Jumaat, 27 Mei 2011

Konvokesyen POLISAS - 32

Assalamualaikum untuk semua.. Moga iman kita hari ini semakin bertambah!! :)

TAHNIAH!! Untuk senior-senior & student POLISAS yang berjaya menamatkan pembelajaran di POLISAS.. Konvo suda!! Kejayaan korang dirasai bersama~ sangat berbangga dengan kejayaan korang-korang.. Sebenornye saye pon tak sabar nak tunggu hari konvokesyen saye tahun depan~~ Sabo aje lah kan:)


TAHNIAH!!!


P/S: Jelesnye tengok orang dah berkonvo.. xsabaw nye ase..

Khamis, 26 Mei 2011

Ikhlas Ke?



Assalamualaikum. Dah ade sawang dah blog ni agaknye yer.. Lame dah tak bukak ni. Sibuk bejalan-jalan sikit:) ahak! Ape kabar iman kita?? Moga sentiasa dalam keadaan yang terjaga hendaknye Insya Allah.. Alhamdulillah Allah bagi kesempatan lagi pada diri ini untuk berkongsi kisah dalam blog ni. Moge diri ini ikhlas dalam setiap "penaipan"untuk berkongsi.. Ahak. Ye dop ikhlas aku nih.. hehe..

Oke2.. kita dah masuk tajuk dah ni. Ramai di antara kita, suka menolong orang lain kan?. Tapi ramai juga yang merasa kecewa bila pertolongan yang diberikan seolah-olah tidak dihargai. "Sekurang-kurangnya, ucapkanlah terima kasih." Haa..tu lah nada kecewa yang selalu naw kita dengar.

Oke, banyak situasi dalam hidup kita yang datang untuk menguji sejauh manakah ikhlasnya kita. Adakah hanya sekadar di bibir sahaja?? Tapi di dalam hati membebel panjang berjela nun sampai tak cukup ruang dalam hati tu..?

Atau kita memang betul-betul ikhlas sewaktu memberi bantuan, tetapi apabila pertolongan yang diberi tidak dihargai, mulalah hati terasa kecewa, duka dan lara.. Haishh..

Kenapa agaknya ye kita rasa macam tu? Walhal apabila datang kawan atau saudara yang meminta pertolongan, lancar je mulut kita menyebut untuk memberi bantuan seikhlas yang mungkin tanpa meminta balasan. Muke sehabis manis lah nye yang dipamirkan kan3..

Tetapi ternyata, ikhlas susah untuk diberi. Adakah puncanya kerana si penerima bantuan itu yang benar-benar tidak mengenang budi? Ce jawab.. ce jawab..

Ha...Ataukah mungkin kita yang TIDAK MEMBERI SEPENUH HATI?

Mungkin ramai yang tidak suka dengan kenyataan di atas, namun tidak salah kalau kita sama-sama fikirkan, mungkin ada kebenarannya.

Jom kita lihat kembali pertolongan-pertolongan yang kita dah berikan kepada sahabat atau saudara kita.

Apabila kita memberi, adakah kita kecewa apabila tiada ucapan terima kasih sebagai balasan?

Apabila kita membantu, adakah kita mengharapkan mereka akan kembali membantu apabila kita dalam kesusahan?

Apabila kita menolong, adakah kita sakit hati apabila kita tidak lagi dihiraukan selepas mereka senang?

Apabila kita menghulur, adakah kita tak senang duduk apabila tiada penghargaan diberikan?

Apabila kita membuat kebaikan, adakah kita selalu mengungkit kebaikan yang telah dilakukan?

Apabila kita membuat kebajikan, adakah kita rasa seolah-olah mahu dihebohkan kepada semua orang kebajikan yang telah kita laksanakan?

Kalau semua persoalan di atas jawapannya adalah ada, mungkinkah kita belum lagi memiliki sifat Ikhlas? Kerana pertolongan yang diberikan seolah-olah meminta untuk dibalas right?

