Sabtu, 6 Mac 2010

Ayat-Ayat Cinta


Ya ALLAH,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh cinta,
Jagalah cintaku padanya
Agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Ya ALLAH,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agar aku tidak jatuh dalam jurang cinta semu

Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling dari hati-Mu

Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
Rindukan aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALLAH,
Jika aku rindu,
Jagalah rinduku padanya
Agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu

Ya ALLAH,
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALLAH,
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALLAH,
Jika Engkau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya pada-Mu

Ya ALLAH,
Jika dia memang seseorang yang Engkau berikan untuk melengkapi agama dan hidup hamba,
Mohon singkapkan tabir penghalang agar jalan menuju-Mu dimudahkan,
Satukan kami dalam ikatan Ar Rahman dan Ar Rahim-Mu,
Jauhkan kami dari kebimbangan dan mantapkanlah hati-hati ini untuk menggapai anugerah-Mu.
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu

Ya ALLAH,
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
Telah berjumpa untuk taat pada-Mu,
Telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,
Telah berjanji setia dalam membela syari’at-Mu,
Kuatkanlah Ya ALLAH ikatannya, kuatkanlah cintanya, tunjukilah jalannya,
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan-Mu
Dan keindahan bertawakkal di jalan-Mu,
Hidupkanlah dalam ma’rifah-Mu,
Dan matikanlah kami dalam keadaan syahid di jalan-Mu

Amin…




p/s:Ya Allah~ Tetapkan Hatiku Hanya UntukMu.. Bukan untuk sesiapa semata-mata.. Aku maseh belum sempurna menggalas cinta untuk manusia...

Jumaat, 5 Mac 2010

Dia Mujahidah Solehah


1,Ramai manusia sudah melupakan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. Dialah yang digelar Afifah Solehah (wanita suci). Seorang wanita yang sanggup berkorban segala kekayaannya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah SAW. Dialah wanita, yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. Dialah wanita, yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawa ditarik ALLAH SWT. Bayangkan, dia adalah seorang yang kaya raya, hartawan, tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sahaja hingga pecah-pecah mulut.

2.Ramai juga terlupa dengan Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW. Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk. Tanpa kecewa, tanpa rasa hendak berputus asa, dia sentiasa membantu ayahandanya yang sering disakiti. Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis yang dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Tangannya yang suci itulah yang membersihkan segala luka ayahandanya. Seorang wanita yang tabah, kuat menempuhi segala dugaan.


3.Ramai yang telah terlupa akan seorang wanita bernama Asiah. Dia adalah isteri kepada Firaun yang menentang Musa. ALLAH telah menjadikan bicara lembutnya menyelamatkan Musa AS dari dibunuh Firaun. ALLAH juga menjadikan dia antara yang beriman dengan seruan Musa AS. Malah, ALLAH telah merakamkan namanya di dalam Al-Quran, dan menjanjikan kepadanya syurga atas balasan ketabahannya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima segala seksaannya dalam mengekalkan deen ISLAM dalam dirinya.

4.Ramai pula yang tidak tahu berkenaan Masyitah. Dia adalah tukang penyisir rambut anak Firaun. Beriman kepada ALLAH SWT dan Nabi Musa, kemudian keimanannya diketahui oleh Firaun. Akhirnya dia bersama suami, serta anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali penuh minyak mendidih. Walaupun nyawa di hujung tanduk, imannya tidak tergadai, malah terjun dengan penuh keyakinan. Masyitah mati syahid mempertahankan imannya dari digadai.

5.Ramai juga yang telah terlupa kepada Si Suci Maryam, ibu kepada Isa AS. Sang Perawan itu menjaga dirinya, mengabdikan diri dalam bilik yang terkunci, ALLAH memuliakannya dengan memilih Zakaria as sebagai penjaga. Maryam yang suci inilah dipilih ALLAH untuk mengandungkan Isa AS. Apabila dia melahirkan Isa AS dan ditohmah dengan pelbagai dugaan, dia bergantung kepada ALLAH, dan bersangka baik atas segala apa yang berlaku ke atasnya. Akhirnya anaknya Isa AS boleh berbicara dan menyeru manusia sedari buaian.

