Sabtu, 7 Mei 2011

Mengapa Masakan Ibu Paling Sedap??

Masakan ibu adalah masakan yang paling sedap. Begitu selalunya dikatakan orang. Realitinya pun begitu. Percayalah seorang anak akan sentiasa merindui masakan ibunya jika terpisah sekian lama. Rindu masakan ibu yang sukar ditandingi. Walaupun si anak mungkin pernah menjamah makanan yang lebih mahal, eksotik dan sebagainya tetapi manakan sama masakan ibu. Mengapa?

Kata orang, itulah penangan 'air tangan'. Memasak melalui pelbagai proses daripada menyiang, membasuh, menggaul, menguli dan lain-lain aktiviti yang kebanyakannya melibatkan sentuhan tangan secara langsung. Tangan tukang masaklah yang paling banyak menyentuh makanan. Jadi, dalam masakan ibu, air tangannyalah yang paling banyak 'terlarut' bersama bahan-bahan masakan.

Benarkah air tangan itu yang memberi kelazatan pada makanan yang dimasak. Benarkah begitu? Hakikatnya, itu bukan sebabnya. Air tangan yang dimaksudkan bukanlah 'air' dalam erti kata yang fizikal dan material. Air tangan sebenarnya ialah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang ibu yang memasak untuk anaknya. Hati itulah yang mengalirkan 'air tangan'. Jadi, air tangan pada hakikatnya ialah aliran kasih-sayang semasa ibu memasak untuk anaknya.

Pakar motivasi dan psikologi sepakat menegaskan bahawa orang yang melakukan satu kerja dengan penuh kasih-sayang, ceria dan tulus, hasil kerjanya akan berkualiti. Dorongan kerjanya bukan untuk 'mendapat' tetapi untuk 'memberi'. Seorang ibu yang memasak adalah didorong untuk 'memberi' kasih-sayang kepada anaknya, berbanding seorang 'chef' yang memasak atas dorongan ganjaran komersial.

Justeru semakin ikhlas, ceria dan kasih seseorang pada pekerjaannya dan kepada siapa dia tujukan atas kerjanya itu, maka semakin tinggilah kualiti kerja tersebut. Dan semakin kurang keikhlasan, keceriaan dan kasih seseorang semasa melakukan kerjanya, maka semakin rendahlah kualiti dan produktiviti kerja tersebut.

Realitinya, 'air tangan' bukan hanya ada pada kerja memasak. Ia ada dalam setiap jenis pekerjaan. Ia adalah aliran kasih sayang dan kecintaan yang seharusnya mengalir dalam setiap pekerja, pemimpin, guru, imam, jurutera, doktor, jururawat sehingga seorang buruh kasar. Setiap individu Muslim, wajar bekerja kerana Allah untuk berkhidmat sesama manusia. Seorang yang paling kasihkan Allah, dialah yang paling kasihkan manusia dan orang seperti inilah yang paling tinggi kualiti kerjanya.

Falsafah di sebalik 'air tangan' inilah saya kira dapat merealisasikan dorongan Rasulullah saw agar setiap kita memperelokkan kerja menerusi sabdanya:

"Bahawasanya Allah s.w.t suka apabila seseorang darikamu membuat sesuatu kerja, dia memperelokkan kerjanya."






p/s: Mak Terima Kaseh sediakan bekalan dari tadika sampai la tingkatan 5 - abg aku cakap :) -I love u mom.. much2!!

Khamis, 5 Mei 2011

Alhamdulillah

Bismillahirohmanirrohim..

Ape kabar iman kita hari ni? Moga sentiasa terpelihara dan makin bertambah ok:) So ape kisah yang ku nak coretkan hari ni?? ahak.. Ce teka.. ce teka.. Huh.. Korang ni tak sporting lansung tak teka la.. OKe la.. Sena nye banyak sangat perkara berlaku hari ni.. Banyak sangat yang mendebarkan.

