
Sabtu, 22 Ogos 2009
RamaDan Kembali..

Rabu, 15 Julai 2009
Keputusan Rasmi di Manek Urai..


(Bacaan adalah dari bawah ke atas)- harap maklum..
9.00 malam:Keputusan rasmi PAS menang dengan kelebihan 65 undi mengalahkan BN di Manek Urai. Kelihatan di pusat penjumlahan undi adalah Exco Kerajaan Negeri, Dato' Husam Musa; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad. Tiada pemimpin Umno kelihatan di sini.
7.10 malam: Para petugas media termasuk SPR sedang menunggu ketibaan peti-peti undi di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1.
7.00 petang: Laungan takbir bergema apabila calon PAS hadir di kawasan markas. Ketika ini, para penyokong sedang berkumpul bagi menantikan keputusan pilihan raya.
6.30 petang: Para penyokong mula memenuhi kawasan markas dan kempen Manek Urai. Ramai yang melahirkan keyakinan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah akan menang.
Terdahulu, Pengarah PIlihan raya Kelantan, Abdul Fatah Harun melahirkan keyakinan PAS akan menang dengan majoriti sekitar 2,000 undi.
6.00 petang: Petugas dan sukarelawan PAS kelihatan sedang mengalihkan kenderaan daripada kawasan markas di Manek Urai agar para penyokong dapat berkumpul di situ untuk mengikuti perkembangan dan keputusan pilihan raya.
Kelihatan papan layar yang besar juga ditempatkan di kawasan markas.
5.45 petang: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan telah meninggalkan kawasan Manek Urai.
5.30 petang:Berlaku kesesakan yang teruk di kawasan Manek Urai sehingga ke Kuala Krai. Pusat penjumlahan undi terletak di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.
5.00 petang: Pusat pengundian ditutup dan bermula proses pengiraan undi. Sebanyak 87.33 peratus telah keluar mengundi iaitu sejumlah 10,736 daripada 12,293 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya kecil ini. SPR menjangkakan keputusan akan diketahui seawal jam 8 malam.
Peratusan keluar mengundi dalam PRK ini adalah lebih 86 peratus dan mengatasi jangkaan SPR iaitu sebanyak 85 peratus.
4.00 petang: Peratus keluar mengundi sehingga jam 4 tadi sudah mencecah 86.4 peratus atau 10,626 pemilih.
3.40 petang: Sehingga jam 3 petang, seramai 10,312 pengundi (83.8 peratus) telah menunaikan tanggungjawab mereka. SPR turut mengesahkan belum ada pusat pengundian yang ditutup dan ia hanya akan ditutup pada pukul 5 petang.
3.10 petang: Setakat pukul 2 petang, seramai 9,845 pengundi (80 peratus) telah menunaikan tanggungjawab mereka.
2.15 petang: Beberapa pemerhati daripada MAFREL turut hadir di setiap peti undi bagi memantau perjalanan pilihan raya kecil Manek Urai.
2.00 petang: Tinjauan ke pusat mengundi di SK Sungai Peria mendapati keadaan agak lengang disebabkan pengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka sejak awal pagi. Kesesakan lalulintas yang agak teruk berlaku di Kampung Peria menuju ke Manek Urai baru. Bagaimanapun, pihak polis dapat mengawal lalulintas.
Dilaporkan lebih kurang 300 penyokong PAS dan BN dilaporkan bertembung di pusat membuang undi SK Peria dekat kira-kira 12 tengah hari tadi.
Pergaduhan tersebut berjaya dileraikan oleh polis dan empat buah trak unit tindakan ringan diletakkan di situ bagi meningkatkan keselamatan.
Beberapa orang penyokong di kalangan kedua-dua parti dilaporkan cedera.
1.30 petang: Jumlah yang telah keluar mengundi adalah sebanyak 75 peratus sehingga jam 1.15 petang tadi. SPR menjangkakan sebanyak 85 peratus pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.
12.30 tgh: Semua kenderaan terutamanya yang menggunakan jalan raya Kuala Krai-Gua Musang telah dilencongkan ke jalan-jalan kampung bagi mengurangkan kesesakan.
12.00 tgh: Peratus keluar mengundi sehingga pukul 12 tengah hari sudah mencecah 68 peratus.
11.45 pagi: Ketua Polis Kelantan, Dato' Abdul Rahim Hanafi menggesa orang luar tidak menggunakan Jalan Kuala Krai-Gua Musang jika tiada urusan penting bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.
11.35 pagi: Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat pondok panas PAS di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru.
11.30 pagi: SPR mengesahkan sudah 55 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.
11.15 pagi: SPR mengesahkan sehingga jam 11 pagi tadi sebanyak 40 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka.
11.00 pagi:Sekumpulan penyokong PAS mengepung sebuah kereta yang dinaik mereka disyaki menyamar sebagai pegawai SPR dengan menggunakan pelekat SPR dan masuk ke pusat pengundian di Manjor.
Pihak polis kemudiannya campurtangan dan mengesahkan mereka bukan 'pegawai SPR' dan mengarahkan mereka beredar dari situ.
10.30 pagi: Peratus keluar mengundi setakat ini adalah 4,706 pengundi (38.3 peratus) dan disahkan oleh SPR.
9.45 pagi: Kekecohan berlaku apabila berlaku pertembungan antara penyokong dan peraih undi BN dan PAS di kawasan SK Manek Urai Baru. Namun, keadaan terkawal apabila pihak polis berjaya mententeramkan keadaan.
9.30 pagi: Sehingga jam 9 pagi, SPR mengesahkan sebanyak 1,932 pengundi (15.7 peratus) telah keluar mengundi.
9.15 pagi: Rombongan Tuan Guru Nik Aziz, Presiden dan calon PAS kini berada di kawasan Peti Undi Sg Sok.
8.30 pagi: Jalan mula sesak. Kenderaan dan anggota polis dilihat hanya mengiringi pemimpin dan VIP daripada BN dan tidak kelihatan anggota yang bertugas mengawal jalan raya.
8.15 pagi: Kelihatan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengiringi calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah meninjau di kawasan Peti Undi Peria.
8.00 pagi: Pusat pengundian mula dibuka. Semua kawasan pengundian hangat dengan kehadiran para pengundi dan kenderaan.
7.30 pagi: Kenderaan mula sibuk dan jalan sekitar Dun mula sesak dengan kenderaan.Bendera PAS dan Pakatan Rakyat kelihatan di merata tempat sehingga ke Pekan Kuala Krai dan Kota Bahru.
Berita sebelum ini
Sembilan pusat pengundian dibuka untuk pilihan raya kecil itu melibatkan 27 saluran dalam proses yang diselia pegawai dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diketuai Pegawai Pengurus Pilihan Raya Adnan Hussin, yang juga Ketua Jajahan Kuala Krai.
Sebahagian besar daripada 12,293 pengundi, kecuali 25 pengundi pos, dijangka keluar awal untuk memilih wakil rakyat baru bagi menggantikan penyandangnya Ismail Yaacob yang meninggal dunia pada 22 Mei lepas akibat serangan jantung.
SPR mensasarkan kira-kira 85 peratus daripada pengundi akan keluar mengundi pada pilihan raya kecil ini.
Pengundian akan ditutup pukul 5 petang dan diikuti dengan pengiraan undi di kesemua sembilan pusat mengundi terbabit.
Penjumlahan undi akan dilakukan di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai dan keputusannya dijangka dapat diketahui seawal pukul 8 malam ini.
Selasa, 30 Jun 2009
Panas Panas.. Panas... Part 2

SINI..

Mari2.. 2 singgit! 2 singgit! 2 singgit!!... Hehehe,, Kisah Durian lagi.. Aha Kali ni durian-durian ni tak beli dah tau.. Mari ambil dekat kebun pulak,, Bukan main banyak lagi yang dah gugur.. Esok petang ayah nak pergi ambil durian-durian yang sudah tergolek-golek tu.. Yang durian yang ada ni, orang yang antar ( pak cik mesin rumput) . Saye pun tak sedar dia hantar bila, tergantung-gantung dekat pagar depan rumah.. Hehehe.. Isi nye tebal-tebal bangat .. Sedap.. Tapi ada yang dah lama tegolek dekat kebun tu,, kita pakat ramai-ramai buat tempoyak ler.. hehe.. Hari ini saja dah berbiji-biji kena korban.. hehe.. Maklum lah,, semua yang dekat rumah ni Hantu Durian semuanya.. Selain durian, dokong & rambutan pun ada dekat kebun.. tapi OTW nak masak lah tu.. hehe.. seronok betul musim buah kan.. Dekat belakang rumah ni ada pokok manggis.. Hari-hari adalah dalam 4-5 biji je yang dapat.. hehe.. ok. Selamat Melewati Musim Buah!!
Isnin, 29 Jun 2009
Chocolate Moist Cake
Aha.. Chocolate Moist Cake ni mak saye beli dari seorang ustaz yang mengajar kat sekolah (SK Fakeh Abd Samad) nun.. (Mak saye mengajar dekat sekolah yang same lah..) Kek ni mak kepada ustaz tu yang buat.. sedap.. Kek ni seberat 2kg yang berharga hanya RM35 ringgit,, sedap sangat-sangat!! Coklat die lembut & tak terlalu manis.. Coklat yang ada rasa pahit sedap kan.! :) Macam-macam kek lagi ada. Ni baru nak rasa satu.. Ada Black Forest Cake, Chesee Cake, BlueBerry cake.. Mesti kami nak cube semua kek-kek ni.. yummy2... Kak Ila.. Balik Malaysia dulu tau.. kek Morroco tak sama rasa nye dengan kek Malaysia k.. :P ehhehe..
p/s: esok nak rase Black Forest Cake.. :P
Sabtu, 27 Jun 2009
Ketika Cinta Bertasbih The Movie..
Bermula suatu kisah pembangun jiwa..:.
"KETIKA CINTA BERTASBIH"...
Pemuda dari Kartasura, Solo, Jawa Tengah. Warna kulitnyasawo matang. Bertubuh ramping. Terlihat kurus karena prihatin, tapi tidakkerempeng. Olahragawan alam. Pekerja keras. Ulet. Tingginya ideal ukuran orangIndonesia. Berusia 28 tahun. Asli jawa tengah. Hatinya mudah sekali tersentuh.Hatinya basah jika rindu pada ibu dan adik-adiknya.
Selama hampir sembilan tahun ia hidup prihatin di Mesir.Ia menekuni bisnis makanan (tempe, bakso dan katering) sambil meneruskanprogram S1 nya yang tak kunjung selesai. Azzam pengagum ulama-ulama Al Azhar,diantaranya Syaikh Abdul Halim Mahmud, Prof. Dr. Ibrahim Khalifah, Dr. YusufAl-Qardhawi dll. Mahasiwa Fakultas Ushuluddin di Universitas Al Azhar.Cita-citanya sebenarnya ingin meraih doktor di Al Azhar, juga ingin jadipengusaha sukses kaya raya. Gemarolahraga, terutama sepak bola; pernah mendapat gelar ‘bek terbaik’ dan dijuluki‘Maldini from Java’ . Di tengah-tengah kesibukannya membuat tempe, berjualanbakso, dan melayani katering, ia masih menyempatkan untuk bertalaqqi Al Qurandan kitab Al Hikam pada seorang imam masjid di dekat tempat tinggalnya.
Oki Setiana Dewi (Anna)
Gadis Jawa, berusia menjelang 25 tahun, putri seorangkiayi. Anna, dia biasa dipanggil begitu, secara fisik hampir serupa Eliana. Iatidak kalah cantik dibanding Eliana. Ia adalah putri Jawa nan ayu. Kulitnya kuning langsat. Mukanya anggun mempesona. Ia memiliki aura kecantikan dan keanggunan melebihi Eliana.
Anna mahasiswa S2 Kuliyyatul Banat Al Azhar University.Dalam dirinya ada kedalaman khazanah keilmuan Islam klasik dan ada keprigelanmenganalisis. Anna sangat menguasai tata bahasa Arab dan Ilmu Ushul Fiqh.Bahasa Inggrisnya sama baiknya dengan bahasa Arabnya. Ia pernah tinggal diWales, Inggris.
Anna orang yang rendah hati, tapi ia adalah gadis yangsangat teguh memegang keyakinan yang ia anggap benar. Dalam menyelesaikan suatumasalah rujukan pertamanya adalah ajaran agama yang ia yakini kebenarannya. DanAnna adalah orang yang sangat teliti melihat dasar-dasar agama. Tradisinyamerujuk kepada kitab-kitab induk sangat kuat.
Andi Arsyil Rahman (Furqan)
Pemuda anak orang kaya bertampang khas melayu, umurnyaseusia dengan Azzam. Wajahnya tampan. Dalam dirinya mengalir darah Bugis ayahnya dan darah Betawi ibunya. Berbadan sehat, tegap, berkulit kuning langsatdengan raut wajah cerah khas melayu. Senyumnya indah.
Salah satu kekurangan Furqan adalah tidak bisa berpikirjernih dan dingin di saat panik. Tapi sesungguhnya ketika tidak panik Furqanbisa berbicara dengan tertib dan runtut. Ia pernah jadi Ketua PPMI Mesir.Suaranya microphonist - empuk, jelas dan merdu, tapi masih kalahberwibawa dibanding Azzam.
Alice Sofie Norin (Eliana)
Sekilas Mengenai Tokoh ELIANA PRAMESTHI ALAM:Putri tunggal Duta Besar RI. di Mesir. Cantik, nampakgaris keindoan. Tingginya semampai proporsional. Raut mukanya menampakkankecerdasannya. Pendidikan S1 di EHESS Perancis (pendidikan tinggi yang banyakmenelorkan peneliti di Indonesia - terutama bidang ilmu sosial) dan kini sedangmengambil S2 di American University in Cairo. Ia bisa menulis opini di koran. Bahkan tulisannya dianggap mencerminkan perpaduanseorang jurnalis, sastrawan dan diplomat ulung.
