Khamis, 26 Mei 2011

Ikhlas Ke?



Assalamualaikum. Dah ade sawang dah blog ni agaknye yer.. Lame dah tak bukak ni. Sibuk bejalan-jalan sikit:) ahak! Ape kabar iman kita?? Moga sentiasa dalam keadaan yang terjaga hendaknye Insya Allah.. Alhamdulillah Allah bagi kesempatan lagi pada diri ini untuk berkongsi kisah dalam blog ni. Moge diri ini ikhlas dalam setiap "penaipan"untuk berkongsi.. Ahak. Ye dop ikhlas aku nih.. hehe..

Oke2.. kita dah masuk tajuk dah ni. Ramai di antara kita, suka menolong orang lain kan?. Tapi ramai juga yang merasa kecewa bila pertolongan yang diberikan seolah-olah tidak dihargai. "Sekurang-kurangnya, ucapkanlah terima kasih." Haa..tu lah nada kecewa yang selalu naw kita dengar.

Oke, banyak situasi dalam hidup kita yang datang untuk menguji sejauh manakah ikhlasnya kita. Adakah hanya sekadar di bibir sahaja?? Tapi di dalam hati membebel panjang berjela nun sampai tak cukup ruang dalam hati tu..?

Atau kita memang betul-betul ikhlas sewaktu memberi bantuan, tetapi apabila pertolongan yang diberi tidak dihargai, mulalah hati terasa kecewa, duka dan lara.. Haishh..

Kenapa agaknya ye kita rasa macam tu? Walhal apabila datang kawan atau saudara yang meminta pertolongan, lancar je mulut kita menyebut untuk memberi bantuan seikhlas yang mungkin tanpa meminta balasan. Muke sehabis manis lah nye yang dipamirkan kan3..

Tetapi ternyata, ikhlas susah untuk diberi. Adakah puncanya kerana si penerima bantuan itu yang benar-benar tidak mengenang budi? Ce jawab.. ce jawab..

Ha...Ataukah mungkin kita yang TIDAK MEMBERI SEPENUH HATI?

Mungkin ramai yang tidak suka dengan kenyataan di atas, namun tidak salah kalau kita sama-sama fikirkan, mungkin ada kebenarannya.

Jom kita lihat kembali pertolongan-pertolongan yang kita dah berikan kepada sahabat atau saudara kita.

Apabila kita memberi, adakah kita kecewa apabila tiada ucapan terima kasih sebagai balasan?

Apabila kita membantu, adakah kita mengharapkan mereka akan kembali membantu apabila kita dalam kesusahan?

Apabila kita menolong, adakah kita sakit hati apabila kita tidak lagi dihiraukan selepas mereka senang?

Apabila kita menghulur, adakah kita tak senang duduk apabila tiada penghargaan diberikan?

Apabila kita membuat kebaikan, adakah kita selalu mengungkit kebaikan yang telah dilakukan?

Apabila kita membuat kebajikan, adakah kita rasa seolah-olah mahu dihebohkan kepada semua orang kebajikan yang telah kita laksanakan?

Kalau semua persoalan di atas jawapannya adalah ada, mungkinkah kita belum lagi memiliki sifat Ikhlas? Kerana pertolongan yang diberikan seolah-olah meminta untuk dibalas right?

Korang setuju ke tak dengan kenyataan kat bawah ni?

Apabila kita menolong binatang, kita menjadi lebih ikhlas daripada menolong manusia.

Kenapa? Kerana kita tahu binatang tidak dapat membalas kebaikan kita, oleh sebab itu, kita menolong mereka tanpa mengharapkan ucapan terima kasih, puji-pujian, atau sebagainya.

Maka, kita tidak boleh mengharapkan balasan? Bukankah kita telah menolong mereka dengan ikhlas tanpa mengharapkan pembalasan?

Sebelum tu, jom lah kita semak:

Harta kita yang kita guna untuk bantu sahabat dan saudara kita, milik siapa?

Tangan kita yang kita hulur untuk tolong mereka, milik siapa?

