Selasa, 23 Februari 2010

Tuntutan Hayat


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah hari ini hari selasa, masih diberi nikmat oksigen semambu yang mencukupi, masih diberi nikmat mengunyah nasi lemak, masih diberi nikmat segelas milo suam dan paling utama masih diberi nikmat merasai halawatul iman..

Hari ini terlewat bangun (alamak) disebabkan terlalu pening kepala malam semalam dari pukul 2.00 pg - 3.00pg (kemungkinan).. Tapi semuanya bisa diatur kerana hanya berseorangan di rumah.

Serba oren ke pejabat, menunggu kerja.. Nah.. ada pun kerja.. Alhamdulillah telah disempurnakan dan mengambil ruang sendiri untuk melayan laptop kesayangan.. Ber"buku muka" terlebih dahulu dan tertarik pada satu kenyataan yang berbunyi " ciViL EnGiNeErInG MaNg bEsH...!!!! XkN Aq sIaKAn iLmU Aq bLaJo0 Kt sArIkAt nIE... hIp hIp hOrEeA!!!! "
oleh seorang teman seperjuangan .. (Tersenyum) Mungkin daku bisa berkhidmat dan belajar sepertinya Insya Allah..

Dalam al-Quran diterangkan bahawa Allah memerintahkan, "hendaklah ada sekumpulan di kalangan umat-Nya menyeru dan melaksanakan kebajikan, kebaikan dan mencegah kemungkaran bagi mendekatkan kita kepada Allah.." (ali-Imran: 104).

Penguat dalil diatas:
Abu Umamah meriwayatkan Rasulurah bersabda, "bahawa Allah, malaikat serta seluruh penghuni langit dan bumi termasuk semut di darat dan ikan di laut mengucap salawat (meminta ampun) untuk orang yang memberi perkhidmatan yang berfaedah kepada manusia (riwayat Tirmizi).
Di sini dapat disabitkan Ajaran Islam itu lebih mudah berkembang dan tersebar dengan pembabitan secara berjemaah.

Setiap individu antara jutaan penghuni bumi ini ada tanggungjawab bersama bagi membina kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat dan negara. Semua tanggungjawab itu bukan hanya untuk masyarakat atau negara, tetapi menjurus mendekatkan diri kita kepada AIlah s.w.t..

Info:
Dahulu kala..Ketika zaman pemerintahan Abasiyah pada abad ke-11 Masehi kalau tak silap lah, ulama' dan umat Islam menterjemahkan konsep "fardu kifayah" ni dalam pandangan yang lebih luas. Sumbangan fardu kifayah dari ada mereka bukan saja dari isu keagamaan, malahan juga dalam hal tanggungjawab sosial juga.

Sumbangan besar yang disebutkan termasuklah bidang perubatan, pendidikan, senibina, geografi, matematik ,sains, pertanian, pertukangan, dan pelbagai "per" lagi lah. Kesan sumbangan besar tamaddun Islam ini boleh dilihat hingga kini dan memberi manfaat besar kepada kita semua pada zaman sekarang.Insya Allah:)


Tapi kini, mengapa bangsa Yahudi, Eropah, dan jepun sangat dikagumi ??? Ini kerana mereka menjadi bangsa penggerak kemajuan dunia. Segala macam teknologi dicipta, segala macam fakta, teori, produk mereka adalah pengasanya.. Dimana kekuatan kita?? Dimana imej Ilmuan Islam terdahulu ?? Di mana??

Bangsa ini menjadikan bidang ilmu yang berorientasikan teknologi tinggi dan professional sebagai pemangkin membawa kemajuan kepada mereka. Di sini kita dapati semua negara maju semakin pantas meneroka dengan mencipta pelbagai produk bersumberkan kepada ilmu sains dan teknologi. Tapi kita?? Di mana kita sekarang??


Kalau dibandingkan dengan beberapa kaum minoriti di negara kita, ternyata umat Islam ketinggalan amat jauh dalam bidang sains teknologi walaupun umat Islam menjadi penduduk majoriti. Kelemahan ini sangat menggugat jati diri umat Islam yang sebenar. Masih jauh kita rupanya..

