Ahad, 28 November 2010

November

Alhamdulillah syukur sesangat dapat free kan mase nak tulis blog niyh.. sejak raye haji ari tu,, memang fulltime digunakan..tak sempat nak update kisah-kisah hari ku yang berlaku~~ November.. Maghi la tengok pic yang ditepek je yer.. tak larat citer banyak-banyak ni sebabnye.. banyak hari da tetangguh nk tulis niyh~~ Kisah bermula pagi tadi dan berundur ke belakang sampai la selepas raye korban yer..:) Penerangan ade lah sikit2.. turun bawah ni bace (^^)..


28 nov :Ni sape yang beria korek pasir ni??
Ni pagi tadi dekat Black Stone a.k.a batu itam je kott.. haha.. ayah ni bejanji pulak dengan anak die sorang tuh konon nye nak mandi pantai.. uuuu.. Maka janji dituntut dan saia dibawa pergi bersama..sebenornye saia xde geng nak mandi.. so tak mandi la.. takat celup-celup kaki sampai basah baju je mampu buat tadi. Air pasang kott tadi.. cam seram-seram je kat laut tadi.. awal tahun depan la kot pergi lagi yer:)
26 nov : Penat nunggu.. Bukan saia pon nak kawen~~ uuuuuuuu

Ni la nasib adek bakal pengantin.. dok ngekor la pergi sane.. beli belah la.. pergi sini ni tak kena lah.. hadoi la kan.. mujur la hang sorang ja ada.. ada kakak sepuloh gini.. habes-habes,, memang dok hostel tak balik umah dah tengok hang asyik gagau nak kawen jah na..

see... yang bawah ade niyh.. yang atas jugak nak capai.. mau takteduduk saia~~
You all semua.. jangan shopping kawen lambat-lambat tau.. Contoh: shopping sekaligus sedebokk gitu~ orang lain pulak tak larat.. nanti kalau la saia nak kawen.. awal2 dah plan kat mana nak beli.. and then saia beli la sket2 mana sempat~~ ha.. betui ka?? haha lantak lah kan .. saia yang kawen sume kena cakap ikut saia! hohoh.. ye dop??


25 nov: Kenangan terakhir ( sebelum tiga tahun akan datang la kan)
sekian lama ayah berperang naik turun YP nun kat tanjung lumpur nun.. akhirnya.. adekku selamat juga berlepas ke Morocco.. Walau tangis diiringi.. moga hatimu tabah disan!!!! chayok2!! miss you!! hohoho.. ( saia xde geng tanpa die.. (T.T) )

23 nov : Happy birthday to me!

20 sudah umurku.. rilex2.. muda lagi niyh~~ haha.. what the poyoss statement da.. bak kate kekanda saia.. hoho.. walopon xde kek ,, semua ucapan yang diberi mahupun face to face... FB.. msg enset celcom and maxis saia.. mahupun orang2 yang saia lak yang call diorg bgagitau birthdaysaia hari ni.. contoh: kekanda ku!! ayak.. apa da.... but Terima kaseh di atas ucapan semua-semua:) sayang kamu!!

19 nov- 25 nov : Kursus ABM : our team
Kursus yang sanagt penat dan memenatkan.. 5 hari kat tempat ni.. makan ,, buat keje.. ngulor.. tu je lah keje.. tapi ape-ape pon ilmu tu yang nak tu~~ &.. sijil!! hoho.. harap saia punye team dapat lah sijil kemahiran tu.. tak sia-sia pakai kasot safety tu kan.. :)




p/s: Dah tak larat da ni.. hanya mampu ngadu pada yang Esa.. aku resah!!! keliru jua~~

Khamis, 18 November 2010

Eidul Adha 2010

PERLAKSANAAN QURBAN

* Binatang yang diqurbankan daripada jenis unta, lembu atau kerbau, kambing biasa yang berumur dua tahun, jika biri-biri telah berumur satu tahun atau telah gugur giginya sesudah enam bulan meskipun belum cukup satu tahun.