6.Siapakah yang hendak mencontohi Nusaibah RAH? Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari diserang musuh. Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata, Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku. Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, Bangun wahai anakku. Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh. Rasulullah yang melihat peristiwa itu bersabda. Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan? Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, Ini dia orang yang telah melukakan anakmu. Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang. Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya, kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah hatta Rasulullah SAW pun bersorak untuknya.



7.Siapakah yang mengingati Ummu Imarah ini? Siapakah pula yang hendak menjadi seperti Ummu Sulaim? Dia berkahwin dengan Abu Talhah dengan mahar iman. Abu Talhah seorang kafir ketika itu, jatuh hati kepada Ummu Sulaim yang masih muslim. Ummu Sulaim berkata: Jika hendak mengahwiniku, maka maharnya adalah iman. Maka islamlah Abu Talhah. Sehingga ada sahabat yang berkata, Aku belum pernah melihat seorang wanita sama sekali yang lebih mulia maskawinnya dibandingkan dengan maskawin Ummu Sulaim. Malah, dia mentarbiyyah suaminya, sehingga suaminya menjadi seorang sahabat yang komited. Siapa yang tidak kenal dengan Abu Talhah? Dialah yang menyambut semua panahan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW, pada hari Uhud dengan belakang tubuhnya. Lihatlah bagaimana Ummu Sulaim mentarbiyyah suaminya? Adakah lagi isteri yang sebegitu hari ini? Siapakah pula yang mengingati isteri kedua Rasulullah SAW, Ummu Salamah? Bagaimana cerdiknya dia, bijaknya dia sehinggakan dia menjadi penasihat yang baik kepada Rasulullah SAW. Ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah, apabila Rasulullah mengarahkan semua sahabat-sahabatnya menyembelih haiwan dan bercukur rambut, tiada seorang pun yang bangkit menyahut arahannya. Rasulullah SAW hairan, lantas kembali ke khemah, lalu berkata di hadapan Ummu Salamah, Kenapakah berlaku begitu? Ummu Salamah berkata, Jangan kau hiraukan mereka, cukurlah rambutmu, dan sembelihlah haiwanmu Bila Rasulullah SAW melakukan, semua sahabat mengikuti.

8.Siapakah pula yang hendak mencontohi isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA? Ketika peristiwa Hadith Ifki (kisah rekaan) berlaku, menumpahkan fitnah ke atasnya, mengotorkan namanya, dia tetap teguh, yakin kepada ALLAH SWT. Tiada sebentar pun dia bersangka buruk kepada ALLAH SWT bila ditimpa dugaan. Siapakah pula yang mengingati Asma binti Abu Bakr? Dia digelar Zat An-Nitaqain kerana mengoyakkan tali pinggangnya kepada dua untuk membawa makanan kepada Rasulullah SAW dan bapanya Abu Bakr RA ketika persembunyian di Gua Thur. Dialah juga yang dilempang oleh Abu Jahal sehingga tercabut subang di telinganya, kerana tidak mahu memberitahu posisi Rasulullah SAW dan bapanya ketika hijrah. Dialah juga yang mentarbiyyah anaknya, Abdullah Ibn Zubair RA, sehingga menjadi seorang sahabat Rasulullah SAW yang berani.

9.Siapakah pula yang ingat kepada Khansa? Dia mempunyai empat orang anak. Dia mentarbiyyah empat orang anaknya dengan baik. Apabila mendapat seruan jihad, dihantarnya anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid. Dihantar pula yang kedua. Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga. Yang ketiga juga syahid. Begitu jugalah juga dia menghantar anaknya yang keempat, dan yang keempat itu pun syahid. Akhirnya dia menangis. Orang berkata, Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya Tetapi tahukah kalian apakah jawapannya? Diamlah kalian, sesungguhnya aku bersedih kerna aku tidak punya anak lagi untuk dihantar berjihad di jalan ALLAH Wahai perempuan hari ini, siapakah antara kamu yang mengingati mereka? Wahai lelaki hari ini, siapakah antara kamu yang mengenang mereka? Wahai ummah, hari ini perempuan mana yang kamu puja dan puji?



