Selasa, 12 April 2011

Final Semester


Final Semester! Hooyeah!! ~ Kepada sahabat seperjuangan, yang dikenali mahupun yang baru nak kenal-kenal ( acececeee.. ) Selamat berjuang dalam peperiksaan akhir utuk final semester kita ni! Moga dipermudahkan urusan dan usaha kita oleh Allah.. Insya ALLAH.. Tak sabar dah nak habes diploma ni..

- Oke nak sambung study ( study ke? ) .. huhu.. offline 18 April dan 2 minggu selepas nye.. Jumpe lagi Insya Allah..


p/s: Nak buat ape 4 bulan cuti???

Ahad, 10 April 2011

Aku Jatuh Cinta!




"Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada',tetapi para nabi dan syuhada' mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat, khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:"Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah, bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih."♥



Dan terkadang kecintaan memelikkan kita. . Mengapa mudah kita tertaut hati pada seseorang itu?


Hanya pada pandangan pertama. Dan dulu seorang adikku selalu mengatakan itu padaku,


Mudahnya aku menyintai seseorang. Begitu juga dalam jalan dakwah ini.


Kita akan mudah terjatuh cinta. Banyak kali... Cinta pada mereka yang memberikan kita rasa faham ini.


Dan cinta kepada mereka yang kita berikan rasa faham ini. Ia adalah tautan hati Yang sukar dimengertikan.


Perasaan yang sukar Dinukilkan dengan lukisan kita Begitulah besarnya erti cinta pada dakwah ini.


Ia menolak kehendak diri untuk memberi sebuah erti ..Jauh dirasakan dekat


Sering bersama tidak mendatangkan kebosanan ..Ianya bahagia tiada tara!


Ia mengajar erti untuk tidak berhenti dalam memberi ..Ia menolak diri untuk sentiasa mengorbankan diri demi insan yang baru sahaja dikenali


kerana ikatan hati itu bertahkik pada cinta Ilahi..


( aku dan dia, mengalami rasa yang sama.. mudahnya hati ini tertaut dan menyukai manusia. Kerana itu, takutnya apabila dialirkan cinta itu pada yang bukan berhak)


Kerana dakwah dan islam, sentiasa menyatukan hati kita, Menjadikan kita sentiasa jatuh cinta sesama kita,


Setiap masa.. Mudahnya dakwah ini menjadikan kita Untuk jatuh cinta!







وَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِہِمۡ‌ۚ لَوۡ أَنفَقۡتَ مَا فِى ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعً۬ا مَّآ أَلَّفۡتَ بَيۡنَ قُلُوبِهِمۡ وَلَـٰڪِنَّ ٱللَّهَ أَلَّفَ بَيۡنَہُمۡ‌ۚ إِنَّهُ ۥ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬




Dan (Dialah) yang menyatukan di antara hati mereka. Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ( Anfal: 63)










p/s: Benarkan perasaan cintaku ini Ya Allah.. Pandukan lah hatiku ke jalan yang benar..

Sabtu, 12 Mac 2011

Cekak Hanafi@Komuniti Part 2

Seusai sarapan, terus begerak ke dewan utama untuk pembahagian kumpulan bersama adek-adek dari Ihsan ni.. Berkumpul di hadapan dewan & melakukan sedikit 'warm up' untuk mendapatkan stamina?? Lebih kurang lah.. Terima kasih di atas kerja sama adek-adek Ihsan yang menjadi lebih sporting kepada kami:) Program diteruskan di dalam dewan dengan pembahagian kumpulan & Ice Breaking dan gotong -royong.

