Jumaat, 29 Mei 2009

Nikah Muda dan... Bahagia : )



Di waktu lapang.. Begitu saja saye melihat terjemahan suatu ayat-ayat Al Quran dari sebuah buku yang membuatkan saye berfikir...

" Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.Dan Allah maha Luas (Pemberiannya),lagi Maha Mengetahui" (QS Annur :32)

Perintah Allah agar segera menikahkan orang-orang yang masih bujang di kalangan kita. (saye kah?? kakak saye kah? hehehe... )Bahkan seandainya kita termasuk golongan yang tidak mampu, jangan bimbang Allah swt sendiri akan memampukan kita.:) Insya Allah..

Kalau kita belum yakin dengan ayat Allah SWT ini,, perkataan apa lagi di dunia ini yang dapat menjadikan kita yakin terhadap sesuatu eh? Bah kan Rasullulah juga bersabda yang bermaksud:

“Carilah oleh kalian rezeki dalam pernikahan (dalam kehidupan berkeluarga) “
(Hadith riwayat Imam Ad Dhalani) dalam Musnad Al Firdaus.. (amek kat buku jugak)

Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda, “ 3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya” (Hadith riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur.

Abu Bakar As Siddiq pernah berkata “ Taatlah kamu kepada Allah dalam apa yang diperintahkan kepadamu iaitu perkahwinan,maka Allah akan melestarikan janjiNYA kepadamu iaitu kekayaan".

Allah telah berfirman “Jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya” (QS Annur:32)

Apa lagi alasan mereka (termasuk saye) yang telah diberi kesihatan tubuh badan ,keinginan yang kuat untuk bersama pasangan dan mempercayai Allah sebagai tuhan(ialah) untuk mengatakan diri ini belum memilih nikah sebagai jalan? Andai membujang itu suatu pilihan yang diberikan kepada mereka yang beriman. Maka ia adalah sesuatu yang dikategorikan sebagai kehinaan.(Masya Allah..)

Rasullah bersabda lagi, :
”Rasullulah saw melarang Uthman bin Mazun dari membujang,seandainya baginda merestuinya,pasti kami akan membujang" (Sahih Muslim)

Sabda baginda lagi:,
“Barangsiapa mempunyai anak perempuan yang telah mencapai umur 12tahun,lalu ia tidak segerakan mengahwinkannya kemudian anak perempuan tersebut melakukan dosanya di tanggung oleh ayahnya". (Hadith riwayat Baihaqi)
(saye baru 19.. kakak saye da 21.. )

Ibnu Ma’ud pernah mengatakan, "Seandai tinggal sepuluh hari sahaja dari usiaku ,niscaya aku tetap ingin kahwin agar aku tidak menghadap Allah dalam keadaan masih bujang"

Wahai sekalian alam..(khas untuk manusia je lah..),seandainya mahu merenung akan hadith-hadith ini,apa lagi yang dinanti.,berusahalah sedaya upaya kita untuk menikah ye.. Saye lambat lagi.. tapi kalau jodoh dah awal.. dapat keberkatan bagi seorang muslimah jika berkahwin pada usia muda (kakak saye ckap) Kerana hadith yang menyuruh bernikah berbunyi:

Abdullah bin Mas’ud ra: diriwayatkan dari Al Qamah ra katanya:
"Aku berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah ra yang kemudian menghampiri Abdullah ra. Setelah berbincang beberapa ketika,Othman ra bertanya,wahai abu abdul rahman;mahukah aku jodhohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah mudahan perempuan itu akan dapat mengigatkan kembali masa lampau mu yang indah"

Mendengar tawaran itu Abdullah ra menjawab;

"Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah di sabdakan oleh rasullulah saw kepada kami "

"Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puas itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu"
(Hadith riwayat Muslim)

Kalau kita telah berusaha sedaya upaya kita,serahkanlah semuanya pada Allah.. Tawakkal selepas berusaha. Dan Doa secara istiqomah..Dialah yang memberi rezeki.Bukanlah orang itu termasuk dalam golongan tidak mampu,seandainya dia terus membiarkan dirinya saja,tidak berbuat apa-apa lalu apabila ditanyakan kepadanya lalu dia menjawab TIDAK MAMPU... sangat tidak elok yer adik-adik..Akan tetapi seorang yang tidak mampu adalah mereka yang telah berusaha sekuat hati ,namun hasilnya tetap di tahan oleh Allah SWT sebagai ujian untuk dirinya.. itu semua Kuasa darinya.. percayalah Allah sentiasa bersama orang-orang yang bertaqwa.. : )



KISAH LAGI..:
Seorang saudara mengadukan dirinya yang masih kurang iman kepada sahabatnya,
"Saya rasa masih tidak kuat lagi untuk menikah” .

Jawab sahabatnya,
"Justeru kerana kamu masih belum kuat imanlah kamu harus menyegerakan nikah, kan nikah itu menyempurnakan separuh dari agama ?"

Lantas di sebabkan iman kita yang kurang inilah kita harus segera bernikah. Bagaimana sekarang? Luruskan niat, jangan bernikah kerana keSERONOKan di dalamnya,jangan pula kerana orang mengatakannya BAIK atau apa sebab lain pun selain dari ..
"Aku nikah kerana ALLAH dan RASUL SURUH !"

Dan carilah pernikahan yang barakah,mawaddah dan sakinah gitu...Zainab bin Jashyi dan Zaid bin Harithah yang cukup kuat iman mereka pun bercerai akhirnya...kenape??Zaid anak angkat Nabi,kekasih nabi,panglima perang ,manakala Zainab,ummul mukminin, satu figura yang tidak mungkin ada kelemahan dari imannya, mungkihkah lagi keimanan mereka diragukan.Lantas sahabat semua serahkan segalanya pada Allah SWT...

INGAT TAU!! Bahagia bukan terletak pada kesenangan hidup,banyaknya harta,indahnya pasangan,, secomel mane pun pasangan dan sebagainya.Sesungguhnya bahagia itu terletak pada,.. firman Allah ..:

“ Dan diantara tanda-tanda(kebesaran)Nya ilah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan berasa temteram kepadanya.Dan menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang”. (QS anRuum:21).

Jadi segerakan lah perkahwinan anda.. pesanan kepada yang telah bertunang dan akan bertunang sempena cuti sekolah 2 minggu ni.. Jangan bertunang terlalu lama.. kerana syaitan itu telah berjanji dengan Allah Taala akan sentiasa menyesatkan hambaNya..Kemungkinan sesuatu perkara yang kita tidak mahukan akan terjadi dalam tempoh itu.. Na'uzubillah.. Makanya,, segerakan lah perkahwinan anda: )Insya Allah.. keberkatan dalam Alam rumah tangga itu akan sentiasa wujud dengan Reda dari Allah Taala... hehe macam penceramah bebas pulak.. Motivator Rumah Tangga pun ye jugak.. hehe... ok lah.. dah nak tengok TV ni.. malam ni cerita ape lah yer.. wassalam..




P/S : saye nak kahwin jugak... (tapi saye nak study dulu!!!!) cepat-cepat lah abes
study.. kerja.. and.. ehem2.. haha gatal sungguh saye.. : p)

Tiada ulasan:

Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..