Oh masyarakat, hari ini perempuan bagaimana yang kamu sanjungi? Oh perempuan, hari ini perempuan mana yang kamu ikuti dan contohi? Oh lelaki, hari ini perempuan yang bagaimana kamu gila-gilai untuk jadikan isteri? Siapa? Sesungguhnya perempuan-perempuan dalam lipatan sirah ini telah dilupakan. Mereka sememangnya perempuan-perempuan yang telah dilupakan. Sedangkan pada diri mereka, terdapat kemuliaan yang tiada tandingan. Dan hari in saya teringatkan perempuan-perempuan itu.



p/s: mampukah aku jadi seperti mujahidah solehah itu?

Khamis, 4 Mac 2010

For The Rest Of My Life


I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along

And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along

And theres a couple word I want to say

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

I know that deep in my heart..


-Maher Zain-



p/s: Tengah nak sembuh-sembuh dari demam ni.. boleh berminat dengan lagu ni... Insya Allah nanti ade org tolong nyanyikan (hahaha.. lambat lagi..).. I know that deep in My Heart.. And Allah ALWAYS know that deep in my heart.. ( jiwangss lak.. bior ler..)

-renung-renungkan..:)

Rabu, 3 Mac 2010

Syafakillah.. Demam lagi..


Catatatan- 2/3/10 - pagi
Jam menunjukkan 5.50pagi.. Tekak perit meminta air dilalukan,, "Agaknya nak demam ke aku ni?" Hati membuat andaian. Aktiviti harian diteruskan walaupun tekak terasa amat perit.. Setelah selesai mendirikan solat fardhu Subuh, terus sahaja menuju ke dapur untuk memasak air. Sup Cendawan dan segelas milo suam menjadi alas perut untuk hari ini. Alhamdulillah, kenyang. 2 biji paracetamol ditelan bagi langkah berjaga-jaga.

Sampai sahaja di pejabat, terasa diri bagaikan ditolak dari belakang, terasa badan lemah , mujur saja tak terjatuh di depan pintu tadi,, gagahkan juga kaki ini melangkah menuju ke meja.

10.30 pagi-
Diajak akak-akak pejabat untuk membeli sarapan di warung berhampiran, nasik putih bertemankan telur mata lembu dan sedikit tumpahan kari .. Alhamdulillah kenyang..
Perut pun sudah penuh. Kerja bersambung.. Tiba-tiba tekak merasa sangat perit. Terus berlari ke tandas mengeluarkan isi perut~ "Ya Allah dugaan apa lagi ini.." Nak bagitahu ke tak?? Diamkan sahaja.. Kerja diteruskan dengan kepala yang sangat berat..

1.00 ptg -
Diajak sekali lagi oleh akak-akak ke McDonald Teluk Chempedak untuk makan tengah hari. Sekali lagi menggagahkan diri melangkah pergi. Ditegur oleh Kak Syud, mengapa muka ku pucat lesi.. Rasa nak demam jawabku.. Teruskan juga melangkah ke TC..
Angin di TC sangat memualkan diri ini.. Mau sahaja isi perut keluar lagi.. Tapi ku lapar bercampur mual.. "Makan je lah.." huhu.. Kenyang lagi.. cepat-cepat mengemam hacks.. melegakan tekak yang terasa perit ini.. Perjalanan pulang ke pejabat terasa amat panas dan pening.. Kenapa terasa jauh..


Nah,, Aircond lagi.. pening kepala.. sejuk-panas-sejuk,, mau tak demam badan ni? huhu,.. Zohor belum ditunaikan,, cepat-cepat mengambil wudhuk, ah,, lega muka terkena air.. tapi kepala masih berat.. "Ya Allah, gagahkan diriku menunaikan perintahmu.." terbaring sekejap sesiapnya menunaikan solat.. Berat sungguh kepala ini..