Urusetia yang sangat setia


Fasilitator dengan adek-adek Ihsan

DEMO time!!!! - Objektif utama kami mengadn program di Sekolah ini adalah untuk mempromosikan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi di sekolah ini selain beramah mesra dan membina ukhuwah antara kami dan adik-adik di Sekolah ini Insya Allah.. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar di atas bantuan Enck Alam Shah YDP PSSCUH cawangan Pahang untuk memberi penerangan yang cukup mantap untuk demo silat ni. :)


Demo Silat & penerangan


Dalam penerangan ni pn da nmpak dah adek-adek Ihsan kit ni trsengguk-sengguk yang ada dekat belakang tu. Masa dikejar untuk satu lagi aktiviti yang agak mencabar. Explorace! Hooyeahh.. Dengar je nak main terus segar bugar yer mata adek-adek ni.. :) Tepat jam 11 pagi~ Acara bermula !

Checkpoint Pertama : Nur Athirah (saya) & Rasika -Game Puzzle

Checkpoint 2 - Taqiuddin & Sufea


- Belon air


Checkpoint 3 - Daud & Shahirah - Coklat dalam tepung


Checkpoint 4 - Jai & Efa

- Benci dadah? Benci study? - treasure hunt


Checkpoint 5 - Sufiyya & Farehah


-Getah dalam Kopi


p/s: segala perancangan diakhiri dengan kejayaan insya Allah..

Cekak Hanafi@Komuniti Part 1

Bismillahirohmanirrahim.. Ape khabar iman kite hari ini?? Moga sentiasa terpelihara dan semakin dipertingkatkan Insya Allah..

Owrait! tetibe rase semangat je nak tulis blog malam ni.. Orang sibuk layan mimpi . Akak korang ni sibuk layan perasaan tulis blog.. haha ade?? jeng2.. Motif?? Saje isi mase sebab tak mengantok lagi.. huhu.. Malam ni nak crite sikit tentang program Silat Cekak Ustaz Hanafi atau pon Cekak Hanafi @ Komuniti. Huhu.. semangat nye beta nak tulis.. :p Kita teruskan yer.. abaikan lah kekarutan yang berlaku di seanjang kisah ini.. kui3

Al-kisah nak dijadikan cerita, kami ahli-ahli PSSCPUH POLISAS bercadang nak mengadakan program bagi memenuhi program wajib kami ni,, Cekak Hanafi@ Komuniti ni.. Banyak idea tempat-tempat nak kami buat, rumah anak yatim - rumah orang-orang tua - pantai - Megamall pon termasuk sekali lah.. huhuhu.. Dasat tak dasat adik-adik aku nye idea:) hihihi.. last-last sekali terfikir nak buat kat sekolah je.. Yes! Korang tau-tau je lah,, famili akak korang ni ramai yang dudok kat sekolah.. mak cikgu, abang bakal cikgu, akak memang da cikgu ,, suami akak lagi lah cikgu berstatus warden lagi. tak ke kabel namenye tuh?? agaggaga.. SMA AL-IHSAN destinasi kami akhirnya, pelbagai rancangan dan aktiviti telah kami rancang, Bayang kan dalam masa satu minggu kami rancang.. Tak ke gagau ajk-ajk yang terlibat?? huhuhu. Berkat kesabaran dan doa.. Hari yang ditunggu pun tiba..

5 Mac 2011 :
Rutin akak-akak ostel senior ialah: kejut adek-adek bangun awal oiii.. ni bas datang pukul 6 dik,, cepat-cepat bangun.. kau ingat senang nak kejut diorang? huuu sabor aje lah.. yang senang tu memang senang, cube dapat yang susah nak kecut? pengsan akak dik.. huuu.. Tapi disebabkan akak korang ni semangat parak nak beprogram,, korang kene bangun jugak kan3. haha.. gud2.. tapi yang kekecewaan yang tak boleh tahan nye.. bas datang pukul 7... huu.. huuu.. haru jap dudok kat bus stop.. perjalan maseh diteruskan.. bas nye hal. its okeyh~ janji dapat gi ihsan.. agagaa..

Mereka yang dipaksa bangun awal pagi :P




Jom pergi!!


Tiba di SMA AL-IHSAN.. nak crite gak ni.. dulu-dulu akak korang ni ex-student sekolah ni.. tu yang selok sikit nak buat program kat situ.. huhuhu.. Kau.. nostalgia lame kembali lah pulak.. acececeee.. udah2.. berbalik pada cerita..

Dalam pukul 7 lebeh jugak lah kami tiba di Ihsan, Kami disambut oleh Ustaz Aziz & sorang student form 5 tak silap.. i kenal u.. hahha.. mujur adik kite ni kenal akak korang ni tau~` tak lah malu sangat i.. Yang i terkejut monyet nye,, Ustaz Aziz ni pon kenal i.. alamak.. sahabat abg ipar la kate kan.. merangkap jiran sebelah umah.. ohohoho .. oke2.. lepas tu kami dijamu ( sarapan ) di dewan makan asrama ihsan ni.. tau korang-korang sume lapor.. haha. kesian tengok muke korang yang bangun awal & perot kosong.. Lepas makan cepat siap oke! banyak kerja kene buat:)

v

v

v

v

v

BERSAMBUNG (^_^)





Ahad, 27 Februari 2011

Menjadi Baik

Bismillahirohmanirrahim.. Apa khabar iman kita semua? Moga sentiasa di dalam jagaan Insya Allah...

Sedar tak sedar,, ada dalam kurang 6 minggu lagi akak korang ni ada kat Polisas.. Pejam celik pejam celik,, Aucak!!! amek.. nak tiga tahun dah dudok dekat Polisas ni.... Kan da tak masuk tajuk lansung kan dengan entry kali ni.. huhu.. okeh2.. berbalik pada tajuk sekarang yer!

Menjadi baik. Apa yang korang semua takrifkan dengan kenyataan ni?? erm.. Berakhlak baik dan sentiasa meningkatkan nya? atau dari jahat ingin menjadi baik? Atau orang biase menjadi " pijak semut pun xmati " means,, buat-buat baik??? Apa-apa pon korang nak takrifkan.. . Menjadi baik itu amat perlu... tetapi kekadang manusia ni selalu menyalah tafsirkan tentang kebaikan seseorang tu..

Cerita sebenar:

1. Apabila anda mempunyai pangkat ( pemimpin sesebuah organisasi) yang lebih sedikit dari rakan-rakan anda.. Dan anda sedikit sebanyak telah berubah melalui sifat anda.. mungkin kah rakan-rakan anda akan berkata.. " eleh,, baru naek pangkat sikit da nak belagak baik.. " pernah kah anda melalui nya?? " eleh.. nak kongker persatuan lah tu.." - " eleh.. buat kerja bukan betul sangat.." - banyak sangat eleh yang dikeluarkan.. Mungkin juga anda sering dikutuk dan menjadi bualan fitnah anak buah anda sebagai seorang yang sebenar nya keji dan buruk akhlak..

Solution yang dicadangkan:

Maafkan sahaja mereka..Anda jangan mudah berputus asa dengan suara-suara sumbang tersebut.. Mungkin mereka iri hati dengan kenaikan nama anda, mungkin juga mereka ingin perhatian.. Jangan risau.. perubahan anda menjadi baik bukan adalah kearah kebaikan.. Nama pon pemimpin, so, sewajibnya anda perlu bersikap baik dan membawa orang lain ke arah kebaikan. Allah tahu apa yang anda kerjakan.:) Bersabarlah dalam menghadapi ujian.. Ujian yang kita hadapi tidak sehebat ujian yang Allah berikan kepada Junjungan besar kita Nabi Muhammad.. Sedangkan nabi ampun umat... Apatah kita insan biasa.. :)


2. Keinsafan melebihi kepentingan kawan-kawan?? tak percaya?? Mungkin suatu hari anda terdengar satu ceramah.. Contoh, " kelebihan memaafkan seseorang". Anda telah tahu tentang erti sebuah kemaafan yang sebenar.. tetapi keesokan hari nya.. sekumpulan rakan anda telah bergaduh dengan sekumpulan rakan yang lain.. Anda menasihati rakan anda supaya memaafkan sahaja. Tetapi ape yang anda dapat?? " elehhhh... macam lah kau tu baik sangat~~ dulu kau pon same jugak.." oke,, itu dulu. sekarang anda telah insaf dan menjadi lebih baik.