Apakah sebenarnya faktor kelemahan ini?? Adakah berpunca daripada salah faham kita terhadap konsep fardu kifayah ? Yup! That's right! Teman-teman,, memang benar pembabitan yang minimum dalam fardu kifayah itu membebaskan umat Islam daripada berdosa tetapi ,, Islam menghendaki umatnya berfikir secara positif, agresif, inovatif iaitu dengan membabitkan diri (umat Islam) secara maksima untuk mempercepatkan lagi perkembangan kita dalam ilmu tuntutan Allah itu.

Info lagi:
Menurut Syeikh Yusuf al-Qardhawi dalam buku'nya Fiqh al Aulawiyat, bidang fardu kifayah mempunyai darjat berbeza-beza mengikut masa dan keadaan. Keperluan bidang fardu kifayah di sesuatu tempat yang tidak banyak umat Islam mengambil bahagian lebih afdal berbanding bidang yang banyak umat Islam terbabit.

SEE??

Malah, menurut Syeikh Yusuf lagi,, bidang fardu kifayah ini boleh bertukar menjadi fardu ain jika keperluan itu amat terdesak dan menjaga maslahah umat Islam. Semua sudah sedia maklum bukan??

Para ulama dan cendekiawan Islam sangat wajar memberi perhatian terhadap pandangan Syeikh Yusuf ini..Kita juga harus menjadikan ia sebagai peringatan. Kita yakin adalah tidak bercanggah dengan ajaran Islam jika kita mengkategorikan beberapa bidang ilmu sains teknologi dan beberapa bidang yang lain sebagai fardu ain bagi menggerakkan umat Islam, melaksanakan tuntutan Allah itu.

Zaman sekarang , di dalam kelas pengajian di masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara, kita dapati kelas fardu ain adalah sejak turun temurun lagi adalah mempelajari sifat 20, iaitu ilmu mengenal Allah.

Sebahagian besar orang tua juga, terutama di luar bandar menghafaz sifat ini walaupun mereka sukar memahaminya. Mereka berbuat demikian kerana ia sebahagian tuntutan fardu ain dan jika tidak melaksanakannya maka mereka akan berdosa. . Tetapi perlu juga di selitkan pembelajaran fadhu kifayah supaya seimbang dari segi rohani serta fizikal dan tidak dipersoalkan di akhirat kelak.

Teman-teman, konsep fardu ain dan fardu kifayah adalah dua konsep yang berkait rapat, saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dan mempunyai kepentingan bagi meningkatkan jati diri umat Islam.

Kombinasi antara 2 konsep ini, jika dihayati sepenuhnya akan mengseimbangkan pembangunan rohani dan fizikal. Pembangunan yang seimbang ini akan melahirkan umat Islam sebagai umat terbaik dan melahirkan negara aman makmur yang dinaungi Allah, iaitu baldatun tayyibatun warabbul ghafur.

Insya Allah.. :)


p/s: Moga Perjuangan Tarbiyyah kita tiada penghujungnya.. Ya Rabb,, Mohon diberi petunjuk kepada kami yang menuntut ilmu di jalan Mu..

Isnin, 22 Februari 2010

Mencegah Dahulu!



"Saye suka atau tidak,, kehidupan diri saye dipengaruhi oleh keadaan cuaca harian! Problem-problem.."

(-Ya Allah, tolong daku..-)


Hari Ini: Rase mual-mual (jangan fikir lain) , Pening sangat lepas makan tengah hari tadi.. Badan terasa panas, berkeringat tipis... sangat tidak selesa.. Disebabkan selesema semalam?? (Kenapa dengan saye..??)










Kajian mengatakan cuaca panas dan kering adalah fenomena normal yang biasa di kawasan tropika seperti Malaysia sekarang ni,,.(panas dan lembab sepanjang tahun) Pendedahan kepada cuaca panas ni adalah salah satu penyebab yang menyumbang kepada peningkatan kedatangan pesakit-pesakit seperti saye ke klinik, bilangan kemasukan ke hospital dan malahan kematian dari sesuatu penyakit tertentu terutamanya di kalangan kumpulan yang berisiko tinggi (nanti di bawah ada huraian tentang kumpulan ini).Tetapi ,, panas sekarang sudah sangat-sangat kritikal (pandangan sendiri)... Bagaimana keadaa bumi kita sekarang? Sihatkah? Demamkah?? Bumi sekarang hampir-hampir nazak disebabkan tangan manusia sendiri.. Masya Allah~~

Tapi hari ini ingin dipersoal jawabkan tentang:-



"Kesan Kesihatan akibat dari Pendedahan kepada Cuaca Panas"

Cuaca panas ialah tekanan fizikal kepada badan manusia. (stress yang dialami oleh tubuh badan kita) Kesan kesihatan adalah berbagai-bagai dari sederhana kepada teruk, yang boleh menyebabkan maut. Sangat bahaya..


Berdasarkan rujukan:-------------
Masalah yang berkaitan kesihatan ni boleh terjadi dari berbagai tahap suhu disebabkan oleh:
•Pakaian yang berbagai jenis, keadaan pekerjaan, aktiviti fizikal dan beban kerja.
•Kumpulan umur
•Kecergasan individu


Kesan kesihatan berkaitan cuaca panas termasuk;
Keletihan/kelesuan akibat dari panas (heat fatigue)
•Pitam/pengsan akibat dari panas (heat syncope)
•Kekejangan akibat dari panas (heat cramps)
•Keletihan/kepenatan akibat dari panas (heat exhaustion)
•Strok akibat dari panas (heat stroke)

----------------------------------------------------------------------------------------------
Bagaimanakah saya mengetahui yang saya menghadapi masalah kesihatan berkaitan dengan panas?



Tanda-tanda dan gejala masalah kesihatan berkaitan panas adalah pelbagai sebenarnya,, ia bergantung kepada keterukan keadaan sesuatu masalah itu. Gejala-gejala biasanya adalah:

Sakit kepala
•Keletihan
•Tumpuan lemah
•Pening
•Lemah otot–otot badan atau kekejangan
•Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan, dan koma (tidak sedarkan diri).

-----tanda-tanda ni sama seperti apa yang berlaku pada diri saya sekarang-----


Perlu kita tahu keadan yang paling teruk yang boleh berlaku disebabkan masalah berkaitan panas ni.. Gejala-gejala nya adalah:,,
•Strok panas boleh menyebabkan maut
•Kerosakan organ badan seperti ginjal, otak, jantung dan hati
(sampai macam tu sekali..)

Seperti yang dijanjikan seperti di awal tadi.. Ini dia dimaksudkan dengan kumpulan berisiko.. Baca bawah ni yer:)


Siapakah kumpulan ni yer??
Semua orang sebenarnya adalah berisiko menghadapi masalah kesihatan berkaitan dengan panas ni.. Walau bagaimanapun, ada kumpulan tertentu lebih berisiko untuk menghadapi kesan kesihatan. Kumpulan ini termasuk ini adalah:

Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, dan lain-lain. (sangat terdedah dengan masalah ini kerana terdedah dengan cuaca yang terik..)


Orang dewasa (orang yang berumur 40 tahun keatas adalah 10 kali ganda lebih berisiko berbanding dengan orang yang lebih muda tau..!!).


Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah (Hindari mereka dari cuaca panas..)


Mereka yang menghidapi masalah pernafasan dan jantung (athma,, sakit jantung:macam-macam yang berkaitan lah)


Mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.



P/S:
(

Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat, yang menghalang panas keluar dari penyejatan/pengeringan peluh - Menutup Aurat juga adalah salah satu pencegahan,, dah terbukti dah tu.. " mereka yang memakai pakaian yang tebal dan ketat")


UNTUK PENCEGAHAN:,,
Bagaimanakah saya boleh mencegah @ mengurangkan kesan kesihatan disebabkan cuaca panas ni yer?..
"Mencegah adalah baik daripada mengubati". Terutamanya untuk mereka yang di klasifikasikan dalam kumpulan yang berisiko tinggi, mereka adalah dinasihatkan untuk berhati-hati dengan kemungkinan tersebut..

so,,

Kita perlu:

Minum air dengan banyak, tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu sampai dahaga, baru nak minum air,, salah tu...
•Minumlah minuman isotonik (contoh kegemaranku adalah 100PLUS) kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
•Berada di dalam rumah atau tempat-tempat terlindung supaya tidak terdedah dengan terik matahari..
•Hadkan aktiviti luar apabila cuaca sangat panas
•Berehat secukupnya,, jangan terkebih, takut-takut jadi penyakit MALAS pula:)
•Mandi atau buka kipas angin untuk meyejukkan badan kita.. Aircond pun tak elok sangat rasanye..
•Pakai pakaian yang ringan, bewarna sejuk (hijau , biru.. yang sedap mata pandang) dan longgar. (Tutup aurat jika berada di luar yer..)
•Pakai topi,kopiah,tudung bila nak keluar untuk menghalang dari pancaran UV sampai ke kulit.. hihihi..