* Binatang itu disyaratkan tidak cacat, tidak buta sebelah atau kedua-duanya, kakinya tidak pincang, tidak terlalu kurus, tidak terpotong lidahnya, tidak mengandung atau baru melahirkan anak, tidak berpenyakit atau berkudis. Binatang yang hendak disembelih itu mestilah sihat sehingga kita sayang kepadanya.

* Waktu menyembelihnya sesudah terbit matahari pada Hari Raya Haji dan sesudah selesai solat 'Id dan dua khutbah pendek, tetapi afdhalnya ialah ketika matahari naik segalah pada Hari Raya Hhaji sehingga tiga hari sesuadah Hari Raya Haji (hari-hari Tastriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah)

* Daging qurban sunnat, orang yang berkorban disunnatkan memakan sedikit daging qurbannya. Pembahagian daging qurban sunnat terdapat tiga cara yang utamanya adalah mengikut urutan sepererti berikut:

1. Lebih utama orang yang berqurban mengambil hati binatang qurbannya dan baki seluruh dagingnya disedekahkan

2. Orang yang berqurban itu mengambil satu pertiga daripada jumlah daging qurban, dua pertiga lagi disedekahkannya.

3. Orang yang berqurban mengambil satu pertiga daripada jumlah daging, satu pertiga lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu pertiga lagi dihadiahkan kepada orang yang mampu. Sabda Rasullullah s.a.w: "Makanlah oleh kamu sedekahkanlah dan simpanlah."


HIKMAH DAN FADHILAT

* Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.

* Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

* Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.

* Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.

* Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.

* Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."


Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
Gagau2 di hari raya~~
Bling2 Hari Raya di rumah Opah Atok


Hasil tangkapan ayah


Otak!!!!!!!! hahaha.. aku paling suke tepek pic otak ni.. why?? Coz ramai orang geli ngan organ niyh.. taktau la pasal.. kalau orang bandor geli takpe. ni orang2 lahir kat kampung pon pelik ke organ niyh.. aishh.. xlojik dungguh la.. hahaa..



Usus yang comel.. menjadi kegilaan famili ku.. huhuhu.. Hasil tangkapan ayah jugak niyh~~


Ni.. ayah ajar ikat macam ni.. Aku pon buat lah.. terror jugak aku ikat usus niyh..:P


Hamek.. da siap pon.. gagau la satu umah ngadap mende niyh.. nyummy2:)


Malam-malam pulak buat open house.. Untuk korang2 yang tak dijempot.. sorry k.. sebab ni khas untuk sedare mare belah mak:) kui3..
Pic: Aku yang dah lapor sangat nak ngadap Soto


Ni lah rupe Soto. Disebabkan kami ni berketurunan jawa... Maka, makannan ni lah yang terhidang.. Soto asal nye dari jawa.. belah johor tu.. tau la..:)


p/s: Huhuhu.. esok kena gi Kole Berang~~ Korang berjaya umpan aku ngan alaun 200 ringgit tu.. kalo dop.. haram dop pegi.. huhu..:P

Selasa, 16 November 2010

10 Zulhijjah Setahun Pemergiannya..

27 November 2009 ( 10 Zulhijjah 1430) Perginya Mak Su.. Setahun sudah pemergian orang yang sagat ku sayangi.. Moga Allah menempatkanya di tempat orang-orang yang beriman dan soleh..
Kenangan Aidilfitri bersamanya..

Maksu yang sempoi & sporting


Aku & Maksu - Aidilfitri


Paksu & Maksu - Wedding Along Farhana



Kenangan Mak Su & Pak Su mengerjakan Haji..



Setahun ketiadaannya sedikit menyepikan suasana.. Pergimu tiada ganti, Kami merindui mu... Al-Fatihah..

Keberangkatan ini pun tertulis lagi
tertanya-tanya siapa
malah bertimpa- timpa
akur oleh undangan jauh
tidak terduga
tidak tangguh

gerombolan ini pun berlalu pergi
dalam tenang rindu
tersenyum teduh
meninggalkan daerah kacau ini
hingga kami menggelepar
dikoyak rindu
digoncang sendu
berzikir riuh

hingga terlepas cinta dari pelukan
terlerai genggaman
terungkai ikatan
kekang satu demi satu
berturutan

dalam diam
jemputan beralas kias petanda
lembut terpanggil namamu disunyi pusara
tiada lagi usik mencuit hati
menyindiri begini
bagaimana aku harus tertawa.


Tinggal Kenangan...



p/s : Esok Hari Raya Qurban.. Ayah wakilkan kami ziarah maksu yer..


Isnin, 15 November 2010

Mengapa perlu berkahwin??

Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".


Mengapa Perlu Berkahwin ?

Persoalan di atas adalah soal pokok terutamanya mereka yang akan berkahwin, 'bercouple', dan juga kepada mereka yang tidak mahu berkahwin samada takut, risau, serta ada alasan yang lain. (Kecuali mereka yang mempunyai penyakit yang boleh mendatangkan bahaya atau kecacatan kepada pasangan seperti HIV, AIDS, sopak dan kusta. Serta mereka yang mempunyai sikap yang jahat, tidak mahu/mampu memberi nafkah kepada isteri, mahu mendera dan membalas dendam ke atas isteri/suami).

Apa sebenarnya perkahwinan? Perkahwinan sebenarnya adalah untuk menyahut seruan fitrah manusia yang telah difitrahkan oleh Allah. Manusia mempunyai keinginan dan kehendak terutamnya di dalam persoalan seksual. Islam telah menetapkan jalan di mana perkahwinan sahajalah yang menjadi penyelesai masalah bagi memenuhi tuntutan tersebut.

Dari Abi Samrah r.a menyatakan :
"Nabi melarang daripada hidup membujang."
(Riwayat at Tirmidzi dalam kitab perkahwinan, bab meninggalkan perkahwinan).

Saad bin Abi Waqqas r.a berkata :
"Rasulullah telah menolak permohonan Osman bin Maz'un untuk hidup membujang. Kalaulah Rasulullah membenarkannya nescaya kami akan mengembiri."
(Riwayat Muslim dlam Kitab Nikah, bab sunat berkahwinan bagi sesiapa yang berkeinginan, nombor 1402).

Di zaman ini, lihatlah, terdapat antara kita yang mempunyai keinginan tetapi disalurkan di jalan yang dimurkai Allah. Ada yang menolak perkahwinan tetapi mereka tidak dapat membendung keinginan serta menjauhkan diri dari fitnah terhadap lelaki dan wanita. Ia sendiri tidak dapat menjaga diri dari anasir yang tidak elok. Akhirnya ada yang telah menghampiri kepada zina serta menjerumuskan diri di dalamnya. Anak-anak luar nikah dikandungnya, ada yang dibunuh, dibuang, dan juga dibela.

Ada juga yang mengatakan ingin sahaja membela anak angkat. Sayangnya di dalam Islam, anak angkat tidak pula dibolehkan mewarisi hartanya. Di masa tua pula, ia tetap juga merasa kesepian dan kelainan disebabkan anak yang dibela sejak kecil tetap bukan anak dari darah dagingnya sendiri.

Perkahwinan untuk melahirkan keturunan yang soleh dan berkualiti

Sabda RasuluLLah s.a.w yang bererti :
"Kahwinilah perempuan yang pengasih dan mampu melahirkan ramai anak kerana aku berbangga dengan umatku yang ramai pada hari kiamat."
(Riwayat Abu Daud dalam sunannya : KItab nikah, bab larangan daripada menikahi perempuan yang tidak boleh melahirkan anak, nombor 2050; An Nasai dalam kitab nikah, bab makruh mengahwini perempuan mandul, nombor 65/6)

Dengan jalan yang halal ini, maka ia dapat membentuk institusi kekeluargaan sekaligus institusi masyarakat Islam yang dipenuhi dengan generasi yang berkualiti. Jauh bezanya dengan anak yang lahir dari perbuatan zina. Mereka adalah generasi yang terbuang yang tidak mengenali sama sekali siapakah ibu dan ayah mereka. Mereka lahir dalam keadaan jiwa yang membenci dan dendam kepada kedua orang tuanya, masyarakat sekeliling dan manusia keseluruhannya.

Jiwa tenang dengan jalan pernikahan

Perkahwinan yang halal akan menghasilkan ketenangan dan ketenteraman.
Firman ALLah ta'ala yang bererti :
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki,) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir".
(Ar Rum :21)

Berapa ramai manusia yang menolak perkahwinan fikiran dan hatinya tidak berasa tenang, tiada teman untuk dikongsi masalah? Tidak dapat merasakan hubungan halal antara lelaki dan wanita melalui jalan perkahwinan? Fikiran sentiasa runsing dengan masalah-masalah yang tidak terluah yang mengegarkan jiwa dan fikiran, perasaannya tertekan, kemurungan lalu membawa kepada perasaan malu dan pesimis.

Perkahwinan meluaskan persaudaraaan dan membina prinsip kerjasama.

Sebelum perkahwinan - kita akan fikir untuk hidup buat diri sendiri sahaja. Kurang bertanggungjawab dan kematangan dalam pengurusan hidup. Solat bersendirian, berdoa, tawa dan tangis juga berseorangan.

Sebelum berkahwin - tidak banyak ilmu yang ditimba untuk menjadikan diri sebagai individu Muslim yang dapat menjalankan tugas sebagai khalifah yang lebih sempurna. Kita tidak kenal istilah suami dan isteri, ibu dan bapa serta anak. Tidak juga mengetahui apa itu munakahat yang menyentuh tentang bab kekeluargaan seperti talaq, khuluq, hadonah (hak penjagaan anak), aqiqah dan sebagainya. Maka dengan jalan perkahwinan menjadikan diri bersiap sedia dengan ilmu untuk menguruskan sebuah keluarga. Seorang suami sebagai imam solat dan pemimpin, isteri sebagai teman dan pendokong kepada suaminya di kala susah dan senang.

Isteri akan membantu suami di dalam urusan seharian, makan pakainya, tempat tinggal dan anak-anak. Suami pula akan bersama di dalam mencari rezeki yang halal, mempertahankan, melindungi dan memelihara kehormatan isteri.

Dengan jalan halal yang telah digariskan oleh Islam, daerah persaudaraan akan semakin meluas. Saling kenal mengenali antara sesama dua keluarga yang telah disatukan di atas jalan ini. Ia akan melahirkan suatu ikatan baru dan saling berkasih sayang antara satu dengan yang lain.

Carilah saluran yang halal, dengan jalan perkahwinan dapat menjamin kesejahteraan masyarakat, menyebarkan kebaikan, penjagaan akhlak serta pengekalan keturunan manusia.

"Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, ALLah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana ALlah amat luas (rahmat dan limpah kurnia-Nya), lagi amat mengetahui".
(An Nur : 32)


Kak Salma(My kazen) & Bro Syukri - Hari ke-3 Aidilfitri 2010

Akh Ikram & Along Ct Aisyah (My Kazen) - Oct 2010

Akh Imran Zain & Kak Asma' (My Kazen) - 13 Nov 2010


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

p/s : Bagi kekanda ku Nur Adillah.. Sabar menghadapi dugaan.. Hari mu bakal tiba.. Moga dipermudahkan segala urusan bersama Ustaz S.. 5 Februari 2011 Insya Allah..


Ahad, 14 November 2010

HangOutSiblings

Jalan-jalan bersama adik-beradik: Just tengok pic je yer..:)


My Big Bro & Adek

Korang kalau makan tu tak hingat dunia kan?? (aku pon same)


My Only Sis & Me


Erm.. ntah la korang..

p/s: Kalau korang2 bersama adek beradek korang yang telah bekerja.. baik korang paw kaw2 diorg die sebelom diorg kawen..:) - kah2..

