Rabu, 5 Mei 2010

Temerloh - Muadzam - Temerloh

Tension,, Tension,, Tension.. Minggu lepas 2 minggu kat Temerloh. Sekarang Kuantan Seminggu.. Minggu depan Muadzam.. Lagi 2 minggu Termerloh balik... Penat.. (~~,)

Kerja-kerja. Banyak sungguh kerja. Mujurlah praktikal je.. Kalau dah kerja betul-betul ni.. Kene kuatkan mental lah jawabnye. Allah,,, Bantu aku ya Allah.. huhu..

Jumpe lagi lain kali k:)


p/s: Tiada lagi masa nak mencoret blog.. Mungkin nanti saje yup.. Tunggu.. SANGAT BUSY sekarang (^^)

Selasa, 4 Mei 2010

Site Temerloh

Pertama kali menjejaki kaki ke Temerloh membuat hati terasa teruja..Mana tak nya, buat pertama kalinya selama 19 tahun tidak pernah datang Temerloh.. Bandar Ikan feveret ku.. (^^).. Destinasi kami adalah Kampung Awah @ Tanjung Perang. Selama berada di sini aku menumpang hidup di rumah salah seorang sahabat baik ku, Suriani. Perjalanan lancar sehinggalah sampai ke rumah Su. Akhirnya aku ditinggalkan oleh keluargaku dengan sebuah lambaian yang mungkin bermaksud “ Hati-hati anakku,, hidup di tempat orang.. Jaga diri & berbuatlah baik.. Jangan susahkan orang lain..” Insya Allah..

Rumah ini rumah kampung. Alhamdulillah aku dapat merasa suasana kampung yang sebenar. Air kolah yang sejuk, ubat nyamuk ketika tidur dan masakan yang aku jarang jumpa di tempat tinggal ku. Hari pertama sahaja aku sudah menghanyutkan gayung ke tengah-tengah kolah. Macam mana nak ambil balik?? Huhu..

Isnin bermula dengan hati berdebar-debar untuk pergi ke Site Loji Temerloh.. Lab Dub Lab Dub.. “Debarlah Sue…” Perjalanan diiringi bapa saudara Sue yang tinggal berhampiran dengan rumah kami. Sepanjang perjalanan tidak putus-putus otakku memikirkan bagaimanakah rupanya site..

Inilah Site Loji Tmerloh


Dan bermulalah episode hidupku di Site Temerloh.. Isnin berjalan lancar dengan sesi pengenalan tapak dengan diriku. Jauh sungguh perjalanan dalam Site ni. Banyak yang aku jumpa. Banyak juga ragam orang di sini. Cuma satu sahaja yang aku tidak tahan. Asap rokok yang tak henti-henti berkepul-kepul dihadapan muka ku.. Sepanjang ku disana juga aku hanya menahan asap-asap maut itu dari meresap dalam peparuku.. Ujian-ujian..

Benci ini sangat-sangat



Tergamam jap.. & telah ku tawan ia..


Hari-hari mendatang berjalan sangat lancar, pelbagai macam benda dan ragam orang aku lihat. Banyak yang aku belajar. Paling penting sekali aku telah menawan semua tangki-tangki di sini. Bukan senang nak naik.. Tinggi dan amat berbahaya. Malahan juga kaki ku pernah termasuk ke dalam bahan kimia simen sedalam paras lutut. Kemalangan yang tak dijangka dan menjadi bualan satu Site. Malu tu adalah juga, tapi dah takdir . Terima sahaja. Langkah berhati-hati selalu diingatkan. Hihi..

Welding

Di tangki



Jauh




Ukur paip



Backwash Building


Dan di Site ini jugalah banyak baik buruknya. Rasuah! Banyak betul cerita tentang rasuah. Aku telah diingatkan oleh seniorku tentang rasuah yang berlaku di site. Akhirnya ia kenyataan. Aku tidak mampu berkata apa-apa.. Hanya mampu pertahankan diri dengan selemah-lemah iman ku.. Ku hanya mendiamkan diri. Percakapan kasar juga selalu bermain-main di telingaku. Masih segar di ingatan .. “ Aku tampar mulut kau, bisu seminggu baru tau!!! “ ini hanyalah gurauan oleh salah seorang warga site terhadapku kerana mereka kata aku cakap terlalu perlahan, suara tidak kedengaran. Salah aku??
Perangai masing-masing di site juga kadang-kadang mencuit hati dan kadang-kadang memualkan. Lumrah dunia. huhu. Tak boleh nak nilai sangat. Sebabnya orang lain pandang kita pon kita taktahu bagaimanakah rupa kita sebenar. bagaimana perangai kita. Diamkan aja. Kalau cerita, takut menjadi aib pula(^^).