Jangan/ tidak perlu:

Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
•Membiarkan seseorang di dalam kereta yang bertutup,, tak cukup oksigen nanti..
•Bersenam dalam cuaca panas (sangat tidak sesuai)

Untuk rujukan:

Boleh diperolehi dari doktor di,,
Unit Kesihatan Alam Sekitar
Bahagian Kawalan Penyakit :)

p/s: untuk perkongsian sesiapa sahaja,, Badan maseh terasa panas... air,, perlu air! ok,, nak minum air jap... tak larat sangat dah rase ni,,.

Sabtu, 20 Februari 2010

Mencintai Haiwan



Rafeah & Gadafi


Teman-teman, perlu kita ketahui,,


DALAM Islam, pembunuhan pada asasnya dilarang terutamanya pembunuhan yang membabitkan jiwa, bahkan mereka yang melakukan jenayah terbabit dikira melakukan dosa besar.

Jika membunuh itu dilarang, maka perbuatan jenayah lain seperti melukakan dan mencederakan orang juga satu kesalahan dan dipandang keji dan pelaku patut dihukum!


Firman Allah dalam surah an-Nisa', ayat 93, bermaksud:

"Sesiapa membunuh orang mukmin dengan sengaja, balasannya neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, Allah murka kepadanya serta dikutuki-Nya dan disediakan-Nya seksa yang berat."


Persoalannya, bagaimana pula hukum membunuh binatang?

Apakah situasinya sama dengan membunuh manusia?

Secara umumnya, Islam bukan saja melarang membunuh dan menganiaya makhluk sama ada manusia atau haiwan malah tumbuhan dan alam sekitar di sekeliling kita juga.
info:
.:Fatwa Jabatan Mufti Brunei menyatakan, membunuh binatang dilarang, melainkan yang ditetapkan atau diharuskan syarak boleh dibunuh atau ada sebab lain yang mengharuskan:.

:.-seperti yang kita-kita tahu-:.,,,,


situasi:

"Jika binatang itu membahayakan atau memudaratkan sama ada tabiat semula jadi seperti binatang buas, singa dan serigala atau memang tabiat semula jadinya tidak membahayakan tetapi kadangkala sesuatu membahayakan dan menjadi ganas seperti anjing pengigit atau anjing gila.

solution:

"Dalam hal ini, boleh dicegah bahayanya itu menurut kesesuaian termasuk membunuhnya."

( jangan lah pula kita kacau diorang,, habitat diorang.. )

Banyak cerita mengenai balasan Allah terhadap orang yang menyeksa binatang ni sehingga mati... contohnya dalam hadis seperti seorang wanita diseksa pada hari kiamat disebabkan mengurung seekor kucing sehingga mati. Kasihan kucing yang tidak berdosa tu..

Disebabkan perbuatan wanita itu mengurung kucing yang tak berdosa tu tanpa memberi makanan dan minum, Allah humbankan wanita tu ke neraka. (Hadis - Imam Muslim).

Imam Muslim juga menceritakan Rasulullah s.a.w melaknat sesiapa yang meyeksa binatang tau tak...


Jom bercerita jom:) Baca bawah ni.. semoga menjadi teladan yang baik untuk kita semua Insya Allah~~~



Menurut Imam Muslim, Allah menegur perbuatan seorang nabi yang menyuruh membakar semut, semata-mata kerana seekor semut daripada serangga tu menggigit baginda. ,

Kemudian Allah mewahyukan kepada nabi tersebut: "Hanya disebabkan seekor semut mengigitnya, dia memusnahkan suatu umat yang selalu bertasbih." (Hadis- Imam Muslim).

