Selasa, 28 Disember 2010

Hikmah bertudung


Bismillahirahmanirrahim..


Sudut serkap jarang!

Apekah sebenarnye sebab korang-korang semua ni pakai tudung???

1. Mak ayah yang suruh..

2. Ikut orang.. orang pakai korang pon pakai la kott//

3.Fesyen la sekarang kan.. tudung amek kau bukan main lawa lagi sampai tebelit salur pernafasan korang...

4.Supaye nampak sopan dan ayu.. Pandai korang control ayu..

5.Seikhlas hati korang.. Korang paham kenape perlunya tudung~~ ahak!


hohoho.. tak pe lah takyah jawab pon soalan kat atas nun.. Korang bace je lah kat bawah..(^^)


Apekah Hikmah Bertudung..?
1. Sebagai lambang wanita beriman dan bertaqwa :

Wanita, perempuan, muslimah yang sentiasa beriman dan taat,pasti akan mengikut perintah Allah dan RasulNya serta meninggalkan perkara yang dilarang dalam Islam. Syukur Alhamdulillah..:) Bagus-bagus.

Berbeza pulak dengan orang yang tak beriman ni,mereka amat lah ingkar akan perintah Allah dan Rasulullah S.A.W. Pendek kata,ada saja alasan untuk menolak ketetapan Allah.. itu lah.. ini lah.. banyak sangat hal nye lah siap boleh tulis karangan panjang-panjang agi .. punyelah nak bagi alasan.. Maka,renungi ayat berikut :

“Orang-orang munafik lelaki dan perempuan sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama,mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang makruf dan mereka mengenggamkan tangannya (kikir).Mereka telah lupa kepada Allah,maka Allah melupakan mereka.Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasiq”

Maka.. Lupekan lah hajat korang nak menolak segala macam nikmat dari perintah Allah ini..


2. Mampu mengelakkan gangguan orang yang berhati jahat :

Andai kata lah kan.. seorang lelaki dihidangkan dengan satu “free show” yang menayangkan perempuan dalam keadaan yang amat seksi, dah tentu-tentu nafsu syahwat si lelaki akan terangsang sekaligus mencetuskan bukan satu,, tapi juta-juta niat jahat untuk “mendapatkan” perempuan itu atau perempuan lain seumpamanya bagi tujuan memuaskan nafsunya. Tapi yang pelik nya.. "free show" tu memang free-free je lah yang perempuan-perempuan ni tunjuk.. Ayyak.. Korang dah tak de sifat2 malu ka?? Kami-kami lak yang ase malu.. adoyai.. akhir zaman..


Ha...Tapi berbeza pulak kalau diperlihatkan perempuan solehah yang sentiasa menjaga adab muslimah iaitu lengkap berjilbab. Mesti sejuk beku mata memandang dan terdetik rasa keinsafan (malu) dalam diri si lelaki ni.Begitulah hakikatnya peranan tudung,jilbab,hijab mampu mencegah hati-hati manusia yang berniat jahat.

Dalam ayat lain pula ,Allah menyatakan perkara yang sama tetapi memberi fokus kepada suara wanita yang berbunyi..:

“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga keinginan orang yang ada perasaan dalam hatinya (berhati jahat)"

Cube bukak tv lo ni jugak.. Korang tengok perempuan ke lelaki yang ramai jadi pengacara? penyanyi?? Tayang sana tonggek sini.. malu ai.. Kok ye nak nyanyi.. tu dalam bilik.. bukan atas pentas nun.. ish2.. akhir zaman..


3. Membezakan wanita itu muslim atau non-muslim

Berdasarkan tafsir Ibn Katsir, jilbab membezakan di antara wanita hamba dengan wanita yang merdeka dimana orang yang merdeka wajib bertudung. Manakala dalam tafsiran yang lain, dinyatakan bahawa pemakaian tudung dan penutupan aurat melambangkan dia adalah wanita yang bertamadun kerana tahu menjaga kehormatannya. Ha! konklusinye ..Wanita Muslimah adalah wanita yang bertamadun ye! Dah tapi sekarang ni.. serius memang dah tak reti kita-kita nak buat perbezaan mane satu muslim, mane satu non-muslim. Dalam ic/card bukan main tutup rapi.. Name pon Amirah (Bukan name sebenar).. Tup2 member-member panggil ape?? Marry?? haha.. kau tegelak besau tok kadi nanti~ (^^).. Rambut pon bukan same hitam dah.. ni hamek.. same blonde je rambut.. ai. masalah2. tak reti nak buat perbezaan da loni.. akhir zaman..


4. Jilbab mampu menghalang penyakit kulit


Ni menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita lebih sensitif berbanding kulit lelaki. Maka, kulit wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding kulit lelaki. Persekitaran kita kini begitu bahaya kerana terdedah kepada pelbagai jenis pencemaran.
Contohnya, udara kita dipenuhi dengan pelbagai jenis asap dan debu ( dangerous particles) ditambah pula dengan pencemaran cahaya serta radioaktif.
Pencemaran cahaya berpunca dari penipisan lapisan ozon (light filteration) yang semakin ketara, lalu sinar matahari yang berbahaya mudah terlepas ke permukaan bumi mengakibatkan gagal ditapis oleh ozon.

Maka, alternative terbaik untuk mengawal semua jenis pencemaran ini tentunya berpakaian baik iaitu mampu menutupi semua bahagian badan yang sensitif.

Ia sekaligus menunjukkan hikmah wanita diwajibkan memakai jilbab. Ia sungguh relevan pada hari ini yang begitu berbahaya kepada organ kulit kita,terutama wanita yang lebih jauh sensitif terhadap kesan pencemaran tersebut. Tanpa perlu berbelanja mahal untuk bahan-bahan kimia penjagaan kulit yang belum tentu terjamin kebaikannya dan mungkin ada kesan jangka panjang,maka pakailah pakaian yang menutup aurat. Yang akak korang ni pelik tengok zaman sekarang ni.. Ai makin panas,, ai makin tu lah nye die nak bukak sane sini.. Kok sian la sikit kat kulit tu... ish2.. :P

p/s: Islam itu indah:)

2 ulasan:

penglipur berkata...

ai cik tirah..tumpang lalu yea..hikhik

Amirul Safuan berkata...

terbaik..share kt fb yer...

Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..