Selasa, 1 Mei 2012

BERSIH 3.0

Bismillahirohmanirohimm.. Dengan konfidennye,, aku menyokong 200% BERSIH 3.0 SEPENUHNYE :)

 Aman BERSIH 3.0

 Kite takluk KLCC :)


 Singgah masjid negara :)


 PWTC :)


 Kami jumpe die :P


menunggu BERSIH 4.0 .. EH ? :)



SAPE2 YANG PERGI BERSIH 3.0.. korang sangat OESM! :)

Isnin, 9 April 2012

Wajadiri Negeri Sembilan 2012

Semangat baju baru :D


with my partner:)


pahlawan kite :)


srikandi kite :)


squad segerak Pahang:)


Ahad, 1 April 2012

Kuantan - Rompin

Selamat Pengantin Baru Abg Wan & Kak Nina

Pejalanan hampir 3 jam tak pon lebeh sebab banyak sangat benti kan :D hehhe,, Kuantan-Pekan-Rompin.. Kenangan manis buat PSSCPUH/sas meraikan hari besejarah abg wan.. lihat pic!

Bidan terjun yang kene kaut ngan pengantin bawak hantaran. ok fine terime jep.. hehehe..


PETRONAS ala2 ade pokok korean kat situ.. akekkee

Jalan cover slow.. adehh..


Apesal pengapit sebelah muke kerut,, pengantin relax je.. mushkil2..


Segerak!!!


Baby Sitter


Holololohh.. sweet..


Suke sangat abg wan.. hehe


Baby Zulaikha bermata OSEM!


Berangan nak ade anak neh..


Potong2 kek


Memang berangan :P


Tak penah tengok pengatin sapu macam gini licin.. hahhhaa


Set2 Kuantan


hero-hero kite :P


yang tengah tu.. next! kah3


Tido tak sedar pape dah budak neh.. hehe

p/s: tahniah2.. aku bile lagi?? bak kate cik mizi.. kui3

Rabu, 21 Mac 2012

Skrip budak budak


PUTERA DON dan 4 KERDIL (pentomen)

- Tersebutlah kisah di sebuah istana lama, nun jauh di sana.. Seorang raja tua iaitu Raja Zoro namanya sedang bertanya kepada si Cermin Sakti..

BABAK 1 : CERMIN DAN RAJA ZORO

RAJA ZORO : (sambil memegang cermin) HOHOHOHOOO..HOI! Hai cermin sakti! Siapakah yang paling kacak sasa dan hansome di seluruh ala mini??

CERMIN SAKTI : hehehhe… (gelak halus) .. Yang paling kacak sasa dan handsome tentulah tiada yang lain melainkan Raja Zoro seorang.. hhehehee..

RAJA ZORO: Bagus bagus bagus…. HAHHAHAH HOHOHOH HOII!


- Dan jauh di ceruk rimba, kelihatan seorang putera muda iaitu Putera Don tersesat hilang arah tujunya..

BABAK 2 : PUTERA SESAT DALAM HUTAN / TERJUMPA 4 KERDIL YANG SEDANG BERSELAWAT..

PUTERA DON: (bersiul..) Oh!! Dimanakah ana?? Dimanakah ana?? Dimanakah ana?? (terpinga2)

- Tiba-tiba sayup-sayup suara berselawat kedengaran..

4 KERDIL
: Wahai manusia! Di sini Taman Gambang Waterpark. Siapakah gerangan anta wahai manusia??

PUTERA DON : Ana Putera Don.. Ana sudah 3hari tersesat ketika mencari makanan .

4KERDIL : Jika begitu, tidak mengapalah. Mari pulang bersama kami..



- Di istana lama, Raja Zoro tidak sudah-sudah bertanyakan kepada cermin saktinya.. Tetapi jawapan kali ini tidak seperti biasa..

BABAK 3

RAJA ZORO : (sambil memegang cermin) HOHOHOHOOO..HOI! Hai cermin sakti! Siapakah yang paling kacak sasa dan hansome di seluruh ala mini??

CERMIN SAKTI : hehehhe… (gelak halus) .. Yang paling kacak sasa dan handsome tentulah tiada yang lain melainkan Putera DON seorang.. hhehehee.. Opss!!

RAJA ZORO : Apa??? Putera DON?? Ini tidak boleh dibiarkan!!! Beta mahu membunuhnya!!!


- Sementara itu, di ceruk Taman Gambang Waterpark Putera DON dan 4 kerdil hidup bahagia sehinggalah si 4 kerdil ingin keluar pergi bekerja..