Minggu pertama berlalu dengan penuh ragam. Di hujung minggu aku mula mengambil angin Temerloh di Bandar. Menaiki bas.. Menunggu bas.. Ku bukan dibandar ku. Berjalan kaki meronda satu bandar Temerloh memanglah memenatkan, Tapi perasaan ingin tahu tempat orang menjadikan semuanya hilang sekejap. Itu dan Ini dilihat. Timbul perasaan ingin itu dan ini. Tak banyaklah juga barang dibeli. adalah dalam 50ringgit juga melayang atau mungkin lebih?? huhuh... Sampailah tiba waktu pulang, kami tersalah naik bas hendak pergi ke Bentong. Cuak sekejap kami. Mujurlah pemandu bas tersebut amat cool & baik hati. Dihantarnya kami sehingga ke depan rumah. Terima Kaseh pakcik bas:).. Kami akan lebih berhati-hati lagi selepas ini. Sama sahaja orang-orang nya. Cuma orang-orang di Temerloh ini agak pendiam mungkin?? Aku tak tahu.. (^^)

Isnin minggu kedua menjelma. Aktiviti yang sama ku lakukan , Menemu ramah dengan pekerja-pekerja di Site. Itu dan Ini. Sana dan sini.. Sehinggalah hari terakhir aku di Site.. Dan semua ini aku ambil sebagai pengalaman hidupku yang tidak semua orang dapat. Terima kasih Ya Allah memberi aku peluang untuk mengetahui dengan lebih dalam tentang ilmu mu..

p/s: bersambung akan datang.. minggu depan gi site balik.. huhhu

Selasa, 13 April 2010

Daku Sayang Mereka

Petang-petang begini seronok juga kalau duduk-duduk dengan keluarga menonton Tasbih Cinta di tv3 sambil "mengeteh" dan pekena keropok lekor panas(^^), malangnya saya masih di pejabat menghabiskan sisa-sisa waktu setelah selesai menyiapkan kerja-kerja yang bertimbun ni . Blog dicoret lagi.

Sebelum itu, mestilah kena buka "bukumuka" terlebih dahulu kan? Tiba-tiba salah seorang teman menyapa ku melalui chat box, sapaan dijawab mesra oleh ku. Malang nya dia mengusikku dengan cobaan menyembelih kesemua arnab-arnabku. Hehe.. Kelakar pun ada. Rakan bukumuka menggelarku Pencinta Rabit. Mereka lali sungguh dengan perangaiku yang mudah sensitif dengan penyembelihan rabit ini:) Pantang sungguh diusik teman dengan rabit-rabit ni. Disebabkan malas melayan, saya iakan saja(^^) Biarkan mereka..

Mari kita berbicarakan tentang adab terhadap haiwan. Sayangi haiwan(^^)

Secara umumnya, Islam bukan saja melarang membunuh dan menganiaya makhluk sama ada manusia atau haiwan malah tumbuhan dan alam sekitar kita juga.

Info: Fatwa Jabatan Mufti Brunei menyatakan, membunuh binatang ini dilarang, melainkan yang ditetapkan atau diharuskan syarak boleh dibunuh atau ada sebab lain yang mengharuskan sahaja.

"Jika binatang itu membahayakan atau memudaratkan sama ada tabiat semula jadi seperti binatang buas, singa dan serigala atau memang tabiat semula jadinya tidak membahayakan tetapi kadangkala sesuatu membahayakan dan menjadi ganas seperti anjing pengigit atau anjing gila".


Dalam hal ini, boleh dicegah bahayanya itu menurut kesesuaian termasuk membunuhnya. (^^)

Banyak cerita yang saya baca mengenai balasan Allah terhadap orang menyeksa binatang sehingga mati seperti di dalam hadis di mana seorang wanita diseksa pada hari kiamat kerana mengurung seekor kucing sehingga mati. Masya Allah..

Disebabkan perbuatan wanita itu mengurung kucing tersebut tanpa memberi makanan dan minuman, Allah memasukkannya ke neraka.

