Sabtu, 30 Mei 2009

Tidak Pasti dan Masih Keliru...

Anda semua pernah dengar “ Bronok” ?? apakah itu Bronok? Sejenis tumbuhan kah? Sejenis hidupan kah? Atau sejenis makanan kah?? Anda juga keliru? Masih tercari-cari?.. Dua benda menggunakan satu nama iaitu Bronok untuk kegunaan peribadi mereka.. Tapi yang manakah lebih sesuai untuk dipanggil dengan gelaran Bronok? Saye amat keliru dan amat teruja dengan Bronok ini.. Mari kita terjah kisah Bronok ini dengan lebih lanjut.. Tetapi kerana saye masih keliru,, jawapan saye , saye sendiri tidak pasti.. Anda yang menentukan nya.. Saye betul-betul tak kisah kerana saye masih keliru..
BRONOK means..:

1. Sejenis hidupan laut yang tidak mempunyai wajah dan kaki.. Di dalam badan nya terkandung cecair yang tidak pekat. Mungkin kerana jenis ini habitat nya di dalam air,, ia hanya mampu menelan air.. Dan air adalah makanan nya. Bronok adalah sejenis hidupan yang bersangkut paut dengan timun laut atau dikenali dengan Gamat. Hidupan ini ( Bronok) boleh dimakan dan sedap dibuat kerabu. Rasanya saye tidak pasti kerana saye masih belum mencubanya.. Tetapi juga ,, untuk memakannya,, adakah ia perlu disembelih? Tidak sama sekali.. Tetapi struktur anggota badan hidupan ini hendak lah dicucuk-cucuk untuk dikeluarkan air nya. Setelah kempis , baru lah di potong-potong untuk siap sedia dibuat kerabu atau pun makanan yang lain.. Saye juga masih tidak tahu bagaimana caranya hendak membuat kerabu ini.. Hasil kajian saye melalui internet.., masyarakat yang pernah memakan Bronok ini, mengata kan ia amat sedap dan lazat. Saye masih tidak pasti…


ini Bronok....


Bronok lagi


Bronok yang bersepah dalam sampan..


Masih hidupkah??


Untuk dijual ??


Bebas di dalam laut..


Kerabu Bronok sedia dihidang..


2. Sejenis kuih tradisional orang melayu terutama di Terengganu , (saye tidak pasti dimana sebenarnya) Kuih Bronok ini adalah kuih sagu yang sebenarnya,, Saye tidak pasti kenapa masyarakat memanggilnya dengan panggilan Bronok. Saye sebenarnya tidak senang dengan nama itu apabila digunakan untuk nama kuih. Saye agak “kaget” untuk menikmati kuih itu. Tetapi rupanya amat menyelerakan. Diperbuat daripada sagu. Terdapat pelbagai warna yang telah diperkenalkan. Seperti warna merah, hijau, dan kuning. Tetapi saye selalu menikmati kuih yang berwarna merah. Warna apa pun, rasanya tetap sama. Kemudian kuih ini disaluti dengan kelapa parut yang masih segar. Rasanya amat enak sekali.. tetapi saye masih tidak pasti mengapa kuih Sagu ini dipanggil kuih Bronok. Mungkin disebabkan perbezaan loghat bahasa dalam Negara Malaysia : )


Kuih Bronok ( Kuih Sagu )


p/s: Saye masih keliru dengan Bronok..

Tiada ulasan:

Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..