Korang setuju ke tak dengan kenyataan kat bawah ni?

Apabila kita menolong binatang, kita menjadi lebih ikhlas daripada menolong manusia.

Kenapa? Kerana kita tahu binatang tidak dapat membalas kebaikan kita, oleh sebab itu, kita menolong mereka tanpa mengharapkan ucapan terima kasih, puji-pujian, atau sebagainya.

Maka, kita tidak boleh mengharapkan balasan? Bukankah kita telah menolong mereka dengan ikhlas tanpa mengharapkan pembalasan?

Sebelum tu, jom lah kita semak:

Harta kita yang kita guna untuk bantu sahabat dan saudara kita, milik siapa?

Tangan kita yang kita hulur untuk tolong mereka, milik siapa?

Kaki kita yang kita guna untuk permudahkan urusan mereka, milik siapa?

Telinga kita yang kita guna untuk dengar permasalahan mereka, milik siapa?

Mulut kita yang kita guna untuk memberi nasihat kepada mereka, milik siapa?

Mata kita yang kita guna untuk melihat penderitaan mereka, milik siapa?

Akal kita yang kita guna untuk fikirkan alternatif masalah mereka, milik siapa?

Kekuatan kita untuk mendengar, melihat, bercakap dan bergerak, milik siapa?

Ilham kita untuk menyelesaikan masalah mereka, milik siapa?

SEMUANYA MILIK ALLAH!

Bukankah begitu?

Andai semua itu bukan milik kita, maka kita tidak berhak untuk menagih pembalasan darinya.

Bagaimana mungkin kita berani meminta balasan, sedangkan tiada satu pun milik kita yang mutlak. Harta, kekuatan, ilham.. semua itu milik Tuhan. Jadi yang selayaknya dapat pengiktirafan selepas diberi bantuan, adalah Allah, Tuhan semesta alam.

Seharusnya, kita tidak ada apa-apa untuk dikeluh kesahkan. Tiada istilah kecewa ataupun sakit hati sekiranya dilupakan selepas memberi bantuan kerana hakikat sebenarnya bukan kita yang membantu, bahkan Allah yang melakukannya.

Jadi, kita ni sebagai apa? Sebagai ASBAB. Sebagaimana ubat itu asbab kesembuhan, kita pula asbab penyelesaian masalah mereka, dan apabila kita sendiri ditimpa masalah, rakan dan saudara menjadi asbab kepada kita pula. Cantik aturan Tuhan kan?

Jadi, apa yang kita dapat? Sepatutnya tidak ada apa-apa yang kita dapat kerana semuanya dari Allah.

Tetapi, betapa maha Pengasih dan Penyayangnya Allah. Rupanya bukan saja-saja Dia jadikan kita sebagai asbab, rupa-rupanya Dia mahu memenuhkan akaun simpanan kebaikan kita.

Walaupun semuanya dari Allah, tetapi kita yang tidak berbuat apa-apa kerana tidak memiliki apa-apa ini masih lagi dapat hadiah Hadiah lumayan dari Allah.




"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!" [Al-Zalzalah:7]





Tengok, kita tidak memberi apa-apa, tetapi Allah memberi PAHALA kepada kita. Mudah sahaja formulanya. Beri dengan IKHLAS, tunggu Allah balas.

Jadi sebenarnya, Allah ilhamkan kita kekuatan untuk membantu orang lain, kerana Allah mahu membantu kita mempertingkatkan amal kita. Subhanallah.

Jadi, perlukah ada rasa kecewa selepas menghulurkan bantuan? Perlukah diharapkan balasan dari manusia, sedangkan ganjaran dari Allah lebih berharga dan istimewa?

Siapa kita mahu merebut penghargaan itu, sedangkan pemilik sebenarnya adalah Allah?

Andai masih ada perasaan kecewa, sakit hati dan geram, petua untuk mengubatinya mudah sahaja.

