Dari Anas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:
Iblis tak pernah berhenti menggoda membuat maksiat
Cara sujud yang betul
”Sempurnakanlah sujud mu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur).”
Tahukah anda wahai saudaraku? Sujud ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika berada dalam keadaan sujud, otak (fikiran) berada lebih rendah dari hati. Ulama’ mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT. Sebenarnya ketika seseorang manusia itu mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis akan datang menggoda. "Ayuh temanku!! Mari bermain!! Mari membuat maksiat!!! "- Kata Iblis mungkin..
Iblis tak pernah berhenti menggoda membuat maksiat
Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas, was- was, terlupa bilangan rakaat (biasa terjadi.. saya pun.. huhuhu), bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat, hilang khusyuk dengan mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan , atas dan bawah, telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyian yang lain. Malah ada juga iblis yang bertenggek di belakang badan orang yang bersolat itu supaya ia tidak dapat sujud lama kerana penat atau sebagainya. Begitu sekali Iblis-iblis ini mahu menggoda kita meninggalkan kebaikan.. Ya Allah , Lindungilah aku dari godaan iblis-iblis ini.. ameen..
Ketika sujud kita semua digalakkan bertafakur beberapa ketika. Dari segi kesihatan bersujud, ia boleh mengelak dari penyakit pening atau migrain. Betul tak doktor-doktor?? Hehehe.. Betul!!! Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ha! Ahli-ahli sains telah menemui bahawa terdapat beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Makanya dengan bersujud, darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
Dalam solat, cara sujud mestilah mengikut kaedah yang paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut. Ingatlah kita dilarang meniru cara unta duduk iaitu cara duduk dengan lutut dahulu. Hendaklah jadikan tapak tangan sama aras dengan kedua bahu. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing. Meletakkan hidung dan dahi di atas tanah bumi. Begitu juga dengan lutut. serta perut jari kaki. Menegakkan kaki dengan tumit berdiri tegak selari. Semua anggota yang disebutkan tadi dipanggil sebagai anggota sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya sujud seseorang yang sedang solat iaitu sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW. Sempurnakanlah sujudmu...
Cara sujud yang betul
p/s: taraf diriku dengan tanah adalah sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan