Khamis, 23 Februari 2012

Oh Muslimah!!!


. . . .









PROUD TO BE A MUSLIMAH!! REAL MUSLIMAH INSYA ALLAH :)

Isnin, 20 Februari 2012

Cinta?? Diamkanlah..


Diam itu lebih baik. Itu yang ingin saya kongsikan pada post kali ini. Topik 'cinta' sangat famous dalam kalangan remaja. Jadi, saya mengambil peluang untuk berkongsi serba sedikit tentang cinta dan bagi saya, andai kita mencintai seseorang maka, diamkanlah. Serahkan segala-galanya kepada Allah S.W.T.

Jika dirimu jatuh cinta, maka diamkanlah. Ini kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu. Jika dirinya, bukan untukmu, redhailah kerana Allah S.W.T pasti menyediakan seseorang yang lebih beriman untukmu.

DIAM ITU LEBIH BAIK.

Diamku, bukan kerana membenci kehadirannya tetapi ingin menjaga kesuciannya. Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui.

Kita diam bukan bermakna kita membenci sesuatu, tetapi mungkin kita ingin menjadikan ia lebih baik. Pernahkah kita terfikir, jika kita hanyut dalam cinta tanpa ikatan yang sah, ia bakal menjadi satu masalah untuk kita kerana kita sentiasa bergelumang dengan dosa.

Apakah yang akan berlaku pada rumahtangga kita? Anak-anak kita?

Adakah kalian masih ingat tentang kisah cinta antara Saidina Ali & Saiditina Fatimah Az-Zahra?

Kedua-dua mereka menyimpan perasaan antara satu sama lain, tetapi mereka lebih memilih untuk mendiamkan hal ini dari pengetahuan orang lain. Dengan izin Allah S.W.T, mereka berdua telah di satukan dengan ikatan yang sah.

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

"Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya."

Ramai yang berkata, jika kita diam, bagaimana si dia hendak tahu tentang perasaan kita?

Ingat, setiap apa yang berlaku di dunia ini, semuanya telah di aturkan oleh Allah S.W.T. Jangan risau jika mereka tidak tahu tentang perasaan kalian, tetapi risaulah andai dirimu tidak berupaya untuk menepis dan mengawal perasaan tersebut terhadap seseorang yang tidak halal bagi dirimu.

Jika benar cinta itu kerana Allah S.W.T, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah S.W.T kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah S.W.T maka ia pun berhilir hanya kepada Allah S.W.T.

Tetapi, ingatlah..Cinta Allah, adalah cinta yang kekal abadi. Kejarlah cinta Allah S.W.T dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai Allah S.W.T dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.

Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara.

Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul-betul sudah bersedia maka kahwinlah.

Post ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini. Semoga kita semua sentiasa di lindungi oleh Allah S.W.T. Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tetapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan Allah S.W.T bukan di pandangan manusia.

Untuk Hawa..

Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga.

Untuk Adam..

Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah di tetapkan di dalam Islam.

Bisik hatiku:

"Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku."

"Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan kesolehahanmu. Janji Allah pastiku pegang dalam misi mencari diri 'Lelaki yang baik untuk wanita yang baik."

Ya Allah...

Seandainya rindu ini suci maka kuatkanlah...

Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah...

Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah...

Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah...

....

Khamis, 8 Disember 2011

Outing day!

Assalamualaikum! Moga iman yang turun naik itu sedia dikawal oleh kita tiap2 hari :D !!

Wokeh!! Musim-musim cuti sekolah ni memang seronok lah kalau beraktiviti outdoor kan? :D Ahak sebelum tu, ingin ambo coret status pekerjaan ambo sekarang.. (ambo???) Okeh2. Sekarang saye bekerja sebagai guru hafazan & lughah di Kelas Bahasa Arab dan Hafazan anjuran ISMA di rumah wakaf*sementara* di Indera Mahkota 8. Al bermulalah kisah menjadi guru yang tak berapa bertauliah ni.. akekkee... Bermula cuti sekolah teruih ja kelas dibuka sehingga tamat cuti sekolah Insya Allah.. Alhamdulillah 18 orang pelajar (12thun kebawah shj) ready belajar! ahak. Hari-hari depa ni hafal Quran. Memang baguslah. Sesekali bawak depa ni keluar syok jugak! Ahak!

Hari ni , seperti yang dirancang seramai 25 orang murid termasuk guru pengiring, telah pergi melawatkan diri ke pameran Playsmart Petrosains di bangunan Yayasan Pahang! Alhamdulillah semuanye berjalan dengan lancar..


Yeahh macam biase saye memang tekun bab-bab nyusun kotak :P


Oh Allah! tak sanggp nak makan hidangan ni!!!


Beautifuuuul bola!


p/s: Seronok jalan2 :D

Ahad, 27 November 2011

Siapa Cantik?


Assalamualaikum there! Alhamdulillah maseh diberi kesempatan membuat perkongsian:) Harap iman hari ini semakin konkrit insya Allah.. :D

Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?

Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Kajol yang tercantik, atau di Hollywood, Selena Gomez adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Siti Saleha yang tercantik.

Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?

Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.

Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.

Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.

Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.

Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.

Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.

Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.

Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!

Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.

Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.

Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.

Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.

Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery, Botox, liposuction, gastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.

Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.

Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.

Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.

Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.

Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.

Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.

Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.

Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.

Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.

Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.

Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.

Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.

Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.

Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.

Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah..


p/s: cantik hanya pada sekeping kulit yang menyaluti tubuh dan muka.. andai terkoyak kulit ituu... ahak!

Jumaat, 25 November 2011

Syamim Humaidi

Assalamualaikum!

11.11.2011/2.45p.m/3.48kg/49cm

Nama saya Syamim Humaidi B Saifudin.
Call me baby Didi..


p/s: Che De rindu didi... :(

Ahad, 20 November 2011

Tragedi 20112011 :D

APE DAH JADI NI??

Potong!


Birthday Girls on November :D


ngap2:)









Alhamdulillah.. Moge sihat iman kite :)

YEAHHH!! Pueh hati den perkeno dak2 ni:)
v
v
v
v
HAPPY BIRTHDAY!!!!
to

MAI

NURIL

ME!!! (ATHIRAH)


Menggila jap hari ni.. yang tak dirancang tetibe terlintas kat benak ni nak kenakan dak2 ni.. Bab2 ngenakan orang panggil saje saye yer :p Sejarah kaki berdarah terulang kembali.. Tapi pueh hati dapat balas balik ape yang dak2 ni buat semester lepas ke atas diri ku:D
Adegan kejor mengejar berlaku kire-kire sekitar 45 minit.. lokasi di polisas... tak ade keje kejor-krjor keliling poli?? tak penah kot dibuat orang:) Btw,,, happy parak.. thanx korang.. :)



p/s will miss them...

Kenangan SRAI

Alhamdulillah.. Kembali mengisi masa menaip secebis rasa merungkai isi hati nan tersumbat oleh kealpaan dunia.. Mohon Ya-Rabb.. Bukakan pintu hatiku .. penuhkan jiwaku lebih kepadaMu saat jari rancak menyusun kata.. Ameen! :D Awalkan perbuatan dengan doa-doa yang tulus ye adek2 :D.. Insya Allah segala yang di coret tidak sia-sia..

Oke2.. Last day di Irsyad.. Ku tepek kan kenangan sebagai peneman kala hati kesepian:) Enjoy!!!..











p/s: Dan akhirnye kembali... bercuti! :D Mulekan pekerjaan baru sebagai pendidik:D

Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..