Selasa, 13 April 2010

Daku Sayang Mereka

Petang-petang begini seronok juga kalau duduk-duduk dengan keluarga menonton Tasbih Cinta di tv3 sambil "mengeteh" dan pekena keropok lekor panas(^^), malangnya saya masih di pejabat menghabiskan sisa-sisa waktu setelah selesai menyiapkan kerja-kerja yang bertimbun ni . Blog dicoret lagi.

Sebelum itu, mestilah kena buka "bukumuka" terlebih dahulu kan? Tiba-tiba salah seorang teman menyapa ku melalui chat box, sapaan dijawab mesra oleh ku. Malang nya dia mengusikku dengan cobaan menyembelih kesemua arnab-arnabku. Hehe.. Kelakar pun ada. Rakan bukumuka menggelarku Pencinta Rabit. Mereka lali sungguh dengan perangaiku yang mudah sensitif dengan penyembelihan rabit ini:) Pantang sungguh diusik teman dengan rabit-rabit ni. Disebabkan malas melayan, saya iakan saja(^^) Biarkan mereka..

Mari kita berbicarakan tentang adab terhadap haiwan. Sayangi haiwan(^^)

Secara umumnya, Islam bukan saja melarang membunuh dan menganiaya makhluk sama ada manusia atau haiwan malah tumbuhan dan alam sekitar kita juga.

Info: Fatwa Jabatan Mufti Brunei menyatakan, membunuh binatang ini dilarang, melainkan yang ditetapkan atau diharuskan syarak boleh dibunuh atau ada sebab lain yang mengharuskan sahaja.

"Jika binatang itu membahayakan atau memudaratkan sama ada tabiat semula jadi seperti binatang buas, singa dan serigala atau memang tabiat semula jadinya tidak membahayakan tetapi kadangkala sesuatu membahayakan dan menjadi ganas seperti anjing pengigit atau anjing gila".


Dalam hal ini, boleh dicegah bahayanya itu menurut kesesuaian termasuk membunuhnya. (^^)

Banyak cerita yang saya baca mengenai balasan Allah terhadap orang menyeksa binatang sehingga mati seperti di dalam hadis di mana seorang wanita diseksa pada hari kiamat kerana mengurung seekor kucing sehingga mati. Masya Allah..

Disebabkan perbuatan wanita itu mengurung kucing tersebut tanpa memberi makanan dan minuman, Allah memasukkannya ke neraka.

Imam Muslim juga menceritakan Rasulullah s.a.w melaknat sesiapa yang meyeksa binatang.

Menurutnya, Allah menegur perbuatan seorang nabi yang menyuruh membakar semut, semata-mata kerana seekor semut daripada serangga itu menggigit baginda.

Lalu Allah mewahyukan kepada nabi terbabit: "Hanya disebabkan seekor semut mengigitnya, dia memusnahkan suatu umat yang selalu bertasbih."

Lihat? Semut-semut bertasbih kepada Allah. Sebelum kita bertindak melulu, eloklah kita berfikir dahulu. Kasihan semut-semut. Tapi di rumah kita, banyak semutkan? Macam mana kita nak atasi yer?? jawapannya.. Kurangkan GULA!!!! hehhe(^^)

Di sini juga Imam Muslim juga menceritakan mengenai seorang yang memberi minum air kepada seekor anjing yang kehausan. Bagi menghargai jasa orang itu, Allah mengucapkan syukur dan mengampunkan dosanya. Masya Allah, begitu tinggi darjat orang-orang yang berihsan kepada haiwan. Mengapa kita sekarang, dilihat anjing kurap, kucing kurap pun dah mengutuk-ngutuk mereka.. Padahal, kalau diberi makan, manalah tau,, mereka mendoakan untuk kita juga(^^)

Bahkan apabila sahabat Rasulullah bertanya: "Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan-haiwan ini? Jawab Rasulullah s.a.w: "Menyayangi setiap makhluk hidup itu adalah berpahala." (Riwayat Muslim)

Hanya dengan menyayangi haiwan juga kita akan dapat pahala. Tak susahkan? Islam itu mudah(^^) Kemudian, tindakan membakar binatang adalah dilarang kerana ada hadis, antaranya daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tiada seorang pun seharusnya menghukum dengan api kecuali Allah." (Riwayat al-Bukhaari)

Makanya, jika ibu bapa yang terlihat anak-anak bermain serangga dan membakarnya, cegahlah(^^) Fatwa terbabit menyatakan, ada juga hadis yang menunjukkan boleh membunuh binatang seperti cicak, bahkan membunuhnya pula mendapat pahala. Binatang terbabit boleh dibunuh di tanah halal dan haram.

Bunuh haiwan?? Begini,, menurut ulama, sebab syarak menyuruh membunuh cicak adalah kerana ia antara binatang yang meniupkan api untuk membakar Nabi Ibrahim a.s. Sirah Nabi ni tau(^^)

Sementara itu dalam hadis lain, Nabi Muhammad s.a.w menyuruh membunuh ular, burung gagak, rajawali, kala jengking dan anjing pengigit. Binatang ini boleh dibunuh di tanah haram. Cuba kita lihat, haiwan-haiwan ini diharuskan bunuh kerana membawa kerosakan. Jadi pandai-pandai lah kita membezakan yang mana boleh dibunuh, dan yang mana tidak boleh. Jangan main bunuh saja yer (^^)

Kesimpulannya, Islam mengharuskan sesetengah binatang dibunuh jika haiwan itu mendatangkan bahaya yang tidak boleh dielak kecuali membunuhnya..

Tiada ulasan:

Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..