Ahad, 8 Mei 2011

Cheritera Chenta


Mengapa tentang cinta juga sering di ulang?? Kerana cinta sentiasa di hati.. Sentiasa menemani.. Tanpa cinta, tak mungkin kita bersaudara, tanpa cinta mungkin kita juga tidak kenal sesiapa.. Mungkin juga kita tiada di dunia tanpanya.. YESS!! Cinta! Perlunya Cinta!

Jangan salah faham. Cinta yang diungkapkan ini bukan tentang cinta terlarang, bahkan cinta ini terlalu tulus dan mulus bak kapas yang baru diproses.. hahha.. Cinta yang terlarang pastinye terlarang juga hukumnya. Cinta yang ingin di luahkan ini adalah cinta terhadap manusia juga tetapi bukan lah cinta ternoda antara adam dan hawa macam remaja zaman sekarang ni.

CINTA IBU BAPA.. yer.. cinta mereka terhadap kita dan cinta kita terhadap mereka. Bagaimanakah ia diluahkan? Ataupun korang malu nak luahkan? Haaa.. cinta pakwe makwe hari-hari boleh luah.. Ni cinta untuk ibu bapa sendiri tak boleh nak luah ape kes?? Ce jawab ce jawab.. aiyo.. oke2..

Apa ertinya cinta ibu bapa pada kita yer??

CINTA Ibu Bapa.. satu ayat yang sangat- sangatlah indah untuk di amati. Melalui ibu bapalah kita hadir di dunia ini. Melalui ibu bapa juga lah kita di manja dan di sayangi. Terima kasih kerana melayan kerenah kami :) Kerana Ibu bapa kita semua dapat didikan ilmu dunia dan akhirat. Terima kasih hantar kami ke sekolah agama :) Daripada Ibu bapa kita semua ni dapat pekerjaan yang elok insya Allah. Terima kasih Ya Allah kerana kurniakan kepada kami adik beradik ibu bapa yang penyayang. Begitu besarnya pengorbanan ibu bapa kepada kita semua tau tak. Tak terbalas walau nak ukur dari timur ke barat.. huu..

Oh anak-anak.. bersyukurlah dengan Ibu Bapa kita. Cintailah mereka kerana dengan mereka kita mendapat menghirup udara di dunia ini. Sayangilah mereka kerana kasih sayang ALLAH terletak pada kasih sayang mereka. Betapa besarnya makna ibu bapa kepada mereka yang memahami. Fahamilah kegembiraan, kesedihan, diri mereka.




رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”


Yer! Keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan IBU BAPA manakala kemurkaan ALLAH terletak pada kemurkaan IBU BAPA! Ingat tu!!

Riwayat Al-Tirmizi :

Teringat akan kisah seorang pemuda abid zuhud yang sentiasa mengabdikan diri dia hanya kepada ALLAH. Sentiasa berzikir, solat, menghabiskan masa di tempat ibadah. Ibunya merasa sunyi dan rindu kepada anaknya si pemuda abid ini. Dipanggil anaknya untuk melepaskan kerinduan di hati asalkan dapat berjumpa. Si pemuda tetap tidak menghiraukan panggilan dan permintaan ibunya. Sedih ibunya sehinggakan berdoa kepada ALLAH untuk berikan petunjuk kepada anaknya. Suatu hari si pemuda di fitnah sehinggakan tiada siapa yang mampu membantu dan di potong tangan dan kakinya. Setelah mendengar berita itu, sedih di hati si ibu dan memohon keampunan kepada ALLAH untuk anaknya. Menjagalah si ibu anaknya itu dengan sepenuh perhatian dan perginya mereka bersama-sama.

Jom tengok perkara realiti yang berlaku sekarang ni. Macam-macam gaya dan tingkah laku anak-anak muda zaman sekarang ditonjolkan tak kira kat mana saja diorang ni berada. Kata-kata dan nasihat ibu bapa tak diendahkan lansung. Malah ditempelak bila ditegur ‘ini salah, jangan di buat’, dimarahi merajuk sampai tak balik ke rumah. Aishhh.. Sedarilah wahai anak-anak sekalian, teguran mereka tu teguran seorang ‘penjaga’. Penjaga yang mahukan terbaik untuk kita, penjaga yang mahu melindungi kita dari tersesat. Itulah IBU BAPA.




"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). "

Al- Ahqar: 15


Tidak terkira banyaknya di dalam Al-Quran menyatakan firman ALLAH mengenai ibu bapa dan tingkah laku kita yang sebenar-benarnya kepada ibu bapa. Cintailah ibu bapa kita sebagaimana dia menyintai dan memelihara kita sejak dari kecil. Inilah perkataan yang sering digunakan bila mengatakan mengenai ibu bapa, iaitu beralih kepada anak- anak itu sendiri.

