Jumaat, 11 Jun 2010

Pagar Diri Dari Maksiat


Dari Jabir r.a, katanya dia mendengar nabi s.a.w bersabda:
”Apabila ada di antara kamu yang tergoda hatinya kepada seorang wanita maka hendaklah dia pulang kepada isterinya untuk melepaskan rasa rindunya. Sesungguhnya yang demikian itu dapat mententeramkan gejolak hatinya.”

Sudahkah anda berkahwin? (Soalan cepuk cemas) Berkahwin itu adalah menyempurnakan sebahagian dari iman .. :) Dengan perkahwinan, wujudlah sebuah rumahtangga yang boleh ditafsirkan sebagai sebuah tanggungjawab.. Rumah tangga orang beriman adalah benteng untuk mempertahankan maruah dan harga diri. Rumah yang didiami bukan sekadar tempat berlindung dari panas dan hujan bahkan ia merupakan tempat untuk beristirehat, membina kasih sayang antara ahli keluarga, anak dan isteri dan mencari keredhaan Allah S.W.T.

Sesungguhnya, alasan yang paling kukuh mengapa manusia itu perlu berkahwin adalah disebabkan tuntutan psikologi. Dengan perkataan lain ia adalah fitrah yang dijadikan oleh Allah S.W.T. Maka atas tuntutan tersebut, tanpa adanya perkahwinan kadangkala manusia akan terjerumus ke lembah perzinaan dan maksiat. Mula dari mata.. Turun ke hati... Dari hati nafsu menguasai dan merajai akal fikiran.. Syaitan berkuasa mengawal minda.. Dan mulalah kisah cinta yang berdosa.. Nau'zubillah..

Jauhi Zina...


Sebab itulah Islam memuliakan sebuah perkahwinan(^^).. dan amat menggalakkan umatnya supaya berkahwin sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: "Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)."

Hikmah perkahwinan

1. Cara yang halal untuk menyalurkan nafsu .Melalui ini perzinan ,liwat dan pelacuran sebagainya dpat dielakan.

2. Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman

3. Memelihara kesucian diri

4. Melaksanakan tuntutan syariat

5. Menjaga keturunan

6. Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak

7. Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab

8. Dapat mengeratkan silaturahim

p/s: bagi siape-siape yang dah sampai tahap wajib kahwin tu.. cepat-cepat lah kawin.. :)

Khamis, 10 Jun 2010

Takbur Itu Racun


Dari Abdullah bin Mas’ud, katanya:
”Bersabda Rasulullah s.a.w. “ Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat zarah (atom) dari sifat takbur (sombong).” Berkata seorang laki-laki: “Sesungguhnya semua orang ingin agar pakaiannya bagus dan sandalnya bagus.” Berkata Rasulullah s.a.w. “Sebenarnya Allah itu bagus dan cinta kepada kecantikan); takbur itu ialah menolak kebenaran dan tidak menghargai orang lain.”


Sekiranya hasil daripada kekayaan & kemewahan , manusia menjadi sombong, takbur dan riak terhadap apa yang dimilikinya, kebahagiaan hidup itu sebenarnya tidak lagi bererti lagi buatnya. Sesungguhnya apa jua kurniaan Allah perlu dimanfaatkan dengan betul. Sekiranya Allah bersikap pemurah kepada hamba dan makhluk-Nya, kenapa pula kita tidak boleh menjadi pemurah sesama manusia??? Fikirkan!

Allah SWT menyarankan agar setiap nikmat diterima dengan kesyukuran dan disalurkan kepada perkara yang baik berupa kebajikan yang boleh memberi manfaat kepada orang lain seperti dalam urusan jual beli, berzakat fitrah , bersedekah & lain-lain. Iaitu bukan dengan cara menunjuk-nunjuk kekayaan tersebut yang menimbulkan perasaan iri hati orang yang melihatnya.

"Harga beg ni RM 2000 je.. Korang kalau nak beli, boleh guna kad kredit I dulu.. Kalau casher tu tanya apa-apa, U all cakap je I ni kakak U.." (Kite beli kat pasar malam pon jadik la asal ade kan2.. )

" I baru balik dari Australia ni.. Jumaat ni I kena pergi Beijing. I pergi dengan kawan-kawan I." ( Aku pergi Kampung New Zealand pun tak kecoh..)

