Selasa, 23 Februari 2010

Tuntutan Hayat


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah hari ini hari selasa, masih diberi nikmat oksigen semambu yang mencukupi, masih diberi nikmat mengunyah nasi lemak, masih diberi nikmat segelas milo suam dan paling utama masih diberi nikmat merasai halawatul iman..

Hari ini terlewat bangun (alamak) disebabkan terlalu pening kepala malam semalam dari pukul 2.00 pg - 3.00pg (kemungkinan).. Tapi semuanya bisa diatur kerana hanya berseorangan di rumah.

Serba oren ke pejabat, menunggu kerja.. Nah.. ada pun kerja.. Alhamdulillah telah disempurnakan dan mengambil ruang sendiri untuk melayan laptop kesayangan.. Ber"buku muka" terlebih dahulu dan tertarik pada satu kenyataan yang berbunyi " ciViL EnGiNeErInG MaNg bEsH...!!!! XkN Aq sIaKAn iLmU Aq bLaJo0 Kt sArIkAt nIE... hIp hIp hOrEeA!!!! "
oleh seorang teman seperjuangan .. (Tersenyum) Mungkin daku bisa berkhidmat dan belajar sepertinya Insya Allah..

Dalam al-Quran diterangkan bahawa Allah memerintahkan, "hendaklah ada sekumpulan di kalangan umat-Nya menyeru dan melaksanakan kebajikan, kebaikan dan mencegah kemungkaran bagi mendekatkan kita kepada Allah.." (ali-Imran: 104).

Penguat dalil diatas:
Abu Umamah meriwayatkan Rasulurah bersabda, "bahawa Allah, malaikat serta seluruh penghuni langit dan bumi termasuk semut di darat dan ikan di laut mengucap salawat (meminta ampun) untuk orang yang memberi perkhidmatan yang berfaedah kepada manusia (riwayat Tirmizi).
Di sini dapat disabitkan Ajaran Islam itu lebih mudah berkembang dan tersebar dengan pembabitan secara berjemaah.

Setiap individu antara jutaan penghuni bumi ini ada tanggungjawab bersama bagi membina kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat dan negara. Semua tanggungjawab itu bukan hanya untuk masyarakat atau negara, tetapi menjurus mendekatkan diri kita kepada AIlah s.w.t..

Info:
Dahulu kala..Ketika zaman pemerintahan Abasiyah pada abad ke-11 Masehi kalau tak silap lah, ulama' dan umat Islam menterjemahkan konsep "fardu kifayah" ni dalam pandangan yang lebih luas. Sumbangan fardu kifayah dari ada mereka bukan saja dari isu keagamaan, malahan juga dalam hal tanggungjawab sosial juga.

Sumbangan besar yang disebutkan termasuklah bidang perubatan, pendidikan, senibina, geografi, matematik ,sains, pertanian, pertukangan, dan pelbagai "per" lagi lah. Kesan sumbangan besar tamaddun Islam ini boleh dilihat hingga kini dan memberi manfaat besar kepada kita semua pada zaman sekarang.Insya Allah:)


Tapi kini, mengapa bangsa Yahudi, Eropah, dan jepun sangat dikagumi ??? Ini kerana mereka menjadi bangsa penggerak kemajuan dunia. Segala macam teknologi dicipta, segala macam fakta, teori, produk mereka adalah pengasanya.. Dimana kekuatan kita?? Dimana imej Ilmuan Islam terdahulu ?? Di mana??

Bangsa ini menjadikan bidang ilmu yang berorientasikan teknologi tinggi dan professional sebagai pemangkin membawa kemajuan kepada mereka. Di sini kita dapati semua negara maju semakin pantas meneroka dengan mencipta pelbagai produk bersumberkan kepada ilmu sains dan teknologi. Tapi kita?? Di mana kita sekarang??


Kalau dibandingkan dengan beberapa kaum minoriti di negara kita, ternyata umat Islam ketinggalan amat jauh dalam bidang sains teknologi walaupun umat Islam menjadi penduduk majoriti. Kelemahan ini sangat menggugat jati diri umat Islam yang sebenar. Masih jauh kita rupanya..

Apakah sebenarnya faktor kelemahan ini?? Adakah berpunca daripada salah faham kita terhadap konsep fardu kifayah ? Yup! That's right! Teman-teman,, memang benar pembabitan yang minimum dalam fardu kifayah itu membebaskan umat Islam daripada berdosa tetapi ,, Islam menghendaki umatnya berfikir secara positif, agresif, inovatif iaitu dengan membabitkan diri (umat Islam) secara maksima untuk mempercepatkan lagi perkembangan kita dalam ilmu tuntutan Allah itu.

Info lagi:
Menurut Syeikh Yusuf al-Qardhawi dalam buku'nya Fiqh al Aulawiyat, bidang fardu kifayah mempunyai darjat berbeza-beza mengikut masa dan keadaan. Keperluan bidang fardu kifayah di sesuatu tempat yang tidak banyak umat Islam mengambil bahagian lebih afdal berbanding bidang yang banyak umat Islam terbabit.

SEE??

Malah, menurut Syeikh Yusuf lagi,, bidang fardu kifayah ini boleh bertukar menjadi fardu ain jika keperluan itu amat terdesak dan menjaga maslahah umat Islam. Semua sudah sedia maklum bukan??

Para ulama dan cendekiawan Islam sangat wajar memberi perhatian terhadap pandangan Syeikh Yusuf ini..Kita juga harus menjadikan ia sebagai peringatan. Kita yakin adalah tidak bercanggah dengan ajaran Islam jika kita mengkategorikan beberapa bidang ilmu sains teknologi dan beberapa bidang yang lain sebagai fardu ain bagi menggerakkan umat Islam, melaksanakan tuntutan Allah itu.

Zaman sekarang , di dalam kelas pengajian di masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara, kita dapati kelas fardu ain adalah sejak turun temurun lagi adalah mempelajari sifat 20, iaitu ilmu mengenal Allah.

Sebahagian besar orang tua juga, terutama di luar bandar menghafaz sifat ini walaupun mereka sukar memahaminya. Mereka berbuat demikian kerana ia sebahagian tuntutan fardu ain dan jika tidak melaksanakannya maka mereka akan berdosa. . Tetapi perlu juga di selitkan pembelajaran fadhu kifayah supaya seimbang dari segi rohani serta fizikal dan tidak dipersoalkan di akhirat kelak.

Teman-teman, konsep fardu ain dan fardu kifayah adalah dua konsep yang berkait rapat, saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dan mempunyai kepentingan bagi meningkatkan jati diri umat Islam.

Kombinasi antara 2 konsep ini, jika dihayati sepenuhnya akan mengseimbangkan pembangunan rohani dan fizikal. Pembangunan yang seimbang ini akan melahirkan umat Islam sebagai umat terbaik dan melahirkan negara aman makmur yang dinaungi Allah, iaitu baldatun tayyibatun warabbul ghafur.

Insya Allah.. :)


p/s: Moga Perjuangan Tarbiyyah kita tiada penghujungnya.. Ya Rabb,, Mohon diberi petunjuk kepada kami yang menuntut ilmu di jalan Mu..

Tiada ulasan:

Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..