Sabtu, 25 Disember 2010

Tanggungjawab

Bissmillah..

Penat 2-3 minggu menguruskan kehidupan di ostel.. Sekian kini ku telah berada di rumah.. Lari-lari masuk bilik.. Aucak!! mak aii.. katil baru! Meja solek pon baru?? Ayakk.. Almari lagi lah baru.. cermin tu kasi nampak satu badan baru puass.. haha.. Well akak ku da nak kawen.. Sume perabot baru tuh milik die.. Cess.. Takpe2.. tunggu sat agi umah baru siap.. Kan ku miliki sepertimu jua dengan menggunakan duit parents.. haha kejam~~ Tapi bukan ni yang aku cerita kan.. Masuk tahuk balik k..

Erm,, satu sem aku pegang tugas as bendahari sesebuah persatuan ni.. sampai lah sem baru buka.. Majlis pemilihan ajk2 baru.. Amek kau~~ pegang lah aku sebagai Timbalan Pengerusi dua.. Ape pasal la kamu orang sume pilih akak yang tak pandai satu habuk ni.. rela la akak korang ni pegang jawatan kutip-kutip duit~ lagi best buat muke tembok kutip duit dari muke tembok makan ati ari2.. Opss.. terlebeh suda.. huahuahuaa..

At least korang-korang semua percaya kat akak korang ni kan .. ( padahal aku tak la baik pon.. aku pon pelik asal lah korang2 pilih aku) huhuuu.. Counting nye counting.. da beberape minggu aku pegang jawatan tu.. Itu ini dah aku buat dengan bantuan korang-korang yang baik ati.. Satu je aku pikir.. ni semua tanggungjawab yang perlu kite & aku lakukan.. Bukan untuk orang lain.. untuk aku dan koran-korang jugak.. Aku pikir lagi.. Why me??? and aku temui jawapan nye.. Allah pilih aku~~ Yes!! its true! Allah dah pilih aku untuk bertanggungjawab amek tugas ni.. So,, aku kena buat ia dengan bersungguh-sungguh.. Yes! Aku kena buat semua ni.. Kalau aku tak ikhlas.. sia2 je aku bekerja keras.. Aku ikhlas Insya Allah.. Allah.. bantu lah aku.. :)

Abes cerite pasai satu tanggungjawab.. Tetibe2.. malam-malam hari dalam 2 hari lepas.. dalam pukul 11 mlm tak silap, aku dapat satu sms.. Ayakk~~ Kau tau ape tulis dalam mesej tersebut?? Salam.. anda terpilih untuk menjadi AJK dibawah biro disiplin kamsis.. Tahniah!! Sebarang informasi.. akan diberitahu kemudian!:) .. Ayyak~~ Mengucap panjang sambil menjerit2 aku.. Bukan happy loh.. Terkezut akak korang niyh~ Aku ngat aku isi main2 borang ri tu aku tak dapat.. Salah aku jugak aku gi letak biro disiplin kat tempat kosong tu pasaiii.. Amekk jawab lah akak oii.. Aku counting nye counting lagi.. Oh.. ini ujian untuk aku.. Allah pilih aku lagi.. its ok dear.. Aku try la wat keje ni sepenuh hati and sepenuh kudrat yang ade.. Insya Allah aku tau Dia mesti tolong aku..aku tak payah risau.. Tapi aku ingat kan sokmo diri aku n.. sila lah pandai bahagi mase aku study dengan semua tanggungjawab ni.. Study pon tanggungjawab k.. Jangan lah memain buat semua kerja ni..

Semua hamba Allah mempunyai tanggunjawab masing-masing.. Sesungguhnya semua itu datang dari Allah.. Terserah kita melaksanakan nya.. Jangan lupa juga tanggungjawab kita terhadap Nya.. Agama dan ibubapa.. (^^)



p/s: Kat sini aku nak promote Silat Cekak Ustaz Hanafi kat korang-korang semua~` Sesiape yang berminat nak join kami.. Sila hubungi kami.. Sekian Terima kaseh..

Jumaat, 3 Disember 2010

Padamu Selamanya


Sejenak .. ku imbasi kembali
Erti pelayaran usiaku
Ke timur ke barat
Dunia akhirat
Segalanya ..

