Selasa, 23 Jun 2009

Selamat Hari Bapa


21 JUN setiap tahun kita meraikan satu hari yang cukup bermakna,, HARI BAPA.. untuk semua bapa,apak,bapak,daddy,ayah,abi,abuya,papa,babah,abah.. SELAMAT HARI BAPA saye ucapkan.. untuk ayah saye,, paling istimewa bagi saye di dunia ini.. Alhamdulillah., Allah bagi kesempatan untuk saye merasa kasih sayang seorang ayah yang tiada gantinya,, terima kasih untuk segala-galanya yang ayah beri kan kepada saye dan keluarga,, Saye sayang ayah saye,, suatu hari dulu,, ketika mahu pulang dari kem PLKN, untuk cuti tahun baru cina, saya akan turun di terminal, hati teramat risau siapa yang akan menunggu di terminal memandangkan waktu itu hari bekerja dan masih pagi.. ayah! mujurlah ada ayah.. terpanggil untuk menelefon ayah,, masih teringat kata-kata ayah ,," kalau ti ada tengah-tengah laut pun ayah ambik.." walaupun mungkin dengan nada gurauan,, saye amat menghargai kata-kata ayah itu.. i love my ayah so much..!!!

























p/s: hargai ibu bapa anda kerana mereka adalah segala-galanya..
: Ayah, u know i love u!!!

Isnin, 22 Jun 2009

Naik Taraf Politeknik.. (Good News)

JOHOR BAHRU: Taraf politeknik akan menyamai universiti awam jika kajian Jabatan Pengajian Politeknik mendapati institusi itu boleh dinaik taraf untuk menawarkan kursus peringkat ijazah.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kajian menaikkan taraf politeknik wajar dilakukan supaya ia menjadi alternatif melanjutkan pelajaran peringkat lebih tinggi selepas sekolah, bukan sekadar pilihan kedua seperti sekarang.

Katanya, Jabatan Pengajian Politeknik diarah membuat kajian segera untuk meneliti cara pelaksanaannya, termasuk mengenal pasti beberapa politeknik yang boleh dinaik taraf untuk mengadakan kursus peringkat ijazah atau memberi penekanan bidang khusus seperti teknologi maklumat dan kimpalan.

“Tahap kelulusan juga akan ditingkatkan seperti membanyakkan kursus peringkat diploma dan ijazah dari semasa ke semasa, sesuai dengan permintaan pasaran.


Sumber : Harian Metro (Ahad 21Jun2009)



MY POLISAS... :)

p/s : saye pelajar politeknik tau! don't play-play.. :P

Ahad, 14 Jun 2009

Cik Amy& Cik Wa Sambut Menantu..

Alhamdulillah.. kalau minggu lepas kita berkenduri di sebelah pihak perempuan ( Kak Maya).. 12 Jun 2009 pula kita berkenduri kendara di sebelah pihak lelaki pula (Abg Hazry).. Apa orang kita cakap? aaa.. sambut menantu? Ha.. betullah tu.. Tahniah sekali lagi untuk keluarga si pengantin:).. Dari malam sabtu sampai lah ke petang sabtu, kemeriahan terasa di sebelah pihak lelaki.. ahak, Kecoh sangat-sangat sampai satu insiden berlaku ,, macam ni,, nak bukak payung untuk pengantin,, tub2 payung terbukak sampai keatas macam nak tadah air hujan pulak.. Nasib baik tak tercabut,, payung sewa mahal tau!! heehehe.. Kita tengok je lah gambar-gambar kat bawah ni,, maklumlah nak menaip ni penat pula,, saye kan baru balek dari KL tadi :p hehe..


Pelamin ala2 timur tengah gitu..



Perasmi sebelum Pengantin yang rasmi.. hahak.



Ada bebola bling2 di lelangit..



Penyedian lauk pengantin..



Gerbang berbunga-bunga..


Kami Teruja sangat!!


Mirah & Tirah


Pngantin is coming!!!


Its ready to.. snap9x!!!!



Rumah Cik Wa & Cik Amy

p/s: Saye suka kenduri kahwin!! hehe..

Ahad, 7 Jun 2009

Tahniah Abg ie.. (My Cousin)

Alhamdulillah.. setelah terikatnya tali pertunangan antara Abg Ie & Kak Maya,, pada 5Jun 2009,, pada pukul 10 (lebih sikit.. emm tak pasti ) mereka telah sah bergelar suami isteri.. Dan pada 6 Jun 2009, iaitu pada hari semalam,, kenduri diadakan di sebelah pihak perempuan..Insya Allah, bertambah lagi lah anak-anak sepupu saye.. hehhe.. Semoga ikatan yang terbina mendapat barakah hingga ke akhir hayat.. :)Selamat pengantin baru!!..



Bakal bergelar Isteri..


Debaran Bakal Suami..


Khusyuknye.. :)


Terikat sudah satu perjanjian antara Abg Ie & Kak Maya..



Wif sepupu..


Tirah & Mirah


Siap-siap nak pergi rumah pengantin perempuan..


Kak Ngah Zura & Wan


Sebelum bertolak.. (sempat lagi kan:)) hhehehhe..


Mengumumkan ketibaan,,


Sama cantik sama padan:) so sweet..


Saye tak pasti ini petunjukan silat apa??


apa yang telah berlaku??!!


Kacau pengantin makan.. hahhaha!!


Keluarga pengantin lelaki.. (che wa & che mi)


Saye dapat coklat:)


p/s : saye nak kahwin jugak.. tapi tak tahu bila.. :)

Rabu, 3 Jun 2009

Kuantan-Klang-Kuantan

Alhamdulillah masih berkesempatan nak tulis untuk hari ini .. Tapi hari ini punya cerita adalah yang semalam punye cerita.. hehe.. Semalam penat sangat sampai tak sempat nak coret sikit-sikit.. aha.. Semalam adik baru balik dari Klang, tu yang pergi ikut ayah ambil adik dekat sana. Orang lain dah cuti 4 hari, dia pulak baru nak start cuti,, hohok.. layan je lah kan.. Kami bertolak dalam pukul 8 lah jugak.. Dalam pukul 10.30 tu,, kami singgah kat hutan lipur otw nak ke KL tu.. singgah minum-minum, nak makan rasa perut ni tak boleh nak terima, macam dah masuk angin... huhu.. Kesian saya.. Dekat hutan lipur tu ada sungai,, Cantik sangat-sangat. tapi tak sempat nak snap gambar nye.. camera tak ada.. ada pada adik.. huhu.. terlepas nak rakam salah satu ciptaan Allah yang tersangat indah ni.. Lepas berehat sekejap, teruskan perjalanan ke Kl-Klang.. Dalam 12.30 adik pun dah siap-siap, kami terus bertolak ke Kuantan. Cari juga tempat nak berhenti makan dan solat, akhirnya, kami pilih Ulu Bendul dekat Negeri Sembilan nun.. (saje nak balik ikut jalan ni.. hehhe).. Tempat ni cantik sangat-sangat. Ecah pun sempat pulak dia berendam .. Saye ni terlalu besar nak berendam jugak.. hohok.. Tak dapat lah nak merasa.. huhu.. Dan sempat saye snap gambar-gambar ni..

Indah Permai jauh dari huru hara kota...

Teringin sangat saye nak mandi .. :(

Ape kata saye terjun je?? : )

Ayah & Ecah

Saye & adik-adik

Ini tidak adil.. saye nak mandi juga..

Hehe.. Lepas je rehat-rehat,, terus berlalu ke bandar tercinta.. Kuantan:) Alhamdulillah dalam pukul 6.15.. kami sampai.. ;)


p/s: Ahad ni ayah nak bawa pergi Air Terjun.. saye suke!!:)

Isnin, 1 Jun 2009

Wabak Selesema Suatu Ujian Kepada Manusia..


YarhamKillah..

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai satu virus yang berbahaya, yang sekali lagi menyerang penduduk dunia. Virus tersebut ialah selesema khinzir. Virus atau wabak ini sempat membuatkan manusia cemas dan hidup dalam ketakutan. Mana tidaknya, virus ini boleh menyebabkan kematian yang tidak dijangka-jangka. Dan duhulunya ia dikenali sebagai selesema burung.

Kini, virus itu menyerang sekali lagi. Kali ini, khinzir merupakan alat penyebar virus tersebut. Alhamdulillah, kita sebagai umat Islam diharamkan daripada memakan daging babi dan mengambil manfaat daripadanya. Tidakkah kita terfikir makna yang tersirat daripada pengharaman tersebut? Manusia pada zaman dahulu tidak dapat mengkaji keburukan daripada memakan daging khinzir. Akan tetapi, teknologi kini semakin canggih.

Teknologi sains pada zaman kini telah membuktikan dan membongkar rahsia pada daging khinzir. Ternyata, daging khinzir sememangnya membawa keburukan kepada si pemakan. Dan ianya boleh membawa pelbagai penyakit yang berbahaya pada jangka masa yang panjang. Benarlah apa yang dikatakan di dalam Al-Quran selama ini. Saban hari angka kematian semakin meningkat akibat virus pada khinzir ini. Tidakkan kita berfikir bahawa kita umat yang paling beruntung?

Ketika mana virus ini menyerang penduduk di Eropah, seorang tokoh di Malaysia dengan begitu yakin menyatakan bahawa virus ini tidak akan masuk ke Malaysia. Tidak lama kemudian virus tersebut telah mula menyerang penduduk negara jiran kita Thailand. Bagaimana anda boleh sebegitu yakin berkata sedemikian? Sedarlah, virus ini merupakan sebahagian daripada tentera-tentera Allah S.W.T yang akan menyerang manusia dengan perintah Allah ketika mana manusia lalai dengan kehidupan di dunia.

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Fath ayat ke 4 yang bermaksud:

"Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

Ya, virus ini merupakan tentera daripada Allah yang ditugaskan untuk memberi peringatan kepada manusia agar tidak leka dengan kehidupan di dunia. Pernahkah kita mendengar kisah Namrud? Seorang raja yang angkuh dan takbur tetapi akhirnya ditewaskan dan mati di tangan seekor nyamuk! Seekor nyamuk yang kecil sahaja sudah cukup untuk membunuh seseorang.

Semua ini dengan perintah Allah yang maha kuasa. Ingatlah, setiap yang hidup pasti akan merasai mati apabila tiba masanya. Dan mati tidak sesekali akan menunggu kita. Dan mati juga tidak akan dilewatkan walaupun sesaat bila tiba masanya.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Anbiyaa' ayat ke 35 yang bermaksud:

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). dan hanya kepada kamilah kamu dikembalikan."

Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri, adakah kita sudah sedia untuk menghadapi mati?

Mencegah Lebih Baik Dari Mengubat..



p/s: Jagalah kesihatan anda kerana antara nikmat-nikmat yang terbesar yang telah dikurniakan kepada kita adalah nikmat sihat dan nikmat waktu lapang.. :)

Ahad, 31 Mei 2009

CINTA Antara Kita..




sejak dari dulu
ku menyintaimu
kau tahu begitu namun kau berpura
ku masih teringat kau peluk diriku
yg telah membuat ku menyintai mu

sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rinduimu

cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg....

setelah kau pergi jauh dari sisi
tiada ku cinta selain dirimu
ku ingin bersama dgnmu selamanya
walaupun sehingga ke akhir nyawa
mungkin kau tak mengerti
maksud ku dulu pada dirimu
kiniku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu

cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg....

sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu

mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rindumu

cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu

hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg....

cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg....



p/s : Saye Suke Die :)

Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..