Khamis, 11 November 2010

Dunia tanpa 'Jurutera'

Bayangkan Hidup ini tanpa 'Jurutera'..

Mesti korang-korang & kite-kite terkapai-kapai guane nak hidup senang an2.. Korang nak tengok tv.. Korang buat la gune kotak. pastu korang belakon la sesama sendiri.. And then sampai bile korang nak dudok kat bawah pokok je berteduh.. Gi melancong jalan kaki.. boleyh??Contoh je la kan.. Susah rupenye takde Jurutera dalam hidupkite ni.. Lagi susah takde jurutera untuk membetulkan kehidupan dunia kite sebenar.. Ape yang nak disampaikan kat sini.. Jurutera mengemudikan hati kite.. selain dari diri sendiri... siapakah orang lain yang mempunyai ilmu yang dapat mengemudikan kite ke jalan yang betui??? Jurutera!!! yer.. Jurutera.. Korang bace je lah kat bawah ni..

Al-kisah, diriwayatkan dalam satu kitab klasik yang tidak diketahui asal usulnya, diceritakan sebuah hikayat oleh para penglipur lara. Kisah ini telah diubah suai bagi memodenkan cerita dengan keadaaan semasa. Kalau tak barangkali akan dituduh jumud, kolot dan sebagainya. Maklumla..

Follow this story k:
Bermulanya hikayat ini apabila Leman ingin menjelajah dunia dengan kereta sakti bernama Proton. Leman ingin menuju ke satu destinasi yang jauh dimana disitulah bagi Leman kebahagiaan abadi kan diketemuinya.

Maka dipendekkan hikayat, kereta sakti Leman telah rosak diperjalanan. Itulah kuasa Tuhan. Sesakti mana pun kereta itu pasti akan rosak akhirnya. Sedang Leman pergi mendapatkan bantuan, muncul seorang puteri cantik bestari ingin membantu. Puteri itu dikenali sebagai Tun Siti.

Leman yang dalam kesusahan itu dengan hati terbuka kedatangan Tun Siti yang ingin menghulurkan bantuan. "Hamba rasa, kereta sakti ini rosak kerana petrol digunakan sebagai bahan bakar" "Kenapa Tun Siti berkata demikian? Bukankah petrol itu bahan wajib untuk kereta!?"

"Itulah, cuba tuan hamba fikir, siapakah yang mencipta kereta? LELAKI bukan? Jurutera itu seorang LELAKI.

''Maka sudah tentu akalnya pendek sebab lelaki ini hanya suka mengikut nafsu sahaja"

"Idea WANITA tidak pernah LELAKI ambil kisah. Kalau ditanyakan pada wanita, sudah tentu air menjadi bahan bakarnya. Sudah lah mudah untuk didapati, tidak mencemarkan alam pula. Dalam buku hikmat jurutera, hamba lihat semuanya telah ditafsirkan berdasarkan kepala otak s lelaki saja. Kalau nak guna untuk lelaki sahaja tidak mengapa, tetapi mengapa kereta sakti untuk wanita pun lelaki yang cipta. Otak jurutera-jurutera itu semua biol-biol belaka."

"Tetapi Tun Siti, bukankah sifat air itu tidak boleh membakar?" Bidas Leman.

"Ah..itulah. Tuan hamba pun lelaki. Ini semua hasil otak-otak biol jurutera-jurutera kolot tu. Zaman sudah berubah tuan hamba. Kerana petrol manusia berperang. Kalau air kan mudah. Patut penciptaan kereta ini berubah mengikut zaman. Pendapat wanita perlu diambil kira...!"

"Buku hikmat jurutera patik baca dalam terjemahan Inggeris tidak pernah mengatakan bahan bakar itu mesti dari petrol. Hanya dari otak-otak biol si jurutera LELAKI itulah datangnya idea begitu. Menyusahkan wanita sahaja." - Bebel Tun Siti lagi..