Kaki kita yang kita guna untuk permudahkan urusan mereka, milik siapa?

Telinga kita yang kita guna untuk dengar permasalahan mereka, milik siapa?

Mulut kita yang kita guna untuk memberi nasihat kepada mereka, milik siapa?

Mata kita yang kita guna untuk melihat penderitaan mereka, milik siapa?

Akal kita yang kita guna untuk fikirkan alternatif masalah mereka, milik siapa?

Kekuatan kita untuk mendengar, melihat, bercakap dan bergerak, milik siapa?

Ilham kita untuk menyelesaikan masalah mereka, milik siapa?

SEMUANYA MILIK ALLAH!

Bukankah begitu?

Andai semua itu bukan milik kita, maka kita tidak berhak untuk menagih pembalasan darinya.

Bagaimana mungkin kita berani meminta balasan, sedangkan tiada satu pun milik kita yang mutlak. Harta, kekuatan, ilham.. semua itu milik Tuhan. Jadi yang selayaknya dapat pengiktirafan selepas diberi bantuan, adalah Allah, Tuhan semesta alam.

Seharusnya, kita tidak ada apa-apa untuk dikeluh kesahkan. Tiada istilah kecewa ataupun sakit hati sekiranya dilupakan selepas memberi bantuan kerana hakikat sebenarnya bukan kita yang membantu, bahkan Allah yang melakukannya.

Jadi, kita ni sebagai apa? Sebagai ASBAB. Sebagaimana ubat itu asbab kesembuhan, kita pula asbab penyelesaian masalah mereka, dan apabila kita sendiri ditimpa masalah, rakan dan saudara menjadi asbab kepada kita pula. Cantik aturan Tuhan kan?

Jadi, apa yang kita dapat? Sepatutnya tidak ada apa-apa yang kita dapat kerana semuanya dari Allah.

Tetapi, betapa maha Pengasih dan Penyayangnya Allah. Rupanya bukan saja-saja Dia jadikan kita sebagai asbab, rupa-rupanya Dia mahu memenuhkan akaun simpanan kebaikan kita.

Walaupun semuanya dari Allah, tetapi kita yang tidak berbuat apa-apa kerana tidak memiliki apa-apa ini masih lagi dapat hadiah Hadiah lumayan dari Allah.




"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!" [Al-Zalzalah:7]





Tengok, kita tidak memberi apa-apa, tetapi Allah memberi PAHALA kepada kita. Mudah sahaja formulanya. Beri dengan IKHLAS, tunggu Allah balas.

Jadi sebenarnya, Allah ilhamkan kita kekuatan untuk membantu orang lain, kerana Allah mahu membantu kita mempertingkatkan amal kita. Subhanallah.

Jadi, perlukah ada rasa kecewa selepas menghulurkan bantuan? Perlukah diharapkan balasan dari manusia, sedangkan ganjaran dari Allah lebih berharga dan istimewa?

Siapa kita mahu merebut penghargaan itu, sedangkan pemilik sebenarnya adalah Allah?

Andai masih ada perasaan kecewa, sakit hati dan geram, petua untuk mengubatinya mudah sahaja.

Tanya diri sendiri, layakkah nak harapkan sesuatu yang bukan milik kita?

Ingat firman Allah:




"Katakanlah, Mahukah kami khabarkan tentang orang yang paling rugi amalan mereka? Iaitu orang-orang yang telah sia-sia usaha mereka di dunia, sedang mereka menyangka telah mengerjakan sebaik-baiknya." [Al-Kahfi:103-104]


Ayuh, memberi dengan IKHLAS, tanpa minta DIBALAS.

Wassalam.









p/s: Terkadang hati ini selalu mengeluh.. sedangkan banyak lagi nikmatMu yang belum aku syukuri.. dan terkadang.. terlepas pandang..

2 ulasan:

Nur Amira Ilyani berkata...

Sekarang baru terfikir kenapa rasa lagi ikhlas tolong haiwan. Hmmm insyaAllah :)

athirah berkata...

hihhihi.. same2 ikhlas kan:)

Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..