BABAK 4 : RAJA ZORO BERTUKAR KEPADA TOK BONGKOK , INGIN MEMBUNUH PUTERA DON.

4 KERDIL : Wahai Putera DON, kami berempat mahu memulakan perjalanan berselawat di seluruh alam.. Ingatlah pesan kami, jika ada sesiapa yang datang kemari, janganlah putera membuka pintu.

PUTERA DON : Insya Allah. Ana ingat.

- Selepas beberapa jam..

ATOK BONGKOK : Assalamualaikum cu… Tok bawak sandwich ni.. Marilah makan bersama.

PUTERA DON : Wa’alaikumussalam tok.. Makan??? Boleh boleh boleh!

- Dengan rakusnya putera DON mengunyah sandwich itu tanpa basmallah.. Lalu pengsan lah Putera Don ke bumi..

ATOK BONGKOK : hahahhahahha! Mampus kau wahai manusia durjana!



- Lalu datanglah seorang Puteri Lulu yang sedanng bermusafir singgah di Taman Gambang Waterpark yang ingin berehat.. Puteri Lulu terlihat akan Putera DON yang sedang pengsan dan dikelilingi 4 kerdil yang sedang menangis..

BABAK 5

PUTERI LULU : Eh? Kenapa ni?

4 KERDIL : Sudah 3 purnama Putera DON pengsan kerana makan sandwich Tok Bongkok. Sudah ramai dukun kami pergi. Satu pun tak menjadi!

PUTERI LULU: Bukankah kita perlu meminta kepada Allah? Sudah! Ke tepi kalian! Bismillahirohmanirahim… Oh Allah bantulah hambamu menyembuhkan Putera DON, Yassin…… (surah yassin ayat 1 – 2).. fuh2!!!! (tiup muka putera)

PUTERA DON : (tersedar..) Alhamdulillah! Ana tersedar akhirnya! Terima kasih Ya Allah… 

-selawat bersama sama…

Maka berbahagialah hidup mereka bersama.. Raja Zoro telah mati dalam perjalanan pulang ke istana lama tanpa sempat bertaubat.


Orait. Sempena karnival ilmu di sekolah.. inilah kisah yang ku karang dan akan di lakokankan oleh anak-anak buahku seramai 10 orang. Moga kalian dapat buat yang terbaik ok :) Muallimah doakan:)



THE END

Selasa, 13 Mac 2012

Bacalah


Alhamdulillah! Maseh diberi peluang menikmati nikmat Allah iaitu nikmat masa lapang dan nikmat sihat. Walaupun batuk tak henti-henti lagi ni,. ok je nak berchenta dengan hobi kala lapang neh. Ditemani angin berangin dari kipas kat living room neh.. Sambil sambil dengar lagu "kau kekaseh awal dan akhir" neh kan.. Syok layan lappy mak sendiri. hohoho..

Ok pause kat situ sebelum merepek ceritakan suasane nak membelogging neh. Ok. Tak tau lah warga Kuantan ni sedar tak dengan kehadiran karnival buku kat SASICC sane tu. Rase baner da teletak comel dekat tiang tiang lampu sekitar Kuantan. Kalau tak sedar jugak taktau lah. Nak di sampaikan kat sini.. cuti cuti sekolah neh elok mak ayah cikgu akak abang bawak adek adek anak murid anak anak angkat anak sendiri pergi karnival tu. Heaven kot masuk masuk nampak buku melambai lambai ke arah kite. heheehe,.. Melainkan korang nampak buku tu macam nampak roti bekulat! Haaaa eh tak suke membace ke??? Ke nikmat membace da kene tarik??
Dari pemerhatian .. golongan yang suke dalam kalangan orang orang di Kuantan adalah amat rendah :P hohohoho..

Ok cerita global pulak.. Terlalu sikit dalam kalangan umat umat manusia kini yang giat membaca. Daripada sedikit yang membaca tu, terlalu sikit pula yang memahaminya. Daripada sedikit yang memahami ni, lebih la sedikit lagi yang beramal dengannya kan??. Inilah realiti sebenar umat Islam masa kini biarpun ianya adalah sebuah realiti yang pahit untuk ditelan kita semua.

Umat Islam sekarang ni dilemaskan dengan kehidupan yang melalaikan serta hiburan yang tak mendidik jiwa sehinggalah minda dan intelektual yang merupakan senjata ampuh umat ni telah semakin tumpul untuk digunakan bagi membangunkan diri, keluarga dan telah menyebabkan umat kini semakin ketinggalan di arus kehidupan yang deras ini. Sedarkah kalian semua??

INFO:

Tahukah anda, berapa buah buku yang dibaca oleh rakyat negara lin jika dibandingkan dengan masyarakat kita dalam setahun ?

Jepun – 40 buah buku setahun
Eropah – 10 buah buku setahun
Arab – 20 muka surat setahun
'Malaysia – 2 muka surat setahun'

Nah.., sebab tulah seorang tokoh Yahudi pernah berkata bahawa,"Kita tidak perlu takut dengan orang Islam kerana mereka bukanlah umat yang membaca."

Membaca ni adalah suatu keperluan yang diibaratkan sebagai oksigen kepada sistem pernafasan kepada kehidupan umat Islam. Ia adalah satu keperluan dan tuntutan kepada umat ini bagi membangunkan kembali umat ini yang telah lama terleka.

Wahyu yang pertama dengan roh iqra' umat terdahulu mesti dibangunkan dan dengan roh itu jugalah umat Islam kini akan dibangunkan untuk kali keduanya.

Apakah rahsia kepada kejayaan umat kini ? Rahsianya ialah pada membaca dan terus membaca , belajar dan terus belajar, beramal dan terus beramal.

Harga atau nilai kehidupan yang sebenar bagi kita dan umat ini secara keseluruhannya hanyalah dengan kehidupan yang berpaksikan bimbingan al Qur'an dan bukan bersumberkan kepada nafsu atau aqal semata-mata.


Apakah kaedah yang boleh menyuburkan minat membaca?

Berniat membaca kerana Allah akan menghasilkan pahala yang banyak, dapat menguasai ilmu dan berpeluang untuk menyampaikannya kepada yang lain. Merancang bacaan samada bahan yang di baca dan bersesuaian dengan target pembacanya. Tak kesah lah buku motivasi or buku buku ilmiah yang lain:) And then mengatur hidup yang berjadual serta menetapkan waktu yang sesuai untuk terus konsisten membaca dan meneruskan pembacaan serius secara bertahap agar tidak hanya 'hangat-hangat tahi kambeng'. Macam uolls bace buku sejarah la kan :P

Membudayakan 'hidup membaca' kepada anak-anak kecil..

Sebagai ibu bapa atau orang yang lebih tua ke.. sediakan perbelanjaan bulanan untuk buku-buku dan biasakan membawa anak-anak seisi keluarga menyertai pameran-pameran atau ke kedai-kedai buku secara berkala. Macam kat Kuantan sekarang ni ade karnival kan.. so ambil peluang sekarang !!! Walaupun baru-baru neh habes la dalam nak dekat seratus untuk 5 buku sahaje :P Dah belikan buku tu kenalah beri penumpuan untuk membaca dan mengujudkan suasana sekeliling yang kondusif untuk berlumba-lumba membaca. Catatkan isi-isi penting daripada bahan yang dibaca agar lekat dalam ingatan dan boleh dikongsikan. Macam yang selalu den buat, warnakan point penting gune artline gteww.. :) Kalau kat rumah tu buat perpustakaan mini untuk diri dan anak-anak yang diatur kemas setiap masa. Syukur famili berkongsi minat yang sama. Alhamdulillah..

Antara novel yang nak dihabeskan cuti neh :) *novel chenta??*


Antara 1/5 novel:P


Rak penyimpan novel..


Sumbat buku dalam neh..


Sampaikanlah apa yang dibaca di laman sosial seperti facebook dan blog, bercerita kepada kawan-kawan atau ahli keluarga atau memberi tazkiran bila berpeluang. Ni tidak.. post kadang kadang tentang benda yang tak perlu kot. Ok fine walaupun diri ni pernah buat macam tu.. tak de lah over sangat kot sampai nak pergi toilet pon nak bagitau kat orang .. Satu dunia bace.. tak malu eh ??


Budaya yang belum wujud di Malaysia...

Bantu sahabat dan kenalan anda dengan 'membudayakan hidup membaca' dengan saling memotivasikan di antara satu sama lain atau boleh juga diwujudkan kelab membaca.

Dekatilah para ulama dan galilah ilmu daripada ilmuan ini serta mencontohi kehidupan mereka yang menjadikan al Quran sebagai pembimbingnya.Marilah kita ingati firman Allah swt yang bermaksud,

"Allah telah mengangkat orang-orang yang beriman dari golongan kamu, dan begitu pula orang-orang yang dikurniakan ilmu beberapa darjat."(Surah al Mujadalah ayat 11)

p/s: Jom ! Tingkatkan pembacaan dan selamat beramal....