Imam Muslim juga menceritakan mengenai seorang yang beri minum air kepada seekor anjing yang tersangat kehausan. Bagi menghargai jasa orang tu, Allah mengampunkan dosanya. (Lihat, hanya berbuat baik dengan anjing,, diberi ganjaran yang besar oleh Allah:)

Bahkan apabila sahabat Rasulullah bertanya: "Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan-haiwan ini? Jawab Rasulullah s.a.w: "Menyayangi setiap makhluk hidup itu adalah berpahala." (Riwayat Muslim)
-------------------------------Sayangi lah Haiwan--------------------------------


Satu lagi situasi dimana tindakan membakar binatang adalah dilarang kerana ada hadis, antaranya daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tiada seorang pun seharusnya menghukum dengan api kecuali Allah." (Riwayat al-Bukhaari)
see???


Fatwa terbabit menyatakan, ada juga hadis yang menunjukkan boleh membunuh binatang seperti cicak, bahkan membunuhnya pula mendapat pahala. Binatang terbabit boleh dibunuh di tanah halal dan haram.

Menurut ulama, sebab syarak menyuruh membunuh cicak kerana ia antara binatang yang meniupkan api untuk membakar Nabi Ibrahim a.s.

Sementara itu dalam hadis lain, Nabi Muhammad s.a.w menyuruh membunuh ular, burung gagak, rajawali, kala jengking dan anjing pengigit. Binatang ini boleh dibunuh di tanah haram.

Kesimpulannya, Islam mengharuskan sesetengah binatang dibunuh jika haiwan itu mendatangkan bahaya yang tidak boleh dielak kecuali membunuhnya.. Dan juga berihsan lah kepada haiwan-haiwan serta jangan mengganggu habitat mereka.. Sesungguhnya mereka juga makhluk yang sentiasa bertasbih kepada Allah:)..



My Awan



Humaira-Pak Deh-Attar-Mae


kepada itik&ayam,, jangan terasa hati sebab tak tepek gambar kamu semua.. tapi kamu semua perlu tahu,, saya sayang kamu semua:) (walaupon kamu semua tak pandai membaca)


p/s: Saya sayang semua haiwan yang saya ada:) sangat bahagia memiliki mereka:)

Jumaat, 19 Februari 2010

DONATE OUR BLOOD


Kepentingan menderma darah

Tahu ke tak..darah yang diderma boleh menyelamatkan nyawa sesiapa sahaja?? Antaranya :
* Mangsa berantakan ( accident lah..)
* Pesakit yang menjalani pembedahan
* Baby yang baru lahir yang mengidap penyakit kuning (jaundis - ni nama saintifik die tau)
* Pesakit Thalassemia dan Hemofilia (adakah anda pembawa penyakit ini?? hihi.. mcm iklan je)
* Ibu yang mengalami tumpahan darah
(Mungkin juga akan terjadi kepada keluarga kita?? )

Menderma tanggungjawab kita bersama
Apakah usaha kita???
:Menderma darah beramai-ramai..

Apakah yang kita perlu tahu ???
:Kepentingan menderma darah.. Very important...


Ini senarai kita-kita yang layak menderma darah:-

1. Berumur 18 tahun ke atas (saya, adek, kak.ila, abang, mak, ayah dah boleyh lah sangat.. anda??)

2. Berat badan 45 kg dan ke atas { Kami lah tu(^^) }

3. Sihat tubuh badan ( Alhamdulillah kami sihat...)
---------tetapi sihat ni ade syarat tau------------------::::::::::

a) Sihat pada hari menderma (penting ni.. kalau tak macam mana nak menderma..)

b)Tidak pernah mengalami masalah semasa menderma darah ( ni sape yang ade darah gemuruh tu,, tak tau lah,, hihihi)

c)Tidak mengambil ubat aspirin atau sebarang ubatan yang lain dalam tempoh satu minggu yang lepas (kesimpulannya.. kalau dah tau nak derma darah dalam masa tedekat ni,, jauh-jauh kan lah dari sebarang pengambilan ubat-ubatan yang boleh menggangu sessi menderma darah)

d)Tidak menerima sebarang imunisasi dalam tempoh 24 jam yang lepas

e)Tidak menerima rawatan pergigian dalam tempoh 24 jam yang lepas ( kalau ditakdirkan sakit gigi time nak menderma darah tu.. nak buat macam mane kan,, rehat kat rumah yer.. )

f)Tidak mengalami selesema, batuk, sakit tekak atau sebarang jangkitan dalm tempoh satu minggu yang lepas (jaga lah kesihatan kita - banyak-banyakkan berdoa juga :)...