" I beli tiga dapat la dalam RM 100 je.. U all tak nak ke beli?" (Agak-agak korang.. Dia beli apa dengan RM100 ni?? )

Inilah antara dialog-dialog yang ku dengar dari mulut seseorang..

Teman-teman,, sifat menolak dan tidak menghargai orang lain juga menunjukkan sifat seorang yang riak dan takbur. Sifat ini hanya dapat disingkirkan jika kita membiasakan diri menjalani hidup secara sederhana atau sekurang-kurangnya jika kita kaya, kita bersifat pemurah (tidak sombong dan kedekut). Natijahnya kewujudan kita dalam masyarakat sekeliling akan dipandang tinggi dan mereka akan menghormati bukan kewujudan kita dibenci disebabkan kebakhilan kita yang juga suka menunjuk-nunjuk.

Jikalau hendak menjadi orang yang berjaya, maka peliharalah hati dari sifat bakhil.. "Dan barangsiapa yang menjaga dirinya dari sifat kedekut, maka
merekalah orang yang berjaya.." Surah Al-Hasyru ayat 9


Agar tidak bersifat sombong dan angkuh,,,
Beberapa panduan Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh:-

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu
lebih mulia daripada kita, karena kanak-kanak ini belum banyak
melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia
daripada kita karena dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia
daripada kita karena banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan
ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia
daripada kita karena mereka membuat dosa dalam kejahilan,
sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia karena
mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas
kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati
bahwa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi
hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa
mereka akan diampuni oleh Allah.

Syukurilah dengan apa yang ada di sekeliling kita dan Berterimakasih lah kepada yang Maha Pemberi..

p/s: Ya Allah jauhi aku dari segala sifat mazmumah ini~~


Rabu, 9 Jun 2010

Mulut Berbau??

Cuba bau mulut masing-masing,, Ha.. Bau apakah? Ada yang wangi.. Ada yang tak berapa nak wangi kan? :) Ramai yang mengalami masalah ini tetapi tak tahu apa nak buat untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan itu. Kebanyakkannya akan merasa malu untuk bertanya dengan doktor gigi. Ke takut dengan doktor gigi?? hehhe.. Ada juga yang rasa rendah diri kerana mempunyai masalah ini. Ada juga yang merasa tersinggung apabila ditegur kerana mempunyai masalah ini oleh orang yang rapat dengan mereka. Ada juga merasa rendah diri dan malu untuk bercakap dengan orang. Ha sebab tu lah kita kena pandai jaga kebersihan mulut kita:) Apa penyebab mulut mengeluarkan bau yang kurang enak ni?

Melalui pembacaan saya, punca-punca mulut berbau adalah:

1. BAKTERIA!!
Punca utama mulut berbau ialah dari bakteria yang membiak di dalam mulut. Bakteria ini hidup dan beranak-pinak dengan menggunakan sisa-sisa makanan yang tidak dibersihkan dari gigi. Kemudian bakteria ini merembeskan hasil permastautin diorang yang terdiri daripada asid yang akan menyebabkan bau kurang enak. Eee..

Bakteria ini boleh hidup tanpa oksigen. Oleh sebab itulah kebanyakkan bakteria ini hidup di kawasan yang susah dibersihkan seperti celah-celah gigi, celah-celah gusi, di bawah plak yang melekat pada gigi , di karang-karang yang melekat di gusi dan juga di celah-celah bunga lidah. Kawasan-kawasan terlindung ini juga susah mendapat bekalan oksigen. Maka bakteria ini dapat hidup dengan bahagianya..

Apabila kita selsema, alahan, ubatan atau perubahan hormon (....) , hingus anda kita menjadi pekat. Hingus yang pekat ini akan meleleh ke bahagian belakang lidah anda dan melekat disitu. Ia juga menjadi markas yang paling strategik untuk bakteria bersembunyi.