Tanya diri sendiri, layakkah nak harapkan sesuatu yang bukan milik kita?

Ingat firman Allah:




"Katakanlah, Mahukah kami khabarkan tentang orang yang paling rugi amalan mereka? Iaitu orang-orang yang telah sia-sia usaha mereka di dunia, sedang mereka menyangka telah mengerjakan sebaik-baiknya." [Al-Kahfi:103-104]


Ayuh, memberi dengan IKHLAS, tanpa minta DIBALAS.

Wassalam.









p/s: Terkadang hati ini selalu mengeluh.. sedangkan banyak lagi nikmatMu yang belum aku syukuri.. dan terkadang.. terlepas pandang..

Khamis, 19 Mei 2011

Apa Khasiat Sarapan Korang?

Assalamualaikum.. Apa kabar iman kalian? Moga sentiasa terjaga dan makin bertambah-tambah hendaknya Insya Allah..

Ada apa dengan sarapan korang? Eh silap. Apa khasiat sarapan korang? Yeahh,, kali ni kita bicarakan soal khasiat sarapan yang kita ambil yer.. Apa yang korang makan bila sarapan?? Itu korang punya pasal lah.. hihihi (gurau saje) Oke2.. Ape-ape dulu pon,, jom tengok ape khasiat sarapan yang saya makan dulu oke:) Check it out !


1. Roti ( Roti bakar ,, Roti telur dll )


Ada apa dengan roti? Menurut sumber kajian, 100 gram roti mampu memberikan energi, karbohidrat, protein, kalsium, fosfor dan besi yang lebih banyak berbanding 100 gram nasi putih atau mi basah. Maka nya bagi sesipa yang memerlukan tenaga yang banyak, makan lah roti. Tapi ingat!!! berpada-pada lah dalam pengambilan roti. Kalau ikutkan , orang-orang di Malaysia ni makan melebihi had dan tak sepadan ansung dengan pekerjaan yang dilakukan. ish ish..


Roti (gandum) ni makanan asasi penduduk timur tengah dan barat. Makanya tak hairanlah jika tekstur tubuh badan dan tenaga penduduk timur tengah serta barat lebih besar berbanding masyarakat asia tenggara yang mengamalkan memakan nasi. Cuaca di sana pun sesuai lah kot dengan makanan asasi kat sane:)

Berikut ialah info menarik tentang roti gandum:

-Warna coklat pada sesetengah roti gandum tidak bermakna roti itu berasal daripada bijian penuh kerana kemungkinan ia dihasilkan dengan campuran gandum dan tepung putih. Justeru, bacalah label pada bungkusan roti yang dibeli. Roti gandum biasanya mengandungi 3 gram serat untuk setiap sajian.

-Untuk mempelbagaikan rasa, tambahkan potongan keju, yogurt rendah lemak, minyak zaitun, madu atau potongan ayam panggang tanpa kulit. Semakin rendah kalori yang ditambahkan pada roti gandum, maka semakin baiklah manfaatnya.


-Kandungan karbohidrat kompleks di dalam roti mampu memberikan rasa kenyang yang lebih lama.

Roti (khubz) Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu”.



2. Susu Kambing (Promote sekali susu kambing hi-goat!)



Ade apa dengan susu kambing?? Kajian telah mendapati susu kambing adalah Susu Yang Terbaik selepas susu ibu kerana mengandungi sumber nutrien seperti berikut:

-Tenaga
-Protein
-Lemak
-Karbohidrat
-Gula
-Kalsium
-Zat Besi
-Vitamin A
-Vitamin B2
-Vitamin C
-Vitamin D
-Vitamin B12
-Asid Folik
-Inositol
-Sodium
-Potassium


Ramai juga yang telah mengamalkan Susu Awal Lembu sebagai minuman waktu pagi, tetapi yang mana lebih baik, adakah Susu Lembu atau Susu Kambing?


Apakah kelebihan dan manfaat Susu Kambing (Hi-Goat) yang telah terbukti keberkesanannya?

-Merawat Kencing Manis
-Sakit Jantung dan Darah Tinggi
-Gastrik
-Asma (Lelah)
-Acute Anemia
-Tulang Belakang Reput
-Angin Ahmar
-Insomnia
-Kebas Kaki dan Tangan
-Migrain
-Semput
-Masalah Keletihan
-Masalah Kulit
-Masalah Ketika Mengandung dan Kelahiran
-Masalah Susah Buang Air Besar dan Buasir
-Khasiat Mengikut Kategori


Tepung Susu Hi Goat ni banyak manfaatnya untuk setiap golongan daripada bayi sehinggalah orang tua sampailah kepada ibu-ibu mengandung. Jadi buatlah pilihan yang bijak:) hehe.. (promote abeh.. taktahan..)


3. Cuka Kurma (Campur madu sikit.. sedap2)


Ade apa dengan cuka kurma??


KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM

Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909.

Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian.


Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.



(^^)Begitulah khasiat sarapan ku.. Bagaimana dengan sarapan korang? ahak.. Oke.. Pukul berapa korang ambil srapan pagi korang?? ahak! Tettt,, Ramai orang-orang sekarang ni tak makan sarapan pagi betul-betul tepat pada waktunye kan3?? Makan pagi pukul 10 dan ke atas.. sebab tu nak buat kerja jadi malas! aishh.. Korang tengok chinese makan pukul brape? Tu.. lepas-lepas subuh tu diorang makan tu tak.... Aduhai melayu.. patut lah layu je semacam nak buat kerja.. Dah la tak makan pagi! Lembik nak buat kerja.. Dah dapat makn pukul 10,, aih bertambah malas nak buat kerja.. Ini namenye tabiat buruk yer...

SARAPAN adalah makanan untuk otak. Ini kerana sarapan berkait rapat dengan
kecergasan mental dan memberi kesan positif terhadap aktiviti otak supaya lebih cergas,
peka dan fokus.

Tanpa sarapan, tenaga untuk digunakan sepanjang hari akan terjejas dan mempengaruhi
penumpuan kita. Lebih memudaratkan ialah anda akan terlebih makan pada waktu
malam.

Ada juga yang menganggap mengambil sarapan diibaratkan seperti memanaskan enjin kereta pada waktu pagi. Dengan bersarapan pagi, dapat mengurangkan rasa lapar dan membantu berfikir dengan lebih baik.

Namun, ramai di kalangan generasi muda hari ini terutama remaja tidak mengambil berat kepentingan mengambil sarapan pagi. huhuhu.. Sedarlah! Sarapan itu penting!

p/s: Kadang-kadang saye tak makan:(

Selasa, 17 Mei 2011

Siapakah Dia?



Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


p/s: siape kah sy? saye Nur Athirah Amiruddin:)

Isnin, 16 Mei 2011

Akad Day : Kak Ita & Abg Imad

Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

"Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."



TO KAK ITA & ABG IMAD


MOGA HUBUNGAN HALAL YANG TERJALIN SENTIASA DALAM KEREDAANNYA. KAMI SEKELUARGA MENDOAKAN KAK ITA & ABG IMAD BAHAGIA HINGGA KE SYURGA INSYA ALLAH..


Masjid menjadi saksi pertemuan sepasang cinta yang sedang dirai..


My Lovely Ayah Ngah ( Bapa Pengantin ) Tahniah diucapkan.




Wajah pengantin sedang dilanda resah.. so sweet




Kazen (pengantin) yang sempoi.. Tahniah Kak Ita :)




Sesi meminjam cincin.. Nak amek gambar jap.. Terbangga dengan hasil sendiri! HAHAHA..




With Mok Su Siti..