Tidak lama kemudian, datang pula eorang lelaki. Memperkenalkan dirinya sebagai Kasim Baba.

Setelah mendengar perbalahan antara Leman dan Tun Siti, Kasim Baba pun berbicara. "Kata-kata Tun Siti ada betulnya. Zaman sudah berubah. Idea menggunakan petrol perlu difikirkan semula. Dan hamba fikir, sebab adanya tayar, kereta sakti tuan hamba ni tidak boleh bergerak." Kasim Baba memanaskan suasana..

"Ya Kasim Baba...! Tayar kan komponen utama untuk kereta. Kalau tiada tayar, tidaklah ia bernama kereta.!" (SEronok ar kene backup an..)

"Zaman sudah berubah Tuan hamba...Tayar itu juga idea kolot jurutera-jurutera kereta dahulukala. Mereka mencipta-cipta barang yang tidak ada dalam buku hikmat jurutera. Idea itu untuk kepentingan sahabat-sahabat mereka yang menjadi tauke getah."

"Kereta sakti Tuan Hamba ini tidak sesuai kerana ada tayar. Tayar kalau sudah hilang bunganya akan dibuang dan akhirnya akan mencemarkan alam...! Zaman moden ini, kereta perlu berubah. Bukan zaman mengikut kereta."

Leman berasa sangsi. Tun Siti dan Kasim Baba saling sokong menyokong. Kemudian datanglah pula seorang mekanik yang secara kebetulan lalu disitu. Setelah melihat hal yang berlaku, maka berkatalah si mekanik. "Leman, Tuan Hamba telah ditipu oleh Tun Siti dan Kasim Baba. Kalau dah namanya kereta, kenalah ada tayar dan petrol untuk menggerakkan kereta. Kalau tiada tayar, namanya kapal layar atau burung besi. Kalau tiada petrol namanya kereta lembu. Kereta sakti ni rosak sebab tuan hamba lupa menggantikan minyak hitamnya sahaja."

"Tengok, si kolot sudah datang. Dahlah pakaiannya kotor. Mereka semua ni satu perguruan dengan jurutera-jurutera kolot tu. Percayalah kata kami..."

"Wahai Tun Siti dan Kasim Baba, hamba ni mekanik. Jadi hamba tahulah mana yang rosak."

"Mekanik jumud! Zaman sudah berubah. Bukan mekanik dan jurutera kereta sahaja yang berhak dalam hal-hal kereta sakti tau. Lagipun semua orang kini sudah ada kereta sakti. Jadi, semua ada hak untuk berbicara pasal kereta sakti dan mengubah suai ikut sesedap kami."


"Air mesti digunakan mengantikan petrol!"

"Tayar mesti dibuang!"

Inilah sebahagian sedutan hikayat dari kitab klasik yang ditemui.


Tengok sini!
Catatan : Cereka ini ditulis setelah membaca artikel Zainah Anwar, Executive Director Sister In Islam di dalam majalah Time. Keluaran 10 Mac 2003. (Korang korang gi lah cari artikel niyh..) Artikel tersebut bertajuk Ending The Patriarchy.

Kita seharusnya berasa kesal, terdapat pertubuhan yang kununnya menggunakan nama Islam, tetapi tidak pernah menghormati pendapat ulama-ulama. Apa yang ditulis oleh Zainah Anwar, secara tidak langsung telah menolak pendapat-pendapat kesemua Imam Mazhab yang empat.

Islam tidak pernah mengasingkan atau mendiskriminasikan wanita. Kalau malas sangat nak buka kitab-kita hadis, buku terbaru Dr HM Tuah Iskandar, Membina Hati Bahagia banyak mengandungi hadis yang mana Islam sangat memuliakan wanita. Malah, Sayyidatina Aisyah setelah wafat Rasulullah saw, menjadi rujukan para sahabat dalam pelbagai ilmu pengetahuan. Kita-kita je malas nak membaca.. Kempen membca bukan maen lagi buat.. Bace nye pon idok juge..


