Esok hari Raya!! Baru je tadi dengar pengumuman hari raya.. sah! 20 sept 2009 tarikh nya=) Sedar tak sedar, sebulan sudah berpuasa, sangat bermakna setiap kali Ramadan datang. Moga bertemu Ramadan tahun hadapan.. ameen.. Aha. Hari ini, aktiviti kami sekeluarga ialah bergotong royong. Ayah & abang sibuk bersihkan halaman rumah, kami yang perempuan ni, kemas bahagian dalam lah kan. hehe.. Awal pagi lagi ayah & mak dah ke pasar besar, beli barang dapur, lembu, kambing, macam-macam rempah lagi. Kami ditugaskan untuk memotong daging-daging tersebut.. penat sangat-sangat. daging-daging ni nak buat sate tau. untuk berbuka puasa, raya nanti, goreng lain lorh!! hihi.. Petang pula, ayah sembelih 4 ekor itik.. tu pun tak habis lagi nak cabut bulu itik yang tebal tu.. penat.. jom kita tengok aktiviti kami hari ini:) to kak ila.. em,, raya tahun depan lah pulak bantu kami k!! =)
Air siap dijerang untuk menyenangkan proses mencabut bulu itik....
Itik get ready to di sembelih.. =)
Bismillah.. Allahuakbar..
syahid dengan aman..
Syahid... Syurga menunggumu wahai itik-itikku..
Masih bertarung..
syahid dengan aman..
Syahid... Syurga menunggumu wahai itik-itikku..
Masih bertarung..
p/s: Selamat berhari raya.. maaf zahir dan batin untuk semua pembaca blog ini.. salah & khilaf mohon dimaafkan,, terkasar bahasa dalam pena,, atau terasa hati.. mohon dimaafkan,, semoga kita sentiasa beada dibawah rahmat yang Esa.. kepada yang berjauhan , kepulangan mu kami nantikan,, selamat hari raya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan