(Situasi 1) p/s: nama sebenar dirahsiakan..
(perbualan melalui telefon)..
“assalamualaikum na”
- Wsalam.. nape?
“na , aku nak mintak tolong sikit ni”
- Mende ape nye? (mamai)
“ aku nak tanye ni, awek aku da seminggu lewat period. Macam mane ni?”
- Alah biaselah tu,, perempuan memang kadang-kadang datang lewat.. xde mende lah..
“ye ke na?”
- Yer,, biase je..
“aku risau ni,, aku tak nak kawin agi..”
(Situasi 2) p/s: nama sebenar dirahsiakan..
“ sekejap je dah nak raye kan min”
- A’ah , sekejap je kan.. tak sabar nak balik..
“ tapi aku banyak tinggal terawikh la.. sayang nye… malas sangat aku ni.. huhu..”
- Alah, aku pun tak buat terawikh lah,, assignment banyak..
“banyaklah sangat kan,, hahak.. kenape min tak gi terawikh eh? “
- Em,, ayah aku tak bagi lah,, lagi pun kalau pegi terawikh pun, hati tak ikhlas tak gune jugak kan??
“em..”
(Situasi 3) p/s: nama sebenar dirahsiakan..
“jo, aku nak balik Jengka ni.. ahad ni balik kuantan..”
- Oo jangan lupe nak balik sini pulak yer..
“ Insya Allah.. hehe.. kena ganti pause lah aku untuk hari ni..”
- Kenape pulak? Kau tak pause ke mail?
“ aku nak pause,, tapi aku kan nak bermusafir ni.. so, aku buleh tinggal pause lah..
- Oo ye ke?? Ko naik bas ape jap agi?
“ aku naik bas transnasional jengka.. mesti sejuk jap agi.. aku pinjam kau punye jaket k”
- Owh. Ok je..
(Situasi 4) p/s: nama sebenar dirahsiakan..
“ weh korang.. raye ni akak nak rebonding rambut lah.. “
- Em.. ooo..
“ untuk first day dekat rumah.. raye dengan family-famili.. “
- Boleh ke rebonding-rebonding rambut ni kak?
“kenape? Tak boleh ke?”
- Takde lah kak, saye dengar rebonding ni same dengan mengubah ciptaan Allah.. tapi tak tau lah akak dengar boleh pulak..
“ akak da mintak mak akak dah.. mak kata boleh je..”
- Oo ye ke.. duit mak akak eh?
“ a’ah , akak tak mampu gune duit sendiri.. student lah katakanan.. hehe”
- Tak mahal ke kak? Die kire macam mane?
“ aha,, die ikut panjang rambut..”
- Tak rosak ke rambut tu?
“ sekali seumur hidup je.. hihi”
- Tak membazir ke? Ape kate belanje saye makan berbuke je?
“hehe..”
Hidup semakin hari semakin sukar ditempuhi.. pelbagai cabaran dilalui tanpa sesiapa yang mengerti dan mampu menolong keperitan hati ini..hanya mampu berkongsi dengan insan yang terdekat sahaja.. semua situasi diatas dilalui tanpa ada sebarang penyelesaian lagi.
Hati terasa lemah dan kosong untuk menjawab dilema sahabat-sahabat seperjuangan dan seagama ini.. rasa tidak kuat untuk mengatasi semua ini,, hanya mampu membisukan mulut, membutakan mata, memekakkan telinga.. hati mengumpat, mencaci seribu cercaan keatas diri kerana tidak mampu bertindak sewajarnya.. siapa yang mahu menolong?? Siapa yang mampu menolong? Ya Allah.. Kuatkan lah hati ku..
Situasi pertama dilalui dengan rasa terkejut dengan perbulan melalui telefon itu,, terasa diri ini lebih baik tidak tahu akan situasi yang sebenar daripada tahu tetapi tidak mampu bertindak menyelesaikannya,. Hati kecewa lagi.. rakan seperjuangan yang duduk sekelas yang hanya berumur 19 tahun mampu melakukan perkara mengaibkan itu.. diri ini juga hanya insane berumur 19 tahun.. tetapi siapa diri masih tidak mampu menyelesaikan masalah rakannya dengan cara penyelesaiaan pelajar yang berumur 19 tahun,,. Kenapa aku tahu perkara ini?? Ya Allah , kuatkan lah hati ku..