Solution yang dicadangkan:

Anda menasihati rakan anda sepanjang masa. Sebab nanti kat akhirat nanti Allah tanye,, kenapa kita tak cegah kemungkaran berdendam tersebut?? So jangan berputus asa.. tetappi jika rakan-rakan anda turut meminggirkan anda kerana kebaikan anda.. Maka biarkanlah mereka.. Korang percaya tak.. jika kita berkawan dengan seorang penjual minyak wangi.. maka wangian tersebut akan terbau juga dibadan kita,,?? ahak. maka pilihlah rakan yang betul. jangan berputus asa!


3. Kebaikan yang kita buat tidak diketahui.. Contoh seorang anak membantu ibunya membersihkan neneknya.. Memandikan neneknya.. Mencuci kotoran pada nenek nya yang sakit.. Maka suatu hari terbit dari hati seorang anak itu,, " apakah yang aku buat ini orang tahu? apakah yang aku buat ini berbaloi?? "

Solution yang dicadangkan:

Jangan lah seorang anak itu menyoalkan tentang perkara diatas,, Perlulah anak itu tahu,, sesungguhnya Allah lah yang membalas segala kebaikan yang dibuat diatas muka bumi. Bukan lah manusia yang membalasnya,.. Adakah anda teruja dengan pahala?? Masya Allah .. ganjaran pahala itu lebih besar dari pujian orang ramai.. Sesungguhnya ikhlaskan lah hati dalam membuat kebaikan.. moga dipermudahkan semua nya..



p/s: Menjadi lebih baik itu lebih baik:)

Isnin, 31 Januari 2011

Walimah Yang Berkat

Walimatul Urus Mengikut Islam..

Bismillah pembuka bicara.. Ape kabar Iman kite hari ini?? Moga Dapat Ditingkatkan lagi... Insya Allah:) Hitung dihitung .. tinggal 4 hari lagi cik pengantin ( kakak) akan bergelar isteri orang.. Tapi kenapa saia lak yang cuak ni?? Aiyyo.. why aa?? ha... Jangan nak ngade-ngade cakap saia gatai nak kawen yer.. Akak korang ni cuak sebab tak basuh baju baru lagi.. hoho.. Dah lah hujan, ni kalau basuh ni belum tentu kering ni ( Padahal boleh je basuh sekarang.. wawawa..)..


Lari topik da ni.. kui3.. Yer sekalian semua, Walimah yang sederhana dan memenuhi syariat adelah walimah yang diberkati.. Bagi setiap pasangan yang diijab kabul, mereka akan diraikan dalam majlis kenduri kahwin atau disebut walimatul urus kerana melalui majlis inilah perkahwinan pasangan terbabit diketahui ramai pihak, sekali gus mengelak prasangka buruk terhadap mereka. Contonye fitnah-fitnah.. Al-maklum lah. Orang sekarang ni kena ada bukti dulu baru nak percaya. Same lah jugak macam saia:)

Majlis kenduri kahwin dianjurkan oleh agama dan hukumnya sunat yer adek-adek. Maka sesuailah dengan amalan yang dilakukan masyarakat hari ini, bila ada perkahwinan diadakan majlis kenduri dengan dijemput orang ramai menghadirinya... (^^)



Dari Anas bin Malik r.a menyebut Rasulullah s.a.w melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya: kesan apakah ini? Abdul Rahman menjawab: Wahai Rasulullah aku sudah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas.?Baginda mendoakan keberkatan untuk Abdul Rahman bin Auf dan berkata: Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing.?(Muttafaqun alaih)

Tetapi dalam situasi kebelakangan ini, sesetengah majlis kenduri kahwin seolah-olah menjadi arena untuk menunjuk-nunjuk dan bersuka ria, diadakan besar-besaran di hotel mewah, membabitkan tetamu istimewa saja dan bercampur dengan unsur maksiat. Apakah ini bentuk walimatul urus dalam Islam? Ha jawab lah adek-adekku.. Semestinya majlis macam ni tidak diredai Allah..