Imam Muslim juga menceritakan Rasulullah s.a.w melaknat sesiapa yang meyeksa binatang.

Menurutnya, Allah menegur perbuatan seorang nabi yang menyuruh membakar semut, semata-mata kerana seekor semut daripada serangga itu menggigit baginda.

Lalu Allah mewahyukan kepada nabi terbabit: "Hanya disebabkan seekor semut mengigitnya, dia memusnahkan suatu umat yang selalu bertasbih."

Lihat? Semut-semut bertasbih kepada Allah. Sebelum kita bertindak melulu, eloklah kita berfikir dahulu. Kasihan semut-semut. Tapi di rumah kita, banyak semutkan? Macam mana kita nak atasi yer?? jawapannya.. Kurangkan GULA!!!! hehhe(^^)

Di sini juga Imam Muslim juga menceritakan mengenai seorang yang memberi minum air kepada seekor anjing yang kehausan. Bagi menghargai jasa orang itu, Allah mengucapkan syukur dan mengampunkan dosanya. Masya Allah, begitu tinggi darjat orang-orang yang berihsan kepada haiwan. Mengapa kita sekarang, dilihat anjing kurap, kucing kurap pun dah mengutuk-ngutuk mereka.. Padahal, kalau diberi makan, manalah tau,, mereka mendoakan untuk kita juga(^^)

Bahkan apabila sahabat Rasulullah bertanya: "Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan-haiwan ini? Jawab Rasulullah s.a.w: "Menyayangi setiap makhluk hidup itu adalah berpahala." (Riwayat Muslim)

Hanya dengan menyayangi haiwan juga kita akan dapat pahala. Tak susahkan? Islam itu mudah(^^) Kemudian, tindakan membakar binatang adalah dilarang kerana ada hadis, antaranya daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tiada seorang pun seharusnya menghukum dengan api kecuali Allah." (Riwayat al-Bukhaari)

Makanya, jika ibu bapa yang terlihat anak-anak bermain serangga dan membakarnya, cegahlah(^^) Fatwa terbabit menyatakan, ada juga hadis yang menunjukkan boleh membunuh binatang seperti cicak, bahkan membunuhnya pula mendapat pahala. Binatang terbabit boleh dibunuh di tanah halal dan haram.

Bunuh haiwan?? Begini,, menurut ulama, sebab syarak menyuruh membunuh cicak adalah kerana ia antara binatang yang meniupkan api untuk membakar Nabi Ibrahim a.s. Sirah Nabi ni tau(^^)

Sementara itu dalam hadis lain, Nabi Muhammad s.a.w menyuruh membunuh ular, burung gagak, rajawali, kala jengking dan anjing pengigit. Binatang ini boleh dibunuh di tanah haram. Cuba kita lihat, haiwan-haiwan ini diharuskan bunuh kerana membawa kerosakan. Jadi pandai-pandai lah kita membezakan yang mana boleh dibunuh, dan yang mana tidak boleh. Jangan main bunuh saja yer (^^)

Kesimpulannya, Islam mengharuskan sesetengah binatang dibunuh jika haiwan itu mendatangkan bahaya yang tidak boleh dielak kecuali membunuhnya..

Isnin, 12 April 2010

Anugerah & Amanah

Dari Aisyah r.a katanya:”Seorang wanita datang kepadaku membawa dua orang anaknya, meminta makanan. Tetapi tiada apa yang boleh didapatinya daripadaku ketika itu selain daripada sebiji kurma, lalu kuberikan kepadanya. Kurma itu dibahagi dua dan diberikannya kepada kedua anaknya itu, dan ia sendiri tidak memakannya. Kemudian ia berdiri dan terus pergi. Setelah nabi s.a.w datang, aku ceritakan hal itu kepada baginda. Sabda beginda s.a.w, “Sesiapa mendapat cubaan kerana beberapa anak daripadanya, maka semuanya itu akan menjadi dinding baginya daripada api neraka.”(Bukhari)

Subhanallah.. Pengorbanan ibu bapa tiada penghujungnya.. sentiasa bersusah payah demi anak-anak mereka.. Ku berterima kasih kepada emak & ayah ku yang juga telah bersusah payah untuk kami, sehingga kami membesar dengan penuh kasih sayang dan serba lengkap.. Moga ALLAH membalas penormananmu (^^).. Alhamdulillah.. Kami Anugerah untukkmu emak& ayah,, kami Amanah untukmu emak & ayah.. Syukur.. Emak&Ayah kita menganggap kita sebagai Anugerah & Amanah untuk mereka..