Kerja tetap kerja, degil sungguh diri ini. Sudah ramai teman-teman invisible menasihatkan untuk rehat. Bukan tidak mahu, tetapi malu dengan akak-akak di pejabat, takut diorang cakap budak praktikal ni tak buat kerja ke,,.. Aja-aja! Leka melayan kerja + Facebook (sakit-sakit pun sempat),, hampir sudah waktu Asar, . buat yang keberapa kali ini,, Kegagahan ku untuk naik ke surau atas sudah tidak kukuh.. mengheret kaki ke atas bagai mengheret sebuah kapal besi.. Akhirnya sampai juga. Ujian sungguh hari ini. Asar ditunai kan dengan rasa yang tidak khusyuk.

Kepala berdenyut macam nak pecah.. Siapalah yang mengerti ..


Turun meneruskan kerja terakhir hari ini = Faks surat**

Berdiri pun sudah bergoyang, apatah lagi berjalan sudahlah terhoyong hayang.. Cepatlah waktu kerja berlalu.. Yess!! 5.30 sudah!! tapi kenapa akak-akak ni tak balik lagi..? Lah,, ber"facebook" rupanya.. Laptop sudah pun ditutup, Terfikir untuk menelefon ayah.. "Ayah,, Tirah demam"..

Itu sahaja mampu diucapkan.. Ayah mengerti, katanya selepas berbuka , ayah akan datang ke rumah sewaku untuk membawaku ke klinik. Telefon dimatikan.. Terus bertelekup di meja - tidor..


6.45ptg- Pulang ke rumah sewa

Melintas jalan dengan membawa beban di kepala. Sudahlah banyak kereta.. Gerun rasanya mahu melintas dengan keadaan bergini.. Dalam perjalanan, ditanya oleh akak-akak, " apakah sebenarnya hukum bersanding?" - terfikir juga kenapa akak-akak ini bertanya soalan itu.. Kami berbincang dan mendapat jawapan nya. ( sambil lintas jalan) Di minta jaga diri oleh akak-akak sepejabat tadi. InsYa Allah Tirah ok-ok aje..


Sampai dirumah, terus mendapatkan tilam dan bantal. Meminta Syahirah (housemate) mengejutkan ku bila tibanya waktu maghrib nanti. Lena sungguh melayan kepala berat ini. Muka terasa panas macam strika rasanya,, Sedap sangat layan mimpi.. Maghrib pun tiba..

Argh.. berat nya.. Rasa bilik air dah bertukar tempat. Makin jauh ! huuu.. Diri sudah hilang semangat untuk berdiri., Mengambil keputusan membuat keringanan yang telah diberikan.

Ku hanya mampu untuk solat secara dudok. Kalau berdiri.,, dikhuatiri tidak mampu untuk bangun kembali..


8.15mlm-

Ayah tiba.. membawa ku terus ke klinik. Klinik yang kami biasa pergi. Klini Faezah di Permatang Badak @ Bukit Rangin.. Sesudah mendaftar, ku dudok tertidor, Akibat ramai sangat pesakit-pesakit datang sebelumku.. Lama sungguh ku menunggu.. Dan sampai ke giliran ku.. Antara hiwarku dengan doktor:


Doktor: Athirah ea? sakit apa?-( sambil tersenyum)

ku : Demam (suara yang tak keluar- doktor baca bibirku aje kot)

Doktor: Bila kena yer?

Ku : Pagi tadi

Doktor: Ada batuk-batuk ke? selesema ke?

Ku: Batuk takde, tapi ase macam nak selesema je..

Doktor: Meh doktor nak check.. & bla2....


Setelah check macam-macam...


Doktor: Demam awak tinggi (( 39.5 drjah selcius) - mmg tak normal) Tekanan darah pon rendah sangat. Kurang air. Kena banyak minum air.. (lebeh kurang macam tulah doktor cakap..