Selasa, 28 Februari 2012

"Ringan-Ringan"


Allahu Akbar 3x.. Alhamdulillah Maha suci Allah yang berkehendak diatas segala sesuatu.. Sekali lagi dipinjamkan jejari jejari lincah menaip perkongsian ilmu :) Tiap kali hari baru menjelma, pohonlah kepada Nya agar iman kian bertambah konkrit.. ameen..

Alhamdulillah 2 hari lepas menghadiri suatu pejumpaan ukhuwah yang di beri nama Perhimpunan Hijau 2.0 bertempat di Padang MPK 4. Bukanlah sebuah perhimpunan politik bagi sesetengah orang yang bertanggapan bergitu, tetapi sebuah perhimpunan memprotes kehancuran bumi Allah . Sebagai suatu usaha insya Allah :) Banyak manfaatnye. Tapi bukan pasal perhimpunan tu yang kita nak utarakan kali neh,, hehe saje je nak bagitau yang saye cintakan alam . hehe..

Okeh. Ringan-ringan.. Pekebende lah ringan-ringan tuh kan.. Oke ringan-ringan neh ialah mukaddimah kepad maksiat atau pun bunga-bunga kepada terjadinya maksiat.. Tak kisah la bermula macam mane. Even terbit la rase-rase ke teringin ke.. haaa kene jage tuh.. Salah siape?

Seiring dengan usaha kite nak membina kekuatan iman bersulam taqwa, wujud lah penghasut paling bahaya iaitu syaitan. Yang bersifat tak pernah berputus asa membisikkan keraguan ke dalam hati kite. Di samping mengaburi mata kita dengan tipu dayanya. Untuk itu, kite perlu kenal pasti laluan syaitan ketika memperdayakan akidah, kepercayaan, pegangan dan keyakinan kita.

Apabila kite amati puncanya, dapatlah diketahui bahawa hasutan syaitan itu banyak menyusup melalui pandangan dan renungan mata!

Kenapa pula pandangan mata perlu dipersalahkan?

Bahaya Panahan Mata Syaitan..

Sesungguhnya pengaruh penglihatan itu sangat kuat.

Kuat sangat ke?
Memang kuat!

Kerana ia dikaitkan dengan desakan nafsu. Sebab itulah Rasulullah mengumpamakan pandangan mata seperti anak panah beracun iblis untuk menggoda manusia. Setiap masa pandangan mata mesti dijaga. Sama ada terhadap mereka yang menutup aurat mahupun yang tidak menutup aurat.

Telah berlaku di zaman Rasulullah, ketika Al-Fadhl bin Abas menunggang unta Rasulullah dalam perjalanan dari Muzdhalifah ke Mina, mereka bertembung dengan beberapa wanita yang menaiki unta. Al-Fadhl memandang ke arah wanita itu lalu Rasulullah memegang kepala Al-Fadhl dan memalingkannya ke arah lain.

Begitu sekali larangan yang Rasulullah maksudkan. Jika pandangan itu dibolehkan tanpa batasan, sudah tentu Rasulullah biarkan saja perlakuan Al-Fadhl.

Rasulullah juga pernah bersabda kepada Saidina Ali :

"Wahai Ali, janganlah engkau susuli satu pandangan dengan satu pandangan lagi, kerana yang pertama menjadi bahagianmu dan yang kedua bukan lagi menjadi bahagianmu (dosa atasmu)." (HR Ahmad, Al-Tirmidzi dan Abu Daud)

Jadi?

"Jika mata sentiasa dikawal, sudah tentu hati akan jadi tenang. Mudahlah melaksanakan ketaatan dan beribadah kepada Allah. Sebaliknya, mata yang dibiarkan MELIAR dan tidak dijaga akan mengotori jiwa dan merosakkan hati hingga menjerumuskan kepada kemungkaran."

Urusan mengawal pandangan ini tidak hanya di kalangan lelaki sahaja. Dituntut sama sahaja buat perempuan juga. Malahan perlu berlaku kerjasama kedua-dua pihak. Tidak satu pihak menjaga tatatusila, sedangkan satu pihak lagi menggoda. Perkara ini mesti diberi perhatian serius!