Teringat kisah semalam. kisah oleh Asmawi Ani.. di astro prima,, dimana anak sepasang suami isteri ini terjebak dengan dadah,, hidupnya kini rosak, punah.. tiada tujuan lagi.. tetapi si ayah tetap tabah .. si ibu tetap menahan keperitan melihat penderitaan si anak terjebak dengan gejala tersebut.. Pukullah emak... Sakitilah hati ayah sebagaimana pun,, ayah & emak tetap sayangi si anak.. tetap kasihkan anak.. kasihan melihat si anak tidur diluar,, walaupon baru saja semalam si anak mengambil duit ayah,, menerajang si emak,, dan mnjual motor ayah yang sejak dari kecil lagi menjadi sumber pendapatan si ayah untuk menyuap sesuap nasi untuk keluarga.. Begitu sekali pengorbanan si ayah & emak..

Terbalik pula dengan realiti kehidupan sekarang.. anak-anak yang baru sahaja lahir,, masih bertali pusat,, masih belumuran darah.. dibungkus dengan surat khabar,, kemudian dimasukkan ke dalam tong sampah.. IBU BAPA yang bagaimanakah itu?? Sudahlah dosa zina ditanggung,, dosa membuang anak pula sedang menghempap hidupnya.. Kalau anak tersebut hidup, mungkin juga lain cerita nya.. tetapi ini sudah tidak bernyawa,, makanya, dosa membunuh! menimpanya.. Masya ALLAH..




Kalau lah si anak mampu berkata-kata sejak di dalam rahim lagi.. mungkin kah ini mereka akan perkatakan??

" Wahai ibu.. sayangilah aku bila aku keluar nanti.."

"Wahai ibu.. didiklah aku menjadi anak soleh bila aku keluar nanti.."

"Wahai ibu.. ingin sekali aku bermain bersamamu bila aku keluar nanti.."

"Wahai ibu.. ingin juga aku berdoa untukmu agar kita bersama-sama menjejaki kaki ke syurga nanti.."


Mungkin juga ini?

"Wahai ibu.. adakah kau mahu membunuhku bila aku keluar nanti??"

"Wahai ibu.. aku malu untuk berdepan dengan alam.. aku malu ibu.."

"Wahai ibu.. dengan siapakah aku akan bermain nanti?"

"Wahai ibu.. bagaimanakah nasib kita nanti.. bagaimana ibu..??"



apa salahku ibu??

Apa puncanya??


Ya .. Zina yang berleluasa. Kemelut umah sekarang. Kononnya berusaha memeranginya, akhirnya kecundang menurut nafsu menggila. Terang lagikan bersuluh.. Tiada kata lagi yang mampu menerangkan semua ini lagi.. Hati kecewa melihat semua ini berlaku, anak-anak menjadi mangsa atas perbuatan "ibu&bapa" mereka..


Di dalam al-Quran, Allah Tabaraka Wa Taala berfirman: Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan yang buruk [Al Isra' 17: 32].


Ayat ini jelas menunjukkan kita wajib menjauhi jalan-jalan yang mendekatkan diri kepada zina. Hal-hal yang membawa kepada zina jelas diterangkan di dalam hadis berikut:


Ditetapkan atas anak Adam bahagiannya daripada zina, akan diperoleh hal itu, tidak dapat dihindarkan. Kedua mata berzina dan zinanya dengan memandang (yang haram). Kedua telinga berzina dan zinanya dengan mendengar(yang haram). Lisan itu berzina dan zinanya berbicara (yang diharamkan). Tangan itu berzina dan zinanya dengan memegang. Kaki itu berzina dan zinanya dengan melangkah (kepada apa yang diharamkan). Sementara hati itu berkeinginan dan berangan-angan, sedangkan kemaluan yang membenarkan semua itu atau mendustakannya. [Riwayat Muslim]


Attention!!!
1. Menundukkan pandangan. Allah berfirman: Katakanlah (ya Muhammad) kepada lelaki yang beriman; Hendaklah mereka menahan pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakkan. Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman; Hendaklah mereka menahan pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka [an-Nur: 30-31].