Di tengah hangatnya kejahilan
Membakar hangus keimanan
Dan aku hanyut
Tiada berpaut
Layu sudah pedoman diriku

Kini bersendiri
Ku meniti hari
Ke kanan ke kiri
Ku menilai kembali

Jalan ku lalui
Dosa yang telah pergi
Walau tanpa ku sedari
Air mata membasahi

Terasakan ... terbuka
Kunci pintu hatiku
Timbullah ketenangan di jiwa yang keliru
Terurai kekusutan
Membaralah cinta
Milik-Mu Yang Esa
Selamanya...

Pada-Mu selamanya .. oh...
Selamanya...
p/s: Mahu seperti dulu.. (T.T)

Ahad, 28 November 2010

November

Alhamdulillah syukur sesangat dapat free kan mase nak tulis blog niyh.. sejak raye haji ari tu,, memang fulltime digunakan..tak sempat nak update kisah-kisah hari ku yang berlaku~~ November.. Maghi la tengok pic yang ditepek je yer.. tak larat citer banyak-banyak ni sebabnye.. banyak hari da tetangguh nk tulis niyh~~ Kisah bermula pagi tadi dan berundur ke belakang sampai la selepas raye korban yer..:) Penerangan ade lah sikit2.. turun bawah ni bace (^^)..


28 nov :Ni sape yang beria korek pasir ni??
Ni pagi tadi dekat Black Stone a.k.a batu itam je kott.. haha.. ayah ni bejanji pulak dengan anak die sorang tuh konon nye nak mandi pantai.. uuuu.. Maka janji dituntut dan saia dibawa pergi bersama..sebenornye saia xde geng nak mandi.. so tak mandi la.. takat celup-celup kaki sampai basah baju je mampu buat tadi. Air pasang kott tadi.. cam seram-seram je kat laut tadi.. awal tahun depan la kot pergi lagi yer:)
26 nov : Penat nunggu.. Bukan saia pon nak kawen~~ uuuuuuuu

Ni la nasib adek bakal pengantin.. dok ngekor la pergi sane.. beli belah la.. pergi sini ni tak kena lah.. hadoi la kan.. mujur la hang sorang ja ada.. ada kakak sepuloh gini.. habes-habes,, memang dok hostel tak balik umah dah tengok hang asyik gagau nak kawen jah na..

see... yang bawah ade niyh.. yang atas jugak nak capai.. mau takteduduk saia~~
You all semua.. jangan shopping kawen lambat-lambat tau.. Contoh: shopping sekaligus sedebokk gitu~ orang lain pulak tak larat.. nanti kalau la saia nak kawen.. awal2 dah plan kat mana nak beli.. and then saia beli la sket2 mana sempat~~ ha.. betui ka?? haha lantak lah kan .. saia yang kawen sume kena cakap ikut saia! hohoh.. ye dop??


25 nov: Kenangan terakhir ( sebelum tiga tahun akan datang la kan)
sekian lama ayah berperang naik turun YP nun kat tanjung lumpur nun.. akhirnya.. adekku selamat juga berlepas ke Morocco.. Walau tangis diiringi.. moga hatimu tabah disan!!!! chayok2!! miss you!! hohoho.. ( saia xde geng tanpa die.. (T.T) )

23 nov : Happy birthday to me!

20 sudah umurku.. rilex2.. muda lagi niyh~~ haha.. what the poyoss statement da.. bak kate kekanda saia.. hoho.. walopon xde kek ,, semua ucapan yang diberi mahupun face to face... FB.. msg enset celcom and maxis saia.. mahupun orang2 yang saia lak yang call diorg bgagitau birthdaysaia hari ni.. contoh: kekanda ku!! ayak.. apa da.... but Terima kaseh di atas ucapan semua-semua:) sayang kamu!!

