Dari Jabir r.a, katanya dia mendengar nabi s.a.w bersabda:
”Apabila ada di antara kamu yang tergoda hatinya kepada seorang wanita maka hendaklah dia pulang kepada isterinya untuk melepaskan rasa rindunya. Sesungguhnya yang demikian itu dapat mententeramkan gejolak hatinya.”
Sudahkah anda berkahwin? (Soalan cepuk cemas) Berkahwin itu adalah menyempurnakan sebahagian dari iman .. :) Dengan perkahwinan, wujudlah sebuah rumahtangga yang boleh ditafsirkan sebagai sebuah tanggungjawab.. Rumah tangga orang beriman adalah benteng untuk mempertahankan maruah dan harga diri. Rumah yang didiami bukan sekadar tempat berlindung dari panas dan hujan bahkan ia merupakan tempat untuk beristirehat, membina kasih sayang antara ahli keluarga, anak dan isteri dan mencari keredhaan Allah S.W.T.
Sesungguhnya, alasan yang paling kukuh mengapa manusia itu perlu berkahwin adalah disebabkan tuntutan psikologi. Dengan perkataan lain ia adalah fitrah yang dijadikan oleh Allah S.W.T. Maka atas tuntutan tersebut, tanpa adanya perkahwinan kadangkala manusia akan terjerumus ke lembah perzinaan dan maksiat. Mula dari mata.. Turun ke hati... Dari hati nafsu menguasai dan merajai akal fikiran.. Syaitan berkuasa mengawal minda.. Dan mulalah kisah cinta yang berdosa.. Nau'zubillah..
Jauhi Zina...
Sebab itulah Islam memuliakan sebuah perkahwinan(^^).. dan amat menggalakkan umatnya supaya berkahwin sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: "Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)."
Hikmah perkahwinan
1. Cara yang halal untuk menyalurkan nafsu .Melalui ini perzinan ,liwat dan pelacuran sebagainya dpat dielakan.
2. Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
3. Memelihara kesucian diri
4. Melaksanakan tuntutan syariat
5. Menjaga keturunan
6. Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak
7. Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
8. Dapat mengeratkan silaturahim
p/s: bagi siape-siape yang dah sampai tahap wajib kahwin tu.. cepat-cepat lah kawin.. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan