Isnin, 22 Jun 2009

Naik Taraf Politeknik.. (Good News)

JOHOR BAHRU: Taraf politeknik akan menyamai universiti awam jika kajian Jabatan Pengajian Politeknik mendapati institusi itu boleh dinaik taraf untuk menawarkan kursus peringkat ijazah.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kajian menaikkan taraf politeknik wajar dilakukan supaya ia menjadi alternatif melanjutkan pelajaran peringkat lebih tinggi selepas sekolah, bukan sekadar pilihan kedua seperti sekarang.

Katanya, Jabatan Pengajian Politeknik diarah membuat kajian segera untuk meneliti cara pelaksanaannya, termasuk mengenal pasti beberapa politeknik yang boleh dinaik taraf untuk mengadakan kursus peringkat ijazah atau memberi penekanan bidang khusus seperti teknologi maklumat dan kimpalan.

“Tahap kelulusan juga akan ditingkatkan seperti membanyakkan kursus peringkat diploma dan ijazah dari semasa ke semasa, sesuai dengan permintaan pasaran.


Sumber : Harian Metro (Ahad 21Jun2009)



MY POLISAS... :)

p/s : saye pelajar politeknik tau! don't play-play.. :P

Tiada ulasan:

Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..