19 nov- 25 nov : Kursus ABM : our team
Kursus yang sanagt penat dan memenatkan.. 5 hari kat tempat ni.. makan ,, buat keje.. ngulor.. tu je lah keje.. tapi ape-ape pon ilmu tu yang nak tu~~ &.. sijil!! hoho.. harap saia punye team dapat lah sijil kemahiran tu.. tak sia-sia pakai kasot safety tu kan.. :)




p/s: Dah tak larat da ni.. hanya mampu ngadu pada yang Esa.. aku resah!!! keliru jua~~

Khamis, 18 November 2010

Eidul Adha 2010

PERLAKSANAAN QURBAN

* Binatang yang diqurbankan daripada jenis unta, lembu atau kerbau, kambing biasa yang berumur dua tahun, jika biri-biri telah berumur satu tahun atau telah gugur giginya sesudah enam bulan meskipun belum cukup satu tahun.

* Binatang itu disyaratkan tidak cacat, tidak buta sebelah atau kedua-duanya, kakinya tidak pincang, tidak terlalu kurus, tidak terpotong lidahnya, tidak mengandung atau baru melahirkan anak, tidak berpenyakit atau berkudis. Binatang yang hendak disembelih itu mestilah sihat sehingga kita sayang kepadanya.

* Waktu menyembelihnya sesudah terbit matahari pada Hari Raya Haji dan sesudah selesai solat 'Id dan dua khutbah pendek, tetapi afdhalnya ialah ketika matahari naik segalah pada Hari Raya Hhaji sehingga tiga hari sesuadah Hari Raya Haji (hari-hari Tastriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah)

* Daging qurban sunnat, orang yang berkorban disunnatkan memakan sedikit daging qurbannya. Pembahagian daging qurban sunnat terdapat tiga cara yang utamanya adalah mengikut urutan sepererti berikut:

1. Lebih utama orang yang berqurban mengambil hati binatang qurbannya dan baki seluruh dagingnya disedekahkan

2. Orang yang berqurban itu mengambil satu pertiga daripada jumlah daging qurban, dua pertiga lagi disedekahkannya.

3. Orang yang berqurban mengambil satu pertiga daripada jumlah daging, satu pertiga lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu pertiga lagi dihadiahkan kepada orang yang mampu. Sabda Rasullullah s.a.w: "Makanlah oleh kamu sedekahkanlah dan simpanlah."


HIKMAH DAN FADHILAT

* Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.

* Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

* Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.

* Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.

* Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.

* Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."


Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
Gagau2 di hari raya~~
Bling2 Hari Raya di rumah Opah Atok


Hasil tangkapan ayah


Otak!!!!!!!! hahaha.. aku paling suke tepek pic otak ni.. why?? Coz ramai orang geli ngan organ niyh.. taktau la pasal.. kalau orang bandor geli takpe. ni orang2 lahir kat kampung pon pelik ke organ niyh.. aishh.. xlojik dungguh la.. hahaa..



Usus yang comel.. menjadi kegilaan famili ku.. huhuhu.. Hasil tangkapan ayah jugak niyh~~


Ni.. ayah ajar ikat macam ni.. Aku pon buat lah.. terror jugak aku ikat usus niyh..:P


Hamek.. da siap pon.. gagau la satu umah ngadap mende niyh.. nyummy2:)


Malam-malam pulak buat open house.. Untuk korang2 yang tak dijempot.. sorry k.. sebab ni khas untuk sedare mare belah mak:) kui3..
Pic: Aku yang dah lapor sangat nak ngadap Soto


Ni lah rupe Soto. Disebabkan kami ni berketurunan jawa... Maka, makannan ni lah yang terhidang.. Soto asal nye dari jawa.. belah johor tu.. tau la..:)


p/s: Huhuhu.. esok kena gi Kole Berang~~ Korang berjaya umpan aku ngan alaun 200 ringgit tu.. kalo dop.. haram dop pegi.. huhu..:P

Selasa, 16 November 2010

10 Zulhijjah Setahun Pemergiannya..

27 November 2009 ( 10 Zulhijjah 1430) Perginya Mak Su.. Setahun sudah pemergian orang yang sagat ku sayangi.. Moga Allah menempatkanya di tempat orang-orang yang beriman dan soleh..
Kenangan Aidilfitri bersamanya..

Maksu yang sempoi & sporting


Aku & Maksu - Aidilfitri


Paksu & Maksu - Wedding Along Farhana



Kenangan Mak Su & Pak Su mengerjakan Haji..