Seusai Akad~



Apit pengantin : Mok Su & Lovely kazen 'Amirah




Moga Diredai.. (^^)



p/s: Perancangan Allah adelah sebaik-baik perancangan.. :)

Selasa, 10 Mei 2011

Wanita & Wangian

Dalam perjalanan ke kelas, bertembung dengan sekumpulan pelajar perempuan.. Sungguh sopan pemakaiaan nye.. Alhamdulillah sejuk mata memandang... Kami semakin hampir, senyuman yang manis dilemparkan kepadaku... Wah anak siapakah ini?? Lalu bertembung.. Zass!!! Amboi.. wangi sungguh sekumpulan pelajar ini.. Haruman yang sangat memikat hati.. Kalau hai ini dah berkata bergitu,, bagaimana pula hati seorang lelaki.. . .?


Haruman minyak wangi yang dipakai sekumpulan pelajar perempuan yang bertembung di hadapan tadi masih kuat berbau walaupun mereka itu sudah hilang daripada pandangan.
Apakah kata hati lelaki bila tercium bauan itu?? ..


Hmm, aku seorang perempuan pun terpikat dan sukakan bau yang datang daripada sekumpulan pelajar itu, kaum Adam juga pasti menyukainya dan mereka pasti akan tertoleh-toleh untuk melihat gerangan mereka yang berbau sangat harum itu.

Jika hal demikian terjadi, maka berdosalah mereka itu kerana telah menarik minat (atau mungkin nafsu) kaum Adam terhadap mereka!

Yer..Memang menjadi fitrah manusia sukakan sesuatu yang cantik dan wangi. Ini kerana Allah juga sukakan kecantikan dan menggalakkan hamba-Nya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah. Hal ini bersesuaian dengan maksud surah Al-A'raaf, ayat yang ke-31:

"Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan solat), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas."

Galakan untuk berhias ini bukan sahaja untuk kaum lelaki, bahkan juga untuk kaum wanita. Akan tetapi, perhiasan kaum wanita hanya terhad kepada golongan tertentu. Mereka tidak boleh berhias dan mempamerkan perhiasan mereka pada khalayak ramai seperti firman Allah dalam surah An-Nuur, ayat 31 yang bermaksud :

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Terdapat beberapa hukum tentang wanita memakai minyak wangi iaitu harus, sunat, makruh dan haram. Wallahu'alam.

1. Harus
Seseorang wanita itu dikatakan harus memakai wangi-wangian ketika suami berada di rumah terutamanya ketika ingin melayan suami mereka. Selain daripada itu, wanita tidak diharuskan memakai wangi-wangian. Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud,

"Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu..." (Riwayat an-Nasa'is dari Abu Hurairah)

Ini bererti seorang wanita itu haruslah sentiasa kelihatan menarik dari segi akhlak dan penampilannya agar dapat menyenangkan hati suaminya.


2. Sunat
Sunat bagi wanita berwangian ketika berada di rumahnya, ketika ingin menunaikan solat dan beribadah di dalam rumahnya, dan juga ketika menyambut tetamu wanita.



Terdapat hadis yang menjelaskan wanita juga digalakkan berwangi-wangian tetapi bukan pada tempat yang telah dilarang. Rasulullah telah bersabda yang bermaksud,

"Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang cemerlang (jelas) warna dan tersembunyi baunya" (Riwayat al-Tarmizi)

Wanita juga disunatkan memakai wangian sebelum melakukan ihram. Aisyah r.a berkata,

"Kami (isteri-isteri Rasulullah s.a.w) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah s.a.w. Ketika hendak berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaik di kening kami. Ketika salah seorang di antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan Rasulullah s..aw melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami (ertinya nabi s.a.w tidak melarang)" (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)


3. Makruh
Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh. Ini telah umum disepakati oleh ulama dan terdapat penjelasan dalam bab puasa.

Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alasan ialah fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan "makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa". Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak.