Info sikit ..Penceramah bebas, Mohd Rani Awang Besar, berkata umat Islam sepatutnya bersederhana apabila mengadakan majlis perkahwinan, sesuai dengan nasihat Rasulullah s.a.w kepada umatnya supaya bersederhana dalam semua perkara. Amalan sederhana itu katanya, bertujuan mengelak pembaziran dan unsur maksiat dalam majlis kenduri berkenaan.
Tapi sekarang ni?? Selagi boleh tunjuk.. nak tunjuk semua benda.. adoyai~~ Yang tak tahan nye.. Mak cik-mak cik pon satu.. Jangan lah dok ngutuk-ngutuk hantaran orang tak lawa lah.. hantaran sikitlah.. tak brand lah.. Cube lah dapat mende-mende tu sume ke anak kite? ha jawab makcik.. jawab2.. Bersyukur jelah dengan apa yang ada..(^^)




Bersederhana ini sesuai dengan ayat 26 surah al-Isra' bermaksud:

Berikanlah kepada kerabatmu, orang miskin dan orang musafir hak masing-masing dan janganlah kamu berbelanja dengan sangat boros?

Menurutnya, majlis kenduri terbabit boleh menjadi majlis yang diberkati jika bertepatan dengan anjuran Islam, tetapi sebaliknya menjadi majlis terkutuk apabila bercampur aduk dengan maksiat. Bagi memastikan walimah yang diberkati Allah, pertama, kena menggunakan sumber rezeki yang halal, iaitu wang yang digunakan untuk majlis terbabit tidak diperoleh melalui cara haram. Kalau meminjam tu,, biarlah berpada-pada. Jangan tau pinjam.. Tak tau nak pulang..

Kemudian., Majlis yang diadakan itu juga perlu jauh daripada unsur riak iaitu menunjuk-nunjuk dan bertujuan berbangga-bangga dengannya. Kalau pun banyak duit.. Janganlah menunjuk-nunjuk awok tu ade banyak duit.. sorok-sorokkan lah.. Besederhana tu lebih baik..:)Tetapi bagi orang berada, tiada masalah untuk mengadakan walimah besar-besaran dengan syarat menepati dengan anjuran Islam, menjemput semua orang termasuk orang miskin supaya matlamat walimah tercapai, memupuk persefahaman dan perkenalan,?katanya.

Walimah urus bukanlah suatu majlis untuk berpesta dan bersukaria tidak menentu, malah ia adalah satu bentuk ibadat diperintah Allah yang perlu diadakan sebaik mungkin mengikut anjuran agama. Elakkanlah daripada bercampur dengan unsur yang diharamkan, tidak melalaikan, tiada percampuran bebas antara lelaki dan perempuan, tiada lagu yang melalaikan dan benda lain yang tidak baik.

Untuk masyarakat juga perlu mengelak daripada menjadikan walimatul urus seolah-olah satu bentuk komersial dengan menetapkan bayaran tertentu apabila mahu menghadirinya.

Majlis ini perlu dilakukan dengan ikhlas. Tetamu juga perlu ikhlas dan apabila ada sumbangan atau hadiah kepada pasangan pengantin terbabit hulurkan dengan niat sedekah sebagai satu ibadat.