Setahun ketiadaannya sedikit menyepikan suasana.. Pergimu tiada ganti, Kami merindui mu... Al-Fatihah..

Keberangkatan ini pun tertulis lagi
tertanya-tanya siapa
malah bertimpa- timpa
akur oleh undangan jauh
tidak terduga
tidak tangguh

gerombolan ini pun berlalu pergi
dalam tenang rindu
tersenyum teduh
meninggalkan daerah kacau ini
hingga kami menggelepar
dikoyak rindu
digoncang sendu
berzikir riuh

hingga terlepas cinta dari pelukan
terlerai genggaman
terungkai ikatan
kekang satu demi satu
berturutan

dalam diam
jemputan beralas kias petanda
lembut terpanggil namamu disunyi pusara
tiada lagi usik mencuit hati
menyindiri begini
bagaimana aku harus tertawa.


Tinggal Kenangan...



p/s : Esok Hari Raya Qurban.. Ayah wakilkan kami ziarah maksu yer..


Isnin, 15 November 2010

Mengapa perlu berkahwin??

Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".


Mengapa Perlu Berkahwin ?

Persoalan di atas adalah soal pokok terutamanya mereka yang akan berkahwin, 'bercouple', dan juga kepada mereka yang tidak mahu berkahwin samada takut, risau, serta ada alasan yang lain. (Kecuali mereka yang mempunyai penyakit yang boleh mendatangkan bahaya atau kecacatan kepada pasangan seperti HIV, AIDS, sopak dan kusta. Serta mereka yang mempunyai sikap yang jahat, tidak mahu/mampu memberi nafkah kepada isteri, mahu mendera dan membalas dendam ke atas isteri/suami).

Apa sebenarnya perkahwinan? Perkahwinan sebenarnya adalah untuk menyahut seruan fitrah manusia yang telah difitrahkan oleh Allah. Manusia mempunyai keinginan dan kehendak terutamnya di dalam persoalan seksual. Islam telah menetapkan jalan di mana perkahwinan sahajalah yang menjadi penyelesai masalah bagi memenuhi tuntutan tersebut.

Dari Abi Samrah r.a menyatakan :
"Nabi melarang daripada hidup membujang."
(Riwayat at Tirmidzi dalam kitab perkahwinan, bab meninggalkan perkahwinan).

Saad bin Abi Waqqas r.a berkata :
"Rasulullah telah menolak permohonan Osman bin Maz'un untuk hidup membujang. Kalaulah Rasulullah membenarkannya nescaya kami akan mengembiri."
(Riwayat Muslim dlam Kitab Nikah, bab sunat berkahwinan bagi sesiapa yang berkeinginan, nombor 1402).

Di zaman ini, lihatlah, terdapat antara kita yang mempunyai keinginan tetapi disalurkan di jalan yang dimurkai Allah. Ada yang menolak perkahwinan tetapi mereka tidak dapat membendung keinginan serta menjauhkan diri dari fitnah terhadap lelaki dan wanita. Ia sendiri tidak dapat menjaga diri dari anasir yang tidak elok. Akhirnya ada yang telah menghampiri kepada zina serta menjerumuskan diri di dalamnya. Anak-anak luar nikah dikandungnya, ada yang dibunuh, dibuang, dan juga dibela.

Ada juga yang mengatakan ingin sahaja membela anak angkat. Sayangnya di dalam Islam, anak angkat tidak pula dibolehkan mewarisi hartanya. Di masa tua pula, ia tetap juga merasa kesepian dan kelainan disebabkan anak yang dibela sejak kecil tetap bukan anak dari darah dagingnya sendiri.

Perkahwinan untuk melahirkan keturunan yang soleh dan berkualiti

Sabda RasuluLLah s.a.w yang bererti :
"Kahwinilah perempuan yang pengasih dan mampu melahirkan ramai anak kerana aku berbangga dengan umatku yang ramai pada hari kiamat."
(Riwayat Abu Daud dalam sunannya : KItab nikah, bab larangan daripada menikahi perempuan yang tidak boleh melahirkan anak, nombor 2050; An Nasai dalam kitab nikah, bab makruh mengahwini perempuan mandul, nombor 65/6)

Dengan jalan yang halal ini, maka ia dapat membentuk institusi kekeluargaan sekaligus institusi masyarakat Islam yang dipenuhi dengan generasi yang berkualiti. Jauh bezanya dengan anak yang lahir dari perbuatan zina. Mereka adalah generasi yang terbuang yang tidak mengenali sama sekali siapakah ibu dan ayah mereka. Mereka lahir dalam keadaan jiwa yang membenci dan dendam kepada kedua orang tuanya, masyarakat sekeliling dan manusia keseluruhannya.