4. Haram
"Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina" (Abu Dawud, Tirmidzi)

Nabi s.a.w bersabda "Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut)." (Sahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)

Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur "Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa Allah s.w.t tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi......" (Abu Daud, An-Nasaie, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda, "Setiap mata itu berzina (apabila memandang dengan nafsu wanita yang asing). Dan seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melalui sesuatu majlis, maka ia adalah demikian, demikian...(penzina)" (Riwayat Tirmidzi)

Daripada hadis-hadis di atas, maka jelaslah bahawa kaum wanita diharamkan memakai wangi-wangian ketika keluar dari rumah dan juga dilarang berhias berlebih-lebihan kecuali di rumah terutamanya di hadapan suaminya.

Allah jualah yang Maha Mengetahui. Wassalam.



p/s: pakai bedak suda!!!!

Isnin, 9 Mei 2011

Harus Memilih Kawan



“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)


Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”


Banyak sekali hadis-hadis tentang kawan/sahabat ini. Ada pula pepatah Melayu mengatakan, “Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.” Lebih selesa rasanye dengan berkawan biar berpada jumlahnya, lihat kualiti, bukan kuantiti. Dan berkasih jangan cuma satu saja, kalau mampu, biar ramai. Kasihkan Allah, Rasul-Nya, pasangan (suami/isteri) , anak-anak, keluarga, kaum kerabat, jiran dan juga kawan atau sahabat. Baru betul! Tak gitu?

Allah SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049] ayat 13)

Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititik-beratkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” (Surah at-Taubah, ayat 119)

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadis Rasululah SAW yang bermaksud, “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya) .

3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Setelah kita dewasa, kita juga perlu berhati-hati memilih kawan kerana kita tidak mahu kawan-kawan yang melalaikan kita terhadap Maha Pencipta. Kawan yang baik membantu kita ke arah pencapaian matlamat, iaitu kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Kawan yang tidak baik hanya membantutkan usaha kita ke arah itu.

Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, “Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”

Sufyan Astsaury berkata, “Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:

1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.

4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, “Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”

Kemungkinan engkau berbuat kekeliruan (dosa), maka ditampakkan kepadamu segala kebaikan, oleh kerana persahabatanmu kepada orang yang jauh lebih rendah akhlak (iman) daripadamu.

Sebaik-baik sahabat

Dan sekiranya engkau berkawan seorang bodoh yang tidak menurutkan hawa nafsunya, lebih baik daripada berkawan dengan orang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya. Maka ilmu apakah yang dapat digelarkan bagi seorang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya itu, sebaliknya kebodohan apakah yang dapat disebutkan bagi seorang yang sudah dapat mengekang (menahan) hawa nafsunya.

Bagaimana akan dinamakan bodoh, seorang yang telah dapat menahan dan mengekang hawa nafsunya, sehingga membuktikan bahawa semua amal perbuatannya hanya semata-mata untuk keredhaan Allah SWT dan bersih dari dorongan hawa nafsu. Sebaliknya, apakah erti suatu ilmu yang tidak dapat menahan atau memimpin hawa nafsu dari sifat kebinatangan dan kejahatannya.

Dalam sebuah hadis ada keterangan : “Seorang itu akan mengikuti pendirian sahabat karibnya, kerana itu hendaknya seseorang itu memperhatikan, siapakah yang harus dijadikan kawan.”

Menurut ahli syair pula : “Sesiapa bergaul dengan orang-orang yang baik, akan hidup mulia. Dan yang bergaul dengan orang-orang rendah akhlaknya, pasti tidak mulia.”

Bersahabat dengan yang lebih rendah budi dan imannya sangat berbahaya, sebab persahabatan itu saling pengaruh-mempengaru hi, percaya-mempercayai sehingga dengan demikian sukar sekali untuk dapat melihat datu memperbaiki kesalahan sahabat yang kita sayangi, bahkan kesetiaan sahabat akan membela kita dalam kesalahan dosa kekeliruan itu, yang dengan itu kita pasti akan binasa kerananya.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya.

Renung-renungkan!





p/s: Berkawanlah dengan sesiape saje yg kamu nk selagi ade kebaikannye dan membawa pade kebaikan!! :P

Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..