Orang dulu membantu pihak yang mengadakan walimah dengan membawa sedikit bahan makanan seperti gula,?katanya sambil mengingatkan pihak yang mengadakan walimah supaya tidak memaksa atau memandang sinis kepada tetamu yang tidak menghulurkan sumbangan.

Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian adalah menyusahkan tetamu terutama golongan miskin, malah berlawanan dengan roh Islam. Sementara itu, sesetengah majlis kenduri kahwin kini tidak menepati anjuran agama kerana majlis dihadiri golongan tertentu saja iaitu orang kaya sesama orang kaya, manakala yang miskin diabaikan malah program kebaratan.

Orang yang mengadakan kenduri dengan menjemput orang kaya saja manakala orang miskin tidak dijemput, kenduri itu kenduri terburuk. Jika panggil orang besar, hebat, saya ingat orang itu saja yang tahu, orang kampung tidak tahu. Ramai yang mengadakan kenduri perkahwinan kerana bangga dan riak (menunjuk-nunjuk).

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Makanan yang paling buruk adalah makanan walimah apabila orang yang perlu makan (si miskin) tidak diundang malah orang yang tidak perlu (orang kaya) diundang?(Muslim)


Makanya.. Berbijak lah dalam menguruskan walimah.. Insya Allah jika mengikut syariat,, Majlis akan lebih diberkati Allah.. Emm.. ni sekarang ni kena fikir lagi macam mane nak jadikan walimah kakak ku ni lebih diberkati Insya Allah..



Buat Kekanda Nur Adillah & Akh Saif.. Selamat Pengantin Baru.. 5 feb 2011..




p/s: Cuak nye rase!!! macam saia lak nak kawen.. kui3.. (^^)

Selasa, 28 Disember 2010

Hikmah bertudung


Bismillahirahmanirrahim..


Sudut serkap jarang!

Apekah sebenarnye sebab korang-korang semua ni pakai tudung???

1. Mak ayah yang suruh..

2. Ikut orang.. orang pakai korang pon pakai la kott//

3.Fesyen la sekarang kan.. tudung amek kau bukan main lawa lagi sampai tebelit salur pernafasan korang...

4.Supaye nampak sopan dan ayu.. Pandai korang control ayu..

5.Seikhlas hati korang.. Korang paham kenape perlunya tudung~~ ahak!


hohoho.. tak pe lah takyah jawab pon soalan kat atas nun.. Korang bace je lah kat bawah..(^^)


Apekah Hikmah Bertudung..?
1. Sebagai lambang wanita beriman dan bertaqwa :

Wanita, perempuan, muslimah yang sentiasa beriman dan taat,pasti akan mengikut perintah Allah dan RasulNya serta meninggalkan perkara yang dilarang dalam Islam. Syukur Alhamdulillah..:) Bagus-bagus.

Berbeza pulak dengan orang yang tak beriman ni,mereka amat lah ingkar akan perintah Allah dan Rasulullah S.A.W. Pendek kata,ada saja alasan untuk menolak ketetapan Allah.. itu lah.. ini lah.. banyak sangat hal nye lah siap boleh tulis karangan panjang-panjang agi .. punyelah nak bagi alasan.. Maka,renungi ayat berikut :

“Orang-orang munafik lelaki dan perempuan sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama,mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang makruf dan mereka mengenggamkan tangannya (kikir).Mereka telah lupa kepada Allah,maka Allah melupakan mereka.Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasiq”

Maka.. Lupekan lah hajat korang nak menolak segala macam nikmat dari perintah Allah ini..


2. Mampu mengelakkan gangguan orang yang berhati jahat :

Andai kata lah kan.. seorang lelaki dihidangkan dengan satu “free show” yang menayangkan perempuan dalam keadaan yang amat seksi, dah tentu-tentu nafsu syahwat si lelaki akan terangsang sekaligus mencetuskan bukan satu,, tapi juta-juta niat jahat untuk “mendapatkan” perempuan itu atau perempuan lain seumpamanya bagi tujuan memuaskan nafsunya. Tapi yang pelik nya.. "free show" tu memang free-free je lah yang perempuan-perempuan ni tunjuk.. Ayyak.. Korang dah tak de sifat2 malu ka?? Kami-kami lak yang ase malu.. adoyai.. akhir zaman..