1. Rumah depan dimasuki perompak.!!
- Walaupon kes ni dah selesai 2-3 hari ni, tapi hati ni tetap tak tenteram sebab dari pagi sampai petang dudok kat rumah sorang-sorang. Huu.. Al-kisah nya, perompak tu masuk waktu siang kat rumah jiran ni,, jiran ni siap kene ikat lagi.. gerun kan?? Akhirnya dalam surat kabo NST, perompak-perompak ni berjaya ditembak oleh polis di maran. Lokasi yang perompak-perompak ni target ade 3. Satu di Kampung Pandan ( kampung saya la tu ) Dua di Maran.. Yang ketiga tak ingat dah kat mana.. huuu.. Menakutkan oke. Maka lngkah berjaga-jaga.. Tak tidur sampi tak ingat dunia oke! Bangun pagi-pagi ( walaupun liat cuti-cuti ni) Dok tegok tv sambil makan.. Sampi lah mak ayah balik.. Ngantok tak yah kabo la. Betahan jugak! HAHAHA..

2.Pergi Polisas - Jabatan Kejuruteraan Awam
-Debaran menunggu keputusan akhir peperiksaan sangat memenatkan jantung nak berdegup laju-laju yer.. Takut-takut lah ada subjek yang tersangkut. Na'uzzubillah.. Mintak jauh.. Tadi pergi jumpe penasihat akedemik mintak nak isi borang modul untuk program semester pendek a.k.a shortsem. Oke fine dah mintak kena la tengok jadual & cari lecturer mintak sain! Finally jumpe lecturer yang ku rindui.. hahha.. Mintak nye mintak sain.. Beliau bace namaku di borang tersebut.. Ayak.. suspen kan? What he said??? ce teka.. ce teka.. Aishh malas tunggu jawapan korang. Aku jawab sendiri oke? Beliau kata aku lulus subjek tuh!!! Hooyeah!! ( Alhamdulillah..) Dengan tangan ketor-ketor nye paksa gak mintak beliau menurunkan tandatangan beliau yang mahal tu.. Untuk langkah berjaga-jaga takut ade subjek lain yang gagal.. :( ( Hate to say it! ) -Setel! Tapi kena pergi kela la minggu depan sampai la result sebenar keluar.. Its ok.. Terisi jugak masa dari dudok rumah sorang-sorang terbayang menda bukan-bukan.. hohoho..

3. Jumpa En Hasmizi Mohamed ( Bhgn Hal Ehwal Pelajar Polisas)
- Why?? Aku ada buat kesalahan ke?? Setahu aku aku da abeh semester!! ( konfiden je kan..) Ce teka.. ce teka.. Ah korang tak teka nye.. huhu.. Kai meeting nak adakan kelas training silat cekak ustaz hanafi di SMA Al Ihsan. Insya Allah esok aku pergi jumpa pengetua sekolah tu esok.. Sekolah lamaku.. rindu..

Penat dah ni nak tulis .. Esok-esok pulak sambung.. Mau tidur.. nyte:)

Gurau Saje

Jom kita gelak sebentar atau senyum sejenak



i) Pilih Bulan Kelahiran Anda


Januari - Aku Cinta
Februari - Aku Gigit
Mac - Aku Belasah
April - Aku Peluk
Mei - Aku Terhantuk
Jun - Aku Terkentut Depan
Julai - Aku Menari Dengan
Ogos- Aku Pergi Dating Dengan
September -Aku Lambai Dekat
Oktober - Aku Muntah Depan
November - Aku Jerit Dekat
Disember - Aku Terlanggar


ii) Pilih Nombor Hari Jadi Anda


1 - Mak Aku
2 - Kompurter Aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh Dalam Selimut Aku
6 - Handphone Aku
7 - Gerrard
8 - Driver bas
9 - Semut
10 - Kawan Baik Aku
11 - Kucing
12 - Patung Barbie
13 - Lee Chong Wei
14 - Mak Mertua Aku
15 - Mak Tiri Aku
16 - Girlfriend Aku / Boyfriend Aku
17 - Mak Cik Kantin
18 - Sharifah Amani
19 - Upin & Ipin
20 - Siti Nurhaliza
21 - SpongeBob
22 - Cristiano Ronaldo
23 - Bapuk/ Maknyah
24 - Kawan Aku
25 - Raja Lawak / Akedemi Fantasia
26 - Jiran Aku
27 - Orang Gila
28 - Taylor Swift
29 - Awek Cun / Jejaka Tampan
30 - Pensyarah Aku
31 - Bos Tempat Kerja Aku


