Ahad, 27 Februari 2011

Menjadi Baik

Bismillahirohmanirrahim.. Apa khabar iman kita semua? Moga sentiasa di dalam jagaan Insya Allah...

Sedar tak sedar,, ada dalam kurang 6 minggu lagi akak korang ni ada kat Polisas.. Pejam celik pejam celik,, Aucak!!! amek.. nak tiga tahun dah dudok dekat Polisas ni.... Kan da tak masuk tajuk lansung kan dengan entry kali ni.. huhu.. okeh2.. berbalik pada tajuk sekarang yer!

Menjadi baik. Apa yang korang semua takrifkan dengan kenyataan ni?? erm.. Berakhlak baik dan sentiasa meningkatkan nya? atau dari jahat ingin menjadi baik? Atau orang biase menjadi " pijak semut pun xmati " means,, buat-buat baik??? Apa-apa pon korang nak takrifkan.. . Menjadi baik itu amat perlu... tetapi kekadang manusia ni selalu menyalah tafsirkan tentang kebaikan seseorang tu..

Cerita sebenar:

1. Apabila anda mempunyai pangkat ( pemimpin sesebuah organisasi) yang lebih sedikit dari rakan-rakan anda.. Dan anda sedikit sebanyak telah berubah melalui sifat anda.. mungkin kah rakan-rakan anda akan berkata.. " eleh,, baru naek pangkat sikit da nak belagak baik.. " pernah kah anda melalui nya?? " eleh.. nak kongker persatuan lah tu.." - " eleh.. buat kerja bukan betul sangat.." - banyak sangat eleh yang dikeluarkan.. Mungkin juga anda sering dikutuk dan menjadi bualan fitnah anak buah anda sebagai seorang yang sebenar nya keji dan buruk akhlak..

Solution yang dicadangkan:

Maafkan sahaja mereka..Anda jangan mudah berputus asa dengan suara-suara sumbang tersebut.. Mungkin mereka iri hati dengan kenaikan nama anda, mungkin juga mereka ingin perhatian.. Jangan risau.. perubahan anda menjadi baik bukan adalah kearah kebaikan.. Nama pon pemimpin, so, sewajibnya anda perlu bersikap baik dan membawa orang lain ke arah kebaikan. Allah tahu apa yang anda kerjakan.:) Bersabarlah dalam menghadapi ujian.. Ujian yang kita hadapi tidak sehebat ujian yang Allah berikan kepada Junjungan besar kita Nabi Muhammad.. Sedangkan nabi ampun umat... Apatah kita insan biasa.. :)


2. Keinsafan melebihi kepentingan kawan-kawan?? tak percaya?? Mungkin suatu hari anda terdengar satu ceramah.. Contoh, " kelebihan memaafkan seseorang". Anda telah tahu tentang erti sebuah kemaafan yang sebenar.. tetapi keesokan hari nya.. sekumpulan rakan anda telah bergaduh dengan sekumpulan rakan yang lain.. Anda menasihati rakan anda supaya memaafkan sahaja. Tetapi ape yang anda dapat?? " elehhhh... macam lah kau tu baik sangat~~ dulu kau pon same jugak.." oke,, itu dulu. sekarang anda telah insaf dan menjadi lebih baik.

Solution yang dicadangkan:

Anda menasihati rakan anda sepanjang masa. Sebab nanti kat akhirat nanti Allah tanye,, kenapa kita tak cegah kemungkaran berdendam tersebut?? So jangan berputus asa.. tetappi jika rakan-rakan anda turut meminggirkan anda kerana kebaikan anda.. Maka biarkanlah mereka.. Korang percaya tak.. jika kita berkawan dengan seorang penjual minyak wangi.. maka wangian tersebut akan terbau juga dibadan kita,,?? ahak. maka pilihlah rakan yang betul. jangan berputus asa!


3. Kebaikan yang kita buat tidak diketahui.. Contoh seorang anak membantu ibunya membersihkan neneknya.. Memandikan neneknya.. Mencuci kotoran pada nenek nya yang sakit.. Maka suatu hari terbit dari hati seorang anak itu,, " apakah yang aku buat ini orang tahu? apakah yang aku buat ini berbaloi?? "

Solution yang dicadangkan:

Jangan lah seorang anak itu menyoalkan tentang perkara diatas,, Perlulah anak itu tahu,, sesungguhnya Allah lah yang membalas segala kebaikan yang dibuat diatas muka bumi. Bukan lah manusia yang membalasnya,.. Adakah anda teruja dengan pahala?? Masya Allah .. ganjaran pahala itu lebih besar dari pujian orang ramai.. Sesungguhnya ikhlaskan lah hati dalam membuat kebaikan.. moga dipermudahkan semua nya..



p/s: Menjadi lebih baik itu lebih baik:)

Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..