Sabtu, 6 Ogos 2011

Tazkirah Malam ke-5 Ramadan


Assalamualaikum. Apekabar puase hari ni? Maseh bertahan or terkandas? ahak... Moge bertahan hingga terbenam matahari nanti oke:) Aip..aip,, apesal dah tetungging-tungging tu? Relax.. berape jam saje lagi ni:) Jap lagi kita pergi bazar oke. Sebelum tu, Meh lah nak teman korang semua dengan post kali ni oke.

Kali ni kisah semalam di Masjid Kampung Pandan. Syukur rasa nya kita diberi kesempatan dari Jumaat ke Jumaat, Dari Ramadan ke Ramadan yang seterusnya untuk mengecapi nikmat Allah.. Oh teharu rasenye berkesempatan berada dalam Jumaat pertama pada bulan Ramadan kali ni:) Sebak bila mana sang ustaz berkata, "Jika Ramadan lepas kita bersama-sama orang yang tersayang di sisi,, tapi lihat lah disebelah anda pada hari ini,, Ramadan kali ini orang tersebut sudah dipanggil oleh Allah.." oh Allah, tempatkan lah Maksu bersama-sama orang yang soleh.. ameen..

Alhamdulillah pengisian tazkirah semalam sikit banyak tembus ke sanubari memberi impak yang positif dalam diri. Oh Ramadan, mula terasa nikmat nya berada dalam bulan Allah ini:) Salah satu isi sang ustaz semalam adalah mengenai Jumaat:)

Tahu tak? Jumaat pertama di bulan Ramadan, Adam a.s telah diciptakan dan juga dimatikan pada tarikh yang sama. Ahak! Tahukah kita akan kelebihan hari Jumaat? Meh nak ulas balik ape sang ustaz kabarkan semalam:)

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu :

1.Allah ciptakan Adam ,

2.Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,

3.Allah mematikan Nabi Adam,

4.Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.

5.Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut. ( Riwayat Hadis Muslim)


Dalam hadis lain pula,,,: (ihsan google)

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).


Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang membuka surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam."


Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut."


Dari Abu Hurairah katanya, dia mendengar Nabi bersabda, "Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat, melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya."


Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.


Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik."
Nabi Muhammad bersabda, " Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat)."



Info JUMAAT yang lain..:)

Keindahan Hari Jumaat:

-Pernikahan antara Adam dan hawa
-Pernikahan antara yusof dan zulaikha
-Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi syuaib a.s
-Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan khadijah khuwailid.
-Pernikahan antara nabi sulaiman a.s dengan Ratu balqis dari negeri Saba'
-Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
-Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan fatimah az-zahra



p/s: Birthday sape hari Jumaat?? tak pun birthday sape ri ni eh?? :) agaggaaa...

2 ulasan:

H S ramli berkata...

best nye sami yusof teman time bace post akak.. hehe :)

JUMAat penghulu segala hari ....

athirah berkata...

best kan:)
tq2:) hihihiihiii..

jumaat penghulu hari:)

Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..