iii) Pilih Warna Baju Yang Anda Pakai Sekarang

Putih - Sebab aku perasan Cantik / Hensem
Hitam - Sebab Aku Gila
Pink - Sebab Aku Suke Single
Merah - Sebab Aku Tak Tahan
Biru - Sebab Mak Aku Suruh
Hijau - Sebab Aku Baik Hati
Ungu - Sebab Aku Cemburu
Kelabu - Sebab Bomoh Suruh
Kuning - Sebab Suka Hati Aku La
Oren - Sebab Aku Baru Putus Cinta
Coklat - Sebab Aku Tak Tentu Arah
Lain-lain - Sebab Aku Fikir Aku Hebat



Diambil dari blog http: www.makiohypes.blogspot.com ( Saudara Shafiq ) TQ..

p/s : Sekadar Gurauan:)

Selasa, 3 Mei 2011

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 @ PWTC + Derak KL

Bismillahirohmanirrohim.. Alhamdulillah berkesempatan lagi membebel di blog sendiri.. Ape khabar iman kita?? Moga sentiasa terpelihara dan sentiasa bertambah-tambah hendaknya..

Yess!! Alhamdulillah sangat bersyukur.. Kenapa?? ceteka ceteka... hihi.. Setelah susah payah 3 tahun menepuh alam diploma, akhirnya segalany berakhir insya Allah.. debor tunggu result pulak ni ha... Rasa tak sedap hati pun ade, asal?? Em.. Takut ade subjek yang tersangkut.. Oke2.. Jom lupekan jap pasal result tu.. Dah usaha. Tawakal dan doa pulak mengiringi. Moga Allah permudahkan segalanya Insya Allah..

Apa nak buat cuti-cuti gini?? ahak! Ape lagi.. Bejalan la weyh! First Target.. KL!!! yes! PBAKL!! Dunia buku yang kian lame ku tunggu.. Buku! buku! buku! tak nampak ape dah... Maklumlah tengah gila buku sikit..

Antara buku yng telah dishopping:

1. Hani ( NURLSHAM SAIDIN ZABIDI MOHAMED ) - Novel
2. Andai BAVARIA Takdirku ( NURULSHM SAIDIN & NIEDA LIENKE) -Novel
3. Di Sini Kami Berteduh ( NRULSHAM SAIDIN ) - Novel
4. travelog cinta abadi ( ROZA ROSLAN )
5. Labbaikallah ( HJ ZAINAL HJ BUJANG )
6. Terapi Solat Tahajud Bagi Penyembuhan Kanser ( PROF DR MOH SHOLEH )
7. Tafsir Al-Quran Al-Hidayah
8. Tanyalah Ustaz - tak ingat da ustaz apa..
9. Majalah Asuh - 4 naskah ( Best sale RM 10 je )- siap dapat beg lagi :P

Puas hati.. huhu. Ku abadikan kenangan di KL dibawah.. selamat menonton.. haha..



Ramai sangat manusianye.. - Pesta Buku




Sanggup berpusu-pusu meredah lautan manusia semata-ata nak beli buku :)


Petrosains untuk ke tiga kali nye!!!


Same tak macam mamat belakang tu?? huhu..




Antara Thor & Doraemon, mana jadi pilihan? - saya pilih Thor!! Gempak kot crite ni..


with kebanggaan MALAYA..


Layan Apple Juice


TOYS R US !! serius gempak seyh mainan dalam niyh!!!


Sesungguhnya solat itu tiang agama.. Zohor yuk!
-Masjid AS-SYAKIRIN KLCC


Tenang je suasana..

Masjid Air-cond .. BEST2..


Waiting for monorel.. nak sambung jalan-jalan lagi ni..



Lif ni menarik!



Diriwayatkan dari Ibn Abbas ra. : Rasulullah Saw pernah bersabda, "ada dua anugerah yang disia-siakan manusia; kesehatan dan waktu luang".


Sesungguhnya janganlah berbuat perkara yang sia - sia ..