Jiwa tenang dengan jalan pernikahan

Perkahwinan yang halal akan menghasilkan ketenangan dan ketenteraman.
Firman ALLah ta'ala yang bererti :
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki,) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir".
(Ar Rum :21)

Berapa ramai manusia yang menolak perkahwinan fikiran dan hatinya tidak berasa tenang, tiada teman untuk dikongsi masalah? Tidak dapat merasakan hubungan halal antara lelaki dan wanita melalui jalan perkahwinan? Fikiran sentiasa runsing dengan masalah-masalah yang tidak terluah yang mengegarkan jiwa dan fikiran, perasaannya tertekan, kemurungan lalu membawa kepada perasaan malu dan pesimis.

Perkahwinan meluaskan persaudaraaan dan membina prinsip kerjasama.

Sebelum perkahwinan - kita akan fikir untuk hidup buat diri sendiri sahaja. Kurang bertanggungjawab dan kematangan dalam pengurusan hidup. Solat bersendirian, berdoa, tawa dan tangis juga berseorangan.

Sebelum berkahwin - tidak banyak ilmu yang ditimba untuk menjadikan diri sebagai individu Muslim yang dapat menjalankan tugas sebagai khalifah yang lebih sempurna. Kita tidak kenal istilah suami dan isteri, ibu dan bapa serta anak. Tidak juga mengetahui apa itu munakahat yang menyentuh tentang bab kekeluargaan seperti talaq, khuluq, hadonah (hak penjagaan anak), aqiqah dan sebagainya. Maka dengan jalan perkahwinan menjadikan diri bersiap sedia dengan ilmu untuk menguruskan sebuah keluarga. Seorang suami sebagai imam solat dan pemimpin, isteri sebagai teman dan pendokong kepada suaminya di kala susah dan senang.

Isteri akan membantu suami di dalam urusan seharian, makan pakainya, tempat tinggal dan anak-anak. Suami pula akan bersama di dalam mencari rezeki yang halal, mempertahankan, melindungi dan memelihara kehormatan isteri.

Dengan jalan halal yang telah digariskan oleh Islam, daerah persaudaraan akan semakin meluas. Saling kenal mengenali antara sesama dua keluarga yang telah disatukan di atas jalan ini. Ia akan melahirkan suatu ikatan baru dan saling berkasih sayang antara satu dengan yang lain.

Carilah saluran yang halal, dengan jalan perkahwinan dapat menjamin kesejahteraan masyarakat, menyebarkan kebaikan, penjagaan akhlak serta pengekalan keturunan manusia.

"Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, ALLah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana ALlah amat luas (rahmat dan limpah kurnia-Nya), lagi amat mengetahui".
(An Nur : 32)


Kak Salma(My kazen) & Bro Syukri - Hari ke-3 Aidilfitri 2010

Akh Ikram & Along Ct Aisyah (My Kazen) - Oct 2010

Akh Imran Zain & Kak Asma' (My Kazen) - 13 Nov 2010


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

p/s : Bagi kekanda ku Nur Adillah.. Sabar menghadapi dugaan.. Hari mu bakal tiba.. Moga dipermudahkan segala urusan bersama Ustaz S.. 5 Februari 2011 Insya Allah..


Ahad, 14 November 2010

HangOutSiblings

Jalan-jalan bersama adik-beradik: Just tengok pic je yer..:)


My Big Bro & Adek

Korang kalau makan tu tak hingat dunia kan?? (aku pon same)


My Only Sis & Me


Erm.. ntah la korang..

p/s: Kalau korang2 bersama adek beradek korang yang telah bekerja.. baik korang paw kaw2 diorg die sebelom diorg kawen..:) - kah2..

Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..