Jika di amati ayat surah Al-Ahqar kat atas ni betapa besarnya pengorbanan ibu bapa. Pelbagai susah payah yang perlu di lakukan. Tak di kira lagi kerenah kita semasa kecil. Kita, sebagai anak-anak wajiblah mendoakan untuk ibu bapa kita sebagai tanda kita mencintai mereka. Tunjukkanlah akhlak yang terbaik untuk mereka. Jadilah kita anak-anak yang beriman yang selalu mendoakan ibu bapa.

Nah, CINTAILAH ibu bapa mu. Ibu yang mengabdungkan kita. Susah payah menjaga kita sedari kandungan lagi. Susah payang yang denganb tabah diharungi oleh seorang insan bergelar ibu. Iaitu penjaga yang di amanahkan oleh ALLAH untuk kita. Bagi Ibu bapa,InsyaAllah setiap dari kita akan menjadi ibu bapa, tunaikanlah amanah dari ALLAH iaitu anak-anak. Janganlah diabaikan dan menyeksa mereka. Berilah didikan agama yang sebaik-baiknya mengikut landasan dan syariah ALLAH. Jadikanlah anak-anak kita hamba ALLAH yang sentiasa beramal soleh dan menjadi peneman kita, doanya, di alam kita bersendiri. InsyaAllah anak-anak akan menjadi penyelamat kita.

Begitu juga bagi anak-anak. Tunaikanlah perintah ibu bapa sepertimana yang telah diajarkan oleh ALLAH. Apa sahaja permintaan dan suruhan mereka yang tidak bertentangan dengan ajaran dan suruhan ALLAH, tunaikanlah. Bahkan jika disuruh perkara yang tidak elok pun berhujahlah dengan sebaik-baiknya. InsyaAllah mendapat berkat dari ALLAH. Perbetulkanlah mereka kerana mereka juga insan biasa yang mempunyai kelemahan tersendiri.


"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."

Al-Isra’: 23



Letaklah perasaan CINTA dan RINDU kita kepada ibu bapa kerana sesungguhnya kerana merekalah kita ada. ALLAH juaga telah perintahkan kita peliharalah diri kita untuk ibu bapa. Martabat mereka juga terletak pada martabat kita. Jangalah kita meletak perasaan CINTA kita kepada insan lain sebelum kita benar-benar CINTA kan ibu bapa kita. Itulah CINTA pertama kita di dunia kita selepas CINTA utama kita iaitu kepada ALLAH dan RASULULLAH Sallahualaihiwassalam.

Segala puji kepada ALLAH dan selawat kepada RASULULLAH kerana mengajar dan mengingatkan kita tentang kasih sayang ibu bapa. Telah dinyatakan bahawa keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan ibu bapa. Hendaklah kita selalu mengingatinya. Janganlah kita melukakan hati mereka. Hati mereka perlu dijaga dan dibelai. Pabila kita telah dewasa peliharalah mereka sebagaimana dia memelihara kita. Berilah kasih sayang kepada mereka dan jangan lah diabaikan dan menjadikan mereka ‘kain buruk’ yang disangka tiada gunanya lagi dan boleh dicampak di mana-mana sahaja. Sesungguhnya mereka tetap bersinar dan tetap kita perlukan selama-lamanya.

Ingatilah ibu bapa amat teristimewa untuk kita. Bersyukurlah dengan kehidupan kita. Ulangkanlah perasaan kasih dan CINTA kita kepada mereka. Gembirakanlah mereka dengan apa cara sekali pun. Kejayaan dan kehidupan kita dimulakan dengan tangisan yang diredakan dengan pelukan ibu dan laungan azan iqamah daripada ibu bapa. Itulah permulaan kita. Tangisan didengari dan kesyukuran dipanjatkan.

Ya ALLAH ampunilah mereka ibu bapaku dan peliharalah mereka sepertimana mereka memeliharaku sejak ku kecil.

Doakanlah mereka selalu. CINTAilah mereka selalu. Utamakan mereka dan bersyukurlah selalu.
Ukirkanlah senyuman di wajah mereka..Selalu..



Kita boleh luahkan cinta kita kepada ibu bapa seperti ini:)

v





















p/s: Selamat hari ibu mak!! To ayah.. Selamat hari ayah!!! Hari-hari adalah hari kalian... Sayang mak ayah sanagat2:)

Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..