( Gambar menunjuk sebilangan masyarakat Malaysia yang menghabiskan masa dengan memerhati, menonton, tak jemu-jemu berpenat melihat pelajar AF yang sedang "study".. baik korang jalan-jalan ngan famili or like me.. huhu.. )



Pokok made from mineral water bottlessss.. Menarik huh?? :)



Lets Pizza!!!



Shopping lagi! - JUSCO



Shopping last day~ THE MALL




p/s: Derak waktu cuti amat menyeronokkan...!! nak pi derak agi!!!!!!


Sabtu, 23 April 2011

Harga Sehelai Tudung Labuh

Dia menangis tersedu dalam dakapanku.

"Kalaupun saya salah, tak boleh ke mereka tegur depan-depan? Kenapa perlu cakap-cakap kat belakang".

Aku mengusap lembut belakangnya, cuba menenangkan.

"Saya rasa saya ni macam jahat sangat, saya tak tahu pun mereka tak suka dengan sikap-sikap saya". Saya rasa macam semua orang tak suka saya, cakap buruk tentang saya saya kat belakang", tangisnya makin menjadi-jadi, tak pernah aku lihat dia menangis sebegitu kerana dia biasanya hanya suka berdiam dan memendam, susah meluahkan perasaan. "

"Mereka kata macam-macam, saya ni pakai je tudung labuh, bawa imej Islam tapi perangai tak macam orang tudung labuh. Salah ke saya menegur kalau saya nampak mereka buat perkara tak betul? Memang saya akui saya agak tegas dan berterus terang, tapi saya bukan nak malukan mereka. Saya tahu saya tak sempurna, banyak lagi ilmu saya tak tahu. Mereka kata masa saya tak pakai tudung labuh dulu, saya tak macam ni", rintihnya lagi.

Aku biarkan saja dia terus meluahkan apa yang terbuku di hatinya, biar dia lega. Aku leraikan pelukannya, namun terus mengelus lembut bahunya, mudah-mudahan dia diberi kekuatan.

"Awak menyesal pakai tudung labuh?", aku meneka. Dia hanya membisu. Dikesatnya air jernih yang turun melaju dari tubir matanya. Aku dapat mengagak jawapan disebalik kebisuannya. "Awak berputus asa nak menegur mereka lagi?", saya terus menduga.

"Buat apa nak tegur lagi, kalau tegur pun akhirnya saya yang kena kutuk", perlahan dia menjawab dalam sedu sedannya.

"Awak, Allah nak uji awak hari ini. Inilah harga tudung labuh yang kita pakai, inilah harga yang kita terpaksa bayar. Siapa kata pakai tudung labuh senang? Tak mudah seperti yang mereka nampak. Bila dah bertekad untuk pakai tudung labuh, kita kena siapkan juga fizikal, mental dan hati kita, kena kuat, kena tahan dengan cabaran. Dan inilah antara ujiannya. Bilamana kita orang yang bertudung labuh buat silap, terus dikaitkan dengan agama. Bahkan kita ni jadi perhatian di mana-mana. Pada mereka, kita kena jadi sempurna, kena tahu semua ilmu agama, dan tak boleh buat silap sikit pun. Sedangkan, kita juga manusia, manusia yang banyak sangat kelemahan", saya bersuara sambil memandang tepat ke wajahnya yang sugul.

"Jangan pernah menyesal dengan diri awak, tudung awak. Jangan kerana masalah sekecil ini, awak dah mengalah. Ujian ni banyak sangat hikmahnya untuk awak. Allah nak ajarkan tentang sesuatu kepada awak. Sebelum ini awak mungkin tak pernah rasai ujian bila bertudung labuh, awal-awal dulu, semua menyokong, memuji dan beri galakan. Jadi mungkin awak tak terkesan sangat dengan istimewanya diri awak sekarang.


Bila Allah datangkan ujian macam ni, baru kita akan rasai, betapa tak mudah sebenarnya, bersama tudung yang kita pakai, ada tanggungjawab besar yang kita bawa bersama. Tanggungjawab untuk memegang amanah membawa imej Islam, tanggungjawab memperbaiki diri, biar dalaman kita secantik luaran, akhlak kita indah sebagaimana tudung kita, tanggungjawab mempersiapkan diri dengan ilmu, kerana wanita seperti kita selalu jadi tumpuan bila sahabat-sahabat ada permasalahan agama. Jangan anggap ia sebagai beban, anggap ia sebagai keistimewaan, yang Allah bagi hanya khas kepada insan-insan yang Dia pilih.