2. Menjaga tutur kata dan pendengaran. Ini termasuklah menjauhi berbicara dengan bukan mahram tanpa sebab yang munasabah. Apatah lagi untuk bergurau senda hingga membuat lawak-lawak lucah. Selain daripada itu, ia juga mengajar kita bahawa budaya bergayut telefon, sms, chatting dan sebagainya untuk melepaskan rindu kepada bukan mahram adalah sesuatu yang terlarang. ( Jauhi semua ini dariku Ya Allah..)


3. Menjauhi bersentuhan dengan bukan mahram. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam : Ditusuk kepala seorang lelaki dengan jarum besi itu lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya [Sahih al-Jami, Shaikh al-Albani menyatakan ia sahih].


4. Tidak keluar dengan bukan mahram. Umat Islam di zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam sangat menjaga hal ini hatta ketika di jalanan.


Jika pulang dari masjid pun dilarang untuk bercampur di jalanan, apatah lagi untuk keluar bersama-sama pergi membeli belah, bersiar-siar dan lain-lain. Sangat dikesali ramai ibu bapa tidak kisah anak perempuan mereka keluar dengan bukan mahram. Sebahagian lagi memberikan keizinan dengan alasan mereka hanya keluar sahaja dan bukan berzina. Realitinya, dengan keluar bersamalah berlakunya kes-kes rogol dan zina.


5. Tidak berdua-duaan. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam: Tidaklah berdua-duaan lelaki bersama perempuan kecuali yang ketiganya adalah syaitan [Sunan at-Tirmizi, hadis hasan sahih gharib].
Dalam hadis yang lain: Janganlah seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita kecuali bersama mahramnya [al-Bukhari dan Muslim].


Sayangilah diri anda(^^) renung-renungkan..



p/s: sayangilah anak-anak kita.. Kelak anak yang soleh akan mendoakan kita.. (^^) InsyaAllah.

- Kalau korang taknak bayi korang.. jangan suka-suka hati nak tambah dosa lagi!! (membunuh)
kok ye pon takyah lah bunuh.. kesian bayi-bayi tue(T.T).. bg kat orang yang lebeyh
memerlukan.. huhuhu.. Saya sayang bayi.. Tak sanggup tengok bayi-bayi dibunuh lagi..

Rabu, 7 April 2010

Ku Maafkannya

“Meminta maaf adalah salah satu cara untuk menyelesaikan masalah”
ya aku akuinya…

tapi apakah kesudahannya bila kita tidak memaafkan kejahatan seseorang?

Tidaklah sempurna keimanan seseorang daripada kalian, sebelum dia mencintai saudaranya (sesama Muslim) sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. (Hadis riwayat Iman al-Bukhari dalam Shahih al Bukhari, hadis no 13)
p/s: cukuplah ku menangis kerana tohmahan ini.. Ku ingin jadi seperti aku dulu,, Allah, Bantu aku..

Selasa, 6 April 2010

Persoalan Mereka Di Benakku


Malam makin larut,.. sedang aku sedang asyik melayan Buletin Utaman bersama teman serumah,, Kak De ( Akak rumah sewa) memanggil ku,

“ Thirah, kalau kita makan makanan yang non-muslim bagi, boleh tak? Sebab hari tu kita orang makan selamba je”..

Terkejut aku mendengar persoalan itu, bukan ku terkejut dengan soalan nya, tetapi terkejut kenapa soalan itu diajukan kepadaku.. Dengan sedikit keyakinan aku menjawab soalan nya.. sedikit sebanyak aku rasa dapat menjawab persoalan di benaknya.

Halal haramnya makanan tidak diukur dari siapa yang memberikan, melainkan atas sebab-sebab yang jelas. Yang pertama adalah dari cara mendapatkan makanan tersebut, sedangkan yang kedua dari zatnya.

Dari cara mendapatkannya, suatu makanan boleh menjadi haram untuk dimakan. Tetapi titik keharamannya bukan pada makanan itu, tetapi dari hukum cara mendapatkannya. Misalnya makanan yang dibeli dari wang hasil mencuri, memeras, menipu, menyogok, membungakan wang dan banyak lagi.

Dari keharaman zatnya pula, pada dasarnya semua makanan itu halal, kecuali yang namanya atau sifatnya disebutkan di dalam nas-nas suci, baik Al-Quran mau pun As-Sunnah.

