Jumaat, 12 Mac 2010

Aku tak sempurna


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.”
(Riwayat Bukhari)


Huraian
Pengajaran hadith :

•Setiap umat Islam adalah dituntut menyelesaikan segala kesalahan, hutang-piutang dan sebagainya di dunia ini sebelum berpindah ke alam akhirat di mana jika ada apa-apa hak orang lain padanya maka mestilah ia mengembalikannya dan jika tidak dapat dikembalikan hendaklah ia meminta perlepasan daripada pemiliknya.


•Termasuk juga hak-hak Allah S.W.T hendaklah diselesaikan seperti mengqadha’kan amal-amal fardu yang pernah ditinggalkan dahulu dan sebagainya.


•Sesungguhnya sesuatu perbuatan yang menyakiti hati orang atau makhluk lain akan menyebabkan dosa. Oleh itu kita diseru supaya segera meminta maaf dan bertaubat memohon keampunan selagi ada kesempatan (sebelum ajal mendatang). Jika tidak penyesalan yang amat besar akan ditanggung di akhirat kelak.



~Terasa seperti telah membuat kesilapan pada seseorang. Maafkanlah diri ini andai terkasar bahasa terhadapmu. Maafkan bila ku tak sempurna, Ku hanya insan biasa..~ Moga ukhuwah antara kita terus terikat seperti mana utuhnya ikatan hubngan pencipta dengan hambanya:) ameen~
p/s: Tiada lagi orang bercerita - kisah lucu & gembira.. Tiada lagi ketawa~ kenapa?

Rabu, 10 Mac 2010

Jangan BERTANGGUH..

Hari Rabu panas sekali,
Datang opis jalan kaki.
Kerja betimbun menggunung tinggi,
Tu dia.. Help me!!!!

Tada!! Ini lah dia kerja ku pada hari ini,, banyak nye sampai besepah-sepah kertas atas meja. Macam ni lah kalo kerja yang dah lama tapi tak sempat dibuat. (Tapi ini bukan kerja saya yer.. kerja orang dulu-dulu kat pejabat ni) Aha.. Sangat penat buat kerja ni sebenarnya, mana tak nya, menyusun kertas ni( Invoice@kerja akaun) Walaupun tak ada kena mengena dengan kerja saya, di atas permintaan akak sepejabat, kuturutkan jua. Dari tak ada kerja, ada kerja da:) Alhamdulillah, tak adalah buang masa tak tentu hala kan? (^^)


Berpusar-pusar kerja ku..


Bertingkat-tingkat.. tunggu nak roboh je.. hehhe


Teman-teman,
Janganlah kita sesekali menangguhkan kerja-kerja yang ada di hadapan mata kita ni. Ini adalah amlan buruk yang akan memakan diri kita sendiri kelak.

Menangguhkan kerja adalah pencuri masa + pencuri hidup. Mat Salleh cakap sebagai procrastination.

Terlalu ramai yang tak dapat mencapai matlamat oleh kerana walaupun mereka sedar dan telah menetapkan matlamat, ada sahaja alasan masa untuk memulakannya .. ini adalah salah sama sekali! Hari tidak betul lah, minggu tidak betul lah, bulan tidak betul lah dan tahun pun tidak betul.. Alasan paling tak logik adalah industri tidak betul & market tidak betul. Sehingga akhirnya terlalu lewat!

Info:
3 sebab utama penangguhan kerja:

1.Terlalu banyak alasan
2.Tidak sirius dalam mengambil keputusan
3.Tiada deadline dalam matlamat


Untuk mengelakkan penangguhan kerja, tanya diri sendiri pada ketika itu> " adakah anda memberi terlalu banyak alasan untuk tidak memulakan kerja?" "Adakah anda sirius dalam mengambil keputusan?" "Adakah anda menulis deadline (tarikh) untuk mencapai matlamat kerja tersebut?" Jawapannya:

Hentikan memberi alasan (Orang lain buat duit, kita buat alasan)
Mula sirius dalam mengambil keputusan hari ini! (Terlalu banyak anda dan keluarga akan rugi sekiranya anda tidak serious dalam hidup)
Tulis deadline atau tarikh untuk mencapai sesuatu matlamat (walaupun kerja-kerja kecil- tulis tarikh deadline tersebut. Dengan hanya menulis deadline, ia akan mengubahkan mentaliti anda)
Pendapat Anda?

p/s:
Tip Satu Minit yang berkaitan:
•Kita semua pencuri
•Kerja atau Karier?
•Meja kemas, semua pantas!
•Mengurus masa… yang mana hendak didulukan?

Isnin, 8 Mac 2010

Da Sunday.. (7/3/2010)- semalam

Kek Batik Athirah (^^)

Bahan-bahan yang diperlukan:
Biskut Marie Dipecah-pecahkan (Jenama tak kisah) - 400gram
Telur - 5 biji
Butter -satu bongkah tu.. (tak ingat berapa gram)
Gula pasir - 1 cawan
Chocolate Caramel secukupnye
---- ini adelah sukatan kek Athirah----
(bahan-bahan tertakluk kepada penggunaan periuk@bekas yang digunakan)



Cara-cara pembuatan:
1. Campurkan Butter, Gula, Telur dalam satu adunan. Pecah-pecahkan Butter kepada ketulan-ketulan kecil supaya cepat cair. Kacau hingga sebati.
2. Kacau lagi campuran di atas dapur dengan api yang perlahan. Kacau sehingga menjadi pekat.
3. Setelah pekat, masukkan Chocolate Caramel secukup rasa sehingga warna yang dikehendaki terhasil (^^)
4. Kacau lagi sampailah adunan betul-betul pekat.
5. Masukkan Biskut Marie dan gaul ( tutup api) sampai adunan mesra dengan biskut -biskut Marie tu.


Setelah itu , masukkan adunan ke dalam bekas. Tekan-tekankan adunan sehingga mampat seperti dibawah

Biarkan ia sejuk di dalam peti ais. Dan sedia dihidang (^^)
-- Jangan hanya lihat pada luaran, pandang pada keenakan kek & keikhlasan si pembuatnya dahulu--
-Selamat Mencuba-


p/s: Ini lah yang paling kek paling senang nak dibuat, dan hanya kek ni lah yang saya tau buat .. (opss , kek lain baru nak belajar lah.. hehe)

Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..