g)Tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan yang lepas

h)Tidak mengandung atau menyusu anak di bawah 1 tahun

i)Tidak pernah menerima pemindahan darah dalam tempoh 6 bulan yang lepas

j)Tidak bertindik di mana-mana bahagian tubuh badan (akupuntur, tattoo, berbekam) dalam tempoh 1 tahun yang lepas (kalau lah ada pilihan lain,, saya tak mau darah dari pemilik yang berkeadaan bertindik disana-sini)

k)Tidak mempunyai ahli keluarha yang mengidapi Hepititis B atau C ( hah,, yang ni comfirm-comfirm tak lepas nak menderma.. ada cara lain,, banyakkan bersedekah:):)..




PENTING !!!

Kita DILARANG menderma darah sekiranya :

Kita mengamalkan cara hidup yang tidak sihat (berisiko tinggi) contohnya seperti:

* Menggunakan dadah secara suntikan

* Mengamalkan homoseksual /biseksual/bertukar-tukar pasangan seks

* Mengadakan perhubungan seks dengan pelacur/melacurkan diri

* Pernah mengadakan hubungan seks dengan mereka yang tersebut di atas

* Merupakan pembawa virus Hepititis B & C atau telah dijangkiti Virus HIV atau mengidapi AIDS
-----------perkara diatas adalah HARAM hukumnya,, mintak dijauhkan----------------



Kita juga tidak digalakkan menderma jika kita,, :

1. Menghidapi penyakit-penyakit ini yer.. :

-Sifilis (penyakit kelamin)

-Malaria (bawaan nyamuk nih...)

-Sakit jantung

2. Sedang dirawati untuk apa-apa penyakit

3. Telah menjalani pembedahan kurang daripada enam bulan sebelum tarikh derma darah

4. Ibu yang sedang mengandung atau menyusukan anak

5. Bertujuan hanya untuk menguji darah sahaja



Ketahuilah jangan letakkan diri kita dan orang lain di dalam keadaan bahaya ,, darah yang selamat bermula daripada badan kita yang sihat~~ (^^)

Jika kita layak menderma, datanglah dan bawalah bersama ahli keluarga/ kawan-kawan kita yang juga layak menderma darah... Orang yang derma darah ni,, badan akan jadi lebih sihat:) (saya dengar orang cakap lah) kesimpulannya:~~