Kalau kita kaitkan kehalalan makanan orang kafir , selama tidak ada penyimpangan dari dua guide line di atas, hukumnya adalah halal. Maka makanan pemberian non muslim, selama bukan dari hasil-hasil kejahatan di atas, hukumnya halal. Demikian juga, makanan pemberian orang kafir yang tidak disebutkan keharamannya secara tegas di dalam dua sumber hukum Islam, baik namanya atau pun kriterianya, hukumnya adalah halal (^^).

Perlulah kita dapat penjelasan di sini, perlu juga kita ketahui di antara jenis makanan orang kafir yang diharamkan adalah daging haiwan yang disembelih oleh mereka yang beragama selain Nasrani dan Yahudi. Sedangkan sembelihan Nasrani dan Yahudi hukumnya halal bagi umat Islam, meski tanpa menyebut nama Allah. Sebab kebanyakan ulama tidak menjadikan penyebutan nama Allah SWT sebagai syarat sahnya penyembelihan.

Juga haiwan yang ketika disembelih, diniatkan untuk dipersembahkan kepada dewa atau roh atau sesembahan lainnya. Misalnya haiwan-haiwan yang disembelih untuk sajian makhluk halus, kerana mengharapkan bantuannya. Atau syarat yang diberikan oleh dukun tertentu, sebagai penolak bala bencana dan sejenisnya.

Nampaknya halal haramnya jenis makanan yang terkait dengan makanan dari non muslim hanya seputar kedua hal ini saja. Iaitu bila disembelih oleh orang kafir selain ahli kitab atau disembelih secara sengaja sebagai persembahan dewa atau berhala.

Selebihnya, halal haramnya makanan bersifat umum, tidak dipengaruhi apakah sumbernya dari orang kafir atau muslim. Jika anda was-was juga untuk makan.. Lebiih baik tidak makan(^^)

Ku terkenang lagi kisahku bersama teman-teman sekelas.. Peperiksaan akhir sudah dipenghujungnya, ketika itu ku berada di semester 2, berasa sedih untuk berpisah selama 2 bulan dengan teman-teman, kami bersalaman, berlaga pipi antara kami (perempuan sahaja yer.. hehe)

Dalam perjalanan pulang ke bilik asrama, ku ditanya oleh teman akrabku, .

" Eh Thirah, boleh ke kita bersentuhan dengan non muslim( perempuan) ? "

Ku tersenyum,, mungkin temanku ini terlihat aku bersalaman dengan teman seperjuangan kami yang non-muslim itu,, Justeru, ku cuba jawab dengan tenang untuk meyakinkan teman ku itu.. Setelah selesai.. jawapan itu ku fikir cukup meyakinkan dia.. Syukurlah Allah membantuku..

Buat seorang wanita muslimah ketika bergaul dengan wanita non muslim, yang diharamkan adalah terlihat sebagian auratnya, meski sesama wanita. Sebab kedudukan wanita non muslim itu setaraf dengan laki-laki asing yang bukan mahram. Di hadapan sesama wanita tapi non muslim, diharamkan untuk melepas tudung atau jilbab. Sedangkan bila dengan sesama wanita muslimah, dibolehkan untuk terlihat sebagian aurat, seperti rambut, tangan dan kaki . Tetapi berbagai pendapat yang telah dirujuk, . Mungkin boleh dibincangkan lagi untuk post yang akan datang(^^). Insya Allah..

Berbalik kepada persoalan temanku,, masalah bersentuhan dengan wanita non muslim, tidak ada masalah. Kerana mereka pada dasarnya juga perempuan. Dalam hal ini hukumnya tidak bisa disamakan dengan hukum melihat aurat.

Juga perlu diketahui bahwa sesungguhnya tubuh orang kafir itu tidak najis, tidak sebagaimana najisnya benda-benda. Maka sentuhan kulit antara muslim dengan non muslim tidaklah membatalkan wudhu’, juga tidak mengharuskan pencucian atau pensucian. (^^)

Adapun ayat Al-Quran yang menyebutkan bahwa orang-orang musyrik itu najis, oleh para ahli tafsir disebutkan bahwa kenajisan yang dimaksud ayat itu bukanlah najis hakiki, melainkan najis hukmi.

"Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin, maka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari karuniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

Najis hakiki adalah benda-benda yang kita kenal sebagai najis, seperti darah, nanah, kotoran, air kencing, bangkai dan lainnya. Sedangkan najis hukmi adalah keadaan seseorang yang sedang dalam keadaan janabah, di mana dia dilarang melakukan solat, menyentuh mushaf, masuk masjid dan sejenisnya. Seolah-olah dia terkena najis, namun bukan najis secara hakiki melainkan secara hukmi. (^^)

Untuk mensucikan najis hakiki, dilakukan pencucian dengan air hingga hilang rasa, aroma dan warna. Sedangkan untuk menghiangkan najis hukmi, cukup dengan melakukan mandi janabah. Karena itulah ayat ini dijadikan oleh para ulama sebagai landasan kewajiban bagi orang kafir yang masuk Islam untuk mandi janabah.

Jadi ayat ini bukan dalil yang menunjukkan bahwa orang kafir itu sama najisnya dengan kotoran manusia, darah, nanah, bangkai atau babi. Ayat ini tidak menyatakan kenajisan mereka secara hakiki, melainkan menegaskan kenajisan mereka secara hukmi, yaitu bahwa mereka dalam keadaan janabah yang mewajibkan mereka mandi janabah, bila masuk Islam. Juga menegaskan bahawa mereka diharamkan masuk ke tanah haram atau masjid Al-Haram di Makkah. Adapun bila masuk ke dalam masjid selain Al-Haram di Makkah, para ulama berbeda pendapat.


Bersama teman sekelas, Zizie... Dia non muslim , Tapi dia temanku.. (^^)



Wallahu a’lam bishshawab, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


p/s: Sebenarnya banyak lagi persoalan teman-temanku.. ade yang ku mampu jawab,, ade juga tidak mampu.. Hanya Allah mampu menolongku,, aku akan lebih banyak study ape yang telah kulupa.. Insya Allah semua nya terjawab.. Sabar ye teman-teman..(^^)

Khamis, 1 April 2010

Diam



Hari ini kita berbicara soal AKHLAK. Iaitu, diam. Banyak kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu sebenarnya lebih baik daripada orang yang suka beromong kosong. Elok perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengamalkannya, asalkan hati menyuruh diri sendiri berbuat sedemikian.


Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai."
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).


Seperti yang berlaku kepada diriku,, Aku lebih suka berdiam diri. Bukan bermakna aku tidak mesra dengan orang di sekelilingku, bahkan aku lebih suka mendengar terlebih dahulu apa yang orang lain ingin sampaikan, aku tekankan disini adalah sikap Hormat (^^). Berbalik kepada berdiam diri, ikuti kisah ini:


Aku digelar ustazah oleh teman-teman sejak dari kecil lagi.. bukan disekolah,, tetapi di kelas-kelas tambahan di luar, sampailah sekarang di kolej aku belajar. Adakah mereka memanggilku sebegitu kerana imej ku? Atau sikap ku? Moga-moga gelaran itu adalah doa untukku kelak.. AMeen kan aje (^^)....


" Ustazah! Aku tengok ko diam je.. tak becakap lansung dengan aku, sampai aku tak tau nak cakap ap dengan ko.. Ko buat aku macam syaitan je ! (x wujud) Yang ko tau angguk, geleng je.. pening aku! "


" Eh budak tu kenapa asyik buat kerja je.. ? Tak becakap lansung dengan aku? Kenapa?"


Inilah antara dialog mereka-mereka disekelilingku.. Pelikkah sikap ku?


Teman-teman,

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang . Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? "
(Riwayat Ahmad)


Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor"
(Riwayat Bukhari)

Seperti riwayat yang mengatakan, Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya.

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam' ini, usah gusar di label 'budak yang pendiam'. Kalau ada orang menghina kita, bukanlah kita yang terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri. Kita perlu mendiamkan diri sahaja dan memaafkan perbuatannya(^^)

Renungkan..
Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,


Pepatah Melayu mengatakan,

"Diam-diam ubi berisi"

atau

"Diam-diam tong kosong"

atau


"Diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?"

Mana satu pilihan kita?? (^^)

Manusia bercakap setiap masa. Percakapan yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia (Insya Allah). Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain, di akhirat percakapan yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Jahanam.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,
karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari
orang bodoh yang banyak bicara. (^^)

Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)


Menasihati orang yang bersalah , tidak salah.
Yang salahnya adalah memikirkan kesalahan orang lain.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Percakapan yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia. Wallahu'alam..




p/s: Paling tajam di dunia ini adalah lisan.. Dikhuatiri denagan percakapan kita, akan menyakiti hati oranag lain. Lebih baik kita berdiam diri. Selamat beramal(^^)

Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..