Sekilas Mengenai Tokoh AYATUL HUSNA:
Adikkandung Azzam. Biasa dipanggil Husna. Psikolog muda, asisten dosen di UNS Solo.Umurnya sepadan dengan Anna. Waktu remaja pernah sangat nakal, dia sadarsetelah kenakalannya itu menyebabkan ayahnya kecelakaan dan akhirnya meninggaldunia.
Husnajuga seorang cerpenis muda yang lagi naik daun. Antologi cerpennya memenangkan penghargaanDIKNAS. Secara fisik Husna tidak secantik Anna atau Eliana. Tapi ia memiliki innerbeauty. Tutur katanya halus. Kalimat-kalimatnya sangat ia jaga. Husnasangat mencintai ibu, kakak dan adik-adiknya.
Husna berjilbab. Hidupnya bersahaja. Pakaian yang ia kenakan lebih sederhana danlebih apa adanya dibandingkan Anna. Husna tampak sedikit lebih gagah dibandingkan Anna. Gerakannya gesit dan gaul. Husna waktu remaja pernah berpenampilan tomboy.
Wajahnya khas Solo, agak sawo matang seperti Azzam, kakaknya. Senyumnya manis. Sukabercanda, tapi sangat menghayati unggah-ungguh dan budaya Jawa. Jikabicara terkadang kalimat-kalimatnya seperti tertata puitis, sangat nyaman bagiyang mendengarkannya. Ia psikolog muda yang disukai anak remaja.
Husna juga seorang cerpenis muda yang lagi naik daun. Antologi cerpennya memenangkan penghargaanDIKNAS. Secara fisik Husna tidak secantik Anna atau Eliana. Tapi ia memiliki innerbeauty. Tutur katanya halus. Kalimat-kalimatnya sangat ia jaga. Husnasangat mencintai ibu, kakak dan adik-adiknya.
Husna berjilbab. Hidupnya bersahaja. Pakaian yang ia kenakan lebih sederhana dan lebih apa adanya dibandingkan Anna. Husna tampak sedikit lebih gagah dibandingkan Anna. Gerakannya gesit dan gaul. Husna waktu remaja pernah berpenampilan tomboy.
Wajahnyakhas Solo, agak sawo matang seperti Azzam, kakaknya. Senyumnya manis. Sukabercanda, tapi sangat menghayati unggah-ungguh dan budaya Jawa. Jikabicara terkadang kalimat-kalimatnya seperti tertata puitis, sangat nyaman bagiyang mendengarkannya. Ia psikolog muda yang disukai anak remaja.
Babak dengan kereta.. (kereta tu cam simbol cerita ni pulak)hehe..Sinemart Pictures jatuh hati untuk memfilmkannya dalam versi utuh. Yakni dengan mengambil lokasi asli seperti yang tertulis dalam setting novelnya, mencari pemain yang memiliki karakter tak jauh dari tokoh dalam novelnya melalui proses audisi, dan melamar Chaerul Umam untuk kembali menyutradarai film setelah selama 11 tahun vacuum dari kiprahnya sebagai sutradara.
- sumber: http://www.filmketikacintabertasbih.com/
Jumaat, 26 Jun 2009
Panas Panas.. Panas...
Selasa, 23 Jun 2009
Selamat Hari Bapa

21 JUN setiap tahun kita meraikan satu hari yang cukup bermakna,, HARI BAPA.. untuk semua bapa,apak,bapak,daddy,ayah,abi,abuya,papa,babah,abah.. SELAMAT HARI BAPA saye ucapkan.. untuk ayah saye,, paling istimewa bagi saye di dunia ini.. Alhamdulillah., Allah bagi kesempatan untuk saye merasa kasih sayang seorang ayah yang tiada gantinya,, terima kasih untuk segala-galanya yang ayah beri kan kepada saye dan keluarga,, Saye sayang ayah saye,, suatu hari dulu,, ketika mahu pulang dari kem PLKN, untuk cuti tahun baru cina, saya akan turun di terminal, hati teramat risau siapa yang akan menunggu di terminal memandangkan waktu itu hari bekerja dan masih pagi.. ayah! mujurlah ada ayah.. terpanggil untuk menelefon ayah,, masih teringat kata-kata ayah ,," kalau ti ada tengah-tengah laut pun ayah ambik.." walaupun mungkin dengan nada gurauan,, saye amat menghargai kata-kata ayah itu.. i love my ayah so much..!!!








p/s: hargai ibu bapa anda kerana mereka adalah segala-galanya..
: Ayah, u know i love u!!!
Jasa Bonda.. Keringat Ayah..