Ha...Tapi berbeza pulak kalau diperlihatkan perempuan solehah yang sentiasa menjaga adab muslimah iaitu lengkap berjilbab. Mesti sejuk beku mata memandang dan terdetik rasa keinsafan (malu) dalam diri si lelaki ni.Begitulah hakikatnya peranan tudung,jilbab,hijab mampu mencegah hati-hati manusia yang berniat jahat.

Dalam ayat lain pula ,Allah menyatakan perkara yang sama tetapi memberi fokus kepada suara wanita yang berbunyi..:

“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga keinginan orang yang ada perasaan dalam hatinya (berhati jahat)"

Cube bukak tv lo ni jugak.. Korang tengok perempuan ke lelaki yang ramai jadi pengacara? penyanyi?? Tayang sana tonggek sini.. malu ai.. Kok ye nak nyanyi.. tu dalam bilik.. bukan atas pentas nun.. ish2.. akhir zaman..


3. Membezakan wanita itu muslim atau non-muslim

Berdasarkan tafsir Ibn Katsir, jilbab membezakan di antara wanita hamba dengan wanita yang merdeka dimana orang yang merdeka wajib bertudung. Manakala dalam tafsiran yang lain, dinyatakan bahawa pemakaian tudung dan penutupan aurat melambangkan dia adalah wanita yang bertamadun kerana tahu menjaga kehormatannya. Ha! konklusinye ..Wanita Muslimah adalah wanita yang bertamadun ye! Dah tapi sekarang ni.. serius memang dah tak reti kita-kita nak buat perbezaan mane satu muslim, mane satu non-muslim. Dalam ic/card bukan main tutup rapi.. Name pon Amirah (Bukan name sebenar).. Tup2 member-member panggil ape?? Marry?? haha.. kau tegelak besau tok kadi nanti~ (^^).. Rambut pon bukan same hitam dah.. ni hamek.. same blonde je rambut.. ai. masalah2. tak reti nak buat perbezaan da loni.. akhir zaman..


4. Jilbab mampu menghalang penyakit kulit


Ni menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita lebih sensitif berbanding kulit lelaki. Maka, kulit wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding kulit lelaki. Persekitaran kita kini begitu bahaya kerana terdedah kepada pelbagai jenis pencemaran.
Contohnya, udara kita dipenuhi dengan pelbagai jenis asap dan debu ( dangerous particles) ditambah pula dengan pencemaran cahaya serta radioaktif.
Pencemaran cahaya berpunca dari penipisan lapisan ozon (light filteration) yang semakin ketara, lalu sinar matahari yang berbahaya mudah terlepas ke permukaan bumi mengakibatkan gagal ditapis oleh ozon.

Maka, alternative terbaik untuk mengawal semua jenis pencemaran ini tentunya berpakaian baik iaitu mampu menutupi semua bahagian badan yang sensitif.

Ia sekaligus menunjukkan hikmah wanita diwajibkan memakai jilbab. Ia sungguh relevan pada hari ini yang begitu berbahaya kepada organ kulit kita,terutama wanita yang lebih jauh sensitif terhadap kesan pencemaran tersebut. Tanpa perlu berbelanja mahal untuk bahan-bahan kimia penjagaan kulit yang belum tentu terjamin kebaikannya dan mungkin ada kesan jangka panjang,maka pakailah pakaian yang menutup aurat. Yang akak korang ni pelik tengok zaman sekarang ni.. Ai makin panas,, ai makin tu lah nye die nak bukak sane sini.. Kok sian la sikit kat kulit tu... ish2.. :P

p/s: Islam itu indah:)

Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..