2. Mulut Kering Kerana Kekurangan Air Liur
Air liur ialah bahan pembilas mulut semulajadi. Ia membilas mulut kita sepanjang masa dan dengan ini secara tidak langsung membuang cebisan makanan dari permukaan licin gigi. Semasa tidur, perembesan air liur adalah kurang. Sebab itulah kita mendapati bau mulut yang kurang enak apabila bangun dari tidur. (^^) ayyak:)

Selain itu, kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi pekat , susah untuk membilas mulut kita , kekurangan oksigen berlaku dan menyebabkan pembiakan bakteria di dalam mulut. Cuba bayangkan sepanjang hari air liur di dalam mulut kita kurang. Sah-sah lah mulut kita berbau sepanjang masa. Oh tidak!!!


Apa yang patut kita lakukan sekiranya mempunyai masalah ini? ..




1. Gosok gigi!!!!!!

Pastikan kita memberus dan juga menggunakan benang flos dengan betul setiap hari untuk membuang bakteria dan juga lebihan makanan . Dengan ini bakteria tidak akan menghasilkan asid yang menyebabkan mulut anda berbau. Waktu kecik-kecik dulu, ayah yang selalu paksa saya gosok gigi.. Pastu ayah floskan gigi saya.. (^^) Semua tu pun kena paksa dengan ayah & hasilnya gigi saya tiada masalah sampai lah hari ini:) Syukur..:)


2. Membersihkan lidah setiap hari!!!

Ha,, bukan gigi je kena bersih, lidah pun kena bersih. Sambil-sambil kita gosok gigi, gosoklah juga lidah supaya asid-asid dan bakteria-bakteria yang terlekat dapat dibuang:)


3. Banyakkan minum air masak:)

-Meminum air boleh merangsang pengeluaran air liur, membilas lebihan sisa makanan pada gigi, dan juga melembabkan mulut yang membuatkan ia kurang sesuai untuk di diami oleh bakteria .
Elakkan guna pencuci mulut yang mempunyai alkohol

-Jika menggunakan ubat kumur yang mempunyai alkohol, ia boleh menyebabkan kekeringan di dalam mulut yang menggalakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan bau mulut. Jika hendak menggunakan ubat kumur, pastikan ia tidak mengandungi alkohol! Jauhi alkohol:)


4. Mengunyah gula-gula getah tanpa gula:)

Dengan mengunyah gula getah, sisa-sisa makanan boleh dibersihkan dan pengeluaran air liur akan di rangsang. Lenguh mulut sekejap je.. :)

5. Selalulah pergi ke klinik gigi untuk rawatan selanjutnya:)

-Jangan kata korang takut nak jumpa doktor gigi suda..:P



Gigi SIHAT Otak pun SIHAT (^^)


p/s: Suke makan cokelat..

Isnin, 7 Jun 2010

KANAN yang Utama



Dari Aisyah r.a katanya:”

Rasulullah SAW lebih suka mandahulukan yang kanan dalam segala keadaan (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwudhuk dan mandi.”




"Adek.. Umi kata makan tangan mana?? "

" Kanan Umi.."

"Siapa makan tangan kiri?"


"Syaitan makan tangan kiri, Umi.. "


"Pandai anak Umi.. "

Kanan adalah bahagian atau pihak yang berlawanan dengan kiri. Kanan menunjukkan makna yang baik. Oleh itu anggota kanan diutamakan dalam segala perkara yang dilakukan melainkan untuk mencuci kotoran atau najis di mana tangan kiri yang akan mengambil alih.

Dalam kehidupan harian kita, Kanan merupakan sesuatu yang baik. Langkah kanan menunjukkan nasib yang baik atau keberuntung dalam sesuatu dan orang kanan menunjukkan orang yang penting atau orang yang tinggi keududukannya dari segi pangkat dan lain-lain.


Manisnya tangan kanan..



Memandangkan mulianya yang kanan daripada yang kiri maka Islam menyarankan kita agar mendahulukan anggota kanan termasuk ketika makan, minum dan mengambil serta memberi. Bahkan di akhirat kelak orang yang menerima buku amalnya melalui tangan kanan menunjukkan ia bakal menjadi penghuni syurga dan begitulah sebaliknya.




p/s: Menaip pun kanan paling laju.. untuk yang kidal kiri lah.. hihihi

Waiting for this...

p/s : Reunion! Reunion! Reunion! :)


Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..