Situasi kedua bersama rakan seperjuangan juga, sedang berjalan untuk pulang ke asrama, tergerak diri ini mengisahkan perasaan sedikit kecewa kerana tidak pergi bertarawikh pada Ramadan tahun ini.. hanya beberapa malam sahaj berkesempatan menunaikan nya. Mungkin hati ini juga banyak hitamnya , banyak malas nya.. akan diri ini tingkatkan ibadah akan datang.. amen.. Insya Allah.. dalam berbual-bual soal bertarawikh.. diri ini bertanaya kepada sahabat, mengapa pula dirinya tidak bertarawikh.. “ kalau hati tidak ikhlas, ibadah tidak kemana..” jawapannya sangat tidak diterima akal.. adakah jika solat fardhu juga, memerlukan , jika tidak dilakukan adalah kerana alasan yang sedemikian?? Hati kecewa lagi.. perlukah alasan untuk melakukan kebaikan? Tunggu seru? Seruan 5 kali setiap hari tidak mencukupi untuk menyeru?? Seruan yang bagaimana yang ditunggu?? Ya Allah, kuatkan lah hati ku..
Situasi ketiga berlaku di dalam kelas,, sedang asyik termenung bersama kalkulator, menekan punat-punat yang diri ini sendiri tidak tahu apa fungsi nya,, terdengar perbualan dua rakan akrab tentang balik kampung.. seronok diri ini kerana tidak perlu bersusah payah memikirkan soal pulang ke kampung. Hati berbunga.. tiba-tiba cuping telinga menangkap satu rangkap perbualan yang sangat diri ini mempersoalkan nya.. bermusafir ketika berpuasa, dimaafkan jika berbuka. Sahabat menyatakan, tetapi musafir yang bagaimanakah yang diboleh kan berbuka?? Sejauh mana jarak bermusafir itu? Berkeadaan yang bagaimana? Dengan jarak yang tidak sampai dua jam perjalanan, boleh kah berbuka?
Dengan keadaan bas yang beraircond, bolehkah berbuka? Dalam keadaan duduk, dan tidak berdiri, bolehkah berbuka? Diri ini hanya mampu mendiamkan diri lagi. Tidak mampu bersoal jawab dengan rakan yang umurnya sama.. untuk menjaga hati, diri ini sanggup berdepan dengan nya.. hati kecewa lagi.. ya Allah., kuat kan lah hatiku ini..
Situasi keempat, tentang hati seorang saudara yang bergelar kakak untuk diri ini, banyak bejasa, sentiasa ceria meneneman hari-hari diri ini di dalam bilik. Bercerita tentang hasrat hati untuk beraya tahun ini, mahu melakukan perubahan kepada rambutnya, ingin meluruskan rambut. Hati kecewa lagi kerana tidak dapat menegur.. bukankah hanya membazir melakukan semua itu? Hati keliru.. dia seorang kakak. Tidak mampu hati ini mengguris sedikit luka dihatinya.. ingin sentiasa menjaga hati nya.. ya Allah, kuatkan lah hati ku ini…
Diri ini berharap moga hari-hari yang mendatang hati tidak terasa lemah untuk menghadapinya.. terasa sangat lemah kebelakangan ini.. Sungguh,, sangat lemah.. ya Allah, kuatkanlah hatiku ini.. amen.. rasa rindu bersama keluarga. Rindu bersam teman-teman yang mengerti hidupku.. betul. Hidup bersam orang yang kita kenal tapi bukan bersama kita, amat sukar. Malah, hidup bersama orang yang kita tidak kenal tetapi bersam-sama kita, sangat mudah cara nya.. teringin mahu mengubah segalanya.. tetapi masih lemah. Ya Allah kuatkan lah hatiku supaya aku mampu mengubah hidupku supaya lebih baik.. amen..
p/s: moga diberi kekuatan kepada diri ini.. ameen.. =)