Perlu ke pertubuhan niyh?? - I don't think so..



Akhiran.. Semoga kita semua sentiasa dalam naungan rahmat dan hidayah Allah swt.

Sok sek sok sek sket.. : Kalau dalam majalah sebenar, ada gambar beliau yang tidak bertudung sebab bagi SIS, tudung itu adalah adat orang Arab. Dan itu adalah resolusi dalam Kuala Lumpur Islamic Forum, dimana apabila diumumkan tudung itu tidak wajib, tepukan gemuruh bergema di forum tersebut, tahun lepas. Wana'uzubillah.


Watak dalam story:
* Leman - umat Islam
* Tun Siti - pejuang kebebasan wanita
* Kasim Baba - golongan anti-hadis * mekanik / jurutera - ulama'
* kereta - Islam * buku hikmat jurutera - al-Quran
* tayar - al-hadith
* petrol - ijtihad ulama' berdasarkan alQuran & Hadith
* air - pendapat yang mengikut logik akal semata-mata



p/s : Banyak-banyak kan lah membaca supaye korang tak terpesong kelak.. Cari ilmu banyak2.. Jangan suke sangat buat spekulasi yg tak bemoral..

Khamis, 4 November 2010

Selamat Tinggal Semester 5..


Alhamdulillah .. melangkah masuk ke Final exam.. walaupun persedian yang kurang mantap.. 4 paper dah pun selesai dijawab dengan tabahnye.. huhu.. Seterusnya berjuang untuk 2 paper lagi.. MUET lagi.. Moga semua dapat jawab dengan tenang.. :)

Selamat tinggal semester 5.. Untuk kawan2.. apa yang kita lalui semester ni,, simpanlah ia sebagai kenangan..Sebagai mengimbau kenangan kita.. ku tepekkan kenangan2 itu dibawah..:)

Mesra Awam Sesi Jun 2010
Mesra Awam kali tak besh sangat sebab kiteorg xdapat pon adiah.. penah guling-guling tengah padang, siap peluh-peluh agi main game ikat kaki la,, sambut belon air la.. bekorban kulit muke sampai itam lagi.. tak ke penat tu.?. last2 dapat la makan free.. ha.. sedap jugak la.. gulai kawah.. nasik melimpah ruah atas polistrien.. haha.. dah oarang bagi.. amek la.. rezeki tu.. nyum2.. Lepas penat balik bilik .. tedampar macam dugong.. Time u tak ngat dunia dah.. abeh zohor telewat sket.. huhuhuii. takpe2.. sem depan sem last Mesra Awam.. tengok la nanti.. hahahaa...

Skuad Demo : Penutupan Kamsis

Jeng2.. Hebat kan kami:) (terbangga pulak.. Astaghfirullah..) Ni lah first time saye buat demo depan orang ramai. uu.. ratus2 mata kott tengok saye ( kami la..) Tangan punye la ketor time buat demo niyh.. keraskan badan!! Punye lah nak cover sampai tak gugup boleh jadi gugup yang laen2.. haha.. Yang tak puas ati nye.. muke saye yang c***l ni tak clear dalam video yang diorg2 amek.. frustt ni.. huu.. ke korag2 saje sabotaj saye? Ha.. Tapi reda kan je lah.. huhuhu.. Bangge satu team ngan korang! Korang best!!! Thanx tuk kenangan niyh:)

Site Investigation Semuji

Saat-saat kita di dera bersama.. maseh ade peluang untuk kite bergembira wahai classmate ku.. hohoi.. Time ni lah kami besusah payah buat test demi memenuhi hasrat pensyarah-pensyarah di Poly.. Kami dikerah abes-abesan buat ujikaji tanah kat sini.. Ni satu lagi kes yang kami redai.. huhuhu.. Tapi takpe.,, Disebabkan saye buat kerja ngan korang-korang yang best,, sambil makan durian pulak tu, saye relakan jugak buat keje.. Tak boleyh tahan lor tengok durian kan korang-korang..(^^)



