Isnin, 31 Januari 2011

Walimah Yang Berkat

Walimatul Urus Mengikut Islam..

Bismillah pembuka bicara.. Ape kabar Iman kite hari ini?? Moga Dapat Ditingkatkan lagi... Insya Allah:) Hitung dihitung .. tinggal 4 hari lagi cik pengantin ( kakak) akan bergelar isteri orang.. Tapi kenapa saia lak yang cuak ni?? Aiyyo.. why aa?? ha... Jangan nak ngade-ngade cakap saia gatai nak kawen yer.. Akak korang ni cuak sebab tak basuh baju baru lagi.. hoho.. Dah lah hujan, ni kalau basuh ni belum tentu kering ni ( Padahal boleh je basuh sekarang.. wawawa..)..


Lari topik da ni.. kui3.. Yer sekalian semua, Walimah yang sederhana dan memenuhi syariat adelah walimah yang diberkati.. Bagi setiap pasangan yang diijab kabul, mereka akan diraikan dalam majlis kenduri kahwin atau disebut walimatul urus kerana melalui majlis inilah perkahwinan pasangan terbabit diketahui ramai pihak, sekali gus mengelak prasangka buruk terhadap mereka. Contonye fitnah-fitnah.. Al-maklum lah. Orang sekarang ni kena ada bukti dulu baru nak percaya. Same lah jugak macam saia:)

Majlis kenduri kahwin dianjurkan oleh agama dan hukumnya sunat yer adek-adek. Maka sesuailah dengan amalan yang dilakukan masyarakat hari ini, bila ada perkahwinan diadakan majlis kenduri dengan dijemput orang ramai menghadirinya... (^^)



Dari Anas bin Malik r.a menyebut Rasulullah s.a.w melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya: kesan apakah ini? Abdul Rahman menjawab: Wahai Rasulullah aku sudah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas.?Baginda mendoakan keberkatan untuk Abdul Rahman bin Auf dan berkata: Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing.?(Muttafaqun alaih)

Tetapi dalam situasi kebelakangan ini, sesetengah majlis kenduri kahwin seolah-olah menjadi arena untuk menunjuk-nunjuk dan bersuka ria, diadakan besar-besaran di hotel mewah, membabitkan tetamu istimewa saja dan bercampur dengan unsur maksiat. Apakah ini bentuk walimatul urus dalam Islam? Ha jawab lah adek-adekku.. Semestinya majlis macam ni tidak diredai Allah..

Info sikit ..Penceramah bebas, Mohd Rani Awang Besar, berkata umat Islam sepatutnya bersederhana apabila mengadakan majlis perkahwinan, sesuai dengan nasihat Rasulullah s.a.w kepada umatnya supaya bersederhana dalam semua perkara. Amalan sederhana itu katanya, bertujuan mengelak pembaziran dan unsur maksiat dalam majlis kenduri berkenaan.
Tapi sekarang ni?? Selagi boleh tunjuk.. nak tunjuk semua benda.. adoyai~~ Yang tak tahan nye.. Mak cik-mak cik pon satu.. Jangan lah dok ngutuk-ngutuk hantaran orang tak lawa lah.. hantaran sikitlah.. tak brand lah.. Cube lah dapat mende-mende tu sume ke anak kite? ha jawab makcik.. jawab2.. Bersyukur jelah dengan apa yang ada..(^^)




Bersederhana ini sesuai dengan ayat 26 surah al-Isra' bermaksud:

Berikanlah kepada kerabatmu, orang miskin dan orang musafir hak masing-masing dan janganlah kamu berbelanja dengan sangat boros?

Menurutnya, majlis kenduri terbabit boleh menjadi majlis yang diberkati jika bertepatan dengan anjuran Islam, tetapi sebaliknya menjadi majlis terkutuk apabila bercampur aduk dengan maksiat. Bagi memastikan walimah yang diberkati Allah, pertama, kena menggunakan sumber rezeki yang halal, iaitu wang yang digunakan untuk majlis terbabit tidak diperoleh melalui cara haram. Kalau meminjam tu,, biarlah berpada-pada. Jangan tau pinjam.. Tak tau nak pulang..

Kemudian., Majlis yang diadakan itu juga perlu jauh daripada unsur riak iaitu menunjuk-nunjuk dan bertujuan berbangga-bangga dengannya. Kalau pun banyak duit.. Janganlah menunjuk-nunjuk awok tu ade banyak duit.. sorok-sorokkan lah.. Besederhana tu lebih baik..:)Tetapi bagi orang berada, tiada masalah untuk mengadakan walimah besar-besaran dengan syarat menepati dengan anjuran Islam, menjemput semua orang termasuk orang miskin supaya matlamat walimah tercapai, memupuk persefahaman dan perkenalan,?katanya.

Walimah urus bukanlah suatu majlis untuk berpesta dan bersukaria tidak menentu, malah ia adalah satu bentuk ibadat diperintah Allah yang perlu diadakan sebaik mungkin mengikut anjuran agama. Elakkanlah daripada bercampur dengan unsur yang diharamkan, tidak melalaikan, tiada percampuran bebas antara lelaki dan perempuan, tiada lagu yang melalaikan dan benda lain yang tidak baik.

Untuk masyarakat juga perlu mengelak daripada menjadikan walimatul urus seolah-olah satu bentuk komersial dengan menetapkan bayaran tertentu apabila mahu menghadirinya.

Majlis ini perlu dilakukan dengan ikhlas. Tetamu juga perlu ikhlas dan apabila ada sumbangan atau hadiah kepada pasangan pengantin terbabit hulurkan dengan niat sedekah sebagai satu ibadat.

Orang dulu membantu pihak yang mengadakan walimah dengan membawa sedikit bahan makanan seperti gula,?katanya sambil mengingatkan pihak yang mengadakan walimah supaya tidak memaksa atau memandang sinis kepada tetamu yang tidak menghulurkan sumbangan.

Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian adalah menyusahkan tetamu terutama golongan miskin, malah berlawanan dengan roh Islam. Sementara itu, sesetengah majlis kenduri kahwin kini tidak menepati anjuran agama kerana majlis dihadiri golongan tertentu saja iaitu orang kaya sesama orang kaya, manakala yang miskin diabaikan malah program kebaratan.

Orang yang mengadakan kenduri dengan menjemput orang kaya saja manakala orang miskin tidak dijemput, kenduri itu kenduri terburuk. Jika panggil orang besar, hebat, saya ingat orang itu saja yang tahu, orang kampung tidak tahu. Ramai yang mengadakan kenduri perkahwinan kerana bangga dan riak (menunjuk-nunjuk).

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Makanan yang paling buruk adalah makanan walimah apabila orang yang perlu makan (si miskin) tidak diundang malah orang yang tidak perlu (orang kaya) diundang?(Muslim)


Makanya.. Berbijak lah dalam menguruskan walimah.. Insya Allah jika mengikut syariat,, Majlis akan lebih diberkati Allah.. Emm.. ni sekarang ni kena fikir lagi macam mane nak jadikan walimah kakak ku ni lebih diberkati Insya Allah..



Buat Kekanda Nur Adillah & Akh Saif.. Selamat Pengantin Baru.. 5 feb 2011..




p/s: Cuak nye rase!!! macam saia lak nak kawen.. kui3.. (^^)

Tiada ulasan:

Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..