Menderma darah adalah tanggungjawab bersama

Kalau nak senang sangat,, baca ni~~ lepas tu,, kita semua boleh la menderma ramai-ramai:)::

~~~Pergi ke klinik kesihatan ,, cakap kat dia nak menderma darah( pastikan kita cakap kepada orang yang bersesuaian)- hehhe.. ~~~ tak lah... baca bawah lagi..
Ini langkah-langkah yang betul ok:)~~
1. Pergi ke Tabung Darah
2. Isi borang
3. Pemeriksaan tekanan darah & berat badan
4. Ujian kumpulan darah & tahap hemoglobin
5. Pengambilan darah
6. Rehat & jamuan ringan


-------------kadang-kadang juga--------------------------------
Ramai orang-orang kita beri alasan untuk tidak menderma...


1." Saya telah pun menderma darah sekali"
-Terima kasih atas sumbagan anda. Teruskan khidmat baik anda. Untuk pengetahuan anda, seseorang boleh menderma darah sekali dalam 3 bulan tau takk!! (teremosi pulak..hehe)

2." Darah saya bukan jenis yang betul"
-Jumpa doktor dulu,, baru lah dapat kepastian ..

3. "Orang lain sudah pun menderma, jadi kenapa pula saya lagi ? "
- Itu benar, tapi lebih ramai penderma diperlukan setiap tahun.. Tabung darah sekarang pun dah tak cukup,, Jadi setiap penderma dikira mustahak ..

4. "Saya takut sakit apabila dicucuk jarum"
- Takut eak.. Jangan bimbang ! ada berita baik ! sekarang nurse dah maju,, guna pelali je.., tak sakit lah...

5." Saya terlalu lemah"
-Sesungguhnya Allah tidak suka hambanya bersifat lemah..
Diorang akan periksa berat badan kita, tahap hemoglobin dan tekanan darah kita sebelum menderma darah. Bagaimanapun jumlah darah yang diambil akan digantikan melalui proses semulajadi dalam tubuh anda dalam beberapa jam sahaja tau.. So kita akan jadi lebih sihat:)

7." Saya terlalu sibuk "
-Orang lain pun sibuk jugak,. Insya Allah kita boleh meluangkan setengah jam atau sikit masa je untuk menyelamatkan satu nyawa :)

"Darah kita mungkin boleh menyelamatkan nyawa seseorang dan darah orang lain pula mungkin dapat menyelamatkan nyawa kita"

Keistimewaan yang dinikmati oleh si penderma:

-Si penderma darah akan dapat menikmati rawatan percuma pesakit luar, rawatan perubatan dan caj wad di hospital tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Sila berhubung dengan pihak hospital untuk keterangan lanjut yer. Terima Kasih:)



Oleh itu...

Mendermalah sekarang semasa kita sihat dan berkelayakan

tindakan kita boleh menyelamatkan nyawa seseorang dan nyawa kita..








p/s: tak pernah lagi menderma darah.. nak sangat.. teringin... pernah nak menderma,, tapi tak lepas. Doktor cakap,, darah saya cair sangat?? erm... Untuk pengetahun.. Darah saya jenis B..

saje je nak bagitau:)

Rabu, 17 Februari 2010

Mencari Dhuha


Apakah Solat Sunat Dhuha??
: Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat.


Daripada Abu Hurairah, Sabda Nabi saw:

"Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari & Muslim)

Dari Hati kecilku:
- Subhanallah.. Alhamdulillah telah daku usahakan untuk berpuasa 3 hari pada setiap bulan..
- Dhuha daku selalu mencari masa~ terkadang ada, terkadang tiada, terkadang ku masih alpa dengan kelebihan nya.. moga diberi kesempatan setiap masa.. Insya Allah daku pertinggkatkan lagi usaha ku mencari Dhuha (^^,)..
-Witir juga dalam pengusahan,, selalu leka+tidak khusyu'+malas... Tabahkan hati ku Ya Allah..



Daripada Anas, Sabda Nabi saw,
"Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istamna di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

Dari Hati kecilku:
-Tidak pernah ku mengerjakan sebanyak itu.. bila lah agaknya perasaan teringin itu akan tiba.. Insya Allah..



Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."


Dari Hti kecilku:-Istiqamah kah aku...? erm..



Rasulullah bersabda lagi:
"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."


Dari Hati kecilku:- Ya Allah.. Terima lah taubatku.. Ya Allah.. Jauhi aku dari golongan orang-orang yang musyrik..




Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:
"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani


Dari Hati kecilku:- Aku mahu tergolong sebagai orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha itu..


"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu,
kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir
maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu,
kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga
dan para sahabatnya serta kesejahteraan. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."




p/s: (Mod : setelah selesai menunaikan Solat Sunat Dhuha) .. Kini hati lebih bersemangat untuk teruskan kerja harian:)

Tujuh Golongan Insan Contoh


"Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”


-Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah-



Pengajaran hadis:



i) Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu :



a) Pemerintah yang adil- Ini kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.



b) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya – Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.



c) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
- Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah S.W.T dan diketegorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.



d) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah
- Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.



e) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”
- Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.



f) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya
-Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya’ dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakuknnya itu.



g) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah
- Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.



p/s: Semoga kita semua tergolong dalam ketujuh-tujuh golongan ini Insya Allah..

Jumaat, 12 Februari 2010

Gong Xi Fa Chai

Selamat Tahun Baru Cina To All My Chinese Friends:)

Bolehkah kita mengucapkan Selamat Hari Perayaan kepada kaum-kaum yang beragama selain dari Islam??


Dr. Yusuf al-Qaradawi pula berpendapat: Jika kaum bukan Islam memulakan ucapan
selamat Hari Raya mereka kepada kita, maka kita juga harus membalas ucapan yang
serupa kepada mereka, kerana ini tidak lebih daripada hanya mewujudkan rasa simpati
antara satu sama lain. Ia tidak bermakna bahawa kita telah merelakan agama dan
kepercayaan terhadap Isa Maryam sebagai Tuhan dan lain-lain pemujaan.

Al-Qaradawi memberi beberapa alasan, antaranya: Islam tidak melarang kita berbuat
baik terhadap ahli kitab yang tidak bermusuh dengan kita. Kita harus berbuat baik
kepada mereka, sebagaimana mereka berbuat baik kepada kita. Ayat 8 dalam surah al-
Mumtahanah yang dikemukakan terdahulu dijadikan hujah.



“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi ), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bekamu kerana ugama (kamurlaku adil.”



Menurut al-Qaradawi lagi, bidang-bidang kerjasama antara Islam dan bukan Islam
seperti bidang teknikal, ketukangan dan lain-lain masih terbuka. Bahkan Nabi s.a.w.
pernah menggunakan kepakaran seorang Yahudi bernama Abdullah Ibn Urayqit sebagai
penunjuk jalan ketika baginda berhijrah ke Madinah.

Peranan Abdullah ini sangat besar, ada kemungkinan jika dia berniat jahat pada ketika
itu, kesannya boleh menggagalkan strategi hijrah atau jika dia mengambil kesempatan
menipu, maka sudah pasti kesannya sangat buruk kepada Islam dan dakwah, namun
baginda tetap menggunakan juga khidmat kepakaran Yahudi yang bukan Islam itu.

Sebagai kesimpulan, Dr. Yusuf al-Qaradawi berpendapat harus bagi kita mengucapkan
tahniah dan selamat Hari Raya seperti hari Krismas kepada kaum bukan Islam pada
hari-hari kebesaran mereka, kerana Islam tidak menutup hubungan antara dua kaum
yang berlainan agama dan kepercayaan ini.

Pendapat al-Qaradawi ini juga saya kira ada sedikit keterlaluan apabila beliau
mengharuskan ucapan tahniah kepada kaum bukan Islam sebagai ucapan balas pada
hari Krismas dan sebagainya. Ini kerana ucapan tahniah itu pada hakikatnya doa dan mengharapkan Allah memberi kebaikan kepada mereka, sedangkan ulama sepakat
menyatakan haram berdoa kepada kaum bukan Islam sekalipun ia hanya kerana
membalas ucapan yang mereka mulakan.

Saya kurang pasti apakah al-Qaradawi mengharuskan juga pengiriman perutusan kadkad
hari Krismas, jika ia hanya kerana membalas kad-kad yang mereka kirimkan,
sedangkan dalam kad-kad itu biasanya tertulis kata-kata yang berupa doa selamat,
harapan dan cita-cita yang lebih mirip kepada budaya dan syiar agama Kristian.

Setelah mempertimbangkan antara dua fatwa yang dikeluarkan oleh al-Munajjid dan al-
Qaradawi di atas, saya lebih suka memilih jalan yang lebih sederhana, iaitu individu kafir
yang dengan terang-terang memusuhi Islam dan umatnya, tidak harus diwujudkan
sebarang hubungan pada hari-hari perayaan mereka, sekalipun mereka terdiri daripada
ahli kitab.

Sebaliknya kafir yang setia kepada kerajaan Islam, seperti kaum-kaum bukan Islam
yang tinggal di Malaysia, jika mereka telah menunjukkan kesetiaan yang baik kepada
negara, memberi sumbangan ke arah keharmonian antara kaum serta hormatmenghormati
antara kaum, terutamanya dengan masyarakat Islam, maka tiada salahnya
kita berkongsi raya dengan mereka dalam hal-hal yang tidak berkaitan akidah dan tidak
menyentuh kesucian Islam.

Bagaimanapun, kita tidak harus memandang kecil isu penerapan budaya dan syiar bukan Islam yang begitu mudah menyerap ke dalam masyarakat kita, terutama melalui media elektronik yang sangat digemari oleh anak-anak kita.


Di pejabat saya pun ada 3 orang warga Chinese yang akan menyambut Tahun Baru Cina pada hari Ahad ini,, Miss Yong, Uncle Ah Yang & Uncle Guard (tak tahu nama) ~ Happy Chinese New Year & Happy Holiday:)


Banyak sangat limau mandarin di Office: kite tepek gambar!



limau manis+masam+tawar..


p/s: dah tak sabar nak balik rumah.. cuti sampai selasa.. oyeah!! katil tunggu daku!! mak..:) tunggu tirah.. hihihi.. mak masak apa malam ni? tirah balik ni mak:) ehehehehe..
SElamat Bercuti kawan-kawan sekalian.. jangan nakal2 k!

Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..