Ibnu Abas pernah berkata :

"Kedudukan syaitan dalam diri orang laki-laki itu ada tiga tempat iaitu, pada pandangannya, pada hatinya dan pada ingatannya. Manakala kedudukan syaitan dalam diri wanita juga ada tiga iaitu pada lirikan matanya, pada hatinya dan pada kelemahannya."


Pandangan Yang Tidak Sengaja Bagaimana Pula?

Rasulullah ketika ditanya mengenai pandangan yang tidak disengajakan atau secara tiba-tiba, baginda memerintahkan supaya mengalih pandangan dan mengelak daripada mengulanginya lagi. Kesan pandangan kedua akan lebih buruk kerana iblis mengambil kesempatan menambahkan racun hasutannya.

Rasulullah juga ada bersabda :

"Pandangan mata itu laksana anak panah iblis. Barang siapa menahan pandangannya dari keindahan wanita, maka Allah mewariskan kelazatan di dalam hatinya yang dia dapat rasakan hingga dia bertemu Allah."

Jelingan dan kenyitan mata akan mempelawa hati mendorong perlakuan lebih berani.

Bagaimana ye?

Bersentuhan berlapik, menginjak kepada tidak berlapik. Kemudian berpegangan tangan dan berdua-duaan di tempat terang dan juga sunyi boleh mengundang berlakunya maksiat. Sentiasalah memelihara diri kita daripada melakukan perbuatan yang dimurkai Allah.

Pastikan orang lain tidak menanggung dosa atau terdorong untuk turut melakukan dosa. Jika kamu tidak menggoda, pasti orang lain tidak ternoda. Jagalah pakaian ketat dan cara pergaulan kamu. Tepati maksud firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 2 :

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa. Dan janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah sesungguhnya Allah sangat berat seksa-Nya."


Pergaulan Yang Tidak Dijaga

Dengan batas-batas pergaulan itu kita dapat mengawal diri daripada perlakuan yang memalukan dan membahayakan kehormatan. Pergaulan yang tidak dijaga akan menimbulkan fitnah seperti pandangan buruk dan rasa cemburu orang yang memandang.

Kemesraan bergurau senda dan bergelak ketawa antara lelaki dan wanita bukan muhrim akan diambil peluang oleh syaitan untuk menjerumuskan kita kepada perbuatan yang tidak disukai oleh Allah. Jika keluar berdua-duaan lebih-lebih lagi di tempat sunyi dan tersembunyi akan mengundang pihak ketiga iaitu syaitan. Di sini syaitan berpeluang membisikkan kata-kata jahat.

Islam sama sekali tidak mengongkong umatnya! Bahkan Islam adalah agama yang paling selamat. Justeru Islam telah mengatur sebaik-baik batasan supaya jangan timbul bibit-bibit yang mendorong kepada perlakuan sumbang dan zina.

Dari itu, ingatilah amaran Nabi Muhammad kepada wanita dan lelaki bukan muhrim yang tidak menjaga batas pergaulan.

"Sesungguhnya Allah telah menetapkan atas diri anak Adam bahagiannya daripada zina. Dia mengetahui yang demikian itu dan tanpa dimungkiri :

  • Mata itu berupaya berzina dan zinanya adalah pandangan.
  • Lidah itu berupaya berzina dan zinanya adalah perkataan.
  • Kaki itu berupaya berzina dan zina adalah ayunan langkah.
  • Tangan itu mampu berzina dan zinanya adalah tangkapan keras.
  • Hati itu berupaya berkeinginan dan berangan-angan.
  • Sedangkan kemaluan membenarkan atau mendustakan yang demikian itu."
(HR Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa'i dan Abu Daud)

Berhati-Hatilah Sahabatku!

Laraskan hati kalian di landasan kebenaran. Sesungguhnya hati yang terpelihara dari menjurus kepada sebarang keburukan sentiasa mendorong pemiliknya kepada keredhaan Ilahi. Akhirnya layak beroleh kebahagiaan hakiki lagi abadi.

Tidak ada istilah "ringan-ringan" dalam soal dosa. Dan tidak ada istilah "ringan-ringan" dalam berzina. Setiap perbuatan dosa adalah berat di sisi Allah. Dosa kecil yang diulang-ulang akan bertompok menjadi besar.

Wahai kedua mata, kau nikmati pandangan lalu kau susupkan kepahitan ke dalam hati. Hatilah yang memaksakan kehendaknya, kerana hati dan mata tidak tunduk kepada Pencipta.




p/s: i love politic .. eh?? tetibe.. hik3 :P

Anda Juga Mungkin Meminati Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..

Jasa Bonda.. Keringat Ayah..