidak senang dengan perkara kebaikan yang kita lakukan. Tetapi kenapa perlu dengar cakap mereka ? Kalu kita betul-betul ikhlas melakukan kebaikan, perkara-perkara remeh tersebut takkan menggoyahkan kita Insya Allah.

Bukan ke Syaitan telah berjanji dengan Allah untuk menyesatkan manusia sehingga kiamat? Pikir-pikirkan lah. Segala ujian yang tiba bukanlah sebagai suatu yang menghalang kita dari terus bangkit menjadi pemimpin yang sioleh dan solehah. Anggaplah ia sebagai suatu tarbiyyah yang mematangkan kita:) Maka jadilah pemimpin yang sentiasa dekat dengan Allah.:)



Gagal merancang beerti merancang untuk kegagalan..


p/s: siapa pemimpin hatiku ? Oh Allah..

Tiada ulasan:

Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..