Cabaran 1 dalam 10000 : Dataran Merdeka

Sekian lama ditunggu-tunggu, akhirnya kami menjejakan kaki ke Dataran Merdeka dengan selamat. Memikul nama Persatuan menunaikan tanggungjawab! Accewah.. Cabaran 1 dalam 10000 memberi juta-juta kenangan terindah buat kami sepersatuan. Kemuncaknya,, kita dapat memecahkan rekod Pesilat wanita paling ramai & Perhimpunan demo silat paling besawww punye!!! Ku panjatkan kesyukuran pada Mu memberi peluang menyertai mereka:)..


Serang!!! : Kebun Bukit Quin

Ow.. korang dengan lahapnye menyerang kebun ku.. Memang dialu-alukan pon.. TQ diucapkan kepada kamu-kamu semua yang sudi hadir ke kebun ku yang indah ( tak caye datang la sendiri tengok indah tak indahnye kebun ku :P ) Sebab ade kamu-kamu semua ni.. senang la keje kami-kami ni nak perabeh buah-buahan yang dok begayot atas pokok tu.. Baru 2 pokok korang dah mengeluh eakk.. Belum satu kebun agi.. haha.. padan muke korang kene seksa.. Musim buah tahun depan akan ku jempot kamu-kamu semua lagi ke kebun kami.. hahaha.. Jangan segan-segan lak najk datang.. Compom korang kekenyaganlah!


Latihan Bersama : SMK SERI MAHKOTA

Usaha tangga kejayaan! Usaha kami tak sia-sia. Sebab tu la dapat gi dataran Merdeka ari tu.. Ini lah usaha kami .. buat training sane-sini.. Untuk adek-adek.. Korang memang cepat blajar steps.. kukui.. walopon kite same-same jadi macam robot.. Tapi saye senior robot.. haha.. Teruskan wahai adek-adek!!!


Cekak Hanafi @ Komuniti : MABIQ

Adakalnya kita kene keluar untuk buat kebajikan kat orang lain.. Dan kami keluar jugak akhirnya. Waktu ni dalam bulan puasa. Kami besahur Bersama Anak-anak yatim di MABIQ. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Sem depan kita gi Genting nak? Buat kebajikan kat sane?? hohohoho.. Ye dop?


Wajadiri Kedah

KUIN menjadi saksi pertemuan seluruh pesilat-pesilat PSSCPUH menghadapi cabaran Wajadiri. Sekian lame training.. boleh tahan jugak kami, ade lah bawak paling satu anugerah.. anugerah ape?? Tanye orang laen.:P First time saye melibatkan diri dalam wajadiri. Syok1 Next sem Kat Melaka pulak.. Doakan kejayaan kami seterusnya..:)

Jalan2 Ecm.. ( xsabit pon dalam tajuk ni sebenarnye.. saje tunjuk otromen sebelah tu.. haha)


Test SRP

Sijil Rendah Persilatan. Ramai yang undur diri . Hanya beberapa yang bertahan untuk meneruskan perjuangan. Dan akhirnya kami lulus:) Alhamdulillah. Untuk kamu-kamu yang tak amek test ni lagi.. Amek-amke lah yer.. tak cedera lah.. Korang je kuat dengor citer dongeng!

Study Final Exam woiii !!
6 paper kami tempuhi.. Insya Allah jumpe di last sem:)



Bowling ngan geng silat:)

Kami-kami yang tak sedar diri final da dekat bolah suke-suke hati kami je pegi main bowling.. kahkah..



Banyak lagi yang terindah bersama mereka.. kan ku kenang sampai bila2.. Sesungguhnya saat indah bersamamu takkan ku lupa.. accewah!!! lebeyh2 lak an.. hahahha

"Teman yang baik ialah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah. Mendengarkan kata-katanya menambahkan ilmu agama. Dan Melihat gerak-gerinya kamu teringat mati.."
p/s : Moga indah2 blake:)

Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..