Doktor lagi : Nak cocok tak??


---------------Ha?? Cocok?? uuuuu......----------------------


Dengan reda dan pasrahnya.. ku mengangguk.. terpaksa lah dicocok . Sudah lama tak kena cocok.. Last kena cocok rasanya time form 3 dulu.. huhu.. Dinasihatkan supaya tak mengeraskan badan.. mampu ke ? Dengan lafaz Bismillah.. Ku dicocok! Adeh~~ terkejut punya pasal, terkeraskan badan.. huhu.. sakit pulak,, Boleh pulak doktor ni gelak-gelakkan ku.. gelak ea.. nasib lah doktor perempuan.. Kalau lelaki, mau malu dibuatnye.. huhu.. Takpe-takpe,,


Dengan terhencot-hencotnya, keluar dari bilik doktor,, dudok pon dah tak berapa nak betul dah ni.. Kepala pun pening lagi. Ha.. ubat dah dapat.. jom pergi seven e kat sebelah, ayah belanja milo. Hehe.. macam nak pujuk budak kecik baru lepas cocok pulak kan:) Bahgia ada orang belanja:) Terima kasih ayah:)


Balik rumah buat-buat manja dengan emak pulak.. Mengesot-ngesot dekat emak mintak makanan.. Haha. Mak pun ke dapur sendukkan nasik.. aik? singgang? ini sudah bagus.. Dengan Bismillah, tanpa segan silunya diri melantak kerakusan ( ayat lapor sangat niyh..).. Walaupun rasa tak berapa nak rasa.. ku makan jua kerana lapar.. " Pastu makan ubat yer" mak pesan..


Lepas makan,, Kenyang Alhamdulillah.. Terus ke bilik menunaikan Isyak.. Kepala mulai reda.. hanya nampak bantal dan katil sahaja.. Doa sebagai mukaddimah sebelum tidur.. pejamkan mata.. dan terus lena.... lena.. lena..




p/s: banyakkan minum air waktu musim panas ni k:)

sy dapat 2 hari mc.. untuk k.nozy & k.syud kat opis, mintak maaf sngat2 hari ni tak dpt nk stay smpai malam kat opis,, trah nk sangat tolong kalian berdua macam hari tu.. tapi apekan daya. trah tak sihat.. maafkan trah..


Selasa, 2 Mac 2010

Berterima Kasihlah...

Ucapan Terima Kasih, lebih berharga daripada wang ringgit.
Ucapan Terima Kasih, menandakan seseorang tu ada nilai-nilai murni serta moral yang tinggi dalam dirinya. .
Ucapan Terima Kasih, suatu penghargaan yang membuatkan sebelah pihak gembira.

Tapi, kadang-kadang… Dua patah perkataan ini yang kita lupa ucapkan…
Makin dewasa, kita makin lupa nilai-nilai murni…
Kadang-kadang, kita lupa… ada orang menilai kita, menjadikan kita contoh.

Walau “Terima Kasih” hanya dua patah perkataan…
Ia tak patut dipandang remeh…
Berbahasa… Salah ke kita jadi orang yang ada bahasa?
Terima kasih kepada yang berterimakasih kepadaku..
Hari ini sahaja ramai orang telah berterima kasih kepadaku.. Ku bahagia..
Terima Kasih YA ALLAH.. Memberi aku rasa bersyukur kepadamu..


-Barang siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak berterima kasih kepada Allah-


Dan di sini sy berkongsi satu ayat dari Al-Quran...

"jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedahnya kebaikan) yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu, dan jika kamu berbuat kejahatan, maka kesannya yang buruk berbalik kepada diri kamu sendiri juga...

(surah Al-Israa ayat 7)



p/s: kepada yang sudi berterima kasih kepadaku,, terima kasih ku ucapkan,,.. bukan mengharap ucapan itu dari mulutmu,, cuma beringat-ingat lah kepada Tuhan..
http://emo.huhiho.com

Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..