Nah, betul kan, bertudung labuh tak semudah yang disangka? Hanya yang betul kental saja dapat terus istiqamah dengannya, dan yang istiqamah dalam mengharapkan keredhaan Allah, bukan kah mendapat tempat istimewa di sisiNya? Awak tak nak jadi terkenal pada padangan Allah dan penduduk langit? Awak dah nak berputus asa?" Aku menduga.

Melihat dia terus membisu, aku bersuara lagi.

"Begitu juga, ujian ini mungkin nak menyedarkan sesuatu tentang dakwah yang berhikmah. Dulu kita biasa saja dengarkan, kat mana-mana ustaz cakap, dalam mana-mana buku yang kita baca, dakwah mesti berhikmah. Jadi sekarang Allah ajar awak bukan teori saja apa itu dakwah berhikmah, tapi juga praktikalnya sekali. Bagaimana dakwah berhikmah? Mesti kena caranya, tempatnya, sesuai perkataanya, tidak melukakan, tidak menyebabkan kemarahan orang yang kita nasihatkan.


Bagaimana kalau dakwahnya tidak berhikmah? Maka jadilah, dakwah kita tak berkesan, mad'u kita terasa jauh hati dengan nasihat kita, dan akhirnya keluar lah cakap-cakap belakang macam yang awak alami. Jadi, awak jelaskan? Kenapa bersungguh benar Allah dan rasul minta kita berdakwah secara berhikmah. Dan mungkin Allah nak tegur, cara awak, Allah nak awak perbetulkan kaedah dakwah yang awak guna, Allah nak kata, salah tu, kena perbaiki.


Salahkah Allah tegur? Tak salah, kan. Allah tegur sebab Allah sayang, Allah tegur sebab nak bagi kekuatan, Allah tegur supaya kerja-kerja ini dapat awak laksanakan dengan lebih berkesan. Bila berdakwah, kita berhadapan dengan macam-macam ragam orang. Ada yang sensitif, ada yang terbuka, jadi kena bijak kita sesuaikan. Dai'e yang kental, takkan putus asa, sebab dia tahu, dakwah adalah kewajipan, bukan pilihan."

"Lagi, apa Allah nak bagitahu awak? Terasa sangat sakit dan terluka bila kita jadi bahan umpatan, kejian dan kelemahan kita dibicarakan kat belakang, kan? Jadi bila kita tahu sakitnya macam ni, kita jangan sesekali buat perkara sama kepada sahabat kita sebab kita dah tahu betapa pedihnya, betapa peritnya akibat daripada perbuatan ni. Boleh lukakan hati orang, boleh menyebabkan permusuhan juga.


Bila ada apa-apa yang perlu ditegur, dinasihati, jumpa sahabat kita sendiri, cakap secara jujur dan ikhlas, insyaAllah semua orang suka kalau kelembutan digunakan, cepat meresap. Kalau pun dia mungkin tak dapat terus berubah, sekurang-kurangnya dia tak terasa hati, dan tak ada permusuhan antara kita."
"Awak, walaupun awak rasa ujian ni sangat menyakitkan hari ni, tapi saya tak tengok satu pun perkara buruk yang Allah maksudkan terhadap awak. Semuanya ada hikmah yang sangat indah. Kenapa teguran Allah ini begitu perit, sakit? Sebab Allah nak kita ingat, sebab yang menyakitkan tu lebih lekat dalam ingatan kita, kalau ujian tu senang, mungkin kita tak hargainya. Allah nak kejutkan kita, mungkin Allah terpaksa 'menyergah' kita dengan kuat."

Sedu-sedannya telah reda, Ya Allah semoga kekalutan jiwa dia juga begitu.

"Habis, apa saya kena buat?", tanyanya.

"Sekarang awak perlu sujud taubat kepada Allah, minta keampunanNya, mungkin ada kesilapan yang awak tak sedari, bersyukur padaNya sebab menegur awak dengan ujian begini. Kemudian pergilah jumpa sahabat-sahabat yang terasa dengan awak tu, minta maaf. Sekarang tak timbul isu siapa bersalah pada siapa dulu, tapi yang sebaik-baiknya adalah leraikan permusuhan, minta dan beri kemaafan." jawabku.

Dia menggenggam tanganku erat, "Terima kasih sahabat".

"Allah yang sedang memujuk awak, saya pelakon tambahan saja, tapi saya bersyukur, Allah kurniakan anugerah pengajaran yang tak ternilai untuk saya hari ni. Terima kasih ya Allah, terima kasih pada awak juga."
Hatiku tenang, moga Allah memberi dia ketenangan yang sama.

Sahabat, walau siapa pun kita, bertudung labuh, tudung biasa, atau yang tidak bertudung sekalipun, kita SEMUA adalah manusia biasa, yang lemah, ada cacat celanya.

Sekiranya ada sahabat kita terlalai, terlupa, tolonglah ingatkan dia dengan sebaik cara.

Dan yang paling utama, setiap apa saja ujian yang mendatangi kita, berbaik sangkalah pada Allah. Bertenang, dan fikirkan hikmahnya dengan rasional. InsyaAllah, pasti dan pasti Allah tidak akan pernah menzalimi kita.



p/s: Terime kaseh http://www.iluvislam.com/ :)

Selasa, 12 April 2011

Final Semester


Final Semester! Hooyeah!! ~ Kepada sahabat seperjuangan, yang dikenali mahupun yang baru nak kenal-kenal ( acececeee.. ) Selamat berjuang dalam peperiksaan akhir utuk final semester kita ni! Moga dipermudahkan urusan dan usaha kita oleh Allah.. Insya ALLAH.. Tak sabar dah nak habes diploma ni..

- Oke nak sambung study ( study ke? ) .. huhu.. offline 18 April dan 2 minggu selepas nye.. Jumpe lagi Insya Allah..


p/s: Nak buat ape 4 bulan cuti???

Ahad, 10 April 2011

Aku Jatuh Cinta!




"Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada',tetapi para nabi dan syuhada' mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat, khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:"Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah, bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih."♥



Dan terkadang kecintaan memelikkan kita. . Mengapa mudah kita tertaut hati pada seseorang itu?


Hanya pada pandangan pertama. Dan dulu seorang adikku selalu mengatakan itu padaku,


Mudahnya aku menyintai seseorang. Begitu juga dalam jalan dakwah ini.


Kita akan mudah terjatuh cinta. Banyak kali... Cinta pada mereka yang memberikan kita rasa faham ini.


Dan cinta kepada mereka yang kita berikan rasa faham ini. Ia adalah tautan hati Yang sukar dimengertikan.


Perasaan yang sukar Dinukilkan dengan lukisan kita Begitulah besarnya erti cinta pada dakwah ini.


Ia menolak kehendak diri untuk memberi sebuah erti ..Jauh dirasakan dekat


Sering bersama tidak mendatangkan kebosanan ..Ianya bahagia tiada tara!


Ia mengajar erti untuk tidak berhenti dalam memberi ..Ia menolak diri untuk sentiasa mengorbankan diri demi insan yang baru sahaja dikenali


kerana ikatan hati itu bertahkik pada cinta Ilahi..


( aku dan dia, mengalami rasa yang sama.. mudahnya hati ini tertaut dan menyukai manusia. Kerana itu, takutnya apabila dialirkan cinta itu pada yang bukan berhak)


Kerana dakwah dan islam, sentiasa menyatukan hati kita, Menjadikan kita sentiasa jatuh cinta sesama kita,


Setiap masa.. Mudahnya dakwah ini menjadikan kita Untuk jatuh cinta!







وَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِہِمۡ‌ۚ لَوۡ أَنفَقۡتَ مَا فِى ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعً۬ا مَّآ أَلَّفۡتَ بَيۡنَ قُلُوبِهِمۡ وَلَـٰڪِنَّ ٱللَّهَ أَلَّفَ بَيۡنَہُمۡ‌ۚ إِنَّهُ ۥ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬




Dan (Dialah) yang menyatukan di antara hati mereka. Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ( Anfal: 63)










p/s: Benarkan perasaan cintaku ini Ya Allah.. Pandukan lah hatiku ke jalan yang benar..

Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..